Anda di halaman 1dari 2

Nama : Nadiatul Saravina

NIM : 220102136
Mata Kuliah : Syarah Hadis HES

15. Bolehkah menjual haiwan dengan haiwan secara nasi'ah (ansuran)?


Jawab:
Berdasarkan hadis di bawah ini:

‫ َر َو اُه‬.‫َع ْن َسُمَر َة ْبِن ُج ْنُد ٍب َرِض َي ُهللا َع ْنُه َأَّن الَّنِبَّي َص َّلى ُهَّللا َع َلْي ِه َو َس َّلَم َنَهى َع ْن َبْي ِع اْلَحَي َو اِن ِب اْلَح َيَو اِن َنِس يَئًة‬
‫اْلَخ ْمَس ُة َو َص َّح َح ُه الَّتْر ِمِذ ُّي َو اْبُن اْلَج اُروِد‬.
Daripada Samurah bin Jundub bahawa Rasulullah (s.a.w) melarang daripada menjual haiwan
dengan haiwan secara nasi'ah (menangguhkan bayaran hingga waktu yang tidak ditentukan).
(Diriwayatkan oleh al- Khamsah dan dinilai sahih oleh al-Tirmidhi dan Ibn al-Jarud: 860).
Hadith ini melarang menjual haiwan dengan haiwan di mana haiwan pertama diserahkan
secara tunai sedangkan haiwan kedua ditangguh penyerahannya.Sekumpulan ulama berpendapat
bahawa kedudukan hadith ini munggathi'.
Tidak sah menjual hewan dengan haiwan secara nasi'ah atau menjual seekor haiwan dengan
dua ekor haiwan secara nasi'ah (membayar secara ansuran dalam tempoh yang belum ditentukan).
Jadi, maksud perkataan al-hayawan di sini adalah meliputi segala jenis hewan. Inilah pendapat Ibn
Abbas, Atha', al-Tsauri, ulama mazhab Hanafi dan Imam Ahmad
Menurut Ali bin Abu Thalib, Ibn Umar, Ibn al-Musayyab, al-Zuhri, Imam al-Syafi'i dan
Ishaq, jual beli secara nasi'ah dibolehkan sama jual beli itu dilakukan terhadap barang yang berlainan
jenis atau sebaliknya, sama ada haiwan itu boleh dimakan atau sebaliknya, sama ada seekor haiwan
dijual dengan seekor haiwan ataupun seekor haiwan dengan dua ekor atau lebih.
Menurut Imam Malik, jika jenis haiwan itu berlainan, maka boleh diperjual belikan secara
nasi'ah. Jika tidak, maka hukumnya haram.
Pendapat yang membolehkan jika barang itu berlainan mengemukakan dalil dengan hadith
yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah (s.a.w) menyuruhnya mencari saki
baki unta zakat, kemudian dia mengambil seekor anak unta dan menukarnya dengan dua ekor anak
unta zakat hingga dia membawanya. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan dinilai sahih.
Inilah yang dilakukan oleh sekumpulan sahabat.

16. Apakah makna "‫ " أخذتم أذناب البقر‬dan "‫?" العينة‬
Jawab:
“‫"العينة‬, membeli barang dengan harga dan waktu yang telah ditentukan, kemudian penjual
tersebut membeli barang kepada pembeli pertama dengan harga yang lebih murah, kemudian harga
barang tersebut diambil dari pembeli pertama secara tunai.
Dinamakan 'inah kerana harga barang tersebut dapat diperoleh secara tunai. Pendapat ini
menurut al-Juzjani.
“ ‫”َأَخ ْذ ُتْم َأْذ َناَب اْلَبَقِر‬, ada dua maksud bagi kalimat ini, iaitu: Pertama, mengembala, kerana seorang
pengembala selalunya berdiri di belakang haiwan gembalaannya baik itu lembu atau haiwan ternakan
yang lain. Jadi, seolah-olah dia sedang memegang ekornya.
Kedua, bercucuk tanam, kerana seorang peladang sentiasa berada di belakang lembu ketika
sedang membajak sawahnya.

22. Sebutkan satu hadith yang di dalamnya mengharuskan menjual haiwan dengan haiwan secara
nasi'ah (ansuran)?
Jawab:
hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bahawa Rasulullah (s.a.w) menyuruhnya
mencari saki baki unta zakat, kemudian dia mengambil seekor anak unta dan menukarnya dengan
dua ekor anak unta zakat hingga dia membawanya. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Daruquthni dan
dinilai sahih.

Anda mungkin juga menyukai