Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL BAGI PROSIDING KOLOKIUM PENDIDIKAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2021

PANDUAN PENULISAN PENUH PENYELIDIKAN

1.0 OBJEKTIF
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan tatacara penulisan artikel penyelidikan
kepada penulis yang ingin menyertai Kolokium Pendidikan untuk dimuatkan dalam
Prosiding Penyelidikan Pendidikan terbitan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

2.0 PENGENALAN
2.1 Penyediaan artikel bagi Prosiding Penyelidikan Kolokium Pendidikan JPN Sabah
adalah terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) seluruh
Sabah yang ingin menyertai Kolokium Pendidikan JPN Sabah pada 2-3 November
2021.

2.2 Artikel yang ditulis adalah berdasarkan hasil kerja penyelidikan dan pembangunan
profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan. Kandungan artikel hendaklah
dalam bentuk berikut:
a) hasil kerja penyelidikan;
b) penemuan, kaedah atau aplikasi baru;
c) Berkaitan dengan tema Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021.

3.0 SYARAT PENERIMAAN


3.1 Artikel yang ditulis merupakan karya asli penulis dan belum pernah diterbitkan dalam
mana-mana penerbitan jurnal, prosiding atau seumpamanya sama ada di dalam
atau luar negara.
3.2 Artikel dihantar dalam bentuk salinan lembut (softcopy) dan format Microsoft
Word seperti yang telah digariskan dalam Perkara 4.0 hingga Perkara 6.0. Artikel
yang tidak mematuhi format penulisan hendaklah ditambah baik.

4.0 FORMAT PENULISAN


4.1 Semua artikel yang diserahkan haruslahmengikut format yang ditetapkan dalam
garis panduan ini.

4.2 Artikel ditulis sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

4.3 Panjang artikel adalah tidak kurang dari 10 muka surat dan tidak melebihi 12
muka surat dan mengikut format berdasarkan sistem penulisan American
Psychological Association 7th Edition (APA). Wajib ditaip di atas kertas bersaiz A4
dalam jarak langkau 1.0 (single spacing) menggunakan huruf Times New Roman
bersaiz 12.

4.4 Artikel mestilah ditaip di atas kertas bersaiz A4 menggunakan jidar berikut:
4.4.1 atas: 2.54 cm/1 inci
4.4.2 bawah: 2.54 cm/1 inci
4.4.3 kiri: 2.54 cm/1 inci
4.4.4 kanan: 2.54 cm/1 inci

Sumber Rujukan: Garis Panduan Penulisan Artikel Bagi Jurnal


Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021
1
GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL BAGI PROSIDING KOLOKIUM PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2021

4.5 Tajuk artikel perlulah ringkas dan padat. Nama penuh penulis artikel diletakkan di
bawah tajuk berserta nama institusi yang diwakili. Format bagi maklumat ini adalah
seperti berikut:
4.5.1 Tajuk artikel:
• saiz: 12
• bold dan uppercase
• centered

4.5.2 Nama penulis dan gelaran:


• saiz: 10
• bold dan uppercase
• centered

4.5.3 Nama institusi:


• saiz: 10
• bold dan titlecase
• centered

4.5.4 Alamat e-mel:


• saiz: 9
• italic
• centered

4.6 Abstrak merupakan sinopsis artikel yang padat, ringkas dan merangkumi aspek
permasalahan, objektif, kaedah, dapatan dan kesimpulan. Jika artikel ditulis dalam
bahasa Melayu, maka abstrak turut ditulis dalam bahasa Melayu dan sebaliknya.
Format bagi penulisan abstrak adalah seperti berikut:
4.6.1 tidak melebihi daripada 250 patah perkataan
4.6.2 format italic
4.6.3 bersaiz 10
4.6.4 justified

4.7 Penulis perlu memberikan lima (5) kata kunci dan diletakkan di bawah abstrak.
Tajuk kata kunci perlu ditulis menggunakan saiz 10 dan format normal, manakala
perkataan bagi kata kunci mestilah italic, bersaiz 10 dan justified.

4.8 Bahagian dalam artikel perlu mengandungi:


4.8.1 Pengenalan
4.8.2 Pernyataan Masalah
4.8.3 Tujuan Kajian
4.8.4 Objektif Kajian
4.8.5 Tinjauan Literatur
4.8.6 Metodologi Kajian
4.8.7 Dapatan Kajian
4.8.8 Perbincangan
4.8.9 Rumusan
4.8.10 Lampiran (jika ada)

4.9 Tajuk bagi setiap bahagian artikel di atas perlu ditulis dalam format bold, huruf
bersaiz 12 dan justified.

Sumber Rujukan: Garis Panduan Penulisan Artikel Bagi Jurnal


Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021
2
GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL BAGI PROSIDING KOLOKIUM PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2021

4.10 Teks artikel pula hendaklah ditulis menggunakan format normal dalam jarak
langkau 1.0 (single spacing), huruf Times New Roman bersaiz 12 dan justified.

4.11 Setiap jadual dan rajah perlu dirujuk terlebih dahulu sebelum dipersembahkan dan
diikuti dengan keterangan berkaitan jadual dan rajah tersebut. Jadual dan rajah
hendaklah lengkap, ringkas dan jelas serta diberikan tajuk yang bersesuaian.

4.12 Jadual atau rajah hendaklah dinomborkan secara teratur seperti Jadual 1, Jadual 2
dan seterusnya atau Rajah 1, Rajah 2 dan seterusnya. Tajuk bagi jadual dan rajah
perlu ditulis di atas jadual dan rajah.

5.0 SPESIFIKASI JARAK


Penulis juga dimohon untuk mematuhi format berikut dalam penulisan jurnal:
5.1 nama penulis diletakkan di bawah tajuk artikel dengan diselangkan satu baris;
5.2 maklumat institusi penulis diletakkan di bawah nama penulis;
5.3 jarak di antara subjudul dengan baris terakhir teks sebelumnya ialah satu baris;
5.4 jarak di antara subjudul dengan baris pertama teks selepasnya ialah satu baris;
5.5 jarak di antara perenggan ialah satu baris;
5.6 permulaan subjudul dari jidar kiri;
5.7 permulaan baris pertama perenggan dengan jarak dari jidar kiri;
5.8 jarak di antara ayat terakhir dengan jadual, rajah atau ilustrasi ialah satu baris; dan
5.9 jarak langkau teks 1.0.

6.0 RUJUKAN

Semua rujukan yang disebut dalam teks mestilah disenaraikan. Senarai rujukan tidak
boleh mengandungi sumber-sumber yang tidak dirujuk dalam artikel. Senarai rujukan
yang lengkap hendaklah menggunakan sistem penulis – tahun (author - date) mengikut
abjad. Senarai rujukan hendaklah diletakkan di bahagian akhir sesebuah artikel. Gaya
penulisan rujukan adalah mengikut American Psychological Association (APA) 7th
Edition. Rujukan pula ditulis menggunakan format normal, bersaiz 12 dan justified.

7.0 HAK CIPTA


Semua artikel yang diterbitkan dalam Prosiding Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun
2021 adalah menjadi hak milik mutlak JPN Sabah. JPN Sabah berhak menerbitkan
semula artikel ini dalam pelbagai bentuk untuk tujuan ilmiah.

8.0 PENYERAHAN ARTIKEL


Artikel hendaklah dihantar selewat-lewatnya 8 Oktober 2021 secara salinan lembut
(softcopy), Format MS Word melalui pautan : https://bit.ly/ARTIKEL_KolPenSa

Sumber Rujukan: Garis Panduan Penulisan Artikel Bagi Jurnal


Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021
3
GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL BAGI PROSIDING KOLOKIUM PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2021

Sumber Rujukan: Garis Panduan Penulisan Artikel Bagi Jurnal


Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021
4
GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL BAGI PROSIDING KOLOKIUM PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2021

Sumber Rujukan: Garis Panduan Penulisan Artikel Bagi Jurnal


Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021
5
GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL BAGI PROSIDING KOLOKIUM PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH TAHUN 2021

Sumber Rujukan: Garis Panduan Penulisan Artikel Bagi Jurnal


Penyelidikan Pendidikan Guru Tahun 2021
6

Anda mungkin juga menyukai