Anda di halaman 1dari 30

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

BAB 6 : EPI
GENERAL STUDIES DEPARTMENT
SUNWAY COLLEGE
KUALA LUMPUR
BAB 6 : EPISTEMOLOGI
Menjelaskan perkembangan Revolusi Menghuraikan tentang Kebenaran
Sains serta kesan Ilmu, iaitu Teori Koresponden, Teori
epistemologi yang tercetus Koheren dan Teori Pragmatik
daripadanya

Menjelaskan pelbagai kaedah Menganalisis sintesis perkembangan


epistemologi seperti Rasionalisme, ilmu pengetahuan semasa serta
Empirikisme, Wahyu dan Akal, peranan epistemologi sebagai pemacu
Pancaindera, Intuisi dan Ilham penjanaan ilmu
KONSEP,
KANDUNGAN PERKEMBANGAN DAN
KULIAH KESAN TERHADAP
KEHIDUPAN
PELBAGAI KAEDAH &
SUMBER PEROLEHAN
ILMU

TEORI-TEORI EPISTEMOLOGI UNTUK


KEBENARAN ILMU KEGUNAAN KEHIDUPAN
PENGENALAN

EPISTEMOLOGI
“Theory of Knowledge”
Dari sudut bahasa Epistemologi berasal daripada gabungan dua
perkataan Yunani, iaitu ‘episteme’ yang bermaksud ilmu dan
EPISTEMOLOGI ‘logos’ yang bermaksud sains atau kajian.
“Theory of
Epistemologi adalah sebahagian daripada perbahasan utama
Knowledge”
falsafah sebagaimana ungkapan dalam kamus The Lexion
Webster Dictionary: “The theory or study of the origin, nature,
methods, and limits of knowledge”.
Epistemologi boleh difahami sebagai sains atau kajian secara
falsafah berkaitan dengan ilmu atau ringkasnya disebut teori
ilmu.
 Mohd Hazim Shah (2020): menjelaskan Epistemologi
sebagai sains atau teori kajian tentang ilmu (Theory of
knowledge)
EPISTEMOLOGI  Antara persoalan falsafah tentang ilmu yang cuba dijawab
“Theory of oleh ahli epistemologi ialah :
Knowldege”

Apakah itu ilmu? Apakah kriteria ilmu? Bagaimanakah


seseorang itu mengetahui sesuatu? Adakah ilmu itu sesuatu yang
mungkin? Apakah sumber ilmu bagi seseorang? Adakah ilmu
yang diperolehi bersifat mutlak atau bersifat relatif?
PERKEMBANGAN EPISTEMOLOGI DAN KESAN
TERHADAP KEHIDUPAN
PERKEMBANGAN EPISTEMOLOGI

PERKEMBANGAN : FASA 1 DAN 2  Fasa 2: Zaman Romawi . Pada


era ini kurang ditandai dengan
pemikiran pengetahuan
 Fasa 1: Zaman Yunani Kuno (abad 3 SM – 6 M). sistematis, tetapi berkembang
Pemikiran tentang pengetahuan pada era bersifat dalam hal-hal pemikiran tentang
kritikan terhadap pengetahuan yang disebut sebagai negara, peperang, hukum, politik,
mitologi (dunia dewa-dewi). perdamaian, sastera, dan
 Era ini dikenali dengan munculnya para filasuf yang kebudayaan.
membahaskan tentang hakikat alam semesta.
 Antara tokoh ilmuwan pada masa
 Filusuf seperti Thales, Anaximander, Anaximenes, ini ialah Stoa, Epicurus, dan
dan Phytagoras kemudian disambung oleh tokoh Plotinos.
seperti Socrates, Plato, dan Aristotle. Ketiga-tiga
tokoh ini telah mengembangkan pengetahuan secara
reflektif dan sistematis sehingga disebut filsafat.
PERKEMBANGAN EPISTEMOLOGI

PERKEMBANGAN : FASA 3

Fasa 3: Zaman Abad Pertengahan/Abad Teologi  Tokoh utama Skolastik: Agustinus (bukunya:
(Abad 6 -15 M) De Civitae Dei) dan Thomas Aquinas
 Zaman ini memperlihatkan peranan agama Kristian (bukunya: Summa Theologia).
ke Eropah membawa corak epistemologi yanglebih  Walaupun Eropah berada dalam abad kegelapan
khusus. Berlaku pertemuan pengetahuan (The Dark Ages) tetapi tidak demikian di dunia
supranatural dengan pengetahuan rasional-natural-
intelektual. Arab yang majoritinya beragama Islam. Muncul
ramai filasuf terkenal seperti Al-Kindi, Ibnu
 Ketika ini muncul aliran Skolastik : yang berusaha Rusyd, dan Ibnu Sina.
menjalin kesepaduan sistematik antara ajaran agama
(gereja Katholik) dengan ajaran manusiawi yang
bersifat intelektual-rasional.
 Wujud juga usaha perpaduan antara Hellenisme
(Yunani dan Romawi) dan Semitisme (Agama
Kristian). Namun, Semitisme mendominasi segala
aspek kehidupan manusia. Sehingga dikatakan
sebagai abad kegelapan bagi dunia ilmu
pengetahuan.
Kebudayaan Hellenisme
PERKEMBANGAN : FASA 4
 Muncul tokoh-tokoh : Rene Descartes,
Fasa 4. Zaman Moden John Locke, Francis Bacon, Immanuel
 Era ini berlaku apabila kehidupan tidak Kant, Hegel, dan August Comte.
lagi didominasi oleh agama Kristian
 Pada zaman ini mulalah berlakunya
 Didahului oleh gerakan Renaissance penekanan tentang keperluan pembuktian
(kelahiran kembali) atau Enlightenment sains dengan penghujahan secara intelektual,
(pencerahan) yang menyedarkan manusia rasional dan empirikal.
akan autonominya sebagai hidupan
rasional (animal rationale).  Zaman ini dianggap sebagai era kemuncak
perkembangan epistemologi yang
 Perkembangan ini telah melahirkan aliran- menyumbang kemajuan sains dan teknologi.
aliran epistemologi, antaranya:
rasionalisme, empirisisme, kritisisme,  Secara tidak langsung melahirkan pelbagai
idealisme, positivisme. aliran falsafah yang membincangkan tentang
permasalah ‘ilmu’.
PELBAGAI KAEDAH DAN
SUMBER PEROLEHAN ILMU
KAEDAH DAN SUMBER PEROLEHAN ILMU

 Terdapat pelbagai sumber bagi manusia untuk mencapai ilmu dan setiap
sumber ini berfungsi dalam konteks berbeza dan saling melengkapi.
 Secara umumnya manusia menerima ilmu melalui 3 cara iaitu:
pancaindera sihat, akal yang waras dan ‘berita yang benar’ (wahyu)
 Masyarakat yang menerima ketiga-tiga sumber ilmu ini sebagai sumber
utama ilmu menurut Ibn Taymiyyah (1991), mampu mencapai ilmu
SUMBER yang lebih sempurna berbanding mereka yang hanya mengiktiraf
ILMU sebahagian sumber sahaja.
 Namun sebahagian aliran falsafah hanya mengiktiraf sumber tertentu
dan membelakangkan yang lain, sehingga menyebabkan berlaku
perbezaan dalam aliran pemikiran.
 Sumber ilmu boleh dikategorikan melalui: Pancaindera, Akal, ‘Berita
benar’/Wahyu, Ilham dan Intuisi .
Pancaindera Akal

 Merupakan alat yang menghubungkan manusia


 Akal atau ‘rasional’ merupakan fungsi daripada
dengan alam.
organ yang secara fizik bertempat di dalam kepala
 Terdapat 5 pancaindera manusia iaitu: iaitu otak.
penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan
 Akal berfungsi diluar peranan pancaindera dengan
 Melalui maklumat yang dicerap oleh pancaindera melakukan generalisasi, qiyas (deduksi), analisis
akan pindahkan ke otak. serta berfikir secara abstrak.
 Akal akan berfungsi menilai kesahihan maklumat  Jika pancaindera hanya terhad mencerap ilmu yang
yang diperolehi. nyata, tetapi akal mampu memberikan ilmu diluar
 Al Karsawi (2018). Proses menghasilkan ilmu alam pancaindera.
yang diyakini benar mesti menepati 2 syarat  Akal mampu menghasilkan hukum yang diyakini
utama : 1) Pancaindera mesti sihat dan tidak cacat benar misalnya “ dua perkara yang berlawanan
2) Maklumat yang dicerap mesti bebas daripada tidak akan bersatu”, “Setiap yang bergerak perlu
faktor yang mencacatkan cerapan. kepada pengerak “
‘Berita yang benar’ / Wahyu Ilham & Intuisi

 ‘Berita yang benar’ difahami sebagai sesuatu  Sumber ilmu masih menjadi perbahasan dalam
ilmu/maklumat yang disampaikan melalui falsafah epistemologi
seseorang dan diyakini ia benar. Seperti  Dikenali sebagai : ‘instinct’ ‘sixth sence’ ‘basirah’,
pengetahun yang diperoleh daripada Plato yang ‘laduni’, ‘suara hati’, ‘naluri’ , ‘firasat’
hidup di zaman Greek, walaupun kita tidak  Intuisi ialah ilham, akal, naluri fikiran dan jiwa aktif
hidup dizamannya. yangg berpindah dari permulaan hingga ke akhir
tanpa perantaraan, tanpa sengaja dan tanpa
 Wahyu(revelation) juga dikategorikan sebagai kemahuan diri sendiri.
‘berita yang benar’ dalam epistemologi Islam
 Ilmu turut dikenali sebagai ‘Keupayaan luar
 Islam melihat Wahyu bersifat mutlak (absolute jangkauan’ atau ‘pengalaman jiwa’
truth) dan wajib dipercayai
 Ia bersifat subjektif dan lebih bersifat pengalaman
 Maklumat Wahyu ada yang boleh dikaji dan peribadi dan tidak dapat digambarkan dengan
dibuktikan secara rasional dan empirikal seperti perkataan secara tepat.
hal-hal berkaitan alam.  Menurut filusof Islam ilmu ilham/intuisi – tidak
boleh menyalahi pancaindera, akal dan Wahyu.
 Terdapat 2 aliran utama dalam epistemologi yang melibatkan perbezaan cara melihat
dan menilai sumber ilmu.
 Aliran tersebut ialah : Empirisisme dan Rasionalisme
Empirisisme

 Aliran falsafah yang mementingkan pengalaman pancaindera (senses) atau deria


sebagai sumber pengetahuan dan kebenaran. Pengetahuan melalui pancaindera ini
disebut pengetahuan a posteriori.
 Menurut Mohd Hazim Shah(2020); Deria adalah saluran yang dapat memberikan
manusia sensasi (sensation). Sensasi adalah maklumat yang diproses oleh otak hasil
daripada pengalaman (maklumat) yang diperolehi melalui pancaindera manusia.
 Bagi golongan ini, ia merupakan sumber ilmu yang sahih dan pengesahan sesuatu
ilmu juga ditentukan dengan merujuk kepada pengalaman yang diperolehi daripada
deria.
 Contohnya: pengesahan sesuatu ilmu ditentukan
dengan merujuk kepada pengalaman yang diperoleh
daripada deria.

 “Bagaimana seseorang individu mengetahui adakah


hujan sedang turun sedangkan dia berada di dalam
bilik. Jadi untuk mengetahui sama ada kenyataan itu
benar atau tidak, dia perlu melihat melalui tingkap
atau keluar dari bilik. Jadi, jika melalui penglihatan,
dia melihat hujan turun mencurah-curah, maka sudah
tentulah kenyataan yang mengatakan bahawa hari ini
hujan sedang turun adalah benar.”
Rasionalisme

 Aliran falsafah yang mengatakan bahwa ilmu yang sahih itu diperolehi bukan
dengan deria manusia yang lima, tetapi sebaliknya ia adalah terbit daripada
penggunaan akal rasional.
 Sifat ‘akliah’ dalam penjanaan ilmu inilah yang menjadi asas dan tonggak
bagi fahaman Rasionalisme.(Mohd Hazim Shah, 2020)
 Manusia mempunyai kekuatan sendiri untuk mengetahui dengan pasti tentang
pelbagai perkara di alam ini. Di mana ia bersifat fitrah(nature) kerana idea
kebenaran sudah ada dalam diri manusia secara ‘a priori’, tanpa perlu
mencarinya melalui pengalaman dan pengamatan terlebih dahulu. (Abdul
Rahman , 2005)
 ‘a Priori’: dapat difahami iaitu justifikasi tanpa memerlukan ciri-ciri empirik
kerana kebenarannya telah terhasil berdasarkan proses taakul (logical
reasoning)
 Antara tokoh teori aliran ini ialah Rene Descartes. Beliau merupakan
ahli falsafah dan matematik Perancis yang menyokong kuat penggunaan
akal semata-mata tanpa mengaitkan peranan pancaindera dalam usaha
membuktikan ilmu hanya terhasil melalui proses penaakulan (logical
reasoning)
 Contohnya : Sudu yang dimasukkan ke dalam segelas air akan kelihatan
seolah-olah sudu itu bengkok. Namun pada hakikatnya sudu itu tidaklah
bengkok. Dalam hal ini, pancaindera matalah yang mengatakan sudu itu
bengkok.
 Jadi bagi pihak aliran Rasionalisme, ini menunjukkan bahawa deria tidak
semestinya memberikan gambaran yang sebenar tentang apa yang
terdapat dalam alam ini. Keadaan ini boleh dielakkan dengan penggunaan
akal yang rasional.
 Akal yang rasional boleh memberikan manusia ilmu dan kebenaran yang
sejati.
TEORI-TEORI TENTANG
KEBENARAN ILMU
Konsep Kebenaran Ilmu
Knowledge as justified true belief

 Merupakan teori Plato yang digunakan sebagai asas bagi meletakkan ‘sifat
ilmu’. Teori diperkenalkan dalam karya beliau ‘Theaetetus’
 Plato memberi contoh seperti berikut ; “ Saya tahu bahawa saya merupakan
manusia” kerana: 1] Saya tahu bahawa saya merupakan manusia (belief) 2]
kepercayaan saya boleh diberi justifikasi iaitu orang lain melayan saya seperti
manusia bukan seperti anjing (justified) 3] justifikasi dan kepercayaan ini
adalah benar (true) .
 “justified true belief” ini diterangkan sebagai sesuatu kepercayaan yang benar
dan boleh dibuktikan. Maka kepercayaan berasas yang benar tersebut boleh
diterima sebagai ilmu.
 Teori ini memberi gambaran bahawa terdapat 3 sifat /elemen utama sebelum
sesuatu pandangan atau penghujahan boleh diterima sebagai ‘ilmu’.
Konsep Kebenaran Ilmu

 “justified true belief” juga disebut sebagai ‘traditional analysis’ (analisis tradisi) bagi konsep ilmu
(Crumley, 2009). Bagi memastikan penghujahan atau pandangan dianggap sebagai ilmu maka ianya perlu
memenuhi 3 sifat/elemen utama :
 1) ‘belief’ - yang bermaksud kepercayaan. Kepercayaan dalam teori ini memberi erti kepercayaan
sepenuhnya pada sesuatu perkara. Kepercayaan yang sepenuhnya itu merupakan satu keyakinan dan
kepastian yang mendalam dalam sesuatu yang dipercayai. Keyakinan yang mendalam ini hadir apabila
kepercayaan tersebut boleh dibuktikan secara kognitif dan empirikal. Pembuktian secara empirikal dan
penghujahan secara kognitif menjadi justifikasi kepada pandangan atau hujah.
 2) ‘justified’ – justifikasi yang boleh diambil sebagai bukti dan boleh diterima adalah dalam bentuk
empirikal. Bukti empirikal ialah bukti yang dapat diterima oleh pancaindera manusia dan dikuatkan
dengan penghujahan logik /rasional. Sekiranya penghujahan logik/rasional sahaja yang wujud tanpa ada
bukti secara empirikal yang dapat diterima oleh pancaindera, maka justifikasi tersebut ditolak.
 3) ‘true’ - kebenaran adalah sifat ilmu yang diterima dan dipercayai dan mempunyai bukti yang berbentuk
empirikal dan penghujahan yang logik. Setelah memiliki ketiga-tiga sifat atau elemen ini, maka makluman
itu telah menjadi satu ilmu yang diyakini kebenarannya.
Teori Kebenaran Ilmu

Dalam tradisi ilmu Barat pada umumnya ada tiga teori kebenaran yang
dipegang secara meluas, iaitu:

Teori Koresponden: Teori Koheren: Teori Pragmatik:


(corespondence theory of (coherence theory of truth) (functional theory of
truth). truth)
TEORI KORESPONDAN

 Teori kebenaran berdasarkan keselarasan antara fakta dengan penegasan, iaitu


sesuatu kenyataan itu benar jika ia berselaras dengan fakta yang ada dalam
realiti nyata alam ini.
 Bagi teori ini sesuatu pernyataan dianggap benar jika ia sepadan dengan apa yang
wujud di alam nyata. Misalnya, pernyataan “Shah Alam adalah ibu negeri
Selangor ” adalah benar, sebaliknya pernyataan “Rawang adalah ibu negeri
Selangor” adalah tidak benar kerana menyalahi apa yang ada di alam nyata.
TEORI KOHERENSI

 Sesuatu pernyataan dianggap benar apabila ia bersifat koheren atau konsisten dengan
pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.
 Teori keserasian kebenaran (coherence theory of truth) menegaskan bahawa jika
sesuatu perkara atau perbuatan itu serasi dengan keperluan dan keadaan masyarakat,
maka perkara atau perbuatan itu adalah benar dan patut.
 Contoh: “hukuman bunuh ke atas pengedar dadah adalah wajar” ia dianggap benar
kerana ia serasi dengan “jenayah berat patut menerima hukuman keras”, dan “
hukuman bunuh lebih menakutkan penjenayah berbanding hukuman penjara”.
 Namun, nilai keserasian boleh berubah-ubah kerana berubahnya suasana masyarakat;
oleh itu tidak ada nilai keserasian yang muktamad dan mutlak.
TEORI PRAGMATIK

 Sesuatu pernyataan dianggap benar apabila ia memberi manfaat dan boleh


dipraktikkan
 Dari segi prinsipnya, teori ini sangat mementingkan akibat atau hasilan secara
praktikalnya atau dapat dilaksanakan dan membawa hasil yang memuaskan.
Oleh itu apa sahaja idea yang berupaya memberikan hasilan praktikal yang
bermanfaat dan berguna jadi ia boleh dianggap sebagai idea yang benar atau
disebut sebagai ilmu yang benar (Rescher, 2001)
 Contohnya : kepercayaan kepada Tuhan merupakan idea yang menjadikan
manusia beroleh kepuasan dan manfaat, jadi idea kepercayaan kepada Tuhan
merupakan idea atau ilmu yang benar, kerana ia mendatangkan kesan dan
praktikal yang positif terhadap kehidupan manusia seperti kestabilan emosi dan
sebagainya.
Contoh Teori Pragmatik : Memahami Gajah ?

Apa itu…. ?

 A – oh gading yang putih cantik ?


 B – eh kipas lah ?
 C – oh ular yang besar lah ..?
 D – eh pokok besar dan kuat sekali ?
 E – oh tali kuat dan panjang ?
EPISTEMOLOGI UNTUK KEGUNAAN
KEHIDUPAN
 Ilmu Epistemologi boleh membantu seseorang memahami cara dan arah manusia
berfikir. Ia juga membantu seseorang ‘melihat’ apa yang mungkin dan apa yang
tidak mungkin menurut bidang-bidangnya.
 Ia juga membimbing seseorang menyemak apa yang mungkin diketahui dan harus
diketahui atau apa yang mungkin diketahui dan penting dan harus diketahui.
Seseorang harus membuat keputusan bahawa tidak semua objek/benda mesti
dijelajahi oleh pengetahuan manusia. Menentukan sesuatu itu manfaatnya kecil
tetapi mudaratnya lebih besar. Semua pola pemikiran di atas berkait dengan bidang
epistemologi dan memberi implikasi terhadap corak dan tingkah laku manusia.
 Dalam sudut pandangan yang lebih besar, epistemologi sebenarnya mempengaruhi
peradaban manusia.
 Suatu peradaban yang hebat dibentuk oleh teori-teori pengetahuan yang diperolehi
dan dimanfaatkan. Epistemologi mampu mengatur semua aspek pengajian manusia
daripada bidang falsafah, sains dan teknologi, sosial, ekonomi dan keagamaan. Ia
mampu memberikan kesatuan dan kesinambungan pada ilmu-ilmu tersebut yang
merupakan hasil pengamatan kritis, keyakinan, kepercayaan dan sistem nilai
manusia.
 Mujamil Qomar (2002) menyatakan epistemologi menentukan kemajuan sains dan
teknologi. Wujudnya sains dan teknologi yang maju disesebuah negara sudah pasti
disokong oleh penguasaan dan pengembangan epistemologi.
 Epistemologi menjadi modal dasar dan alat strategik dalam merekayasa (re-
engeneering) pengembangan alam menjadi produk sains yang bermanfaat bagi
kehidupan manusia. Ini kerana epistemologi sentiasa mendorong manusia untuk
selalu berfikir dan mencipta sesuatu yang baharu.
KESIMPULAN

 Kefahaman serta pendirian epistemologi yang tepat


merupakan asas penting bagi seorang manusia dalam
meneroka dan mengembangkan ilmu-ilmu baharu. Ini
kerana apabila aliran tertentu diikut tanpa sedar dan
faham kesilapan dan kelemahan yang wujud, secara tidak
langsung ia akan menyebabkan kepincangan ke atas
kerangka pemikiran dan pandangan alam yang dianuti.

Anda mungkin juga menyukai