Anda di halaman 1dari 2

Firman Allah SWT:

َ ‫فَ كُ ل ُوا ِم ْن هَ ا َو أ َ ْط ِع مُوا الْ َب ا ئ‬


‫ِس الْ فَ ق ٌِ َر‬
Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang -binatang
korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.

Surah al-Hajj (28)

Hadis Nabi SAW .Riwayat Ali Bin Abi Talib:

َ ِ‫ َو ال َ أ ُ ْع ط‬، ‫ً صلى هللا علٌه وسلم أ َنْ أ َق ُ و َم َع ل َ ى الْ بُ ْد ِن‬


‫ً َع ل َ ٌْ هَ ا‬ ُّ ِ ‫أ َ َم َر ن ًِ ال نَّ ب‬
‫ش ٌْ ًئ ا ف ًِ جِ َز ا َر ت ِ َه ا‬
َ
Rasulullah SAW telah mengarahkan aku untuk melakukan sembelihan
terhadap unta dan mengarahkan juga kepadaku agar sebahagian dari daging
tidak diberikan kepada penyembelih sebagai upah

Riwayat Al-Bukhari & Muslim

Riwayat oleh Imam Muslim:

‫نحْ ُن نُ ْع طِ ٌ هِ ِم نْ ِع ْن ِد َن ا‬
Kami memberikan kepada penyembelih dan pelapah upah daripada
(harta) kami sendiri”.

Seterusnya, Imam al-Nawawi menyatakan bahawa penjualan kulit, daging


atau apa-apa bahagian daripadanya adalah tidak dibenarkan disisi Mazhab
al-Syafie. Perkara ini dinyatakan oleh beliau di dalam kitabnya:

‫َو َم ْذ َه بُ َن ا أ َنَّ ُه َال ٌَ ُج و ُز َب ٌْ ُع جِ لْ ِد الْ َه ْد ي ِ َو َال األضحٌة وال شًء من أجزائهما‬


Disisi Mazhab kami adalah dilarang untuk menjual kulit binatang korban,
daging binatang korban dan apa-apa bahagian daripadanya”.

(Rujuk Kitab al-Minhaj Syarh Sahih Muslim 9/65)

Dalam pada itu Imam al-Nawawi juga menyatakan bahawa sepakat disisi
mazhab syafie bahawa dilarang untuk menjual apa -apa bahagian daripada
binatang korban. Hal ini samada ibadah korban itu sunat atau nazar.
Larangan ini termasuklah daging, lemak, kulit, tanduk dan lain -lain lagi.
(Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 8/419-420).[1]
Seterusnya, Ibn Rusyd menyatakan bahawa ulama bersepakat bahawa
larangan menjual daging korban. Perkara ini dinyatakan di dalam kitabnya:

،‫ت أ َنَّ ُه َال ٌَ ُج و ُز َب ٌْ ُع ل َ حْ ِم هَ ا‬ َ ُ ‫َو الْ ُع ل َ َم ا ُء ُم تَّ ف ِ ق‬


ُ ‫ون ف ٌِ َم ا َع ل ِ ْم‬
Pada pengetahuanku ulama bersepakat bahawa daging korban tidak boleh
dijual”.

(Rujuk Bidayah al-Mujtahid Wa Nihayah al-Muqtasid 2/201)

Namun begitu, jika penerima daging korban tersebut adalah dari golongan
miskin maka mereka boleh menjual daging tersebut. Habib Abdul Rahman al -
Ba’lawi menyatakan di dalam kitabnya:

‫ بخالف‬،‫وللفقٌر التصرف فً المأخوذ ولو بنحو بٌع الْ ُم ْس ل َ ِم لملكه ما ٌعطاه‬


‫الغنً فلٌس له نحو البٌع بل له التصرف فً المهدي له بنحو أكل وتصدق‬
،‫ ألن غاٌته أنه كالم ضحً نفسه‬،ً‫وضٌافة ولو لغن‬
Bagi golongan yang fakir, membelanjakan bahagian korban yang diterimanya
walaupun seperti menjual barang diterima kerana telah menjadi miliknya,
berbeza dengan golongan yang kaya tidak dibenarkannya untuk melakukan
perkara seperti menjualnya namun ia boleh menggunakan bahagian korban
yang diberikan itu dengan cara dimakan, sedekah dan menjamu tetamu
walaupun mereka kaya, ini kerana kedudukannya seperi orang yang
melakukan korban.”

(Rujuk al-Bughyah al-Mustarshidin, 319)

Ulasan

Dalil yang sahih daging kurban tak boleh dijual, disepakati imam2 mazhab syafie.

Habib Abdul Rahman al Ba’lawi berpendapat fakir miskin boleh menjual daging
kurban yang diperolehi, supaya mereka peroleh manfaat mengikut keperluannya.

Pendapat Habib ini dipersetujui oleh Pej Mufti KL. 2021.

Anda mungkin juga menyukai