Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN B

( 40 markah )

Soalan 1

Rubrik pemarkahan yang dibuat secara Analitik dan Holistik tidak akan merubah
keputusan calon tetapi yang penting ialah perlakuan memberi markah oleh pemeriksa
dengan pemeriksa yang lain. Semakin tinggi darjah persetujuan mereka maka semakin
tinggi darjah kebolehpercayaan skor ujian itu. Oleh itu, prinsip pemberian skor dan
kaedah memberi markah sangat mustahak dipatuhi untuk memastikan ujian itu sah
danboleh dipercayai.

Beri ulasan anda tentang pernyataan di atas.


Hujah anda perlu disokong dengan contoh rubrik yang sesuai.

Jawapan soalan 1

Bersetuju/Ya kerana tujuan rubrik pemarkahan disediakan adalah untuk menentukan ketekalan
pemarkahan antara pemeriksa bagi memberi keadilan kepada calon/pelajar. Rubrik juga bertujuan
memberi penekanan/pemberatan kepada setiap aspek tugasan. Rubrik dikategorikan kepada dua
jenis iaitu:

Kategori Rubrik Analitik Rubrik Holistik


Pendekatan Rubrik ini sesuai digunakan untuk Rubrik ini sesuai apabila banyak respons pelajar yang
respons/jawapan yang terhad di mana kejituan hendak diperiksa terutama jenis item respons terbuka.
dan ketepatan respons adalah diutamakan. Skor Jawapan diberi bersifat polikotomos dan sukar
diberi mengikut poin-poin yang telah dikawal dalam
ditentukan untuk satu-satu peraturan pemarkahan.
tugasan.
Fokus/ Caranya adalah dengan mengadakan Skor diberi mengambil kira mutu respons/jawapan
Pemberian senarai semak (check list). secara keseluruhan berdasarkan satu piawai yang telah
skor ditetapkan yang mengandungi pelbagai tahap
Tiap-tiap satu poin itu ditentukan pula skornya. pencapaian.
Skor diberikan adalah berdasarkan poin-poin
dalam respons/jawapan pelajar tanpa Tahap pemberian skor dikenali sebagai gred (contoh:
mengambil kira respons/ jawapan secara Cemerlang, Memuaskan, Lemah).
keseluruhan.
Pemeriksa akan memeriksa jawapan pelajar secara
Jumlah keseluruhan markah akan menentukan keseluruhan,kemudian menimbangkan gred bagi
kedudukan seseorang pelajar berbanding prestasi jawapan itu berdasarkan piawai yang telah ditetapkan.
pelajar lain.
Setiap piawai gred pula terdapat julat skor yang
membezakan pelbagai pencapaian
dalam gred tersebut.

2
Contoh; Aspek Nilai Skor & Kriteria Tahap Penerangan
3 2 1 Pencapaian
Rubrik untuk Cemerlang Memuaskan Lemah
A Menggunakan tatabahasa
Esei (Cemerlang) dengan betul dan
Kefahaman Amat faham Faham Kurang
cemerlang serta ayat yang
Tugasan tentang tentang faham lengkap untuk semua
(20%) kehendak kehendakt tentang bahagian.
tugasan. ugasan. kehendak
tugasan. Esei ditulis dalam format
esei dan mengikut
Kejelasan Penerangan Penerangan Penerangan susunan yang betul.
Fakta (50%) amat jelas masih jelas kurang jelas.
dan tepat. tetapi kurang Maklumat lengkap dan
komprehensif
tepat. Isi yang
Dapat dikemuka kan
memberikan5 Dapat kurang
isi beserta memberikan3 relevan dan
huraian dan isi beserta bercampur B Menggunakan tatabahasa
contoh secara huraian dan aduk. (Memuaskan) yang kurang jelas dan
amat relevan, contoh secara ayat yang tidak lengkap
terperinci dan relevan, untuk beberapa bahagian.
tepat. terperinci
dan tepat.
Esei masih ditulis dalam
format esei dan mengikut
susunan yang betul.

Terdapat maklumat
penting yang tidak
dinyatakan.

C Menggunakan bahasa
Kematangan Dapat Kurang Tidak dapat (Lemah) yang sukar difahami
Berfikir (30%) menilai dan dapat menilai dan kerana ditulis dalam
membuat menilai dan tidak bentuk nota.
refleksi. tidak membuat
membuat refleksi. Sebahagian besar maklumat
Dapat refleksi. penting tidak dinyatakan.
mengaitkan Tidak dapat
hujah Masih dapat mengaitkan
dengan mengaitkan hujah
organisasi, hujah dengan
isu-isu dengan organisasi,
semasa dan organisasi, isu-isu
dasar isu-isu semasa dan
negara. semasa dasar negara.
dan dasar
negara.

(20 Markah)

3
Soalan 2

2. Statistik merupakan satu prosedur matematik untuk membantu guru mengumpul, menyusun,
meringkaskan, menganalisis serta membuat kesimpulan yang sah dan wajar atas data yang
bersifat numerikal.

Merujuk pernyataan tersebut, bincangkan cara-cara guru boleh menggunakan analisis statistik
asas untuk memahami dan mentafsir data pencapaian prestasi murid yang telah dilaksanakan.

Contoh Jawapan 2;
 Pengiraan Markah Minimum dan Maksimum
o Guru boleh mengira nilai maksimum dan minimum dalam data pencapaian
ujian serta mengira julat nilai. Ini akan memberikan variasi prestasi murid
dalam ujian tersebut
 Pengiraan Purata
o Guru dapat mengira purata pencapaian keseluhan murid dalam ujian tersebut.
Ini memberikan gambaran umum tentang prestasi kelas secara keseluhuhan
 Pengagihan Data
o Guru boleh menggunakan analisis statistikuntuk melihat pengagihan data
pencapaian ujian. Contohnya guru dapat membina gambarajah histogram,
untuk melihat sejauhmana pencapaian murid terletak dalam setiap julat
markah..
 Pengiraan Peratus
o Guru boleh mengira peratus murid yang mencapai tahap pencapaian tertentu
seperti pencapaian murid yang telah mencapai keputusan cemerlang,
Sederhana atau gagal. Ini akan membantu guru membuat kelas pemulihan
atau pengayaan.
 Analisis Perbandingan
o Guru boleh membuat analisis perbandingan antara prestasi pencapaian murid
dalam ujian tersebut dengan ujian sebelumnya atau dengan ujian rujukan
standard. Ini akan membantu guru membuat pertimbangan sewajarnya bagi
penambahbaikan kelas akan datang

(20 Markah)

4
Soalan 3.

Jadual Analisis Diskriminasi Item Penggubalan Soalan

Item Indek Kesukaran Pentaksiran item Keputusan/Tindakan


1 0.6 A1 A2
2 0.33 B1 B2
3 0.33 C1 C2
4 0.00 D1 D2
5 -0.6 E1 E2

Jadual menunjukkan analisis diskriminasi bagi item 1, 2, 3, 4 dan 5 bagi penggubalan soalan.
Berdasarkan indeks kesukaran setiap item yang diperoleh, bincangkan pentaksiran item (A1, B1, C1,
D1, E1) dan keputusan/tindakan (A2, B2, C2, D2, E2) yang perlu dilaksanakan bagi setiap item yang
ditunjukkan dalam jadual .

Contoh Jawapan 3;

Item Indek Kesukaran Pentaksiran item Keputusan/Tindakan

1 0.6 A1= Diskriminasi A2= Item amat sesuai


positif yang tinggi
2 0.33 B1 = Diskriminasi B2 = Item perlu diubahsuai dan perlu
positif yang sederhana dicuba sekali lagi

3 0.33 C1= Diskriminasi C3= Item perlu diubahsuai dan perlu


positif yang dicuba sekali lagi
sederhana
4 0.00 D1= Diskriminasi D2= Item perlu diubahsuai dan perlu
positif yang rendah dicuba sekali lagi
5 -0.6 E1= Diskriminasi E2=item perlu dibuang
negatif, prestasi
kumpulan murid
berada pada aras
rendah lebih baik
daripada kumpulan
pada aras tinggi

Satu item (item 1) dapat mendiskriminasi kebolehan murid dengan sangat baik dengan nilai indeks
diskriminasi positif yang tinggi (A1) dan item amat sesuai (A2) dan boleh diterima.
Dua item (item 2 dan item 3) mempunyai diskriminasi positif sederhana (B1 & C1), item-item ini
diterima tetapi perlu diubahsuai dan disemak sekali lagi (B2 & C2).

5
Satu item (item 4) mempunyai diskriminasi positif rendah (D1), item ini diterima tetapi perlu
diubahsuai dan disemak sekali lagi (D2).

Satu item (item 5) perlu digugurkan kerana nilai indeks diskriminasi yang negatif yang bermaksud
prestasi kumpulan murid yang berada pada aras rendah lebih baik bebanding kumpulan pada aras
tinggi.

Secara umumnya, diskriminasi untuk soalan-soalan perlu melebihi 0.20, sekiranya pencapaian pelajar
dibahagi kepada 2 ( separuh berpencapaian rendah dan separuh berpencapaian tinggi). Terdapat juga
pandangan lain, indeks diskriminasi yang boleh dipilih melebihi 0.30.

Kesimpulannya, item/soalan yang baik sesuatu ujian perlu mempunyai indeks diskriminasi melebihi
0.30 atau melebihi 0.20.
( 20 markah )

Anda mungkin juga menyukai