Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SUNGAI

BULOH,SELANGOR.

LAPORAN AMALI

EHEA 2083

TAJUK:
UJIAN AUDIOMETRI

NAMA PELATIH MUHAMMAD HANIF FAHMI BIN HAIRUL ANUAR

NO MATRIK DPEH1/2023(07)-0032

PROGRAM DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN (PPKP) DKP40

KOD KURSUS EHEA 2083

NAMA KURSUS ENVIRONMENTAL ASSESSMENT

TARIKH
PENGHANTARAN 30 JANUARI 2024

NAMA PENGAJAR DR. INTAN SURAYA BINTI NOOR ARZAHAN


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 1.0 PENGENALAN 1

2 2.0 OBJEKTIF AMALI 2

3.0 METODOLOGI 3

3 3.1 PERALATAN 3

3.2 KAEDAH UJIAN AUDIOMETRI 4

4.0 KEPUTUSAN 5
4
4.1 PENGIRAAN PURATA INTENSITI 6

5 5.0 PERBINCANGAN 7

6 6.0 CADANGAN 8

7 7.0 KESIMPULAN 9

8 8.0 RUJUKAN 10

9 9.0 LAMPIRAN 11-12

i
1.0 PENGENALAN

Pendengaran adalah satu aspek penting bagi manusia. Deria


pendengaran berkait rapat dengan kempampuan telinga kita untuk
mendengar bunyi, sama ada bunyi tersebut dapat diterima atau tidak oleh
telinga kita. Masalah pendengaran sering kali dikaitkan dengan bunyi yang
mempengaruhi telinga kita. Proses pergerakan gelombang bunyi memasuki
telinga melibatkan saluran audiotori dan getaran pada membran timpanik
serta tulang osikel.

Penting untuk diingatkan bahawa telinga manusia mempunyai had


maksimum yang boleh diterima untuk mengelakkan berlakunya kerosakan.
Menurut (Hawas dan Omar, 2021) bunyi bising diukur dalam unit desibel
(dB). Tahap selamat untuk deria pendengaran manusia adalah di bawah 85
desibel (dB), sementara tahap yang boleh menyebabkan gangguan pada
telinga adalah 85 dB ke atas.

Bunyi bising di tempat kerja adalah satu isu kesihatan pekerjaan yang
penting di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta
514) di Malaysia. Dalam konteks ini, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan memberi tumpuan kepada bunyi bising melalui Peraturan-
Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.
Peraturan ini memberi definisi kepada "bising berlebihan".

Bagi memantau status pendengaran terutamanya bagi pekerja yang


terdedah kepada bunyi bising, ujian audiometri perlu dilakukan sekurang-
kurangnya setahun sekali. Ujian audiometri adalah ujian khas yang bertujuan
untuk menentukan ambang pendengaran seseorang,sama ada ia berada
pada tahap normal atau sebaliknya. Ujian ini biasanya dilakukan di dalam bilik
audiometri. Sebelum menjalani ujian ini, individu berkenaan perlu memastikan
diri tidak tededah kepada bunyi bising melebihi 85 dB sekurang-kurangnya
selama 14 jam.

1
2.0 OBJEKTIF AMALI

1. Mengendalikan alat audiometri

• Mempelajari kaedah-kaedah yang berkaitan dengan


pengendalian alat audiometri
• Menyelidik prosedur yang betul untuk melaksanakan ujian
audiometri.
• Mempelajari teknik pengkalibran alat audiometri untuk
memastikan ketepatan hasil.

2. Menggunakan audiogram untuk merekod keputusan

• Mengetahui dan mengapliksaikan penggunaan perisian


audiogram.
• Memahami cara menggunakan audiogram untuk merekod hasil
ujian audiometri.

3. Menganalisa keputusan audiogram

• Melakukan analisis terhadap keputusan audiogram yang


diperoleh dari ujian.
• Menggunakan kriteria tertentu untuk mengkategorikan status
pendengaran responden.
• Menilai kesimpulan audiofram dalam konteks kesihatan
pendengaran dan kesesuaian dengan standard pendengaran.

2
3.0 METODOLOGI

Metodologi kajian ini melibatkan pengambilan bacaan secara kuantitatif


(Abu, 2021) dan pengendalian alat audiometri secara bergilir-gilir di antara
pelatih DKP 40 (Al-Jawzi). Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan
pada pelatih mengenai cara-cara penggunaan alat audiometri dan teknik
pengambilan bacaan dengan betul, yang kemudiannya akan diplotkan dalam
bentuk audiogram.

Proses ini penting untuk memastikan pelatih memahami sepenuhnya


penggunaan alat audiometri dan kemahiran dalam menginterprestasikan
bacaan yang dihasilkan dalam bentuk audiogram. Audiogram adalah carta
visual yang mencatat hasil ujian audiometri, yang menunjukkan ambang
pendengaran seseorang terhadap berbagai frekuensi bunyi.

3.1 PERALATAN

• Alat audiometri (GSI 17)


• Transducers meliputi headphone dan audiocup
• Pondok audiometer(audiometric booth)
• Carta GSI(audiogram)
• Pen dan kertas

3
3.2 PROSEDUR

1. Ujian pada Fon Telinga Sebelah Kanan:


Ujian audiometri bermula dengan menetapkan frekuensi bunyi pada
500 Hz dengan amplitud 10 dB pada fon telinga sebelah kanan.

2. Tindak Balas Responden:


Responden diminta untuk menekan butang isyarat (respon stick)
sebaik sahaja mereka mendengar bunyi melalui audiocup.

3. Penurunan Intensiti Bunyi:


Jika responden tidak memberikan tindak balas, intensiti bunyi
dinaikkan sebanyak 5 dB melalui penyesuaian knob desibel, dan
langkah 3 dan 4 diulang sekiranya tiada respons.

4. Ujian pada Frekuensi-Frekuensi Berbeza:


Selepas menetapkan ambang pendengaran pada 500 Hz untuk telinga
sebelah kanan, ujian diulang untuk frekuensi-frekuensi yang berbeza,
iaitu 1000 Hz, 2000 Hz, 3000 Hz, 4000 Hz, dan 6000 Hz.

5. Pencatatan Ambang Pendengaran:


Ambang pendengaran responden dicatat setiap kali selepas sesi ujian
untuk setiap frekuensi dan telinga yang diuji.

6. Plotting pada Carta GSI (Audiogram):


Hasil ambang pendengaran dicatat dan diplot secara manual pada
carta GSI, yang membentuk audiogram untuk setiap responden.

Kaedah ini memastikan ujian audiometri dilakukan secara


sistematik, merangkumi pelbagai frekuensi, dan menyediakan
maklumat tentang ambang pendengaran responden. Pemantauan dan
pencatatan yang teliti membantu dalam analisis dan penentuan status
pendengaran responden.

4
4.0 KEPUTUSAN

Rajah 1: Carta visual audiogram

JADUAL KEPUTUSAN :

No. Frekuensi (Hz) Desibel (dB)

1 500 40

2 1000 30

3 2000 35

4 3000 35

5 4000 30

Jadual 1: Keputusan responden

5
Kategori status pendengaran pekerja berdasarkan audiometri boleh
dibahagikan kepada lima (5) tahap iaitu :

Bil. Tahap Pendengaran Desibel (dB)

1 Pendengaran normal -15dB hingga 20dB

2 Tahap ringan >20dB hingga 40dB

3 Tahap sederhana >40dB hinnga 70dB

4 Tahap teruk >70dB hingga 90dB

5 Tahap sangat teruk >90dB

Jadual 2: Tahap pendengaran

4.1 Pengiraan purata intensiti :

(40dB + 30dB + 35dB + 35dB)

4
=35dB

6
5.0 PERBINCANGAN

Perbincangan mengenai hasil audiometri responden menunjukkan


bahawa pendengaran telinga kanan berada pada tahap ringan, dengan
purata pendengaran sebanyak 35 dB. Tahap ringan ini dapat diertikan
sebagai adanya penurunan pendengaran pada frekuensi yang diuji, namun,
masih berada dalam katogeri yang boleh di anggap sebagai masalah
pendengaran yang kurang serius. Penilaian ini dibuat berdasarkan kategori
status pendengaran yang dibahagikan ke dalam lima tahap, dan hasil
pendengaran responden yang melebihi 20dB iaitu tahap normal bagi
pendengaran.

Berdasarkan audiogram, pertama, pada frekuensi 500 Hz,


pendengaran responden berada pada tahap ringan dengan ambang
pendengaran sebanyak 40 dB. Pada frekuensi 1000 Hz, pendengaran
responden lebih baik dengan ambang pendengaran 30 dB, namun masih
berada dalam lingkungan tahap ringan. Ini merupakan perkembangan yang
positif berbanding dengan frekuensi 500 Hz sebelumnya.

Frekuensi 2000 Hz menunjukkan ambang pendengaran sebanyak 35


dB, yang masih dalam tahap pendengaran ringan. Begitu juga pada frekuensi
3000 Hz dan 4000Hz, dengan ambang pendengaran masing-masing
sebnayak 35 dB dan 30 dB. Kesemua ini menunjukkan berlakunya penurunan
dalam pendengaran di bawah tahap sepatutnya iaitu tahap normal bagi
pendengaran.

Adalah penting untuk memahami bahawa tahap pendengaran yang


ringan ini mungkin menandakan awal dari masalah pendengaran
(Balan,2019) ,dan tindakan pencegahan atau pengurusan perlu
dipertimbangkan untuk mencegah kemungkinan penurunan lebih lanjut.
Peningkatan kesedaran terhadap keadaan pendengaran responden juga
diperlukan untuk memastikan keperluan sokongan dan rawatan dapat
diberikan segera.

7
6.0 CADANGAN

Walaupun hasil menunjukkan penurunan pada pendengaran,


responden masih berada dalam lingkungan yang boleh dianggap sebagai
tahap normal. Namun langkah-langkah proaktif perlu diambil bagi membantu
mengelakkan kemungkinan berlakunya penurun yang lebih lanjut.

Antara cara-cara pencegahan yang boleh diamalkan oleh masyarak


umum, terutamanya oleh pekerja yang beroperasi di kawasan berisikio tinggi
yang dapat menyebabkan masalah serius pada pendengaran termasuk :

1. Pengunaan alat pelindung diri (PPE) seperti earplug atau


earmuffs saat menggunakan alat atau mesin yang
menghasilkan tahap kebisingan tinggi (D. Manivasagam, 2019).

2. Pemeriksaan audiometri berkala perlu dijalani setahun sekali


jika terdedah pada bunyi bising melebihi 85 dB selama lebih dari
8 jam sehari.

3. Pendidikan dan kursus pengendalian mesin berat adalah salah


satu insiatif yang perlu diketengahkan bagi pekerja dalam
memastikan mereka tidak terdedah secara langsung terhadap
bunyi bising tinggi.

4. Megamalkan pematuhan tehadap Standard Operation Prosedur


(SOP) yang telah ditetapkan dalam Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mencakupi langkah-langkah
keselamatan yang perlu dituruti bagi mengurangkan risiko
kecederaan atau masalah kesihatan.

Penerapan cara-cara pencegahan ini bukan sahaja memberikan


perlindungan kepada pekerja daripada masalah pendengaran, tetapi juga
merangsang budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

8
7.0 KESIMPULAN

Laporan di atas membuktikan pentingnya pemahaman terhadap


pengukuran pendengaran melalui audiometri, cara mendapatkan data dari
alat audiometri lalu ditukarkan menjadi carta audiogram yang diplotkan, dan
langkah-langkah pencegahan. Hal ini kerana terdapat lonjakan kes berkaitan
masalah pendengaran disebabkan oleh bunyi bising menurut Aljunid, 2020.
Hasil audiometri menunjukkan penurunan pendengaran pada frekuensi
tertentu, di mana meskipun dalam kategori tahap ringan, perlu dilakukan
tindakan pencegahan untuk mencegah penurunan terhadap tahap
pendengaran.

Penerapan langkah-langkah pencegahan, seperti penggunaan alat


pelindung diri (PPE), pemeriksaan audiometri berkala, pendidikan dan
pematuhan terhadap SOP, dapat membantu melindungi pekerja dari bahaya
bunyi bising ditempat kerja. Ini kerana bunyi bising adalah sesuatu ‘hazard’
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Kesimpulannya, kesedaran dan pemahaman terhadap masalah


pendengaran, serta tindakan pencegahan yang tepat, sangat penting untuk
menjaga kesihatan pendengaran individu, khususnya bagi pekerja yang
terpapar terhadap bunyi bising yang tinggi.

9
8.0 RUJUKAN

Abu, N. (2021). Kajian Eksperimental Dan Kajian Campuran.


https://www.academia.edu/19779284/KAJIAN_EKSPERIMENTAL_dan_KA
JIAN_CAMPURAN

Aljunid, S. M., & Tahir, N. B. (2020). Noise Induced Hearing Loss in


Manufacturing Industries: How Much Does It Cost to the Workers, Families
and Society? Partridge Publishing Singapore.
https://books.google.com.my/books/about/Noise_Induced_Hearing_Loss_in_
Manufactur.html?id=bhmJzQEACAAJ&redir_esc=y

Balan, P. (2019). Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.


Journal of Malaysian and Comparative Law, 21(1 and 2), 169–180.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JMCL/article/view/16095

Hawas, A. T., & Omar, S. S. (2021). The Measurement Of Noise Pollution And
It Effect On The Increase Of Costs And Decrease Of Profits.
https://www.researchgate.net/publication/350390368_THE_MEASUREMENT
_OF_NOISE_POLLUTION_AND_IT_EFFECT_ON_THE_INCREASE_OF_C
OSTS_AND_DECREASE_OF_PROFITS

Manivasagam, D. (2019). Empowering Occupational Health Doctors through the


Occupational Safety & Health (Noise Exposure) Regulations 2019.
https://www.semanticscholar.org/paper/Empowering-Occupational-Health-
Doctors-through-the-Manivasagam-
Khalida/b985429b8d28f3fbcaecab9e1396c4827dcd93cb?utm_source=direct_
link

10
9.0 LAMPIRAN

Audiocup Respone stick

Pondok audiometri

11
Gambaran di dalam pondok audiometri

Alat audiometri (GSI 17)

12

Anda mungkin juga menyukai