Anda di halaman 1dari 6

Pilihan Bahasa: MS EN AR Cari...

accessible

Laman Utama / Artikel / Irsyad Hukum / Umum


/ IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-400 : HUKUM WANITA MEMAKAI LIPSTIK DAN ALAT-ALAT SOLEK LAIN

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-400 :


HUKUM WANITA MEMAKAI LIPSTIK
DAN ALAT-ALAT SOLEK LAIN
 05 FEBRUARI 2020  TENGKU IBRAHIM HELMI
J U M L A H PA PA R A N : 1 0 3 9 4 6

Soalan :

Assalamualaikum w.b.t

Boleh saya minta nasihat sikit. Saya tertanya-tanya sebenarnya apakah hukum bagi wanita
memakai lipstik? Adakah perkara tersebut termasuk kebiasaan wanita jahiliyyah? Sebabnya saya
pun tak mahulah orang lain melihat saya sebagai seorang yang selekeh yang tidak pandai
mengurus diri. Harap Datuk Mufti dapat memberi pencerahan.

Jawapan :

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang
mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Mukadimah

Hiasan kecantikan yang merupakan fitrah wanita itu asalnya adalah baik dan mempunyai asas
daripada syarak akan tetapi ianya mestilah tidak melanggar apa yang telah dilarang oleh syarak
secara jelas berkaitan dengan hukum berhias bagi wanita.

Di antara hak seorang wanita itu adalah berhias dan suami harus mengambil kenikmatan dengan
kecantikan serta perhiasannya. Firman Allah SWT :

‫ُقْل َم ْن َح َّر َم ِز يَنَة ِهَّللا اَّلِتي َأْخ َر َج ِلِع َباِدِه َو الَّطِّيَباِت ِم َن الِّر ْز ِق‬

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) : “Siapakah yang (berani) mengharamkan


perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-
benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”

(Surah al-A’raf : 32)

Umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di badan, pakaian
atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan harus) selagimana tiada
nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/89-
90)

Hukum memakai lipstik

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, hukum wanita memakai lipstik serta alat-alat solek
yang lain adalah harus sebagaimana umum firman Allah SWT :

‫ُهَو اَّلِذي َخ َلَق َلُكم َّم ا ِفي اَأْلْر ِض َج ِم يًعا‬

Maksudnya : “Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.”

(Surah al-Baqarah : 29)

Walau bagaimanapun, wanita hanya harus berhias untuk para suami mereka serta mereka
yang dibenarkan oleh syarak sahaja. Tidak harus dia mempamerkan kecantikannya selain
daripada suami mereka dan sebahagian manusia yang telah disebut di dalam ayat 31 surah al-
Nur. Al-Quran telah meletakkan batas-batas syariat tersebut, sebagaimana firman Allah SWT :
‫َو ُقْل ِلْلُم ْؤ ِم َناِت َيْغُضْضَن ِم ْن َأْبَص اِر ِه َّن َو َيْح َفْظ َن ُفُر وَجُه َّن َو اَل ُيْبِديَن ِز يَنَتُه َّن ِإاَّل َم ا َظَهَر ِم ْنَه ا َو ْلَيْض ِر ْبَن ِبُخ ُم ِر ِه َّن َعَلى‬
‫ُج ُيوِبِه َّن َو اَل ُيْبِديَن ِز يَنَتُه َّن ِإاَّل ِلُبُعوَلِتِه َّن َأْو آَباِئِه َّن َأْو آَباِء ُبُعوَلِتِه َّن َأْو َأْبَناِئِه َّن َأْو َأْبَناِء ُبُعوَلِتِه َّن َأْو ِإْخ َو اِنِه َّن َأْو َبِني‬
‫ِإْخ َو اِنِه َّن َأْو َبِني َأَخ َو اِتِه َّن َأْو ِنَساِئِه َّن َأْو َم ا َم َلَكْت َأْيَم اُنُه َّن َأِو الَّتاِبِعيَن َغْيِر ُأوِلي اِإْل ْر َبِة ِم َن الِّر َج اِل َأِو الِّط ْفِل اَّلِذيَن َلْم‬
‫َيْظ َه ُر وا َعَلى َعْو َر اِت الِّنَساِء َو اَل َيْض ِر ْبَن ِبَأْر ُجِلِه َّن ِلُيْعَلَم َم ا ُيْخ ِفيَن ِم ْن ِز يَنِتِه َّن َو ُتوُبوا ِإَلى ِهَّللا َج ِم يًعا َأُّيَه اْلُم ْؤ ِم ُنوَن َلَعَّلُكْم‬
‫ُتْفِلُح وَن‬

Maksudnya : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-
orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah al-Nur : 31)

Syeikh al-Sa’di menafsirkan ‘kecuali yang zahir daripadanya’ pada ayat di atas sebagai pakaian
yang zahir, iaitu yang biasa dipakai menurut adat setempat dengan syarat pakaian tersebut tidak
membawa kepada timbulnya fitnah. (Lihat Tafsir al-Sa’di, hlm. 566)

Oleh itu, kami berpandangan sekiranya wanita tersebut sekadar memakai lipstik dengan
warna yang tidak ketara, atau memakai alat-alat solek yang lain seperti bedak dan lain-lain
dengan nipis dan sekadarnya (tidak berlebihan), serta tidak tabarruj semasa berada di
luar, adalah tidak mengapa, selagi mana perkara tersebut tidak menimbulkan fitnah serta
menarik perhatian lelaki kepadanya (dengan syahwat). Hal ini kerana, agama Islam sangat
menekankan soal kekemasan dan kecantikan sebagaimana riwayat daripada Ibn Mas’ud,
bahawa Nabi SAW bersabda :

‫إَّن َهَّللا َج ِم يٌل ُيِح ُّب اْلَج َم اَل‬

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.”

[HR Muslim (91)]

Tabarruj (Berlebihan dalam berhias)

Selain itu, perkara yang harus diingat dan diberi perhatian juga bagi seorang wanita itu, adalah
hendaklah dia mengelakkan diri daripada bertabarruj. Imam al-Syaukani menyatakan bahawa al-
Tabarruj ialah menampakkan dan mempamerkan (perhiasan dan kecantikkannya) bagi mata-
mata (melihat dan menikmatinya). (Lihat Fath al-Qadir, 4/61)

Firman Allah SWT :

‫َو َقْر َن ِفي ُبُيوِتُكَّن َو اَل َتَبَّر ْج َن َتَبُّر َج اْلَج اِهِلَّيِة اُأْلوَلى‬

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu.”

(Surah al-Ahzab : 33)

Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam kitabnya bahawa larangan untuk mempamerkan


perhiasan diri dan kecantikan wanita kepada kaum lelaki seperti yang dilakukan oleh kaum
perempuan pada zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 22/6)

Begitu juga, Imam al-Syaukani ketika menafsirkan ayat di atas menyebutkan bahawa al-Tabarruj
ialah apabila seorang wanita menampakkan sebahagian daripada perhiasan dan kecantikannya
yang (sepatutnya) wajib untuk ditutupinya, yang mana perkara tersebut dapat menarik perhatian
(syahwat) laki-laki. (Lihat Fath al-Qadir, 4/320 )

Berlebihan dalam berhias bagi seseorang perempuan adalah diharuskan hanya kepada
suaminya sahaja. Dalam membincangkan masalah ini, berpandukan pandangan para fuqaha’
dalam pembahagian hukum berkenaan tabarruj sebagaimana yang digariskan di dalam al-
Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyatakan :

“Mempamerkan perhiasan dan kecantikan kepada sesiapa yang tidak sepatutnya dilihat seperti
memakai pakaian yang ketat untuk mempamerkan bentuk badan atau selainnya. Dan
disebabkan itu dapat menaikkan syahwat dan nafsu orang yang memandangnya, maka Ijma’
(sepakat) para ulama’ adalah haram melainkan kepada suaminya sahaja.” (Lihat al-Mausu’ah al-
Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 10/62)

Maka, kita ketahui bahawa perbuatan bertabarruj itu adalah merupakan kebiasaan wanita
jahiliyyah. Demikian juga, kami katakan bahawa termasuk dalam perbuatan tabarruj itu ialah
apabila seorang wanita memakai alat-alat solek secara berlebih-lebihan yang mana perkara
tersebut dapat menarik perhatian lelaki ajnabi kepadanya dan menimbulkan fitnah. Inilah yang
dilarang dan ditegah di dalam agama. Adapun, memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain
sekadarnya agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta
bukannya bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi, maka ia tidak mengapa.

Kesimpulannya

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan kepada beberapa


perkara :

Secara umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada di
badan, pakaian atau tempat. Akan tetapi, hukumnya berlanjutan sedemikian (halal dan
harus) selagimana tiada nas-nas yang khusus yang mengecualikan hukum asal tersebut.
Kami berpandangan tidak mengapa bagi seorang wanita itu untuk memakai lipstik
serta alat-alat solek yang lain semasa berada di luar rumah dengan syarat tidak
berlebihan dan memakai sekadarnya sahaja serta tidak bertabarruj. Selain itu, perkara
tersebut harus selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah serta menarik perhatian lelaki
kepadanya (dengan syahwat).
Lebih-lebih lagi, apabila dia memakai lipstik atau alat-alat solek yang lain itu sekadarnya
agar nampak kemas (tidak dilihat selekeh), berseri dan tidak kusam serta bukannya
bertujuan bagi menarik perhatian lelaki ajnabi. Hal ini kerana Islam sangat mengambil berat
soal kekemasan, kebersihan dan kecantikkan.
Walau bagaimanapun, seorang wanita muslimah itu juga mesti ingat bahawa berlebihan
dalam berhias bagi seseorang wanita adalah diharuskan hanya kepada suaminya
sahaja.

Kami akhiri dengan kata-kata Sayyid Qutb sebagai renungan bersama, khususnya buat para
wanita di luar sana :

“Perhiasan itu halal bagi perempuan untuk memenuhi keinginan semulajadinya. Setiap
perempuan ingin menjadi cantik dan dipandang cantik. Walaupun perhiasan itu berbeza-beza
dari satu zaman ke satu zaman, namun asas perhiasan itu adalah sama sahaja dalam fitrah
perempuan, iaitu ingin mendapat dan menyempurnakan sifat-sifat kejelitaan dan
menunjukkannya kepada kaum lelaki. Islam tidak menentang keinginan semulajadi ini, tetapi
Islam mahu mengatur dan mengawalnya. Islam mahu menjadikan keinginan semulajadi itu
menuju ke arah yang terang, iaitu ke arah suaminya yang tunggal selaku rakan kongsi hidupnya,
yang dapat memandang bahagian-bahagian badannya, yang tidak boleh dipandang oleh orang-
orang yang lain darinya (suaminya).” (Lihat Fi Zilal al-Quran, 4/2512)

Irsyad Fatwa Irsyad Fatwa Umum

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Jabatan Perdana Menteri
Aras 5, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya
No. 3, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3
62100 Putrajaya, Malaysia.

 : 03-8870 9000
 : 03-8870 9101 / 03-8870 9102
 : ukk[at]muftiwp[dot]gov[dot]my

Adakah infomasi di dalam Portal PMWP memenuhi ekspektasi dan


keperluan pelanggan?
Sangat Memuaskan

Memuaskan

Perlu Penambahbaikan

Hantar

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Paparan terbaik menggunakan resolusi skrin minimum 1920x1080 pada pelayar


web Mozilla Firefox, Microsoft Edge atau Google Chrome versi terkini

Anda mungkin juga menyukai