Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK BERA Kod Sekolah: CEAA061

1. Nama Guru MOHD AZHAR BIN ABUBAKAR

KELUAR DARI TEMPURUNG


2. Judul PEMBENTUKAN DIRI KE 3. Bidang: MOTIVASI
ARAH KECEMERLANGAN
AHMAD FAIZAL MOHAMED
4. Pengarang 5. M/S : 176
YUSUP
6. Penerbit
Utusan Publication Distributors 2009
7. Sinopsis
uku ini secara umumnya ditujukan kepada golongan remaja dan dari tajuknya Keluar Dari
Tempurung ia menunjukkan yang pengarangnya mengajak kita keluar dari tempurung yang
membelenggu diri kita tanpa kita sendiri sedari.

Menurut penulis buku ini, bangsa melayu datang dari China Barat lebih seribu tahun dahulu dan
mendiami seluruh Kepulauan Melayu dan kemudian menjadi bangsa-bangsa yang kita kenali
sekarang. Pedagang-pedagang India yang berdagang ke sinilah yang telah membawa agama
Islam ke Tanah Melayu dipercayai dibawa ke tanah melayu seawal kurun ke 13.

Dia juga mempersoalkan sekiranya benar bangsa melayu berasal dari keturunan Cina sudah
pastinya kita merupakan bangsa yang rajin atau mungkinkah kita merupakan bangsa Cina yang
dibuang daerah kerana kemalasan?

Apa yang ingin diperkatakan ialah dimanakah bermulanya keturunan melayu yang pemalas yang
tidak mempunyai daya saing. Kebanyakan kita mahukan kerja yang kurang dan ganjaran yang
banyak. Kebanyakan kita hanya tahu untuk membuang masa, berkhayal, merasai cukup dengan
apa yang ada, menyalahkan takdir dan sebagainya. Menurut kata lagenda Hang Tuah "tak
melayu hilang di dunia" mungkin akan hilang kebenarannya kerana globalisasi atau dalam erti
kata lain dunia tanpa sempadan akan mengalahkan kita kerana sikap kita sendiri.

Kemudian beliau menekankan, walaupun 93 peratus daripada rakyat di negara ini boleh
membaca namun tidak ramai yang menggunakan ilmu yang ada ini ke tahap yang
membanggakan. Wang yang diketepikan untuk ilmu pengetahuan tidak sampaipun 5% daripada
pendapatan. Itupun digunakan untuk membeli akhbar harian. Ada pula yang sibuk mencari
pengetahuan-pengetahuan sama ada dalam bidang keagamaan, kewangan, sosial dan banyak
lagi. Buku-buku yang dibeli kebanyakannya berdasarkan bagaimana untuk mencari kebahagiaan
hidup, menjadi cemerlang, ketenteraman jiwa, menjadi kaya dan sebagainya. Ini dilakukan
dengan harapan dengan ilmu itu kita akan dapat mengubah cara hidup kita kepada yang lebih
baik. Memang tidak dinafikan.

Namun sebenarnya buku ini lebih menekankan kepada ilmu yang paling asas adalah kesedaran
diri kita tentang segala kurnia yang ada pada diri kita sendiri yang seakan tersembunyi. Katanya,
kita sering terperangkap memikirkan apa yang ada di luar sana yang boleh membawa kebaikan
pada kita. Jarang kita memikirkan tentang kebaikan / kurnia yang diberikan Tuhan kepada setiap
seorang daripada kita. Kurniaan yang dimaksudkan ini ialah kurniaan masa, tenaga, akal fikiran,
pancaindera dan anggota.
Buku ini menghuraikan hal kurniaan tersebut, saranan akan cara penggunaannya ke tahap yang
optima dengan lebih jelas menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Sebagai contoh dalam bab masa, beliau menekankan yang kita tak perlu mengikut saranan
saintis Barat untuk tidur selama 8 jam setiap malam kerana baginya ia satu pembaziran dan
saranan beliau ialah untuk tidur selama 4 jam semalam sepertimana yang dilakukan oleh Nabi
Daud A.S. dengan itu menjimatkan 4 jam masa tidur sehari dengan masa sedaryang boleh
digunakan untuk tujuan produktiviti.

Kesimpulannya buku ini sesuai untuk memberikan pengisian dan kesedaran yang mana
sekiranya digunapakai boleh membawa kepada perubahan sikap ke arah kehidupan yang lebih
baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


1. Menyarankan kita tidak leka dengan kesenangan sebaliknya harud berusaha untuk memajukan
diri
2. Menyarankan kita tidak membazirkan masa sebaliknya mengisi masa dengan kerja yang
berfaedah

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Tidak boleh berada dalam zon selesa yang negatif sebaliknya terus meningkatkan diri dengan
pelbagai bidang pengetahuan
2. Guna masa yang terluang di sekolah meningkatkan ilmu dalam bidang ICT lebih-lebih ladi
dengan pembelajarn e-learning

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD AZHAR BIN ABU BAKAR) ( )

Anda mungkin juga menyukai