Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN

PANITIA BAHASA MELAYU

13 MAC 2024 (RABU)

Bil Aktiviti Manual Pelaksanaan Objektif


.
1 Roda Perkenalan 1. Murid berdiri dan memperkenalkan nama. 1. Memberi ruang dan peluang kepada
(Tahun 1) 2. Murid seterusnya berdiri dan memperkenalkan nama dan menyebut juga nama murid untuk menyesuaikan diri dan
orang sebelumnya. membuat persediaan segi mental dan
fizikal sebelum memasuki minggu
Contoh: akademik.

Murid 1: Nama saya Aisyah Retno binti Ali. 2. Memberi gambaran kepada murid
tentang kemahiran berkaitan Bahasa
Murid 2: Nama saya Aina Abdul Binti Abu. Nama kawan saya Aisyah Retno binti Ali. Melayu yang akan diterokai.

Murid 3: Nama saya Amir Jahari binti Anas. Nama kawan saya Aina Abdul Binti Abu. (tidak
perlu menyebut nama murid pertama)

2 Tentang Saya 1. Menggunakan buku tulis Bahasa Melayu, murid menulis nama penuh mereka di
(Tahun 2) tengah halaman.
2. Murid membuat peta minda tentang diri mereka seperti warna kegemaran, hobi,
cita-cita, makanan kegemaran, matapelajaran kegemaran, kartun dan sebagainya.
3. Murid mewarna dan menghias halaman mengikut kreativiti masing-masing.

Contoh:
Warna
Kegemaran: Biru

AISYAH
RETNO
BINTI ABU

Cita-cita: Hobi:
Polis Membaca

3 Tulisan Cantik 1. Menggunakan buku tulis Bahasa Melayu, murid menulis petikan dengan tulisan yang
(Tahun 3) kemas dan cantik.

Contoh petikan:

Badan sihat minum jamu,


Berbondong terbang burung belilis,
Isilah akal dengan ilmu,
Ilmu takkan pernah habis.

Sebelum masuk ke dalam hutan,


Bertengger berbaris pada tebing,
Ibarat saujana air lautan,
Ditimba takkan pernah kering.

Daging dipotong berkerat-kerat,


Dicuri seekor kucing manja,
Tekun belajar memang berat,
Tapi kelak terasa manfaat.

Palembang terkenal buah duku,


Nazi pernah menguasai Jerman,
Rajin-rajinlah membaca buku,
Agar jangan ketinggalan zaman.

4 Warkah Untukku 1. Menggunakan buku tulis Bahasa Melayu, murid menulis surat ringkas kepada diri
(Tahun 4, 5 & 6) mereka sendiri.
2. Surat tersebut mengandungi pengenalan ringkas diri mereka, sasaran, harapan dan
perancangan mereka pada sesi ini.

Contoh:

Nama saya …, dari kelas …. Saya merupakan anak ke … dari … orang adik beradik.

Pada tahun ini saya ingin …(sasaran 1)… , …(sasaran 2)… dan …(sasaran 3)…

Saya akan …(perancangan)… supaya …

Harapan saya adalah …(harapan)…

Semoga apa yang saya rancang akan terlaksana dan dapat membanggakan kedua ibubapa
saya.

Anda mungkin juga menyukai