Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PROGRAM WATER CONFIDENCE


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SK SETAPAK
SESI AKADEMIK 2023/2024

1.0 PENDAHULUAN

Program Water Confidence ini adalah aktiviti yang dirancang sebagai aktiviti
tahunan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi sesi 2023/2024 SK
Setapak, Kuala Lumpur. Aktiviti ini dijalankan untuk semua murid PPKI SK
Setapak dari tahun 1 hingga Tahun 6.

2.0 RASIONAL

Sesi 2023/2024 merupakan tahun ke-13 Program Water Confidence


dilaksanakan di SK Setapak. Bagi tahun ini aktiviti ini akan diadakan di dalam
kawasan sekolah. Ini bagi memudahkan pengurusan murid berkeperluan khas
untuk menjalani aktiviti air memandangkan bilangan murid yang semakin
ramai.

3.0 MATLAMAT

Program Water Confidence adalah satu aktiviti yang menerapkan penggunaan


motor kasar dan motor halus seperti bergerak di dalam air, mengimbangi
badan dan juga asas renang. Semasa aktiviti ini dijalankan, ia banyak
menggunakan pergerakan tangan dan kaki yang baik. Fikiran yang tenang dan
keyakinan amatlah penting dalam terapi ini kerana medium air dapat
membawa aura positif . Murid akan diawasi oleh guru, PPM dan juga petugas
bertauliah dari Syarikat Soopa Doopa yang dibawa khas untuk menyediakan
segala peralatan ketika aktiviti dijalankan supaya murid dapat melakukan
aktiviti dengan baik dan selamat.

4.0 Tarikh, Masa, Tempat

1. Nama Program : WATER CONFIDENCE


Tarikh : 08 Februari 2024 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi -12.00 tengah hari
Tempat : Perkarangan SK Setapak

5.0 Kumpulan Sasaran


Semua murid PPKI (tahun 1 hingga tahun 6)
6.0 Objektif

a. Memberi keseronokan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas


(MBPK) serta dapat memberi pengalaman baharu.

b. Meningkatkan keyakinan dalam diri MBPK untuk menunjukkan bakat dan


potensi diri dengan aktiviti air.

c. Memberi peluang kepada murid MBPK untuk dapat bersama-sama


menjalankan aktiviti secara serentak dikalangan mereka bersama guru-
guru dan PPM.

d. Membantu MBK meningkatkan kemahiran dan kekuatan fizikal mereka


termasuk psikomotor melalui medium air.

7.0 KPI (output/outcome)


Output
a. Kehadiran dan penglibatan semua murid untuk menyertai program ini.

Outcome
a. Peningkatan kehadiran murid pada sesi 2023/2024 berbanding sesi
2022/2023.

b. Meningkatkan keyakinan dalam diri murid MBPK terhadap aktiviti air.

c. Meningkatkan kemahiran dan kekuatan fizikal murid MBPK termasuk


psikomotor melalui medium air.

8.0 Implikasi Kewangan


Mohon rujuk pelan operasi berkaitan (Rujuk lampiran A)

9.0 Jawatankuasa Program


Rujuk lampiran B

10.0 Strategi Pelaksanaan


Rujuk lampiran C

11.0 Pengurusan Risiko


Rujuk Lampiran D

12.0 PENUTUP

Program Water Confidence sebenarnya banyak memberikan kebaikan kepada murid-


murid Pendidikan Khas. Terapi ini akan memberikan semangat yang tinggi dan
kecergasan fizikal serta mental yang mantap kepada murid-murid Pendidikan khas. Pihak
sekolah berharap aktiviti yang telah dirancang ini diharap berjalan lancar dan memberi
manfaat kepada semua murid.
Disediakan Oleh:

........................................................
(MUHAMMAD ZAKI BIN SAHARI)
Penyelaras Program Water Confidence
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Setapak
Kuala Lumpur
Tarikh:

Disemak oleh:

..................................................
(NADIAH BINTI ABU BAKAR)
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Setapak
Kuala Lumpur
Tarikh:

KELULUSAN PROGRAM

Kertas cadangan ini *diluluskan / tidak diluluskan untuk pelaksanaan Program Water
Confidence sepanjang sesi akademi 2023/2024. Program ini perlu dilaksanakan seperti
dirancang dan tugas-tugas yang dilaksanakan perlulah mengikut dan mematuhi semua
pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

............................................
(HALIMAH BINTI AHMAD)
Guru Besar
SK Setapak
Kuala Lumpur
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai