Anda di halaman 1dari 3

Line of Fire

Isnin

Apakah itu line of fire? Line of fire adalah situasi kerja dimana bahagian badan anda berada di posisi yang
boleh menyebabkan kecederaan. Insiden yang berlaku pada bulan Oktober 2023 di Die Cast yang
melibatkan jari TS terkepit dibawah pallet jack. Memasukkan tangan di bawah pallet jack merupakan satu
contoh line of fire. Pastikan anda tidak meletakkan bahagian badan anda di line of fire.

Line of Fire

Selasa

Apakah contoh lain situasi line of fire? Bekerja di situasi dimana terdapat pisau atau bilah pisau tanpa
memakai pisau adalah contoh line of fire. Insiden yang berlaku bulan Ogos 2023 di Barbell yang melibatkan
tangan operator terkena bilah pisau di mesin foil cutting. Semua pekerja diingatkan supaya memakai sarung
tangan anticut sentiasa masa sekiranya kerja anda memerlukan penggunaan pisau atau bilah pisau. Setiap
pengguna pisau harus peka semasa menggunakan pisau untuk pastikan bahagian badan anda tidak berada
di line of fire.

Line of Fire

Rabu

Apakah contoh lain situasi line of fire di MMSB? Sekiranya jari atau bahagian tangan anda berada di haluan
pemotongan pisau adalah contoh line of fire. Proses tape adhesion test di Ransburg memerlukan operator
memegang body yang telah dicat semasa menguris permukaan body sebelum menjalan proses tape
adhesion. Semasa proses ini dijalankan, jari operator berada pada haluan pemotongan pisau.
Penambahbaikan dari segi cara kerja perlu dijalankan untuk melindungi jari pekerja dari kecederaan
daripada risiko pemotongan. Pihak proses engineering tengah menjalankan tindakan penambaikan untuk
proses tape adhesion test di Ransburg.

Line of Fire
Line of Fire
Khamis

Apakah contoh lain situasi line of fire? Memasukkan tangan atau jari dalam mesin yang sedang beroperasi
adalah salah satu contoh line of fire. Mesin yang sedang beroperasi mempunyai module yang bergerak.
Sekiranya anda memasukkan jari atau tangan ke dalam mesin yang beroperasi, besar kemungkinan anda
akan tercedera. Sekiranya anda ternampak part yang tersangkut di dalam mesin, pastikan anda menekan e-
stop dan membuka pintu mesin. Sekiranya anda tidak yakin, dapatkan bantuan dari pihak maintenance atau
leader. Fokus adalah amat penting bagi pekerja yang tengah mengoperasi mesin. Laporkan sebarang mesin
yang tidak berfungsi dengan normal sebagai near miss dan hentikan operasi mesin dengan serta merta.

Line of Fire

Jumaat

Apakah contoh lain situasi line of fire di MMSB? Pemotongan chokoh tape tanpa menggunakan anti-cut
glove oleh pihak technician di A&P adalah salah satu contoh line of fire. Proses pemotongan chokoh tape
memerlukan technician memegang chokoh tape diantara dua jari serta menggunakan pisau untuk memotong
chokoh tape diantara dua jari. Bilah pisau tersebut boleh terkena pada jari technician semasa proses ini
kerana tiada sebarang perlindungan pada jari technician semasa proses ini dijalankan. Pihak maintenance
engineering telah melakukan tindakan penambaikan untuk memastikan proses ini dijalankan dengan
selamat.

Line of Fire

Sabtu

Apakah contoh lain situasi line of fire? Berjalan di dalam radius 3 kaki dari forklift adalah salah satu
contoh line of fire. Forklift adalah peralatan mengangkat barang yang boleh berpusing 360 darjah.
Sebagai pejalan kaki, kita harus kenal mengenai HALO zone. Apakah itu HALO zone? Semasa anda
berada dalam radius 3kaki dari forklift, pastikan kedua-dua pihak (pemandu forklift dan pejalan kaki)
berhenti serta merta.
Line of Fire

Ahad

Semua pekerja MMSB boleh membuat perubahan yang positif setelah menyedari apakah itu line of fire. Ia
menjadi tanggungjawab setiap pekerja MMSB mengenal pasti dan melaporkan cara kerja yang tidak
selamat. Sesungguhya, kita tidak boleh ada kecederaan setiap masa sebelum kita dapat melakukan
penambahbaikan di tempat kerja. Setiap situasi/keadaan yang anda rasa was-was atau mungkin line of fire
boleh dilaporkan sebagai near miss untuk tindakan penambahbaikan.

Anda mungkin juga menyukai