Anda di halaman 1dari 4

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN


Semester 1

KUIZ : OGOS 2022

KAMPUS : IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 1 1 6 2 3 4 0 0 6 6

KOD KURSUS : MPU 3212


KURSUS : BINA INSAN GURU
MASA : 10 MINIT
JUMLAH MARKAH : 5

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi I bahagian:


Bahagian A : 1 soalan struktur (5 markah)
2. Semua jawapan hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULIT MPU2082

BAHAGIAN A
( 30 markah )

Jawab semua soalan.

1. Kertas kerja merupakan cadangan perancangan dan anggaran belanjaan bagi


melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebarang kebenaran atau kelulusan aktiviti sekolah
oleh pihak atasan banyak bergantung kepada perincian dan penerangan dalam
kertas kerja. Jawatankuasa kerja yang bertanggungjawab perlu menyediakan kertas
kerja ini dengan lengkap dan jelas khususnya dalam aspek sewaan atau belian. (Dr.
Tam Yeow Kwai , 2010 ; Pengurusan Kokurikulum , m.s. 69)..
Bagi menghasilkan kertas kerja yang baik, senaraikan keperluan maklumat yang
perlu ada dalam satu kerta kerja.

Bagi melaksanakan kertas kerja yang baik, antara maklumat atau format
yang perlu ada dalam kertas kerja tersebut ialah:
 Tajuk
Tajuk bagi kertas kerja mestilah jelas dan menggambarkan matlamat atau
objektif program tersebut. Dalam pada itu, ia juga harus mengikut bidang
keutamaan yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, Seminar
Kecemerlangan Pelajar SPM.

 Tujuan
Kertas kerja tersebut mestilah mengandungi tujuan kertas kerja tersebut
dihasilkan. Sebagai contoh, tujuan kertas kerja ini adalah untuk
mencadangkan pelaksanaan Seminar Kecemerlangan SPM terhadap pelajar
Tingkatan 5 kepada pengetua sekolah.

 Latar belakang/ Rasional


Nyatakan pengenalan, latar belakang, hubungkait dan juga kepentingan
program yang dicadangkan untuk dilaksanakan dengan pihak pertubuhan.
Sebagai contoh, pelajar SPM kini terlalu stress dan tertekan untuk
menghadapi SPM, oleh itu satu seminar kecemerlangan SPM akan diadakan
oleh pihak sekolah untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.

 Objektif/ Maklumat
Jelaskan objektif-objektif program tersebut dijalankan. Kebiasaannya, satu
kertas kerja itu akan mengandungi beberapa objektif. Sebagai contohnya,
objektif pelaksanaan seminar kecemerlangan SPM adalah untuk

2 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT MPU2082

meningkatkan semangat dan mengurangkan tekanan dalam kalangan


pelajar.
 Jangka masa yang diperlukan
Setiap kertas kerja perlu menyatakan jangka masa program tersebut ingin
dilaksanakan. Sebagai contohnya, program atau seminar itu akan
dilaksanakan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

 Kumpulan sasaran
Menyatakan kumpulan sasaran yang terlibat dalam program atau seminar ini
secara khusus. Contohnya, seminar ini akan melibatkan pelajar tingkatan
lima.

 Andaian-andaian halangan
Kertas kerja ini haruslah dinyatakan andaian halangan yang mungkin terjadi
semasa program ini dilaksanakan.

 Anggaran belanjawan
Menyatakan anggaran belanjawan yang dianggarkan untuk program ini.
Sebagai contohnya, seminar kecemerlangan SPM ini akan menelan belanja
sebanyak RM5,000 bagi kos makanan, bayaran kepada penceramah dan
sebagainya.

 Penubuhan jawatankuasa
Menyatakan ahli ahli jawatankuasa yang dilantik bagi menyempurnakan
program tersebut bermula dari pengerusi hinggalah kepada ahli ahli
jawatankuasa.

 Menentukan jadual tugas


Menyusun dan menentukan jadual tugas bagi setiap ahli jawatankuasa yang
telah dirangka.

 Kaedah pelaksanaannya
Menyatakan kaedah pelaksanaan program yang dirancang untuk
dilaksanakan.

 Kesimpulan

3 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT MPU2082

Menyimpulkan apa yang telah diperoleh daripada program yang akan atau
telah dijalankan.

[5 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

4 SULIT
© 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai