Anda di halaman 1dari 101

PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 1

TAJUK 1 PERANCANGAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1.1 SINOPSIS

Unit ini mendedahkan kemahiran mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar


merancang pusat pendidikan prasekolah. Perancangan yang berstruktur akan memastikan
pengurusan pengendalian program tindakan mencapai matlamat yang dikehendaki secara
efisien dan tersusun.

1.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:


1. Menerang dan menjelaskan konsep dan falsafah merancang pusat pendidikan awal.
2. Mengaplikasikan format penulisan kertas kerja penubuhan prasekolah secara berkesan
dan bermakna

1.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

PERANCANGAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENULISAN KERTAS KERJA


PERANCANGAN FALSAFAH PERANCANGAN
PENUBUHAN PRASEKOLAH

KONSEP KEPUASAN
FORMAT KERTAS KERJA
PRINSIP OPTIMUN
ORGANISASI
RASIONAL ADAPTASI
INDIVIDU
OBJEKTIF KEKUATAN

1.4 PERANCANGAN
Kepentingan pengurusan adalah bagi melaksanakan perancangan secara efektif dan tersusun
dengan cara menggerakkan struktur organisasi dan sumber ke arah mencapai matlamat.
Perancangan membawa maksud membentuk imej atau gambaran mental tentang apa yang
hendak dibuat dan bagaimana mahu melaksanakannya. Ia jelas difahami sebagai satu panduan
tentang arah tujuan dan bagaimana mahu mencapai tujuan tersebut.
Terdapat 3 jenis perancangan iaitu :
1. Perancangan strategik bermakna pelan keseluruhan (master plan).
2. Perancangan taktikal bermaksud pecahan perancangan kepada matlamat yang lebih
spesifik manakala
3. Perancangan operasional adalah langkah atau prosedur tertentu yang membawa
kepada pencapaian matlamat.
Kesimpulannya, perancangan adalah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana hendak
melaksanakannya.

1.4.1 Konsep
Konsep perancangan merupakan satu dokumen yang mengandungi kenyataan tindakan ke arah
pencapaian objektif. Ia menunjukkan cara bagaimana untuk mencapai apa yang dirancang.
Anda perlu merangka lebih awal apa yang perlu dibuat dan bagaimana cara melakukannya.
Ringkasnya, ia adalah satu proses persediaan untuk melaksanakan tindakan/aktiviti/program.
Pendidikan prasekolah adalah program yang menyediakan pengalaman dan pembelajaran
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau pun lebih
setahun sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 2

1.4.2 Prinsip
Dalam program pendidikan prasekolah, proses pembelajaran dijalankan secara tidak formal
melalui bermain sambil belajar. Program ini menekankan kepada aktiviti yang boleh
merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi motor kasar dan halus, menggunakan
daya kreatif, memupuk semangat bergaul, sifat hormat-menghormati dan berdisiplin bagi
menyediakan kanak-kanak ke arah pembelajaran yang lebih formal di sekolah rendah nanti.
Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
memasuki sekolah rendah.

1.4.3 Rasional
Program pendidikan prasekolah bertujuan melahirkan generasi yang berjaya mengembangkan
JERIS mereka ke tahap yang maksima berlandaskan nilai dan tradisi bangsa yang murni bagi
memenuhi keperluan kepada pendidikan prasekolah.

1.4.4 Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6
tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah
sejajar dengan objektif pendidikan prasekolah.

1.5 FALSAFAH MERANCANG


Pendidikan prasekolah boleh disimpulkan sebagai program pendidikan terancang dan
sistematik yang berdasarkan asas-asas perkembangan kanak-kanak dengan tujuan
mengembangkan potensi kanak-kanak sebelum masuk tahun satu. Sewajarnya dalam
merancang pusat pendidikan awal kanak-kanak hasrat, arah tuju dan matlamat Kementerian
Pelajaran Malaysia juga terlaksana.

1.5.1 Kepuasan
 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
 Memenuhi keperluan kanak-kanak Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP)
 Memenuhi kehendak ibu bapa dan komuniti

1.5.2 Optimun
 Melibatkan pelbagai sumber
 SMART (specific, measurable, rational, attainable)
 Berwawasan

1.5.3 Adaptasi
 Boleh melaksanakan perancangan secara rasional dan berkesan
 Boleh juga diadaptasi dalam membina modal insan seimbang
 Guru yang menghayati FPK dapat mengadaptasikannya dalam pelaksanaan program pendidikan
prasekolah

1.5.4 Kekuatan
 Teori Produktiviti menerangkan bahawa sikap seseorang yang meliputi ilmu dan kemahiran akan
menghasilkan produktiviti
 Keperluan Agensi : bagi prasekolah swasta perkara yang dititik beratkan adalah nama tadika,
pemilikan, kurikulum, kakitangan dan pengurusan tadika dan kemudahan asas premis atau
bangunan,
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 3

1.6 Penulisan Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah


Perancangan merupakan satu proses untuk mengenal pasti keperluan bagi pelaksanaan sesuatu aktiviti atau
pertubuhan. Ianya juga merupakan proses yang pertama memerlukan tumpuan khusus dan kemahiran bagi
memastikan kesemua aspek diteliti. Oleh itu, sebelum menyediakan premis prasekolah, semestinya kita
perlu membuat perancangan yang sesuai sebagai langkah bijak. Langkah yang utama adalah menyediakan
kertas kerja.
Berikut merupakan contoh format kertas kerja penubuhan prasekolah dan isu-isu utama yang saling berkait
dengan penubuhan prasekolah.

1.7 Format Kertas Kerja


1.7.1 Organisasi
1.7.2 Individu

KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAH


1.0 Latar Belakang/Pengenalan
- Menyatakan keperluan pendidikan prasekolah dalam negara Malaysia
- Kepentingan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak
- Pendidikan asas (seimbang & harmoni)
- Persediaan fizikal, mental, sosial, emosi sebelum persekolahan formal

2.0 Rasional
- Mengapa perlu menubuhkan prasekolah? Antara contoh-contoh termasuklah :
- Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat setempat
- Pendidikan kurikulum tambahan (selain daripada yang sedia ada).
- Kurikulum selaras kehendak negara dan pembangunan modal insan
- Yuran yang rasional
- Apa signifikan prasekolah yang hendak ditubuhkan? Kebaikan dan keistimewaan prasekolah
- Mempunyai pengangkutan sendiri
- Persaingan dengan prasekolah sedia ada

3.0 Nama, Tema, Visi, Misi, Motto, Logo Prasekolah


- Memberi nama prasekolah yang bermakna (pemberian nama prasekolah mempunyai syarat-syarat
tertentu)
- Imej prasekolah yang ingin dikenali
- Huraian Tema
- Visi : Matlamat Jangka Panjang
- Misi : Pernyataan yang lebih terperinci dalam menjayakan visi
- Loga serta huraiannya

4.0 Objektif Penubuhan


- Pecahan-pecahan jangkaan atau harapan bagi menjelaskan tujuan penubuhan prasekolah

5.0 Lokasi Tapak


- Berikan alamat penuh premis (Juga nyatakan lokasi yang sesuai dan tidak sesuai untuk penubuhan
prasekolah)
- Perkaitan lokasi prasekolah dengan pelanggan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 4

6.0 Tarikh Mula Pelaksanaan


- Tarikh prasekolah beroperasi

7.0 Pelan Pembangunan / Pelan Lantai


- Draf lukisan menunjukkan skala betul dan tepat
- Penggunaan komputer digalakkan
- Bahagian dalam : Tampak dengan jelas pembahagian kawasan P&P, meja kanak-kanak, sudut
P&P, dapur, tandas dan kemudahan lain.
- Bahagian luar : Tampak dengan jelas sudut permainan, sudut pasir/ air dan lain- lain.

8.0 Kriteria Pengambilan Kanak-Kanak


- Umur
- Bangsa
- Latar belakang keluarga
- Anggaran sosio ekonomi pelanggan

9.0 Kurikulum & Program Pembelajaran


- Mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, KSPK 2010)
- Menyediakan kurikulum tambahan
- Menyertakan jadual pembelajaran/jadual waktu
- Menggunakan buku-buku khas/alat bantu belajar yang digunakan
- Menyatakan jika ada program tambahan seperti hari pendaftaran atau suai kenal,
mesyuarat PIBG, sukan tahunan, lawatan sambil belajar, sambutan hari jadi, sambutan
hari kebangsaan, hari anugerah cemerlang, majlis konvokesyen, hari kebudayaan dan
ko kurikulum atau majlis sambutan perayaan.

10.0 Kemudahan
- Keperluan tandas
- Ruang belajar
- Rekreasi
- Bilik sakit/rehat
- Stor

11.0 Cadangan Inventori


- Senaraikan kesemua inventori yang diperlukan seperti meja dan kerusi murid dan guru, komputer,
alat pencetak,rak buku, meja makan, rak beg dan kasut, rak pinggan mangkuk, katil rehat, peti
sejuk, televisyen, peralatan atau kabinet dapur, peralatan dapur, pemain vcd dan lain-lain.

12.0 Aspek Pemakanan


- Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan makanan (menunjukkan kualiti pemakanan kanak-kanak –
halal , bersih dan seimbang)
- Bagaimana bentuk penyediaan makanan. Bermasak? Ditempah?
- Menyertakan menu makanan harian dalam seminggu
- Menyatakan jika ada keistimewaan dalam menu makanan yang disediakan

13.0 Aspek Kebersihan & Keselamatan


PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 5

- Menyatakan langkah-langkah menjaga kebersihan kawasan prasekolah


- Langkah-langkah kebersihan: Panduan mencuci tangan, menggosok gigi dan lain-lain
- Langkah-langkah keselamatan: Kawasan persekitaran tiada benda tajam/ licin, pengawasan dari
kawasan jalan raya dan lain-lain.
- Amalan penerapan rutin kebersihan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 6

14.0 Aspek Kesihatan


- Penjagaan Kesihatan Tubuh Badan
- Menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke
klinik atau hospital.
- Mengenal pasti masalah-masalah kesihatan yang mengganggu murid di prasekolah dan seterusnya
membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem
pendidikan khas.
- Memastikan tahap kesihatan murid sentiasa di tahap memuaskan melalui promosi kesihatan,
pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.

15.0 Kos Penubuhan


- Kos bangunan
- Kos penyediaan sudut-sudut pembelajaran (alat bantu mengajar)
- Kos taman permainan/ kawasan kanak-kanak memperoleh pengalaman

16.0 Pengurusan Pengelolaan/ Staf


- Menyatakan bilangan staf
- Menyediakan carta organisasi staf
- Kelulusan pendidikan staf
- Program pembangunan profesionalisme staf (kursus dan lain-lain)

17.0 Pengurusan Kewangan (Belanja Harian, Belanja Bulanan dan Belanja


Aktiviti Tahunan)
- Bajet pemasaran
- Yuran bulanan
- Sewa bulanan
- Utiliti - Bil air , bil elektrik dan bil telefon
- Peralatan P&P
- Makan
- Gaji guru /pembantu guru

18.0 Penutup
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 7

TAJUK 2 PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


- Menyatakan harapan kertas kerja diangkat bagi kelulusan
- Menyatakan harapan sokongan daripada pihak yang dipohon
- Menyediakan aspek kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada negara.

2.1 Sinopsis

Kualiti pendidikan prasekolah adalah bergantung kepada bagaimana pengurusan prasekolah


itu dirancang secara keseluruhannya. Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat
pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan.

Kesedaran masyarakat terhadap perlunya pendidikan di peringkat awal ini menjadi


titik tolak kepada perkembangan penubuhan pusat-pusat prasekolah yang menjadi
seperti cendawan tumbuh sekarang.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:


1. merancang langkah-langkah penubuhan prasekolah
2. Menjelaskan kriteria-kriteria penubuhan
3. menghasilkan satu kertas kerja penubuhan prasekolah
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 8

2.3 Kerangka Tajuk

Penubuhan Pusat
Pendidikan Awal
Kanak-Kanak

Langkah-langkah Perancangan
Kriteria Penubuhan Kebersihan Alam Sekitar
Pelan Lantai

2.4. Langkah-langkah perancangan


Semasa merancang penubuhan sesebuah prasekolah perkara utama yang perlu diberi
perhatian ialah :

■ Menentukan matlamat & objektif


■ Tinjauan kebolehbinaan
■ Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang dan persekitaran
■ Bangunan
■ Kewangan
■ Organisasi pengurusan
■ Peraturan dan undang-undang
■ Peralatan dan sumber
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH9

2.4.1 Menentukan Matlamat dan Objektif


Di negara kita kebanyakan pusat-pusat prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi yang
berbeza seperti agensi kerajaan KEMAS, FELDA, Jabatan Perpaduan, Prasekolah
Kementerian Pelajaran dan agensi keagamaan dan juga pihak swasta. Memandangkan
pusat-pusat prasekolah ini dikendalikan oleh pihak-pihak yang berbeza maka dari segi
matlamat dan objektif penubuhannya juga berbeza.

Kepentingan kepada pengajaran 3M membuka mata masyarakat tentang pentingnya


pendidikan di peringkat prasekolah. Ibu bapa berlumba-lumba memilih pusat prasekolah
yang dapat memenuhi harapan dan kehendak mereka. Inilah yang mendorong munculnya
pusat prasekolah seperti cendawan tumbuh pada masa sekarang. Pemilihan pusat
prasekolah oleh ibu bapa adalah berlandaskan kualiti yang dimiliki oleh sesuatu pusat
prasekolah yang menyediakan pendidikan kepada kanak- kanak. Pusat prasekolah yang
mempunyai matlamat dan objektif yang menepati kehendak dan harapan akan lebih
menjadi tumpuan ibu bapa.

Terdapat pelbagai kualiti pusat prasekolah yang perlu difikirkan bersama sama ada
penubuhannya menepati matlamat dan objektif atau pun tidak. Di antara penemuan
penubuhan pusat prasekolah adalah seperti berikut:

1. Ada sesetengah pengusaha pusat prasekolah tidak melaksanakan program mereka


dengan bersungguh-sungguh.
2. Ada pula yang hanya mementingkan keuntungan semata mata.
3. Ada pengusaha pusat prasekolah hanya mementingkan akademik semata-mata
4. Ada pengusaha pusat prasekolah yang memberi penekanan kepada aspek sosialisasi
kanak-kanak.

Sebagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat penubuhan pusat prasekolah


secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak- kanak
untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat
pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh
kanak-kanak prasekolah. Di sini mari kita lihat apakah penentuan matlamat dan objektif
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 10

pendidikan prasekolah yang telah dibentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,


Kementerian Pelajaran Malaysia

Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua


aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai
persediaan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah. Pendidikan prasekolah
membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut :

i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang
menjadi warganegara yang patriotik;
ii. Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan
kemahiran bahasa untuk berkomunikasi;
iii. Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk
berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina
dan bahasa Tamil;
iv. Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua;
v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid- murid
beragama Islam;
vi. Mengamalkan nilai-nilai murid dalam kehidupan seharian;
vii. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah;
viii. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;
ix. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan
kesihatan dan keselamatan yang baik; dan
x. Mempunyai daya kreatif dan estetika unuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya
Walau bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah
merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan
sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama
rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka
di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam
persekitaran yang kaya dan menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini
boleh diwujudkan di pusat prasekolah
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 11

2.4.2 Tinjauan Kebolehbinaan


Tinjauan Kebolehbinaan (Feasibility Study)

Semasa merancang penubuhan sesebuah pusat prasekolah tinjauan kebolehbinaan


perlu dilakukan yang mengambil kira perkara-perkara berikut :-

▪ Kesesuaian tapak dan lokasi prasekolah

▪ Kumpulan sasaran/pelanggan

▪ Sumber kewangan

▪ Prasarana/Infrastruktur

▪ Kurikulum/perancangan

▪ Sumber manusia

▪ Peraturan dan perundangan

▪ Peralatan dan perabot

Aspek di atas perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Akta 267
(Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

2.4.3 Infrastruktur Kawasan, Lokasi, Keluasan, Ruang, Persekitaran Bangunan


dan lain-lain.

Dalam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu difikirkan ialah
adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan prasekolah. Penentuan lokasi
perlu mengambil kira keluasan kawasan untuk dijadikan tapak bangunan prasekolah.
Mengikut Akta 267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19); sesebuah
bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak
sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik. Setiap bangunan pusat prasekolah
mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan juga keselamatan.
Memandangkan di Malaysia kemudahan prasekolah adalah berbeza, maka pihak
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 12

berkuasa tempatan telah menetapkan beberapa kategori bangunan yang digunakan


sebagai prasekolah.

Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah :-

1. Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki persegi dan
kawasan sekeliling tidak lebih daripada 30%.
2. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah dicantumkan
kedua- dua lot untuk dijadikan sebagai satu pusat prasekolah.
3. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan kawasan yang
tidak kurang dari 3000 kaki persegi.
4. Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.
5. Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk penggunaan
prasekolah.
6. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan madrasah.
7. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan gereja, tokong Cina serta
kuil Hindu.
8. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna.
9. Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk dijadikan pusat prasekolah.

Mengikut peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya bangunan/rumah dua


tingkat, sebuah tangga keselamatan perlu disediakan ke luar dari bangunan dari
tingkat atas.

Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling penting diberi
perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek keselamatan dan
keselesaan kanak-kanak secara keseluruhannya.

2.4.4 Kewangan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 13

Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang
diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan
idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak,
beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehingga
idea manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan digunakan untuk mencapai
matlamat mereka.
Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan
kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.
a. M (material)
- Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.
b. E (equipment)
- Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan, dapur, pejabat,
pengangkutan dan hiasan.
c. S (space)
- Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan
susunan hiasan. Termasuk juga insuran.
d. H (human)
- Untuk ’tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.
Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan kewangan
yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus kewangan yang ada
akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di
pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur
hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.

2.4.4.1 Peruntukan Makanan


a) Perancangaan Peruntukan Makanan/Minuman
b) Perancangan Menu Bulanan
c) Anggaran Perbelanjaan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 14

i. Bahan Basah
ii. Bahan Kering
d) Tuntutan Perbelanjaan Bulanan
e) Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan
f) Fail Kewangan

2.4.4.2 Peruntukan Per Kapita


a) Perancangan Perbelanjaan
b) Daftar Stok Bekalan Pejabat
i) Barang Kekal
ii) Barang Hapus Kira

2.5 Organisasi Pengurusan


Pengelolaan prasekolah ialah salah satu daripada enam peranan penting
pengurusan sekolah selain daripada perancangan, penyelarasan, perhubungan,
penyeliaan dan penilaian. Pengelolaan adalah pengaturan, penyusunan dan
perlaksanaan perancangan yang dibuat dan melibatkan pengembelengan semua
elemen yang ada di sesebuah pusat prasekolah yang terdiri daripada manusia (
guru, pelajar dan staf sokongan ), material ( bangunan, kawasan, kewangan dan
peralatan )

Menurut Hoy dan Miskel ( Hoy dan Miskel, 2001:288) pengelolaan sekolah yang
berkesan adalah aspek paling asas dalam pengurusan sekolah. Aspek-aspek yang
akan dikelolakan ialah akauntabiliti, pencapaian akademik, piawaian hasil kerja,
skor ujian, aktiviti pembelajaran dan pengajaran, kadar keciciran pelajar,
kepuasan bekerja dan budaya pembelajaran produktif. Aspek ini sentiasa
berubah mengikut keperluan semasa dan situasi kerana setiap sekolah mencapai
keberkesanan dalam pengurusan sekolah dengan kadar yang berbeza. Lantaran
itu satu model organisasi berasaskan garis panduan perlu diwujudkan bagi
mengukur dan menandai aras keberkesanan pengelolaan sekolah serta cara-
cara untuk
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 15

mempertingkatkan keberkesanan tersebut.

Dalam pada itu Hopskin dan Leask ( Preedy, Glatter dan Levacic, 1997) turut
menyatakan penanda aras pencapaian dalam erti kata ” pengelolaan sekolah
yang berkesan ” amat perlu dalam mengelola program dan aktiviti untuk
menentukan matlamat dan objektif. Bagi sesetengah penanda aras pernyataan
ringkas sudah mencukupi namun demikian terdapat juga penanda aras yang
memerlukan perincian spesifik dan merujuk maklumat tambahan yang
melibatkan pengukuran kualiti dan komitmen dalam bahagian-bahagian tertentu.

Oleh yang demikian, pembentukan penanda aras berbentuk kualitatif dan


kuantitatif. Berdasarkan pernyataan Cameron, ( Hoy an Miskel, 2001) jelas
menunjukkan bagi mewujudkan dan membina penanda aras yang sistematik
dan standard. Penanda aras ini dibina berdasarkan program dan aktiviti yang
akan dijalankan.

Menurut Eric A Hanushek, pengelolaan sekolah menjadi tidak efektif kerana


tidak wujud sebarang pertalian yang konsisten antara variasi- variasi yang
terdapat dalam sumber sekolah dengan pencapaian pelajar. Hal ini
merangkumi nisbah antara guru dengan murid, kelayakan guru, pengalaman,
gaji, perbelanjaan perkapita, input pentadbiran dan kemudahan fizikal.
Ibrahim Mamat ( Ibrahim Mamat, 2001 : 167 ) juga menyatakan dalam
mewujudkan pengelolaan sekolah yang berkesan, kita hendaklah mengenal
pasti enam bidang pengurusan sekolah iaitu

1. Pentadbiran am
2. Pengurusan kurikulum
3. Pengurusan guru
4. Pelaksanaan kurikulum
5. Pelaksanaan kokurikulum
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 16

6. Penyeliaan

Dengan menggunakan pengurusan grafik, jelaskan bidang-bidang


pengurusan prasekolah berikut;
1. Pentadbiran am
2. Pengurusan pelajar
3. Pengurusan guru
4. Pelaksanaan kurikulum
5. Pelaksanaan kokurikulum
6. Penyedia

Jabatan Pendidikan Negeri

Guru Besar Lembaga pengelola

Pembantu
Pengurusan Guru
Pembantu AM

Rajah 1.1 : Contoh Model Organisasi Pengurusan Pusat Prasekolah

Walau bagaimana pun struktur-struktur organisasi setiap agensi adalah berbeza dari
aspek-aspek matlamat, objektif dan pelaksanaan sesebuah organisasi.

2.4.6 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG


PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 17

Pusat pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut peraturan dan undang-


undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua
pusat pendidikan awal kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling yang
dikeluarkan dari masa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan keberkesanan
perjalanan pendidikan prasekolah. Pusat pendidikan awal kanak- kanak mestilah
mematuhi dengan Akta Pendidikan (1996) atau Akta 550 dan Akta 308. Selain daripada
kedua Akta tersebut, perkara-perkara berikut perlu diakuri;

A PEMILIHAN KANAK-KANAK
1. Kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun layak untuk belajar di
pusat pendidikan awal kanak-kanak.
2 Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan se
tanggungjawab (keramaian anak).
Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal kanak-kanak ditentukan o
Besar, Penolong Kanan dan guru prasekolah.
Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara 10-
25 orang.

B. SEMASA DI PRASEKOLAH
1. Waktu belajar tidak melebihi 4 jam.
2. Pakaian seragam tidak tetapkan terpulang kepada sekolah masing-masing.
3. Makanan hendaklah disediakan di sekolah atas kadar RM1.80 sehari
setiap murid. Tuntutan hendaklah sekali setahun sebagaimana telah
ditetapkan.
4. Bantuan per kapita kan diberikan pada kadar RM100.00 bagi setiap kanak-
kanak.
5. Tiada dikenakan yuran sekolah tetapi pihak sekolah boleh menetapkannya.
6. Pembantu guru prasekolah akan ditempatkan di setiap pusat pendidikan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 18

awal kanak-kanak.
7. Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh guru opsyen
prasekolah.

C. KEMUDAHAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


1. Kemudahan yang disediakan termasuk alat permainan di luar bilik darjah
dijaga, dibaiki jika rosak dan digunakan dengan rapi. Alat permainan luar
yang rosak hendaklah dibaiki dengan segera.
2. Keselamatan murid hendaklah diambil perhatian dengan serius.
3. Kawasan dan tempat, alat permainan luar bilik darjah sentiasa dalam
keadaan bersih dan selamat.
4. Menyediakan alatan/permainan yang perlu dan mencukupi seperti bahan
pengajaran, bantal, apron, berus gigi dan ubat gigi.
5. Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki.
6. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjagan sebelum
bermulanya sesi persekolahan.

2.6.1 Perletakan Tadika

a) Taska boleh dijalankan mengikut keperluan masyarakat setempat di:


1) Rumah sesebuah
2) Rumah berkembar
3) Rumah Teres(Bahagian Tepi Lot)
4) Rumah Pangsa (di tingkat bawah sahaja)
5) Di ruang pejabat ( di tingkat bawah sahaja)
6) Tanah yang direzabkan untuk kegunaan TADIKA

b) Bangunan-bangunan yang tidak sesuai

1) Rumah teres dan berangkai yang terletak di lot tengah dan lot tepi yang
tidak mempunyai kawasan lapang.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 19

2) Rumah kediaman yang terletak di persimpangan atau berhampiran


lebuhraya dan jalan-jalan sesak dan sibuk dengan kenderaan /lalulintas.
3) Keutamaan akan diberikan kepada lokasi yang berhampiran dengan
kawasan lapang/permainan awam.
2.6.2 Lokasi Bangunan
a) Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 33’ (10 meter) dari simpang
utama
b) Tidak terletak di kawasan sesak di mana lokasi bangunan tidak terletak di
sebatang jalan yang sibuk/ jalan utama
c) Tiada halangan dari jiran (10 orang) berkaitan bunyi bising dan kesesakan
lalaulintas. Surat kebenaran dari lot-lot bersebelahan adalah diperlukan.
d) Mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik tanah.
e) Taburan Tadika di sesuatu kawasan hendaklah ditentukan oleh Majlis.

2.6.3 Keselamatan Premis

a) Tadika dijalankan hanya dibenarkan di aras satu bagi rumah kediaman yang
bertingkat.
b) Ada tangga laluan bagi masa kecemasan jika premis ditempatkan dalam
bangunan bertingkat jika bukan bukan bangunan kediaman biasa
c) Tangga hendaklah selamat unutk kegunaan kanak-kanak.
d) Tangga hendaklah dipasang dengan pagar(railings) yang tingginya sesuai
dengan ketinggian kanak-kanak.

2.6.4 Peredaran Udara dan cahaya semulajadi bersih

a) perlu ada peredaran udara dan cahaya semulajadi bersih

2.6.5. Luas Ruang


PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 20

1) Mencukupi dengan kiraan 3.5 m.p. bagi seorang kanak-kanak. Tidak


termasuk jalan, stor, dapur, pejabat tandas atau kakitangan.

2.6.6. Kegunaan ruang


a) Kemudahan Ruang
✓ Ruang berasingan hendaklah disediakan untuk kanak-kanak belajar dan
bermain
✓ Sediakan ruang untuk perpustakaan
✓ Sediakan kawasan permainan yang lengkap dengan alat-alat permainan yang
tidak merbahaya(di luar banguanan)

b) Tempat rehat untuk kanak-kanak sakit

✓ Ruang berasingan (sick bay) hendaklah disediakan bagi kanak-kanak yang


kurang sihat
✓ Sediakan kotak perubatan kecemasan

c) Ruang dapur dan penyediaan makanan

✓ Ruang dapur hendaklah mempunyai pintu yang tidak mudah dibuka dan
dimasuki oelh kanak-kanak
✓ Dapur mesti berpisah daripada bilik-bilik darjah atau kawasan yang
diasingkan untuk aktiviti kanak-kanak
✓ Kanak-Kanak mesti dilarang masuk ke ruang dapur dan stor pada
bila=bila masa.

2.6.7 Keperluan Tandas

Tandas bagi murid-murid lelaki dan perempuan hendaklah berasingan (Tertakluk kepada
keadaan bangunan)
Peralatan dan rekabentuk tandas adalah seperti berikut:
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 21

✓ Kemudahan kebersiha; mesti sediakan “elbow tap”


✓ Lantai tandas hendaklah sentiasa bersih, tidak licin dan air tidak
bertakung
✓ Sediakan tempat pemegang untuk kanak-kanak istimewa
✓ Besin cuci tangan hendaklah rendah
✓ Lain-lain peralatan yang sesuai (sekiranya ada kanak-kanak istimewa)

2.6.8 Kelulusan Perancangan

✓ Perlu hantar 1 pelan tapak


✓ 1 salinan pelan bangunan asal
✓ Salinan hakmilik tanah
✓ Surat kebenaran daripada pemilik rumah

2.6.9 Kemudah kecemasan/keselamatan


✓ Dua pintu yang berasingan (satu diahadapan dan satui di belakang)
hendaklah disediakan
✓ Semua pintu dan tingkat di atas bangunan tidak boleh dipasang dengan
pagar besi(grills)
✓ Tingkap jenis “louvres” tidak dibenarkan
✓ Semua punca kuasa (power points) hendaklah dipasang dengan plugs
kosong dan berkedudukan di paras yang tinggi
✓ Lampu meja yang berkaki tidak dibenarkan
✓ Kipas meja, kotak dan berkaki tidak dibenarkan
✓ Pintu pagar dan grills tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam dan
merbahaya.
2.7 Kriteria Penubuhan
Dalam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu difikirkan
ialah adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan prasekolah.
Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 22

untuk dijadikan tapak bangunan prasekolah. Mengikut Akta 267 (Perancangan)


Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19); sesebuah bangunan yang akan dijadikan
pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman,
kedai atau klinik. Setiap bangunan pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi
keselesaan, rekabentuk, struktur dan juga keselamatan. Memandangkan di
Malaysia kemudahan prasekolah adalah berbeza, maka pihak berkuasa
tempatan telah menetapkan beberapa kategori bangunan yang digunakan
sebagai prasekolah.

Menurut Bustam dan Puteri Zabariah (2005), berikut adalah perkara yang perlu
diberi perhatian untuk mendapatkan kelulusan penubuhan
prasekolah

(i) Fizikal
 Konsep
Fizikal merupakan salah satu daripada kriteria utama yang perlu diberi
perhatian dalam penubuhan sesebuah pusat prasekolah. Ia merangkumi
infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang. persekitaran dan bangunan.

Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah :-


10. Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki
persegi dan kawasan sekeliling tidak lebih daripada 30%.
11. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah
dicantumkan kedua-dua lot untuk dijadikan sebagai satu pusat prasekolah.
12. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan kawasan
yang tidak kurang dari 3000 kaki persegi.
13. Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 23

14. Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk
penggunaan prasekolah.
15. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan madrasah.
7. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan gereja, tokong Cina serta
kuil Hindu.
8. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna.
9. Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk dijadikan pusat prasekolah
Mengikut peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya bangunan/rumah
dua tingkat, sebuah tangga keselamatan perlu disediakan ke luar dari bangunan
dari tingkat atas. Pihak berkuasa yang memantau dan meluluskan bahagian ini
adalah Pihak Berkuasa Tempatan.

 Kesan Persekitaran Kepada Murid-murid


Selain daripada spesifikasi bangunan yang sesuai, faktor persekitaran juga
merupakan kriteria penting yang perlu diberi perhatian dalam penubuhan pusat
prasekolah. Berikut adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran
- Tempat yang selamat.
- Udara bersih.
- Jauh dari pusat hiburan.
- Tiada pencemaran bunyi.
- Kebenaran bertulis dari jiran.
- Kadar tadika iaitu 1 (SATU) tadika bersamaan dengan 300 (TIGA
RATUS) buah rumah.
Kesemua perkara di atas memberi kesan kepada murid-murid dan guru agar
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

 Kemudahan Asas
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 24

Kemudahan asas juga perlu dititikberatkan dalam penubuhan pusat prasekolah.


Kemudahan asas yang dimaksudkan di sini adalah seperti ruang pembelajaran,
dapur, ruang makan, bilik air , tandas, bilik sakit dan padang permainan.
Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling penting
diberi perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek
keselamatan dan keselesaan murid-murid secara keseluruhannya.

 Keselamatan

- Mempunyai sekurang-kurangnya dua buah pintu yang mudah


- dibuka tanpa halangan.
- Dapur perlu diasingkan.
- Alat pemadam api sentiasa diperiksa dan mematuhi peraturan.
- Perabot alat permainan dan bahan pengajaran selamat
digunakan.
- Semua punca elektrik hendaklah yang tidak mudah dicapai atau
dilindungi.
- Kolam atau tempat menampung air hendaklah mengikut ukuran
yang ditetapkan dan berpagar.

Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak Berkuasa
Tempatan, Bomba dan Tenaga Nasional.

 Keselesaan dan Kesejahteraan

Semua kemudahan asas yang terdapat di pusat prasekolah bertujuan memberi


keselesaan dan kesejahteraan kepada murid-murid dan guru prasekolah. Susun
atur perabot serta ruang pembelajaran yang terancang
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 25

juga memainkan peranan penting bagi memudahkan proses pengajaran dan


pembelajaran.

 Persekitaran Yang Kondusif

Persekitaran fizikal yang yang kondusif dapat membentuk sikap dan


tingkahlaku yang boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada
masyarakat. Persekitaran yang kondusif merangkumi :
- Kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalam keadaan bersih
dan selamat.
- Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk
murid-murid.
- Menyediakan peralatan pertolongan cemas yang lengkap.
- Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.

Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak Berkuasa
Tempatan dan Jabatan Kesihatan.

2.8 Pelan Lantai

2.8.1 Bahagian Dalam


Pengurusan pelan dalam hendaklah mengambil kira dengan keperluan dan hak murid-
murid. Apabila murid-murid mula melangkah masuk ke dalam bilik prasekolah secara
tidak langsung dia telah mula melebarkan lagi pengalaman kehidupannya dan
persekitarannya. Pengurusan pelan dalam hendaklah dibuat dengan pelbagai jenis
peralatan yang boleh dipelbagai guna dan perlulah mengikut kehendak guru dan juga
ibu bapa murid-murid. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira di
dalam merancang sesuatu pelan dalam antaranya ialah memilih sudut-sudut
pembelajaran, pengurusan bentuk pelan penggunaan ruang bilik darjah dan susun
atur perabot-perabot. Mengikut
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 26

sumber NAEYC kesesuaian sebuah bilik untuk pelan dalam dianggarkan 3.5 kaki persegi
untuk seorang murid-murid.

Pelan lantai di pusat prasekolah merupakan satu gambaran susun atur yang sepatutnya
dirancang oleh guru prasekolah bagi memenuhi keperluan perkembangan murid-murid
prasekolah. Ia mudah proses pelaksanaan pengurusan prasekolah dan pengajaran dan
pembelajaran. Pelan lantai perlu merangkumi perkara-perkara seperti pusat-pusat
pembelajaran, ruang penyediaan, bilik sakit/rawatan, bilik pentadbiran, tandas dan
susun atur perabot. Berikut adalah antara contoh pelan lantai yang sepatutnya
terdapat di pusat prasekolah :

Gambarajah 1: Pelan Keseluruhan Pusat Prasekolah


PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 27

Gambarajah 2: Pelan Lantai Kelas Prasekolah

 Menyusun Persekitaran Dalaman

Penyusunan persekitaran dalam kelas prasekolah boleh dilakukan mengikut


rupa bentuk tetap dan rupa bentuk mudahubah. Rupa bentuk tetap biasanya
melibatkan pusat pembelajaran yang mempunyai peralatan atau perabot yang
sukar diubah seperti Ruang Dapur, Pusat Multimedia yang terdapat set komputer,
televisyen dan socket outlet / suis elektrik. Manakala reka bentuk mudah ubah
pula termasuklah perabot seperti meja dan kerusi
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 28

murid yangterdapat di pusat pembelajaran yang boleh disusunatur mengikut


kesesuaian tema.

Guru hendaklah terlebih dahulu menyediakan susun atur ruang dalaman untuk
mengendalikan bilik darjah yang kondusif. Penyusunannya perlulah mengambil kira
keluasan sesebuah bilik kemudian dibuat pembahagian ruang mengikut domain-
domain perkembangan setiap kanak-kanak. Guru bolehlah mengendalikannya
dengan menggunakan daya imaginasi dan kreativiti sendiri dengan mengambil kira
amalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak.
Antaranya ialah:
1. Domain Perkembangan Kognitif:
Penting bagi merangsang proses pemikiran kanak-kanak
2. Domain Perkembangan Sosio-emosi:
Untuk kanak-kanak membina sosialisasi dan mempertingkatkan tahap
emosi.
3. Domain Perkembangan Literasi:
Untuk perkembangan dan penguasaan berbahasa.
4. Domain Perkembangan Kreatif:
Untuk menjadikan kanak-kanak itu lebih kreatif dan inovatif di dalam
menjalankan kehidupannya.

2.9 Peralatan dan sumber

Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam sesebuah program pendidikan


prasekolah kerana ia memberikan arah untuk pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat
pembelajaran boleh membantu memperkembangkan perkembangan kanak-kanak
sama ada dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi ataupun keharmonian. Peralatan
boleh meliputi perabot-perabot seperti kerusi, meja, almari dan rak buku serta
bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 29

seperti pensil, buku, pembaris, gam dan juga dan bantu mengajar yang guru gunakan.

Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai kemahiran memilih
peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di tadika. Bahan-bahan yang dianggap
berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-
bahan perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanak- kanak. Keselamatan alat-
alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi dengan alat-alat
sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu,
bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid,
bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang menarik.

Kelengkapan-kelengkapan di tadika perlu menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan.


Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih baik menggunakan perabot
dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass. Bangku-bangku dan kerusi perlu
sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang terlalu besar dan memuatkan ramai
kanak-kanak tidak menggalakkan pembelajaran.

Kebanyakannya tadika mempunyai almari dan rak-rak buku yang boleh menyimpan
buku-buku dan barang-barang kanak-kanak seperti pensil, kasut, beg, buku dan lain-
lain.

Bahagian Luar
 Kawasan permainan

Bermain merupakan satu pendekatan pembelajaran yang utama di kelas


prasekolah. Aktiviti bermain dapat memupuk keyakinan diri murid prasekolah
di samping memperluaskan minda, membentuk sosiolisasi dan penyelesaian
masalah. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati.
Peralatan yang dipilih menjurus kepada aktiviti
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 30

permainan imaginasi. Reka bentuk mengambil kira ciri-ciri ketahanan,


keselamatan dan penggunaan jangka panjang.
Ruang luar perlu disusun dan dirancang dengan rapi. Ruang luar kelas
hendaklah sentiasa bersih dan selamat. Aktiviti yang dirancang bergantung
kepada keadaan cuaca dan suhu. Ruang di luar kelas hendaklah mempunyai
permukaan yang sesuai dan selamat untuk memudahkan kanak-kanak
menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. Pelan luar yang
dirancang perlu mudah dilihat oleh guru atau pembantu untuk memastikan guru
dapat mengawasi setiap pergerakan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti.
Segala longkang hendaklah ditutup.

Kawasan Permainan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 31

Gambarajah 3: Pelan luar- Taman Permainan Prasekolah

Jenis Taman Permainan dan Susun Atur


Jenis taman permainan dapat diklasifikasikan mengikut zon aktiviti yang akan
diadakan. Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa
berada di ruang luar kelas. Guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan
bahan yang boleh diklasifikasikan dan diletakkan kepada zon-zon tertentu. Setiap
zon akan memainkan peranan yang unik di dalam memperkembangkan tahap
jasmani, emosi, rohani dan sosial kanak- kanak. Adalah diharapkan semasa kanak-
kanak ini berada di ruang luar bilik darjah ia akan dapat mempertingkatkan
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, memperluaskan lagi tahap kemahiran
berfikir, mengamalkan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 32

sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin,


melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan kanak-
kanak itu seorang yang kreatif dan imaginatif.

Alatan Permainan
- Buaian
- Gelongsor
- Papan Imbangan
- Peralatan memanjat
- Peralatan motor kasar
- Pondok Permainan
- Pusat Main Air & Pasir
- Stor Peralatan

Landskap

Landskap yang cantik dan ceria dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir
ke prasekolah. Seni bina landskap memberi keutamaan kepada reka bentuk
yang kreatif, inovatif, sensitif dan efektif dengan perancangan dan pengurusan
sesuatu ruang atau kawasan luaran mahupun dalaman agar ia berfaedah kepada
murid-murid prasekolah. Pusat prasekolah yang baik sepatutnya dilengkapi
dengan lanskap seperti taman bunga, kebun sayur kolam ikan dan mini zoo.

Pagar
Pagar di pusat prasekolah adalah salah satu eleman yang penting yang perlu
diberi perhatian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan aspek keselamatan
murid prasekolah. Antara reka bentuk dan bahan pintu pagar serta pagar yang
diperbuat daripada kayu dan besi. Pemasangan pagar
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 33

hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa berdasarkan


pengemukaan permohonan pelan perincian cadangan reka bentuk pagar yang
mengutamakan dan menggalakkan fungsi , prestasi dan inovasi pagar.

Ciri-ciri perincian reka bentuk dan pintu pagar serta bahan kemasan seperti yang
berikut:
- Pagar dibina daripada tanaman pagaran
- Bahan kemasan daripada keluli bergalvani, logam lain atau bahan rencam
seperti jejaring kimpal atau kayu
- Logam padu atau kayu padat yang menghadang pandangan tidak
dibenarkan.
- Warna neutral hendaklah warna monokrom yang menjurus kepada warna
hitam atau kehitaman, putih atau keputihan, warna kayu atau warna
perang kekuningan dan warna asli pelbagai jenis logam.
- Reka bentuk hendaklah tidak mempunyai bahagian tajam dan berbahaya.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 34

TAJUK 3 Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak

3.1 SINOPSIS

Unit ini mendedahkan kemahiran mempertingkatkan pengetahuan dan


kemahiran pelajar merancang pengurusan prasekolah. Perancangan yang berstruktur
akan memastikan pengurusan pengendalian program tindakan mencapai matlamat
yang dikehendaki secara efisien dan tersusun.

3.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:


1. menyediakan satu senarai semak tugas harian guru
2. merancang jadual dan rutin harian kelas
3. menyediakan alat alat penilaian

3.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK


PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 35

Penubuhan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Perancangan Mengajar Perancangan Penilaian


Refleksi Guru

3.4Perancangan Mengajar

1. Pengurusan Mata Pelajaran

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan


sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeluiling dan arahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus
dicapai; iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus
dicapai di akhir tiap penggal.
3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada
Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran
mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan
buku latihan kepada Guru Besar atau wakilnya pada masa yang dikehendaki.
6. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kerja bimbingan.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 36

7. Menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan oleh


Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah.
9. Memastikan keselamatan murid-murid serta mengawasi penggunaan alatan.
10. Sentiasa mengikut perkembangan dan pembaharuan tentang teknik
mengajar bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
11. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang
digunakan, meastikan bahan-bahan tersebut digunakan secara meluas.
13. Menyediakan ruang-ruang pembelajaran di kelas.

3.5 Merancang jadual dan rutin harian


a) Jadual waktu
Merancang Jadual Waktu mengikut kehendak KSPK

b) Ketibaan Murid
1. Menyambut ketibaan murid
2. Menanda jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu
kedua berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan di pejabat.
3. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar
kedatangan murid.

c) Merancang waktu aktiviti


1) Mengikut slot yang ditentukan
2) Selaras dengan objektif yang hendak dicapai
3) Menyediakan alatan yang mencukupi jika perlu
4) Mengawal murid dan memastikan keselamatan murid pada setiap
masa

d) Aktiviti Luar
1) Dilaksanakan mengikut waktu yang dijadualkan.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 37

2) Memastikan semua alatan permainan luar adalah dalam keadaan


selamat
3) Aktiviti dirancang selaras dengan objektif yang hendak dicapai
4) Murid berpakaian yang sesuai
5) Mengawal keselamatan murid pada setiap masa

d) Makan/Minum pagi
1) Disediakan mengikut menu yang telah dirancangkan
2) Mengikut garis panduan penyediaan makanan yang disediakan oleh
Kementerian
3) Melaksakan rutin seperti cuci tangan sebelum dan selepas makan, doa dan
sebagainya.

e) Penilaian dan Bersurai


1) Guru mengadakan sesi refleksi mengenai perkara yhang dipelajari pada
hari tersebut.
2) Guru melaksanakan rutin sebelum murid pulang ke rumah seperti doa,
bersalaman, kemas meja, ambil beg dan sebagainya.
3) Guru memastikan keselamatan setiap murid supaya mereka disambut oleh
waris yang berkenaan sahaja.

3.6 Perancangan Penilaian Di Prasekolah

1) Boleh berbentuk tidak formal dan/atau berterusan.


2) Alat-alat pemerhatian termasuk pemerhatian, senarai semak, temu bual,
skala berkadar, berstruktur, rekod kerja dan portfolio serta penilaian kendiri.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 38

TAJUK 4 Pengurusan Perkhidmatan Makanan

4.1 SINOPSIS

Unit ini mengandungi maklumat berkaitan perancangan perkhidmatan


makanan, peruntukan dan bantuan kewangan, kemudahan penyediaan makanan,
mengelakkan keracunan makanan, perancangan menu makanan serta menghidang dan
menyediakan makanan. Maklumat ini penting untuk guru prasekolah agar lebih
memahami tanggung jawab mengurus perkhidmatan makanan di prasekolah.

4.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat :


1. Mengenalpasti bahan, peralatan, menu makanan yang bersesuaian
dengan kanak-kanak serta pengurusan untuk melaksanakan
perkhidmatan makanan dengan berkesan.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 39

4.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Perancangan Perkhidmatan Makanan

Peruntukan Dan Bantuan Kewangan

Kemudahan Penyediaan Makanan


PENGURUSAN
PERKHIDMATA
N MAKANAN Mengelakkan Keracunan Makanan

Perancangan Menu Makanan

Menghidang Dan Menyediakan Makanan


4.4 Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Peringkat awal kehidupan kanak-kanak adalah tahap yang kritikal bagi
membentuk konsep dan tingkah laku pemakanan yang sihat (Lee dan rakan rakan
dalam Swadener, 1994). Oleh itu amalan pengurusan perkhidmatan makanan untuk
kanak-kanak prasekolah sangat penting kerana
kualiti pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan,
perkembangan serta kesihatan kanak-kanak pada masa depan.

4.4.1 Perancangan perkhidmatan makanan


Kanak-kanak perlu menerima makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan
seimbang kerana makanan yang tidak berkualiti menjejaskan perkembangan kanak-
kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa juga perlu terlibat secara langsung dalam
program pemakanan di prasekolah.
Objektif Program Amalan Pemakanan Berkhasiat kanak-kanak adalah
mempromosi hidup gaya sihat untuk kanak-kanak prasekolah. Di samping memenuhi
keperluan sosial, menjadi tanggung jawab pihak pengurusan prasekolah untuk
memastikan perancangan perkhidmatan makanan dilaksanakan dengan kesedaran dan
komitmen yang tinggi baik dalam
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 40

pemesanan kelengkapan pembelian makanan mahu pun yang


dipertanggungjawabkan untuk memasak di dapur dan menyediakan kemudahan. Di era
moden ini kanak-kanak harus didedahkan dengan kelengkapan dan penyediaan
makanan pelbagai cita rasa seperti makanan bercorak tradisional, kontinental,
barat serta makanan ringan yang berkhasiat. Kepekaan ibu bapa perlu dalam aspek
penyediaan makanan di prasekolah. Sebagai guru yang mengurus prasekolah anda
perlu mempunyai pengetahuan dalam aspek pemakanan.
Terdapat 5 komponen utama yang perlu dikenal pasti dan
dikuasai :
1. Pengetahuan diet
2. Pengetahuan berkenaan vegetarian
3. Pengetahuan keperluan air
4. Pengetahuan keperluan susu
5. Pengetahuan berkenaan keracunan makanan
Seterusnya, anda serta kakitangan yang terlibat dalam mengurus dan
merancang makanan seharusnya arif tentang membuat penilaian bagi kanak-
kanak sihat. Antara beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan
dalam perancangan perkhidmatan makanan adalah :
 Merancang menu yang seimbang yang memiliki nutrient yang baik.

 Membeli makanan.

 Membuat penyeliaan pada makanan yang ditempah dan masukkannya dalam


inventori.
 Mengawasi keperluan dapur.

 Mengekalkan kepuasan yang tinggi iaitu pengurusan, penyediaan


makanan dan tempat membuang sampah.
 Mengawal perbelanjaan dan membuat laporan kepada pengurusan.

 Menghargai keperluan dan perbezaan budaya dalam pemakanan


setiap kanak-kanak.
 Mengetahui keperluan dan cara komunikasi yang sesuai berkenaan
pemakanan kanak-kanak.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 41

 Menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan.

 Menyimpan rekod pemakanan kanak-kanak.

 Menyediakan rekod dan kapasiti pemakanan.

 Membina kerjasama dan persefahaman antara guru, ibu bapa dan


pihak pengurusan.

4.4.2 Peruntukan dan bantuan kewangan


Prasekolah mempunyai peruntukan kewangannya sendiri. Ia perlu diurus
dengan sempurna mengikut prosedur yang betul. Sebagai pengurus sekolah Guru
Besar perlu mengetahui peranan dan tanggungjawabnya dalam mengurus kewangan
tersebut .
Kewangan
1. Bantuan perkapita (LPBT) akan diberi pada kadar RM 100.00 (
Ringgit
Malaysia : Seratus sahaja ) bagi setiap kanak-kanak setahun. Rujuk Surat
Pekeliling kewangan Bil. 5 Tahun 2002 – Lampiran B – perkara A dan
Lampiran C – Jadual 1
2. Penggunaan wang perkapita adalah untuk pengurusan dan
pentadbiran
hal-hal berkaitan pembelajaran prasekolah sahaja.
3. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan
pengajaran
dan pembelajaran.
4. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah
serta
penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.
5. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape /CD dan
lain-
lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
6. Program lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 42

pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada


semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.
7. Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.
8. Menguruskan peruntukan tambahan bagi aktiviti prasekolah
mengikut
aturan dan peratuan kewangan.
9. Sumber tambahan : boleh menggunakan mana- mana wang
peruntukan
bantuan lain/suwa sekolah untuk keperluan kelas prasekolah jika perlu.
10. Tiada yuran dikenakan ke atas murid prasekolah.

Makanan
1. Makanan hendaklah disediakan oleh sekolah di atas kadar RM 1.50 sehari bagi
setiap murid. Rujuk Pekeliling Kewangan Bil.6 Tahun 2002
: Perkara 3.1 (kini dinaik ke RM 1.80)
2. Tuntutan hendaklah dibuat sekali setahun sebagaimana yang telah
ditetapkan.
3. Menguruskan peruntukan pembelian makanan tambahan /bekalan bahan
– bahan makanan dan minuman mengikut tatacara kewangan yang
ditetapkan.
4. Makanan mestilah seimbang dan mengikut menu.
5. Minuman yang mengandungi bahan pewarna adalah dilarang.
Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber
yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak- kanak. Pengendalian
pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan kewangan yang bijaksana.
Kealpaan dalam pengagihan dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan
masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan. Oleh itu
pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas
kini.

A. Peruntukan Makanan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 43

1. Perancangaan Peruntukan Makanan/Minuman


2. Perancangan Menu Bulanan
3. Anggaran Perbelanjaan
i. Bahan Basah
ii. Bahan Kering
4. Tuntutan Perbelanjaan Bulanan
5. Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan
6. Fail Kewangan
- Surat Tuntutan Perbelanjaan
- Baucer Bayaran (sertakan resit)
B. Peruntukan Perkapita ( Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 Tahun 2002
1. Perancangan Perbelanjaan
2. Daftar Stok Bekalan Pejabat
- Barang Kekal
- Barang Hapus Kira
C. Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan
Perancangan ini hendaklah disediakan sebelum penggal persekolahan bermula
tiap-tiap tahun. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu
disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah wang
yang diperlukan bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan tahunan ini dapat
dijadikan panduan kepada pihak pengurusan prasekolah bagi
mengeluarkan wang peruntukan terlebih dahulu kepada guru prasekolah, bagi
keperluan membeli bekalan makanan/minuman, untuk bulan tertentu. Anda tidak
perlu menggunakanwang peribadi terlebih dahulu untuk perbelanjaan
makan/minum murid-murid. Di prasekolah Kementerian Pelajaran, makan minum
murid-murid prasekolah hendaklah diuruskan dan disediakan oleh
guru/pengasuh kelas prasekolah yang bertugas. Pihak pengurusan prasekolah tidak
dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan kantin/koperasi sekolah dalam
pengurusan/penyediaan makan minum murid-murid prasekolah.

D. Penyata Kewangan Bulanan


PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 44

Di prasekolah Kementerian Pelajaran, status penyata kewangan bagi catatan


penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima oleh guru /Pembantu
Pengurusan Murid(PPM) daripada Guru Besar (sebagaimana perancangan tahunan),
perlu disediakan oleh guru/PPM secara kemaskini tiap- tiap bulan. Penyata ini perlu
disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar pada akhir bulan dan dianggap sebagai
dokumen sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Ianya
wajar diteliti dan diperiksa oleh audit sekolah. Penyata kewangan ini perlu disediakan
di dalam suatu buku tunai khas.
Kesimpulannya, memang agak sukar merangka bajet, mengurus pelaksanaannya
dan mengawal perbelanjaan. Anda perlu lebih berkaliber
dan mempunyai visi menyelaras dan mengemudi pentadbiran prasekolah
dengan berkesan.

4.4.3 Kemudahan penyediaan makanan


Antara kriteria yang perlu diambil kira adalah dalam mengurus sajian
makanan termasuklah :
1. Perancangan makanan
2. Prosedur-prosedur perancangan makanan
3. Pengetahuan dalam pemakanan
4. Kakitangan pengurusan makanan
5. Pengendalian semasa kanak-kanak makan
Nasihat pemakanan perlu diberikan kepada pihak yang dipertanggungjawabkan
berkaitan pemilihan bahan mentah yang segar dalam penyediaan makanan kepada
kanak-kanak. Makanan yang dibeli mestilah berkualiti dengan mempertimbangkan
harga yang berpatutan. Kenali dan teliti bahan makanan supaya segar, tidak luput
tarikh, busuk, berkulat, hapak dan seumpamanya. Pastikan kuantiti yang diperlukan
dikira secara teliti agar tidak berlaku pembaziran atau terlebih belanja. Semasa
menyediakan makanan hendaklah menggunakan resipi yang standard. Sediakan ruang
yang secukupnya bagi makanan yang boleh disimpan. Pastikan ada rekod jenis dan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 45

kualiti makanan yang dibeli, kos yang terlibat dan bagaimana digunakan dan lain-
lain yang difikirkan perlu.

4.4.4 Mengelakkan keracunan makanan


Apa itu makanan yang selamat?
Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran. Penyediaan
makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan. Rujuk
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5 /1995 : Keracunan Makanan Di Sekolah)

Fakta penting:
 Bakteria keracunan makanan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam
sesuatu masa.
 Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan, usus
dan luka yang dijangkiti kuman
 Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang menyediakan
makanan melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan dengan menyentuh
makanan.
 Kebanyakan wabak keracunan makanan timbul akibat dari pencemaran
makanan semasa makanan disediakan oleh orang yang menyediakan makanan
tersebut

Apa yang perlu anda buat untuk memastikan penyediaan makanan yang
selamat?
 Menjaga kebersihan diri
 Basuh tangan dengan betul, terutama sekali:
o Selepas keluar dari tandas
o Mengendalikan sisa makanan
o Selepas makan, merokok atau menghembus hidung
o Selepas mengendalikan bahan mentah dan sebelum menyajikan
makanan
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 46

 Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek


 Pakai pakaian yang bersih dan penutup kepala
 Balut luka dengan pembalut luka yang kalis air
 Tanggalkan semua perhiasan seperti cincin, gelang dan jam tangan sebelum
menyediakan makanan
 Amalkan tabiat yang sihat apabila menyediakan makanan
 Gunakan sudu, garpu atau penyepit (tong) untuk menyajikan makanan
 Gunakan kain/tuala yang berasingan untuk mengelap tangan, meja dan
peralatan makan
 Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk bahan mentah dan yang
telah dimasak

Dilarang :
 Meludah, mengorek hidung atau telinga semasa menyediakan makanan
 Makan, merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih semasa
menyediakan makanan
 Batuk atau bersin ke arah makanan
 Menyentuh bahagian dalam permukaan pinggan, cawan atau gelas semasa
menghidang makanan.
 Menjilat jari semasa menyediakan makanan
 Menggaru kepala semasa menyediakan makanan
 Menghembus hidung ke dalam beg, pembungkus atau bekas yang digunakan
untuk makanan dan minuman
 Merasa makanan dengan jari atau sudu yang tidak dibasuh
 Menggunakan tangan untuk menyajikan makanan
 Menggunakan bahan bercetak seperti kertas surat khabar untuk
membungkus makanan
 Menggunakan peralatan seperti pinggan, cawan dan piring yang pecah, retak
atau rosak.
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 47

Mengapa memilih makanan yang selamat?


Memilih makanan yang selamat penting untuk mengelakkan keracunan
makanan.

Bagaimana untuk memilih makanan yang selamat?


❑ Pilih bahan mentah yang segar
 Sayur-sayuran dan buah-buahan
o Tidak layu, kecut, bertukar warna dan busuk
 Ikan
o Kulit yang bersinar dan berwarna terang dan tidak diselaputi oleh lendir
yang tebal
o Cerah dan matanya tidak tenggelam
o Segar dan insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau
kering)
o Tidak berbau busuk
o Isi yang kenyal
 Udang
o Tidak rosak, kulitnya lutsinar tanpa tompok-tompok hitam
o Tidak berbau busuk
 Daging
o Segar dan tidak berselaput
o Tidak busuk
 Unggas
o Segar
o Tidak busuk dan tidak bertukar warna
o Lihat kepada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya
 Telur
o Tidak retak atau bocor
o Tidak terlalu tua atau terlampau banyak najis dan kotoran pada kulit
telur
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 48

 Bijirin/kekacang
o Tidak berkulat
o Tidak dicemari oleh serangga atau bahan asing
o Tidak dicampur dengan bahan lain yang lebih murah

❑ Pilih makanan yang selamat


 Makanan dalam tin
o Tin itu tidak kemek, kembung atau berkarat
o Tudungnya tidak kembung
o Tidak bocor
o Belum tamat tarikh luput
 Makanan yang dibungkus
o Tidak bocor atau kotor
o Tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar)
untuk membungkus.
❑ Pilih makanan yang telah dimasak dengan sempurna
 Daging yang telah dimasak dengan sempurna, berwarna perang
dibahagian dalamnya
 Ayam yang telah dimasak mempunyai jus yang berwarna jernih dan tidak
berwarna merah jambu apabila dicucuk dengan garfu
 Ikan yang telah dimasak mesti mudah dipisahkan isi dari tulang dan tidak
berwarna merah jambu
 Telur kuning dan putih tidak jernih atau lutsinar
❑ Pilih makanan yang baru dimasak
 Elakan dari memakan makanan yang disediakan terlalu awal dari masa untuk
dimakan
 Lebih baik untuk makan sebaik sahaja selepas dimasak
 Panaskan dengan sempurna makanan yang telah dihidangkan untuk beberapa
lama
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 49

❑ Pilih makanan yang disimpan dengan betul (lihat website Panduan Untuk
Menyimpan Makanan Dengan Selamat)
 Bahan mentah yang mudah busuk (daging, ayam dan ikan) sepatutnya
disimpan pada suhu yang betul
 Makanan yang telah dimasak tidak disimpan bersama dengan bahan mentah
 Elakan dari membiarkan makanan terhidang pada suhu bilik terlalu lama
(lebih dari 4 jam)
 Bungkus atau tutup makanan untuk disimpan
 Makanan yang sedia untuk dimakan yang dipamerkan harus ditutup dengan
sempurna

Panduan Untuk Menyimpan Makanan Dengan Selamat


Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat untuk
bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan makanan
yang betul adalah penting kerana :
 Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga
dimakan
 Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut
 Untuk kesedapan makanan tersebut
 Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut
Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul, persekitaran yang bersih dan
dimakan sebelum tarikh luput.

Fakta penting
 Menyimpan dengan betul akan membantu untuk meminimakan makanan
menjadi basi, tercemar dan membazir.
 Makanan yang telah dimasak boleh menjadi tercemar walaupun
bercampur dengan sedikit sahaja bahan mentah.
 Meyimpan dalam peti sejuk adalah cara yang mudah dan selamat untuk
menyimpan makanan untuk tempoh yang singkat
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 50

 Jangan basuh sayur-sayuran hijau sebelum disimpan di dalam peti sejuk.


 Simpan mentega atau majerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia
boleh berubah dengan bau tersebut.
 Jangan bekukan kembali makanan selepas dinyahbekukan
 Simpan telur dan yang berasaskan telur berasingan dari bawang kerana ia
boleh berubah dengan bau bawang.
 Makanan untuk bayi mesti segar dan buang lebihan makanan tersebut (ia tidak
sepatutnya disimpan langsung).
 Baca label pada pembungkus/bekas makanan untuk cara menyimpan sebelum
dan selepas membukanya.

Bagaimana untuk menyimpan makanan dengan betul?


Ada beberapa cara untuk menyimpan makanan:
 Penyejukan
 Pembekuan
 Penyimpanan pada suhu bilik

Cara untuk menyimpan makanan bergantung kepada jenis makanan.


Bagaimana cara makanan disimpan di dalam peti sejuk?
Peraturan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk:
Anda perlu:
 Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg
plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium.
(Kenapa? Ini akan mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan
tumpah)
 Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang
berbeza dengan yang mentah
(Kenapa? Bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya
mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang
telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 51

 Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di
bahagian bawah peti sejuk (Kenapa?Tumpahan dari bahan mentah boleh
mencemar makanan yang telah dimasak)
 Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk
(Kenapa? Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan
bakteria)
 Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang (Kenapa? Ini akan
mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)
 Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa?
Untuk mengelakkan ianya rosak oleh pembekuan)

Jangan :
 Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan
makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam
peti sejuk (Kenapa? Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan
bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)
 Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk (Kenapa?
Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang
pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk)
 Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk
(Kenapa? Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar dengan baik
di dalam peti sejuk)
 Menyimpan daging, ikan dan unggas di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari
(Kenapa? Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan
tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk)
 Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 52

Apakah yang dikatakan menyimpan beku?


Menyimpan pada suhu yang mengekalkan makanan dalam keadaan beku.
Makanan yang disimpan dalam bahagian beku boleh disimpan untuk tempoh
yang lebih lama.
Peraturan untuk menyimpan makanan di bahagian beku :

Anda perlu:
 Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas , beg plastik yang kedap udara
atau dibungkus dengan pembungkus polyethylene.
(Kenapa? Untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk
mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)
 Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil (Kenapa?
Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang
singkat)
 Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke
dalam bahagian beku peti sejuk
 Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti
beku.
Jangan :
 Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku (Kenapa?
Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)
 Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya
apabila ingin dimasak.
(kenapa? Peti sejuk tidak cukup sejuk untuk membekukan daging unggas yang
disumbat itu dalam masa yang singkat)
 Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda.
(Kenapa? Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)
 Membekukan makanan dalam tin.
(Kenapa? Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 53

dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia


tumpah)

Bagaimana untuk menyimpan pada suhu bilik? Cara


untuk menyimpan makanan pada suhu bilik Anda
mesti :
 Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di
dalam bekas yang bertutup rapat.
(Kenapa? Untuk menghalang pencemaran oleh serangga dan tikus)
 Simpan makanan dalam tin di tempat yang sejuk
 Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang sejuk dan
kering, jauh dari sinaran langsung matahari untuk menghalang makanan
tersebut dari bercambah
 Simpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT di tempat sejuk. Simpan di
dalam peti sejuk apabila telah dibuka dan habiskan dalam masa seminggu.
 Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih, kering dan berangin.
 Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk, kering dan berangin.
Jangan campur tepung yang lama dengan yang baru
 Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik
 Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari oleh
tikus dan serangga.
 Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan bersih, kering dan berangin

Jangan :
 Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan dan
racun seperti racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan sabun
 Biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PRASEKOLAH 54

4.4.5 Perancangan menu makanan


Merancang dan menyediakan makanan yang seimbang adalah penting bagi
kanak-kanak yang membesar. Imbas kembali amalan dan rutin berkaitan
perancangan menu makanan di prasekolah anda. Adakah ia menepati kriteria
berikut?

Kriteria Merancang Makanan bagi Kesihatan


1. Kepelbagaian jenis makanan yang bernutrien dan budaya pemakanan yang
sihat.
2. Kolerasi antara budaya dan sistem pemakanan di rumah.
3. Mengamalkan sistem latihan yang sistematik dalam pengendalian
makanan.
4. Menyediakan tempat atau pun suasana pemakanan yang sesuai dengan
keperluan dan kuantiti kanak-kanak.

Mengapa perancangan menu sihat dan seimbang penting untuk kanak-


kanak prasekolah?
 Dapat memberi tenaga yang diperlukan serta mencukupi bagi kanak- kanak
dalam aktiviti belajar sambil bermain.
 Dapat membantu ketahanan badan bagi mengelak daripada jangkitan virus
serta sembuh daripada luka atau pun penyakit.
 Untuk membekalkan makanan dan snek yang sihat pada waktu yang
bersesuaian justeru baik untuk pembinaan badan dan juga pembesaran..
 Memastikan kepelbagaian dalam setiap sajian agar kanak-kanak
mendapat makanan yang seimbang.
 Untuk mengurangkan pilihan makanan berulang.
 Membuat perancangan awal bahan yang diperlukan bagi mengelakkan
daripada membeli di saat akhir atau dalam keadaan yang tergesa-gesa.
 Untuk menjimatkan masa. Dengan merujuk kepada menu yang
dirancang, anda boleh mengutamakan makanan yang boleh disedia awal.
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Kumpulan Makanan Yang Berkhasiat Berasaskan Piramid Makanan.


Amalan makanan yang sihat ialah memilih dan makan pelbagai makanan
berasaskan Piramid Makanan. Menuru Kumpulan Kebangsaan “Healthy Eating”
(Kementerian Kesihatan , 1997) tidak ada satu jenis makanan yang dapat
membekalkan semua zat makanan yang diperlukan.
Dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan,
semua zat yang diperlukan badan dapat diperoleh. Pengambilan makanan perlu
seimbang, iaitu makanan pada aras bawah piramid perlu dimakan banyak dan
makanan aras atas piramid perlu dimakan sedikit setiap hari.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang di dalam Program Amalan Pemakanan
Berkhasiat memberi penekanan kepada pemusatan kanak-kanak dan
kesesuaian fizikal prasekolah yang terlibat. Fakta berikut boleh membantu anda
meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan pemakanan yang sihat di kalangan
kanak-kanak prasekolah iaitu
1. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
2. Pilih makanan rendah lemak dan kurang manis
3. Minum banyak air kosong

Prosedur-prosedur Perancangan Pemakanan

Membimbin
Menyediakan ruang menyimpan makanan yang mencukupi
Menu menepati g dan
standard dan mengawasi
piawaian pengendali
makanan

Ruang dan persekitaran dapur atau pun memasak yang sesuai serta selesa

Memesan dan
Mendapatkan
membeli makanan
khidmat
dengan harga
pakar dalam
berpatutan tanpa
penyediaan
mengabaikan kualiti
pemakanan
bahan 5
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Membuat Pemantauan aliran Mengenal pasti


pemeriksaan bahan kewangan dan keperluan dan
yang dipesan mendokumentasikan selera kanak-
dengan terperinci secara sistematik kanak secara
individu

Rajah 2.1 Prosedur perancangan pemakanan

Saranan pengambilan makanan bagi kanak-kanak perempuan adalah 1800


hingga 2000 Kcal (tenaga) bagi setiap pengambilan manakala bagi kanak-kanak
lelaki pula ialah 2000 hingga 2500 Kcal (tenaga) bagi setiap pengambilan.

Berikut adalah saranan pengambilan makanan untuk kanak-kanak


mengikut kumpulan makanan yang memberi tenaga (kabohidrat), protein,
lemak, vitamin, mineral, serat dan air.

Karbohidrat Vitamin

50 % Metabolik basal A 700 – 1000 (ug RE)


5% Penghadaman makanan B1(Thiamine) 1.2 – 1.4 mg
25% Aktiviti fizikal B2(Riboflavin) 1.4 – 1.6 mg
12% Pembesaran tisu B3(Niacin) 16 – 18 mg
(tissue growth) B5(Folancin) 300 – 400 mg
8% Pembuangan najis B6(Pyridoxine) 1.6 – 1.8 mg

58
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

(faecal loss)
B9(Folic Acid) 180 – 200 mcg
B12 3 ug

Mineral Protein
Kalsium 800 – 1200 mg Bayi 6 bulan ke atas (2.2 g/kg),
Zat besi 10 – 18 mg kanak-kanak 2 g/kg dan menurun
Magnesium 250 – 350 mg sehingga 0.8 g/kg bagi dewasa.
Zink 10 – 15 mg
Iodin 120 – 150 ug
Air
Kuprum 1.0 – 1.5 mg
Selenium 0.02 – 0.08 mg 70 -75 % air di dalam badan.
Potassium 550 – 1650 mg Bayi mengambil air 10% hingga 15%
Klorida 500 – 1500 mg daripada berat badan dan orang
Sodium 250 – 750 mg dewasa mengambil air 2 % hingga 4%
daripada berat badan.

Tips merancang menu sihat untuk waktu makanan utama


 Pastikan hidangan utama terdiri daripada 5 kumpulan makanan dalam Piramid
Makanan Malaysia.
 Pilih hidangan daripada produk bijirin penuh
 Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan utama. (contoh :
tomato dalam ayam masak merah)
 Tambahkan satu sajian makanan dari kumpulan ikan, ayam,daging atau telur
dengan makanan alternatif seperti kacang panggang, kacang peas, dal atau
tauhu. Contohnya, campurkan kacang peas dalam resepi ayam masak kicap
atau campurkan tempe dalam sambal ikan bilis.

Tips merancang menu sihat untuk makanan snek


 Masukkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan makanan yang berlainan dalam
setiap sajian snek.

59
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah
 Pilih snek berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, roti bijirin penuh,
susu, keju dan dadih.

60
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

 Kurangkan snek yang terlalu manis dan melekit seperti gula-gula yang boleh
melekat pada gigi kanak-kanak yang boleh menyebabkan karies gigi.

Senarai semak pelan perancangan menu sihat


Guna senarai semak berikut untuk memastikan menu yang anda rancang
adalah lengkap:
 Adakah kanak-kanak mendapat pelbagai jenis makanan setiap hari?
 Adakah kanak-kanak mengambil makanan daripada setiap kumpulan
makanan?
 Adakah kanak-kanak meminum susu dan air kosong setiap hari?
 Adakah anda/pembantu pengurusan murid berusaha untuk menyediakan
hidangan dengan cara memasak yang berbeza setiap hari?
 Adakah terdapat ulangan hidangan dan jenis makanan yang terlalu kerap?
Contohnya makanan bergoreng 5 kali seminggu.
 Adakah sajian anda tinggi nilai khasiatnya?

Menghidang dan menyediakan makanan


Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di
kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda
memilih makanan sihat untuk kanak-kanak agar mereka dapat makan secara sihat dan
belajar menikmati makanan berkhasiat:
1. Gunakan maklumat yang positif
Beritahu kanak-kanak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan
pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci
utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara
sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang
mudah seperti yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang
kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.

61
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

2. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien Sentiasa


galakkan kanak-kanak untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrient.
Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:
o Buah-buahan berwarna terang sebagai snek berbanding gula-gula.
o Sayur-sayuran beraneka warna.
o Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi
serat.
o Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
o Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
o Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain
ayam, daging dan ikan.

3. Jadi contoh yang baik


Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat
dengan mereka. Sebagai guru, pemilihan makanan yang anda buat akan
mempengaruhi murid. Jika anda memilih makanan yang sihat, kanak-kanak juga akan
mencontohi anda.
Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak
tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh
dinikmati.

4. Masak bersama
Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila
mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa
menyediakan hidangan seperti sandwich atau salad buah-buahan dalam slot
pengajaran dan pembelajaran. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar
dalam makanan mengikut kreativiti mereka.

5. Bercucuk tanam bersama


Libatkan murid semasa menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya

62
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

melaksanakan projek sains di prasekolah. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien.
Bantu murid memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang
kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sesi lawatan prasekolah.

a. Pengendalian semasa kanak-kanak makan.


Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat
agar kanak-kanak prasekolah dapat membesar dan kekal sihat. Pemilihan dan amalan
pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan mereka. :
1. Ruang makan, meja dan kerusi perlu sesuai dengan kanak-kanak.
2. Basuh tangan dengan cara yang betul sebelum makan.
3. Duduk dengan tertib dan bersopan sebelum makan.
4. Mengamalkan membaca doa sebelum dan selepas makan.
5. Tetapkan kumpulan kanak-kanak sebelum makan.
6. Jangan berebut semasa mengambil makanan yang dihidangkan.
7. Guru dan pembantu perlu ada bersama-sama semasa kanak-kanak makan.
8. Pihak pengurusan perlu merasa makanan sebelum dihidangkan terlebih
dahulu.
9. Semua kanak-kanak terlibat sama dalam aktiviti sebelum, sewaktu dan
selepas makan.
10. Pinggan mangkuk perlu sesuai dengan kanak-kanak.
11. Berikan kanak-kanak masa senggang yang cukup selepas makan.

b. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih


Melihat sebahagian skop fungsi dan bidang tugas, perlu dinyatakan di sini bahawa
dalam urusan penyediaan makanan/mengemas/membersih, Pembantu Pengurusan Murid
bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:
(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih,

63
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.


(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan,
peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain
sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga
kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan
bahan pengajaran di dalam kelas.

4.4.6 Menghidang dan menyediakan makanan.


Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di
kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda
memilih makanan sihat untuk kanak-kanak agar mereka dapat makan secara sihat dan
belajar menikmati makanan berkhasiat:

6. Gunakan maklumat yang positif


Beritahu kanak-kanak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan
pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama
pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar
mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti yogurt
dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah
membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.

7. Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrien Sentiasa


galakkan kanak-kanak untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrient.
Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:
o Buah-buahan berwarna terang sebagai snek berbanding gula-gula.
o Sayur-sayuran beraneka warna.
o Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi
serat.
o Minuman bersusu berbanding minuman kordial.

64
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

o Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.


o Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain
ayam, daging dan ikan.

8. Jadi contoh yang baik


Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat
dengan mereka. Sebagai guru, pemilihan makanan yang anda buat akan
mempengaruhi murid. Jika anda memilih makanan yang sihat, kanak-kanak juga akan
mencontohi anda.
Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak
tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh
dinikmati.

9. Masak bersama
Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila
mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa
menyediakan hidangan seperti sandwich atau salad buah-buahan dalam slot
pengajaran dan pembelajaran. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar
dalam makanan mengikut kreativiti mereka.

10. Bercucuk tanam bersama


Libatkan murid semasa menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya
melaksanakan projek sains di prasekolah. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien.
Bantu murid memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka
yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sesi lawatan prasekolah.

Pengendalian semasa kanak-kanak makan.

65
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat


agar kanak-kanak prasekolah dapat membesar dan kekal sihat. Pemilihan dan amalan
pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan mereka. :
12. Ruang makan, meja dan kerusi perlu sesuai dengan kanak-kanak.
13. Basuh tangan dengan cara yang betul sebelum makan.
14. Duduk dengan tertib dan bersopan sebelum makan.
15. Mengamalkan membaca doa sebelum dan selepas makan.
16. Tetapkan kumpulan kanak-kanak sebelum makan.
17. Jangan berebut semasa mengambil makanan yang dihidangkan.
18. Guru dan pembantu perlu ada bersama-sama semasa kanak-kanak makan.
19. Pihak pengurusan perlu merasa makanan sebelum dihidangkan terlebih
dahulu.
20. Semua kanak-kanak terlibat sama dalam aktiviti sebelum, sewaktu dan
selepas makan.
21. Pinggan mangkuk perlu sesuai dengan kanak-kanak.
22. Berikan kanak-kanak masa senggang yang cukup selepas makan.
Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
Melihat sebahagian skop fungsi dan bidang tugas, perlu dinyatakan di sini bahawa
dalam urusan penyediaan makanan/mengemas/membersih, Pembantu Pengurusan Murid
bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti berikut:
(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat
dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan,
peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain
sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga
kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan
bahan pengajaran di dalam kelas.

66
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

TAJUK 5 Pengurusan Kewangan Pusat Prasekolah

5.1 SINOPSIS

Unit ini dibahagikan kepada empat bahagian utama yang akan


membincangkan topik berkaitan pengurusan kewangan di pusat prasekolah.
Antara topik yang disentuh dalam pengurusan. kewangan ialah tentang
pemerolehan kewangan, merancang, mengawal dan membelanjakan serta
67
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

penyediaan buku stok. Pengurusan kewangan yang baik dapat menyediakan


perkhidmatan pembelajaran yang efisien kepada kanak-kanak.

5.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:

1. Mengenal pasti sumber pemerolehan kewangan di pusat prasekolah.


2. Mengetahui bagaimana merancang , mengawal dan membelanjakan
kewangan dengan betul.
3. Menghuraikan tentang penyediaan buku stok di pusat prasekolah.

5.3 KERANGKA TAJUK -TAJUK


Pengurusan kewangan di pusat prasekolah.

Mengawal dan membelanjakan


Merancang
kewangan
kewangan prasekolah
Pemerolehan kewangan Penyediaan buku stok

5.4 Pengurusan kewangan


5.4.1 Sumber/ pemerolehan kewangan
Sumber kewangan merupakan asas penting untuk menguruskan kelas
prasekolah.Sumber kewangan yang kukuh dapat membangunkan kelas prasekolah
dengan serba lengkap dengan pelbagai kemudahan. Terdapat berbagai cara untuk
memperolehi sumber kewangan di prasekolah. Antara sumber kewangan yang
boleh diperolehi melalui:
(i) sumbangan dari ibu bapa, atau orang perseorangan

68
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

(ii) pemberian grant per-kapita oleh kerajaan,


(iii) bantuan makanan
(iv) pinjaman
(v) pertubuhan bukan kerajaan
(vi) badan kebajikan
(vii) yuran
(viii) dana

Pihak Kerajaan mmempunyai peruntukkan kewangan yang khusus untuk


disalurkan kepada prasekolah . Kementerian Kerajaan menyalurkan peruntukkan
kepada Prasekolah Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan menyalurkan
peruntukkan kepada Tabika Perpaduan manakala Kementerian Tanah dan Luar Bandar
menyalurkan peruntukkan kepada Tabika KEMAS. Ia disalurkan dalam bentuk
pemberian grant per-kapita oleh kerajaan. Pemberian dan Bantuan ,pemberian
bermaksud wang atau barangan yang diperuntuk dan diagihkan kepada sekolah untuk
menampung keperluan pembelajaran dan pengajaran misalnya Bantuan Per Kapita.
Pemberian juga termasuklah wang atau barangan yang diperuntuk dan diagihkan
kepada sekolah untuk menampung pembekalan makanan bermasak atau bahan
makanan mentah kepada murid prasekolah iaitu Pemberian Bantuan Makanan
Pelajar.Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )Peruntukan ini
hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah
asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun
hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku Tunai Kumpulan Wang
Kerajaan.

Prasekolah Persendirian menggunakan modal sendiri dan mengenakan yuran


yang tertentu bagi menampung perbelanjaan prasekolah mereka. Yuran ini tidak sama
antara satu sama lain. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar yuran antaranya
lokasi, premis, dan perkhidmatan yang ditawarkan. Berbeza

69
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

dengan prasekolah kerajaan di mana perjalanan prasekolahnya tidak mendapat


sebarang bantuan kerajaan atau separa kerajaan semuanya ditanggung oleh ibu bapa
kanak-kanak. Yuran hendaklah dibayar pada setiap awal bulan mengikut kehendak
pengurusan tadika itu sendiri. Semakin tinggi yuran yang dibayar semakin baik tahap
kualiti pembelajaran diprasekolahnya

Sumbangan adalah satu pemberian secara sukarela dan ikhlas dengan tanpa
adanya imbalan yang bersifat keuntungan, selain itu dengan adanya sumbangan dapat
menjadikan prasekolah yang lebih baik dan kondusif.
Sumbangan boleh di perolehi dari ibu bapa , perseorangan Yang Berhormat , Syarikat
dan Agengsi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO)
Contohnya :-

➢ Sumbangan makanan , seperti milo, minuman bijirin dan sebagainya.

➢ Sumbangan peralatan contohnya alat bantu mengajar, perabot, buku ,


permainan luar.

➢ Sumbangan pakaian seragam dan baju sukan

➢ Sumbangan kewangan untuk menjalankan aktiviti contohnya Sukaneka , Hari


Keluarga dan Lawatan

Sumber kewangan juga boleh diperolehi dari aktiviti atau program yang di
dianjur atau dikelolakan oleh pihak prasekolah itu sendiri seperti hari karnival, jualan
kupon, jogathon, serta jualan bahan terpakai. Sebelum menjalankan aktiviti, pihak
prasekolah perlulah menyediakan satu kertas kerja untuk tujuan tersebut. Pengurusan
prasekolah akan lebih tersusun dan perjalanannya lebih teratur, jika dana kewangan
banyak.Ia juga akan menjadikan prasekolah lebih kondusif. Contoh format kertas kerja
yang dicadangkan ialah:-

70
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Tajuk : Tajuk projek,nama prasekolah,nama pemohon,alamat,agensi yang dituju,bajet


keseluruhan,tandatangan dan tarikh menghantar.

Abstrak : Lebih kurang 200-500 perkataan,merumuskan segala perkara


penting,kehendak utama,objektif dan anggaran dapatan.

Masalah Utama : Nyatakan dengan jelas masalah yang dihadapi oleh prasekolah kerana
terpaksa meminta bantuan atau derma.

Objektif : Nyatakan dengan jelas kehendak-kehendak guru malah dan keperluan.


Prosuder : Nyatakan bagaimana anda dapat mencapai objektif yang anda kehendaki
secara terperinci.

Penilaian : Nyatakan bagaimana anda akan memberitahu agensi terlibat selepas


objektif tercapai.

Kelengkapan dan peralatan : Prasekolah anda mungkin mengkehendaki pekerja baru,


pastikan anda menyatakan apakah kelayakan atau keperluannya.

Keperluan Staf : Pastikan anda mengetahui siapakah yang perlu mengetuai projek itu
jika memerlukan pekerja baru nyatakan kenapa pekerja baru di perlukan.

Bajet : Tunjukkan keseluruhan anggaran kos projek. (keperluan staf peralatan yang
digunakan,pengangkutan,cara memungut, dan pengurusan).

5.4.2 Kegunaan sumber kewangan

Sumber kewangan yang diperolehi ini digunakan untuk menanggung


Perbelanjaan mengurus tadika atau prasekolah yang meliputi makanan, pembelian
peralatan pembelajaran, bahan-bahan untuk aktiviti, gaji kakitangan

71
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

dan pengurusan. Pengurusan kewangan dan sumber yang cekap dan mantap boleh
menjamin perjalanan program prasekolah berjalan dengan lancar.

Pengurusan Kewangan Prasekolah adalah tertakluk kepada pihak pengurusan


sekolah berdasarkan kepada garis panduan penggunaannya. Contoh: Penggunaan
Bantuan Per Kapita(PCG)

Bantuan Per Kapita ( PCG ) merupakan satu bantuan kewangan untuk


pembelajaran yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada
Sekolah Bertaraf Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. Kadar-kadar tertentu
ditetapkan bagi memudahkan tuntutan dibuat oleh pihak sekolah

■ Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

■ Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta


penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran.

■ Pembelian buku rujukan, ensaiklopedia, perisian, video tape dan lain-lain


yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

■ Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi


pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa
cuti persekolahan atau hari persekolahan ( misalnya melawat Zoo pada hari
persekolahan semasa tema Haiwan Liar, melawat Muzium semasa tema
Masyarakat, Negeri dan Negara, melawat Taman Bunga semasa tema Bunga
atau melawat ke dusun buah-buahan semasa tema Buah-buahan )

■ Perolehan harta modal adalah tidak dibenarkan.

5.5 Merancang ,mengawal dan membelanjakan kewangan Prasekolah

72
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Sebelum satu- satu prasekolah ditubuhkan, adalah perlu untuk guru membuat
perancangan sebelum dan semasa prasekolah tersebut dijalankan. Perancangan
kewangan yang baik dapat membantu perjalanan prasekolah menjadi tersusun dan
lancar.
Tugas untuk merancang, mengawal dan membelanjakan kewangan di pusat
prasekolah adalah menjadi tangungjawab guru. Guru perlu membuat beberapa perkara
seperti di bawah:-
 Perancangan

- Menyediakan perancangan perbelanjaan tahunan untuk pihak


pentadbiran.Ia biasanya disediakan sebelum bermula persekolahan.
Perancangan ini termasuklah perancangan membeli keperluan makan
dan minum. Setiap perancangan ini akan disemak oleh pihak pentadbir.
- Guru juga bertangungjawab merancang keperluan peralatan perabot
yang bersesuaian dengan kanak-kanak , bahan pembelajaran yang serta
kadar insuran yang akan diambil.
- Contoh penyediaan peralatan yang digunakan pada permainan luar dan
peralatan dalaman adalah disarankan seperti berikut:

a. Peralatan Dalaman

Bil Pusat Pembelajaran Peralatan Unit


1. Pusat Bahasa 1. Carta poket 1
2. Buku besar 1
3. Buku cerita kanak-kanak 1
4. Buku kecil bergambar 1
5. Buku Puisi kanak-kanak 1
6. Buku cerita/ lagu kanak-kanak 1
2. Pusat Teknologi 1. Telivisyen 1
2. CD, DVD & Radio 1

73
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

3. Komputer 2
4. Pencetak 1
5. Perisian 1
3. Pusat Manipulatif 1. Board plus starter 1
kit diperbuat dari
tech-foam 1
2. Linking quarter circle block 1
3. Pelbagai jenis bentuk Blok
4. Pusat Kognitif 1. Alat pengukur 1
2. Kanta pembesar 1
3. Set magnet 1
4. Set Tabung uji 1
5. Foam alphabet 1
6. Foam numbers 1
1
7. Alat penimbang
1 set
8. Alat formasi bentuk geografi 1 set
9. Model haiwan 1 set
10. Model Sayur-sayuran
11.
5. Pusat Pendidikan Islam 1. Carta huruf Hijaiyyah 1 set
2. Huruf-huruf jawi 1 set
3. Cop huruf jawi 1 set
4. Buku cerita 1 set
5. Buku cerita pendidikan moral / 1 set
tauladan
6. Panduan wuduk/ Solat 1 set
7. Kelengkapan solat 1 set
6. Pusat Kreativiti dan 1. Warna air 20
Estetika 2. Berus 20
3. Apron 20
4. Peralatan dan media lukisan 20
5. Play dough 10
6. Serbuk warna 10 kotak
7. Alat Permainan dalam 2 set
8. Alat muzik 1 set

b. Perabot Prasekolah

Bil Butiran Perabot Spesifikasi bahan Unit


1. Meja Trapezium  1200mm x 600mm x 560mm tinggi
 Papan lapis@ papan solid tebal 18mm 4
buah
 Plastik tak mudah lekok tebal tak kurang 5
mm
 Kaki meja- besi bulat 50mm@ kayu beluti
45 x 45 mm
2. Meja rectangular Sama seperti diatas 4
74
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

3. Meja bulat  Garis pusatmn1200mm, tinggi 560 mm 4


 Papan lapis@ papan solid, Tebal tidak
kurang 18mm atau plastik tak mudah lekok
 Kaki meja besi bulat 50mm @ kayu beluti.

4 Kerusi Murid  Tinggi 650mm dari lantai. Penyandar 25


230mm lebar tak kurang 400mm x 360mm.
 Kayu@papan lapis tak kurang 12 mm
 Kaki kerusi- beluti 40x40mm

5. Kotak menyimpan  1015mmx330mmx790mm tinggi 2


carta  Diperbuat daripada kayu/ plywood.

6. Rak buku (Low Book  1220mmx400mmx760mm tinggi 2


shelf)  Papan lapis-tebal tak kurang 4mm
7. Rak manipulatif  1220mmx400mmx760mm tinggi 2
 Papan lapis-tebal tak kurang 4mm
8. Rak Buku (single  1220mmx400mmx760mm tinggi 2
sided library shelf)  Papan lapis-tebal tak kurang 4mm
9. Rak serbaguna  1220mmx400mmx760mm tinggi 2
 Papan lapis-tebal tak kurang 4mm

1 Rak ABM beroda  1220mmx400mmx760mm tinggi 4


0  Papan lapis-tebal tak kurang 4mm

1 Rak Buku berlipat  1220mmx400mmx760mm tinggi 1


1  Papan lapis-tebal tak kurang 4mm

1 Papan Esel  1200mmx300mmx1200mm tinggi 2


2  Papan soft board/ white board
 Roda berkunci garispusat 25mm

c. Peralatan Permainan Luar Prasekolah.

Bil Peralatan Spesifikasi Unit


1 Papan Jongkang-  3000mm – 3600 panjang 1
jongkit  300mm – 450 mm tinggi
2 Buaian  2000-2100 tinggi 2
 Saiz tempat duduk 600x100mm
 Tali buai 1250-1800 mm panjang

75
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

3. Gelongsor  Panjang 3200mm x 630mm lebar 1


 Tinggi tangga 1500mm
 Bahan berasaskan plastik
4. Rangka Bergayut  Tinggi 1200-1500mm 1
 Palang 1500mm -2100 mm
 Lebar 600mm
5. Kotak main air  Ukuran 800 x 600 x 300mm tinggi 1
 Kotak Plastik
6. Kotak main pasir  Ukuran 800 x 600 x 300mm tinggi 1
 Kotak Plastik
7. Terowong  Ukuran 2500mm panjang x 600-900mm 1
 Komponen utama silender
8. Tiang bola keranjang  Tinggi 2500mm 1
 Garis pusat gelong lontaran 350mm
 Daripada besi@kayu yang kukuh

9. Pondok  Ukuran 3180-1830mm 1


 Bahan berasaskan plastik
 Mampu menampung 5 kanak-kanak
1 Getah pelapik  Saiz 300mm x 300mm 16
0  Diperbuat daripada getah

Rajah 6 : Kelengkapan peralatan dalam dan luaran prasekolah

Setiap barangan atau alatan yang hendak dibeli perlu dinyatakan harga
berdasarkan tawaran pembekal.

 Kawalan dan perbelanjaan


- Mengawal perbelanjaan dan akaun prasekolah supaya segala perbelanjaan
mempunyai akauntibiliti.Kawalan dan perbelanjaan ini dapat membantu
guru berbelanja secara berhemah dan tidak berlaku pembaziran.
5.6 Penyediaan buku stok pembelian dan penerimaan
Dalam pengurusan pusat prasekolah, adalah menjadi keperluan untuk
menyediakan buku stok bagi pembelian atau penerimaan iaitu buku inventori alatan
yang diterima dan menyediakan buku stok bahan basah dan kering

76
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Inventori
Sebagai satu definisi ringkas inventori ialah barang-barang yang disimpan untuk
kegunaan masa depan sama ada untuk dijual atau diproses. Barang- barang ini
mungkin terdiri daripada berbagai bentuk, seperti bahan mentah, barang-barang
separuh siap (dalam proses pembuatan) atau barang-barang yang telah siap. Barang-
barang keperluan pejabat, alat kelengkapan dan tenaga manusia yang diambil khas
untuk menampung keperluan sesuatu projek masa depan juga dianggap satu inventori.
Terdapat beberapa sebab mengapa inventori perlu disimpan. Kerap kali wujud
satu jangka masa di antara waktu pesanan yang dibuat tidak akan tiba dengan serta
merta. Oleh itu untuk menjamin supaya barang yang hendak digunakan tidak
kehabisan, simpanan atau inventori adalah diperlukan. Sungguhpun pembekal boleh
menhantar dengan kadar segera tetapi pelanggan kerapkali akan dikenakan kos
pengangkutan yang tinggi untuk menampung kos hantaran, misalnya hantaran ekspres.

Pengurusan Inventori Peralatan


Terdapat dua perkara utama dalam pengurusan inventori iaitu bilangan unit
yang perlu dipesan dalam setiap pesanan dan bila pesanan harus dibuat. Objektif
utama dalam membuat kedua-dua keputusan ini supaya jumlah kos pengurusan
inventori yang dibincangkan adalah minimum. Kos memberi kesan yang berlainan.
Misalnya kos menyimpan inventori dapat dikurangkan jika bilangan unit yang dipesan
kecil dan dengan itu bilangan unit yang disimpan juga kecil. Tetapi untuk memenuhi
permintaan, jika pesanan adalah kecil, pesanan perlulah dibuat lebih kerap.Contoh
inventori ialah Peralatan dan kelengkapan pejabat (alat pengira, kipas angin,
dsbnya).Perabot, permaidani, langsir,

Definisi Bekalan Pejabat


Termasuk semua barang luak (consumables) (ball pen, kertas am dsbnya). Alat
tulis serta kelengkapan pejabat takluak (non-consumable) yang

77
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

rendah nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu persatu
(gunting, stapler dsbnya).

Merancang keperluan
1. Menentukan keperluan
2. Mengkaji penggunaan
3. Membuat anggaran penggunaan

Perolehan / Pembelian
Tujuan untuk mendapatkan nilai yang terbaik.
1. Pembelian yang paling menguntungkan.
2. Pastikan peruntukan mencukupi.
3. Kuasa pembelian diperolehi.
4. Spesifikasi barang ditentukan.
5. Nasihat teknikal diperolehi.
6. Dasar dan pertaturan pembelian dipatuhi.

Penyimpanan
Tujuan untuk mengelakkan daripada kehilangan, kekurangan, kerosakan,
keusangan dan kelusuhan.
1. Simpan di tempat yang sesuai dengan jenis barang.
2. Memberi perhatian kepada cara susunan barang-barang.
3. Pastikan keselamatan barang-barang.
4. Sediakan tanda-tanda amaran.

Penyelenggaraan
Tujuan untuk melanjutkan usia penggunaan barang dan sentiasa di
peringkat yang efisyen dan untuk menentukan keselamatan pengguna.
Jenis-jenis penyelenggaraan:
1. Penyelenggaraan dirancang.
2. Penyelenggaraan tidak dirancang.

78
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Pemindahan / Pengeluaran
Tujuan: Bagi mempastikan bahawa kesemua pemindahan atau pengeluaran
dibuat dengan kebenaran.
1. Pemindahan/pengeluaran barang dibuat dengan kebenaran bertulis.
2. Pastikan barang yang dipindah sampai ke destinasinya.
3. Dapatkan perakuan terima pemindahan.
4. Pengeluaran biarlah dalam kuantiti yang munasabah.

Penggunaan
Tujuan: Bagi mempastikan harta Kerajaan digunakan dengan berkesan untuk
mencapai objektif tertentu.
1. Penggunaan mengikut keperluan barang-barang.
2. Penggunaan mengikut cara yang ditetapkan.
3. Penggunaan adalah di bawah kawalan/penyeliaan.
4. Penggunaan hendaklah dibuat secara berhati-hati.

Merekod
Tujuan: Kawalan secara dokumen supaya dapat mengesan dan mengakaun
semua harta yang dimiliki.
1. Pastikan semua harta kerajaan direkod dengan kemaskini. (rujuk pekeliling
perbendaharaan 2/1991
2. Wujudkan sistem maklumat yang kemaskini dan berkesan bagi memudahkan pihak
pengurusan mencapai penggunaan yang optima serta pengurusan harta yang cekap.
3. Pastikan semua harta kerajaan mempunyai label hak milik kerajaan dan nombor
kod.

Jenis daftar rekod


Daftar harta modal - kew 312, 312a
Daftar inventori - kew 313

79
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Daftar stok dan bekalan pejabat -kew 314


Daftar pergerakan harta modal – kew 315

Pemeriksaan / Verifikasi
Tujuan : Kawalan secara fizikal supaya dapat mempastikan barang- barang
masih ada dalam keadaan yang baik.
1. Verifikasi/pemeriksaan perlu diadakan mengikut lat masa yang ditentukan.
2. Pemeriksa/pemverifikasi stok perlu dilantik secara bertulis.
3. Pemeriksaan dibuat secara sistematik.
4. Sediakan laporan-laporan yang tertentu.

Pelupusan
Tujuan: Bagi membatalkan atau mengeluarkan rekod barang-barang daripada
daftar.
1. Membolehkan jabatan membeli atau mendapatkan barang baru.
2. Menjimatkan ruang simpanan.
3. Mengelakkan susut nilai yang berterusan.
4. Mengelakkan kemungkinan barang disalahgunakan.
5. Mengelakkan risiko kehilangan.

Kehilangan
Tujuan: Mempastikan bahawa segala kes kehilangan harta kerajaan
disiasat, dilapor dan tindakan sewajarnya diambil.
1. Semua kehilangan perlu dilaporkan.
2. Kehilangan jenayah memerlukan laporan polis serta laporan awal
3. Siasatan jabatan/kementerian perlu diadakan.
4. Laporan akhir.
5. Dapatkan ganti jika kehilangan wang.
6. Hapus kira jika kehilangan barang/ wang.

Buku Stok Bahan Basah dan Kering

80
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Buku stok pembelian bahan basah dan kering juga perlu direkodkan. Ia perlu
dinyatakan dengan jelas tentang barangan yang diterima berserta kuantitinya. Buku
stok ini juga perlu diperiksa oleh pentadbir bagi mengelakkan ketidakseragaman
dengan perancangan pengurusan perbelanjaan. Pembantu guru juga bertangungjawab
dalam menyempurnakan kelancaran pengurusan pusat prasekolah ini.

TAJUK 6 Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan

81
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

6.1 SINOPSIS

Unit ini dibahagikan kepada dua bahagian utama yang akan membincangkan
topik merancang persekitaran yang sihat dan aspek-aspek keselamatan kanak-kanak.
Antara topik yang disentuh dalam merancang persekitaran yang sihat
termasuklah penyimpanan rekod kesihatan kanak-kanak, pengurusan kanak- kanak
sakit, pengurusan bilik darjah (cahaya dan peredaran udara), latihan penggunaan
tandas, rehat dan tidur dan pendidikan kesihatan.
Seterusnya topik keselamatan kanak-kanak akan menghurai dengan lebih lanjut
berkaitan merancang keselamatan luar dan dalam prasekolah, keselamatan kanak-
kanak di pusat prasekolah (normal dan berkeperluan khas), penderaan kanak-kanak,
peralatan (perabot dan peralatan permainan luar dan dalam) serta keselamatan
ketibaan dan kepulangan kanak-kanak.

6.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:

4. Mengenal pasti garis panduan dan peraturan keselamatan dan kesihatan pusat
prasekolah.
5. Mengetahui bagaimana merancang persekitaran yang sihat.
6. Menghuraikan tentang keselamatan kanak-kanak.

6.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

82
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Pengurusan Kesihatan
dan Keselamatan

Merancang keselamatan
luar dan dalam Prasekolah
Merancang persekitaran yang sihat

Keselamatan kanak-kanak di pusat


Penyimpanan rekod kesihatan prasekolah (normal dan
kanak-kanak berkeperluan khas) Penderaan
Pengurusan kanak-kanak sakit kanak-kanak Peralatan (Perabot
Pengurusan bilik darjah (cahaya dan peralatan permainan luar dan
dan peredaran udara) Latihan dalam)
penggunaan tandas Rehat dan tidur Keselamatan ketibaan dan
Pendidikan kesihatan kepulangan kanak-kanak.

6.4 Merancang persekitaran yang sihat


Prasekolah merupakan tempat transit pertama dari rumah ke alam pendidikan
yang lebih formal. Unsur keselamatan sering menjadi persoalan di prasekolah,
lebih-lebih lagi kanak-kanak mudah dan sering ditimpa kemalangan kerana kurang
peka pada bahaya di sekeliling mereka. Sebagai seorang guru prasekolah
yang prihatin dan bertanggungjawab seharusnyalah anda
mengambil langkah-langkah keselamatan bagi memastikan kanak-kanak
prasekolah berada dalam keadaan selamat, bersih dan sihat dari aspek emosi dan
fizikal dan sentiasa di bawah pengawasan dan penjagaan orang dewasa.
6.4.1 Penyimpanan Rekod Kesihatan Kanak-Kanak

83
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Menjadi kewajipan pihak pengurusan prasekolah untuk menyimpan Buku Rekod


Kesihatan dan Laporan Pergigian kanak-kanak. Anda perlu mencatat segala laporan
doktor berkaitan kanak-kanak terbabit sekiranya kanak-kanak mendapatkan
bantuan pakar perubatan. Rawatan yang diterima perlu dicatatkan supaya mudah
merujuk kembali apakah jenis rawatan yang diterima dan ubat- ubatan yang
disyorkan pada kanak-kanak berkenaan. Penyakit ataupun
kemalangan yang pernah dialami oleh kanak-kanak juga perlu direkodkan. Begitu
surat yang berkaitan seperti cuti sakit.

6.4.2 Pengurusan Kanak-Kanak Sakit


Apabila kanak-kanak sakit di prasekolah, segeralah menghubungi ibu bapa atau
waris/penjaga kanak-kanak. Asingkan kanak-kanak di sudut khas dengan memantau
perkembangan kesihatan sehingga kanak-kanak dijemput oleh ibu bapa. Bersikap
telus dengan ibubapa dan berbincang agar kanak-kanak yang sakit dapat rawatan
yang tepat dan segera. Sebagai guru, anda perlu rekodkan sebarang masalah
kesihatan kanak-kanak. Bertanyalah mereka yang arif untuk mendapat nasihat
kesihatan sekiranya anda cemas dengan situasi yang dihadapi. Hubungi talian
hospital untuk bantuan sekiranya perlu. Sekiranya kecederaan serius, guru harus
membawa pelajar itu ke klinik berhampiran bagi rawatan selanjutnya.
Apabila kanak-kanak terlibat dengan kemalangan, laporan perlu disiapkan
segera dengan merujuk pada masa, tempat dan mereka yang terlibat. Anda perlu
melaporkan kejadian kemalangan ataupun kebakaran yang serius. Mereka yang
berkhidmat di prasekolah perlu mengetahui cara-cara memberi
pertolongan cemas yang asas seperti membalut luka kecil. Sekurang-kurangnya anda
atau pembantu mengetahui cara-cara memberi bantuan pernafasan CPR. Pastikan
guru dan pembantu menjalani pemeriksaan tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

6.4.3 Pengurusan Bilik Darjah (Cahaya Dan Peredaran Udara)

84
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam


bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor
fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan
faktor teknikal (Mak Soon Sang,2008).
Ruang di dalam premis prasekolah harus menerima pengudaraan dan
pencahayaan yang mencukupi. Cahaya yang mencukupi serta pintu dan orientasi
tingkap yang terbuka membolehkan pengedaran udara yang
secukupnya diterima. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat
kepada kanak-kanak dan guru untuk berada lebih lama di prasekolah.
Pengudaraan perlu diadakan di dalam bangunan samaada secara
semulajadi atau mekanikal. Peruntukan bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan
dan pengudaraan secara semulajadi telah pun tersedia sepertimana yang terkandung
di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984.
Pengaliran udara secara semulajadi ada kaitan dengan kesihatan dan
keselesaan kanak-kanak. Bukan sahaja berlaku penyejukan ruang dalaman tetapi
anda dapat mematuhi kehendak (UBBL) dan kehendak-kehendak
penguasa tempatan. Pihak bertanggung jawab sepatutnya memperbaiki dan
memperluaskan kefungsian bukaan secara kreatif dan bijaksana untuk
memakmurkan dan memanjangkan hayat bangunan.
Seterusnya keseluruhan elemen-elemen landskap dapat membantu memberi
keselesaan menerusi pengudaraan secara semulajadi juga perlu disepadukan.

6.4.4 Latihan Penggunaan Tandas


Menjadi tanggungjawab guru melatih kanak-kanak dengan amalan ke tandas supaya
lama kelamaan kanak-kanak yakin dan boleh berdikari. Pastikan kanak- kanak
mengetahui kedudukan tandas di prasekolah. Latih kanak-kanak supaya mereka tahu
bila masanya mereka perlu ke tandas. Anda perlu menggalakkan kanak-kanak supaya
berani menyuarakan hasratnya. Didik kanak-kanak supaya mereka tahu tentang aurat
dan betulkan tabiat kanak-kanak yang suka menanggalkan seluar di luar bilik air tanpa
segan silu. Kadang kala ini berlaku pada kanak-kanak berkeperluan khas.

85
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Seterusnya, bimbing kanak-kanak menggunakan tandas dengan betul dan


membersihkannya selepas digunakan. Dalam masa yang sama, anda perlu pastikan
tandas tersebut berfungsi. Pada peringkat awal, guru perlu memastikan kanak-kanak
dapat membersihkan dirinya dengan betul. Tegur kanak-kanak secara berhikmah
apabila pakaian mereka basah kuyup atau tidak menyimbah selepas menggunakan
tandas. Pastikan kanak-kanak mengamalkan tabiat membasuh tangan selepas ke
tandas. Bagi yang beragama Islam, guru boleh melatih mereka mengamalkan bacaan
doa sebelum masuk dan selepas keluar dari tandas. Cara menjaga kebersihan diri
boleh ditekankan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Langkah ini bagus bagi membantu kanak-kanak serta keluarganya.

6.4.5 Rehat Dan Tidur


Kanak-kanak prasekolah kebiasaannya aktif dan mempunyai lebihan tenaga.
Sebagai guru anda perlu cakna terhadap kebajikan kanak-kanak di bawah jagaan anda
di prasekolah. Menurut Teori Hierarki Maslow, tidur dan rehat merupakan antara
keperluan fisiologi dan biologi individu kanak-kanak.
Kanak-kanak harus diberi masa senggang antara setiap slot sebagai transisi bagi
kesediaan dirinya untuk menerima pembelajaran yang seterusnya. Begitu juga selepas
waktu makan. Terdapat kanak-kanak yang lambat berkembang dan memerlukan lebih
masa berbanding rakan-rakan sebaya. Anda harus menangani perbezaan individu
kanak-kanak supaya keseronokan di prasekolah dapat dikekalkan.
Wajarlah anda memberi ruang kepada kanak-kanak yang tidak dapat
menumpukan perhatian kerana mengantuk di prasekolah. Berbincanglah dengan ibu
bapa kanak-kanak sekiranya tabiat tidur kanak-kanak tersebut sering tidak mencukupi
dan dikesan berlanjutan.

6.4.6 Pendidikan Kesihatan

86
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Untuk pengawalan kesihatan yang baik kanak-kanak perlu menjaga kebersihan tangan,
gigi, pengendalian makanan yang betul dan sedikit berhubung senaman dan kaitannya
dengan kesihatan badan.
Tangan yang tidak dibasuh mempunyai banyak kuman yang boleh menyebabkan
kanak-kanak akan sakit. Ini adalah disebabkan kuman berada di merata-rata tempat
termasuk pada tangan yang tidak berbasuh dan kelihatan bersih. Pastikan juga kuku
sentiasa dipotong pendek dan kemas.
Tabiat suka makan makanan yang digoreng yang lazimnya mengandungi
kolestrol ialah salah satu faktor utama berlakunya gejala pelbagai penyakit.
Pengambilan gula yang keterlaluan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular
disamping penyakit-penyaklit lain seperti tekanan darah tinggi, kegendutan dan
penyakit kencing manis. Kegiatan sosial yang sentiasa melibatkan jamuan secara
besar-besaran juga merupakan salah satu aktiviti yang kurang sihat.

Faktor-faktor persekitaran banyak mempengaruhi kesihatan kanak-


kanak. Antaranya termasuklah
a. Pencahayaan : Kita akan lebih sihat jika tinggal ditempat yang mempunyai
cahaya yang cukup. Kuman mudah merebak ditempat yang kurang mendapat
cahaya matahari. Walau bagaimanapun cahaya yang terlalu terang atau malap
mungkin akan merosakkan mata. Oleh itu pencahayaan mestilah sesuai.
b. Pengudaraan : Kita memerlukan udara yang bersih dan segar setiap hari. Satu
cara untuk mendapatkan udara yang bersih ialah dengan menanam pokok. Ia
juga mengurangkan kadar pencemaran udara di rumah dan sekolah. Selain itu
ia akan menjadi sumber bekalan oksigen tambahan di persekitaran kita.
c. Tempat tinggal yang selesa: Tempat tinggal yang bersih akan mencetuskan
suasana yang selesa dan harmoni. Rumah yang bersih juga boleh mewujudkan
interaksi yang positif antara keluarga. Jika keadaan rumah yang sesak penyakit
berjangkit mudah berjangkit terutamanya penyakit selsema, batuk, penyakit
kulit dan sebagainya.

87
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

d. Kebisingan : Bunyi yang bising akibat daripada bunyi kenderaan di jalan raya,
bunyi binaan dan muzik yang keterlaluan boleh menimbulkan ketegangan dan
tekanan.

Sebagai kesimpulannya persekitaran mempengaruhi kesihatan fizikal, emosi,


mental dan sosial dan ini boleh menggugat tahap kesihatan yang tidak stabil dan boleh
menyebabkan berbagai penyakit seperti darah tinggi mudah terjebak. Sebuah sudut
khas hendaklah disediakan di setiap prasekolah untuk menempatkan kanak-kanak yang
sakit sehingga mereka dijemput oleh ibu bapa mereka.

6.5 Merancang Keselamatan Luar Dan Dalam Prasekolah


Aspek-aspek keselamatan merangkumi
1. Keselamatan emosi/ psikologi
2. Keselamatan fizikal
Keselamatan psikologi merujuk kepada persepsi kanak-kanak terhadap
persekitaran mereka. Secara fitrah, kanak-kanak dapat merasakan persekitaran
mereka selamat, selesa, menyenangkan ataupun sebaliknya. Persekitaran
negatif seperti takut, risau dan ragu semasa berinteraksi boleh berpunca daripada
guru, pembantu ataupun kanak-kanak lain. Anda dan mereka yang terlibat secara
langsung perlu mencipta dan mengekalkan suasana kondusif agar kanak-kanak
bermotivasi ke arah perkembangan yang optimum.
Keselamatan fizikal pula akan sering kali berlaku melainkan setiap orang di
prasekolah sentiasa berwaspada dan boleh membuat jangkaan terhadap kemalangan
seperti tergelincir, terhantuk atau keracunan. Kanak-kanak seumur 4 hingga 6 tahun
sangat lincah dan terdedah pada bahaya. Menjadi tanggung jawab pengurusan
prasekolah mengutamakan keselamatan dan keselesaan kanak-kanak baik di dalam
atau di luar bangunan.

6.5.1 Keselamatan Kanak-Kanak Di Pusat Prasekolah (Normal Dan


Berkeperluan Khas)

88
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Antara langkah-langkah keselamatan yang mesti dititikberatkan adalah :


1. Pastikan kelas dan kawasan sekeliling premis selamat.
2. Elakkan kanak-kanak daripada terjatuh daripada aras tinggi yang
boleh
mencederakan mereka.
3. Awasi dan nasihati kanak-kanak supaya tidak menghampiri
kawasan yang
bertakung seperti longkang besar atau kolam.
4. Pastikan kanak-kanak tidak dibiarkan bermain seorang diri tanpa
pengawasan.
5. Segera mengelap lantai supaya kering untuk mengelakkan kanak- kanak
tergelincir. Simpan semua barang-barang di tempatnya dan tidak disepahkan
di lantai.
6. Letakkan peralatan elektrik seperti kipas angin di tempat yang tinggi.
7. Elakkan daripada menggunakan perabot yang diperbuat daripada
kaca.
8. Tutup semua soket yang berkedudukan rendah dan kemaskan wayar
elektrik yang berselirat.
9. Kanak-kanak tidak dibenarkan memasuki ruang dapur untuk mengelakkan
terdedah kepada bahan api, air panas dan peralatan elektrik serta alat dapur
yang tajam. Pastikan pintu dapur sentiasa ditutup.
10. Tidak menyimpan racun dalam botol minuman atau menggunakan bekas racun
untuk memasak atau menyimpan makanan mahu pun meletakkannya
berdekatan makanan.
11. Awasi benda-benda halus dan kecil seperti kekacang, manik, peniti, duit syiling
atau mana-mana bahagian kecil mainan supaya tidak memasuki mulut, telinga
dan hidung kanak-kanak. Berwaspada juga memberi makanan berbiji dan
bertulang.

89
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

12. Tidak membiarkan kanak-kanak bermain di sudut air bersendirian. Orang


dewasa harus sentiasa ada semasa kanak-kanak bermain air bagi mengelakkan
kejadian lemas.
13. Sentiasa awasi kanak-kanak semasa mereka bermain di sudut permainan luar
seperti padang permainan kerana keghairahan mereka bermain boleh
mengundang bahaya akibat peralatan permainan seperti buaian dan gelongsor.
Oleh itu semua peralatan perlu diselenggara dengan baik dan sentiasa berada
dalam keadaan sihat. Pastikan mereka memakai selipar atau pun kasut semasa
bermain.
14. Awasi kanak-kanak semasa di jalan raya dan jangan biarkan kanak-kanak
melintasi jalan bersendirian. Dedahkan kanak-kanak dengan pengetahuan dan
keselamatan jalan raya.
15. Peti pertolongan cemas perlu lengkap dan tersedia di tempatnya di prasekolah.
16. Alat pemadam api perlu berfungsi. Anda boleh mengadakan lawatan ke pusat
bomba dan penyelamat untuk menimbulkan kesedaran kanak- kanak atau
menjalani latihan kebakaran di prasekolah. Pastikan juga bangunan prasekolah
mempunyai sekurang-kurangnya dua pintu dan pengudaraan yang baik.
17. Sebuah sudut khas perlu disediakan di prasekolah bagi menempatkan kanak-
kanak yang sakit sehingga mereka dijemput oleh ibu bapa.

6.5.2 Penderaan Kanak-Kanak


Penderaan fizikal, mental dan emosi sering menjadi topik hangat pada muka
depan akhbar. Perkara ini berlaku apabila ibu bapa ataupun penjaga gagal memberi
kasih sayang dan penjagaan secara berterusan. Mereka sering mengancam,
mengutuk atau menjerit kepada anak-anak. Keadaan ini
menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan diri, harga diri dan menunjukkan
tingkah laku cemas dan pengasingan diri sehingga kesihatan mental terganggu
(Thompson & Kaplan, 1996). Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang
tertentu iaitu :

90
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

1. Bentuk interaksi
2. Kerosakan psikolgi
3. Kelemahan kanak-kanak
4. Tingkah laku ibu bapa atau pun penjaga yang tidak sihat

Mengikut Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 yang dimaksudkan dengan penderaan
kanak-kanak ialah mereka yang tidak dijaga hak keperluan sepenuhnya sehingga
menjejaskan pertumbuhan dan kesihatan serta emosi.
Pihak pengurusan prasekolah perlu peka dengan pelbagai aspek penderaan
kanak-kanak. Terdapat juga beberapa kes penderaan kanak-kanak yang pernah
berlaku. Semua kelas perlu membuka pintu bilik masing-masing supaya guru-guru lain
dapat melihat murid-murid dari kelas lain dengan jelas.
Penderaan boleh berupa fizikal, mental dan seksual. Bagi mengajar kanak-
kanak, mengenakan hukuman rotan, tidak dibenarkan sebagai satu tindakan disiplin.
Hukuman dalam bentuk penderaan mental seperti mengejek, memarahi ataupun
mengaibkan kanak-kanak perlu dihindarkan. Guru yang tidak dapat menangani
masalah kanak-kanak tanpa menggunakan hukuman fizikal dan emosi perlu
diberhentikan serta merta.

Simptom-simptom penderaan termasuklah :


1. Penderaan fizikal
Kecederaan yang bukan akibat kemalangan tetapi dilakukan secara
sengaja mengakibatkan terbakar, melecur, luka atau pun lebam, patah
anggota badan, pendarahan, laserasi atau kulit terkoyak, kontusil atau
terpulas dan lelasan atau melecet.
2. Pengabaian fizikal
Pengabaian makanan dan kesihatan.
3. Penderaan emosi
Tindakan-tindakan negatif yang boleh membahayakan perkembangan
kanak-kanak daripada aspek intelek, emosi, sosial dan lain-lain.

91
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

4. Pengabaian emosi
Kegagalan penjaga memberi keperluan membesar, sokongan dan
kegagalan mereka merangsang perkembangan kanak-kanak.
5. Penderaan seksual
Mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak.

Tindakan pencegahan yang boleh diambil oleh orang dewasa bila kanak- kanak
melaporkan telah berlaku pencabulan hak asasi kanak-kanak adalah
o Percayakan mereka
o Bertenang
o Tegas
o Membimbing kanak-kanak untuk menghadapi situasi
o Sokongan
o Laporkan kes

6.5.3 Peralatan (Perabot Dan Peralatan Permainan Luar Dan Dalam)


Aspek keselamatan di prasekolah tidak boleh dipandang remeh oleh pihak
pengurusan prasekolah. Ibu bapa mengharapkan prasekolah dapat menyediakan ruang
yang selamat bagi kanak-kanak sepanjang masa mereka berada di prasekolah.
Keselamatan di ruang pembelajaran boleh dijamin sekiranya penyusunan
perabot mengambil kira aliran pergerakan kanak-kanak. Susun atur perabot harus
kemas dan selamat dan digalakkan dilabel. Perabot harus diperbuat daripada bahan
yang tidak toksik dan mudah terbakar. Saiz kerusi, meja dan perabot sesuai
dengan peringkat umur kanak-kanak. Bagi meja dan rak yang berbucu gunakan
penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala,
lebam dan benjol. Elak daripada menggunakan perabot yang berkaca atau
mempunyai permukaan. Alatan yang berbahaya seperti
gunting digunakan di bawah kawalan guru dan disimpan di tempat yang selamat.
Aktiviti kumpulan ataupun individu sentiasa dikawal selia oleh guru.
Permainan dalam juga perlu menitikberatkan keselamatan kanak-kanak.

92
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Adakan peraturan sistem penggunaan. Ciri-ciri bahan permainan harus berbucu bulat,
saiz tidak terlalu kecil, tajam, memerangkap debu serta habuk dan diperbuat daripada
bahan yang tidak toksik atau mudah lekang atau tanggal warna. Contoh guru boleh
gunakan doh tepung bagi menggantikan plastisin.
Pastikan taman permainan berpagar, tiada objek-objek berbahaya, jauh
daripada ancaman haiwan berbahaya dan alat-alat permainan dalam keadaan yang
selamat dan terurus dengan baik. Perlu dibuat pemeriksaan berkala agar tiada alat
permainan yang rosak dan boleh membahayakan keselamatan kanak- kanak
apabila bermain di taman permainan. Permukaan longkang dan
permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.Tapak ruang permainan luar harus
ditutup dengan ’rubber tiles’ untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa
bermain. Rumput mestilah dipotong pendek.

6.5.4 Keselamatan Ketibaan Dan Kepulangan Kanak-Kanak


Pihak pengurusan prasekolah boleh membantu ibu bapa dan waris
meningkatkan keselamatan kanak-kanak semasa tiba dan pulang dari prasekolah. Jalan
sehala dan kawasan menurunkan kanak-kanak perlu hampir dengan pintu masuk
prasekolah. Anda harus menyimpan rekod nama dan talian yang boleh dihubungi
supaya anda maklum tentang mereka yang dibenarkan mengambil kanak-kanak. Sangat
digalakkan sekiranya anda peka dan mengenali ahli keluarga terdekat kanak-
kanak.Sebaik-baiknya ibu bapa memaklumkan pihak pengurusan sekiranya ada orang
lain menjemput balik anak mereka pada hari berkenaan.
Kanak-kanak harus diberi pendidikan keselamatan diri terutama jika
berhadapan dengan penjahat atau penjenayah. Untuk itu selaku guru, anda boleh
memanggil pegawai polis untuk memberi ceramah mengenai keselamatan diri.
Terapkan kepada kanak-kanak dengan menekankan beberapa perkara seperti tidak
mengikut kehendak orang yang tidak dikenali atau jangan menaiki kenderaan orang
yang tidak dikenali.
Adalah wajar bagi pihak pengurusan prasekolah menyediakan pengangkutan
untuk tujuan aktiviti luar atau lawatan. Anda perlu memohon

93
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

kebenaran ibu bapa terlebih dahulu serta mengambil kira insurans perjalanan dan
langkah-langkah keselamatan seperti membawa peti pertolongan cemas dan yang
lain-lain. Keadaan dan keselesaan pengangkutan, pemandu yang berkelayakan,
kehadiran guru pengiring yang mencukupi serta pengawalan kanak-kanak adalah
mustahak.

TAJUK 7 Pengurusan Kanak-kanak di Dalam Kelas Prasekolah

7.1 SINOPSIS

Unit ini menerangkan tentang pelbagai pendekatan pengurusan kanak-kanak di dalam


prasekolah. Bab ini juga menjelaskan strategi dan teknik pengukuhan, mengambil
perhatian, tidak mempedulikan, time-out, mengelakkan,mengalih- arah, mengawal,
perbincangan, menyelesaikan masalah, shaping, modifikasi tingkah laku, memberi
token, masa dan perhatian khusus.

7.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran bab ini pelajar dapat:

1. Mengenalpasti dan memahami penggunaan strategi-strategi mengurus kanak-


kanak di dalam prasekolah.

2. Menyusun strategi untuk menguruskan kanak-kanak di dalam kelas prasekolah


secara kritis, kreatif dan inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

94
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

7.3 KERANGKA TAJUK-TAJUK

masa & perhatian khusus


memberi
pengukuhan token

mengambil perhatian modifikasi tingkah laku

tidak pedulikan
shaping
Pengurusan kanak-kanak

menyelesai masalah
time-out

bincang bersama
mengelak

mengalih- arah
mengawal

95
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Pengenalan
Guru prasekolah perlu kreatif dalam melaksana strategi dan teknik berkesan di
samping memiliki kesabaran dan keupayaan merangsang kanak kanak supaya berminat
melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Ini memerlukan anda mempunyai
pengetahuan dan kemahiran pelbagai pendekatan pengurusan kanak-kanak supaya
dapat menjalankan tugas anda dengan lebih berkesan.
Pengetahuan dan kemahiran dapat diperolehi melalui pengalaman mendidik
dan membimbing kanak-kanak serta menghadiri kursus dan latihan yang berkaitan.
Strategi pengurusan kanak-kanak yang baik membantu kelancaran prasekolah anda.
Berikut adalah kupasan ringkas pelbagai pendekatan pengurusan kanak-kanak di dalam
prasekolah yang anda boleh bincangkan dengan lebih lanjut.

7.4 Pengukuhan
Beri ganjaran ke atas tingkah laku baik. Puji kanak-kanak apabila harinya
seronok atau dia rajin menghulurkan bantuan. Hebahkan kebaikan kanak-kanak kepada
rakan-rakannya supaya yang lain akan menyedari dan faham tentang tingkah laku baik
dan terpuji. Pertimbangkan untuk menggunakan carta ganjaran di prasekolah di mana
kanak-kanak boleh meletakkan pelekatnya ke atas carta tersebut apabila dia
berkelakuan baik bagi tempoh tertentu. Pamerkan semua nama kanak-kanak pada
carta. Carta sebegini boleh memotivasikan kanak- kanak prasekolah. Beri kanak-kanak
ganjaran apabila dia mendapat sejumlah bilangan pelekat tertentu.
Apabila anda melihat kanak-kanak memenuhi jangkaan guru, pujilah usahanya!
Luahkan kata-kata anda kepada kanak-kanak tersebut dengan ikhlas. Pujian adalah
satu ganjaran namun ia bukan hadiah yang dapat dipegang. Pujian menjadikan murid
merasa bagus tentang dirinya secara intrinsik. Ia

96
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

membuatkan anak didik anda ingin mengulang semula perkara yang betul dan baik
yang pernah mereka lakukan. Memuji anak didik anda juga akan menyebabkan mereka
berasa selamat berada di dalam bilik darjah. Ia merupakan penggalak utama untuk
komuniti bilik darjah yang koperatif.

7.5 Mengambil Perhatian


Perlu dingatkan bahawa apabila anda berkomunikasi dengan kanak- kanak
pastikan mata anda separas dengan matanya, elak bercakap terlalu jauh atau daripada
hujung bilik. Apa yang anda perkatakan akan lebih bermakna dan dapat diikutinya
kerana apabila bersemuka tumpuannya lebih berfokus. Anda akan mendapat
perhatiannya apabila perkataan anda tepat dan jelas. Hormatilah kanak-kanak agar
anda dihormatinya.
Kanak-kanak prasekolah memberi respon kepada rutin dan kelaziman. Guru
boleh menetapkan bunyi atau gerakan tertentu yang menandakan kanak- kanak
harus melakukan aksi yang ditetapkan. Kemungkinan, melalui cara ini
kanak-kanak menyedari bahawa mereka perlu senyap dan menumpukan perhatian
kepada guru ataupun ia mungkin petanda berakhirnya sesuatu aktiviti dan kanak-
kanak perlu bersedia untuk aktiviti berikutnya. Ada guru yang gemar menggunakan
sistem panggil dan respon, iaitu apabila guru menyebut satu perkataan, kanak-kanak
akan memberi respon bagi menandakan mereka sedang mendengar. Ada juga guru
yang menggunakan instrumen tertentu seperti drum. Yang lain mungkin menekan
atau menutup suis lampu atau menunjukkan dua jari ke udara. Sangat membantu
untuk menetapkan kiu yang spesifik supaya kanak-kanak tahu masa untuk memberi
fokus dan perhatian kepada guru dan sedia mengikut arahan seterusnya.

7.6 Tidak Mempedulikan


Menurut National Network for Child Care semua kanak-kanak prasekolah
lazimnya memberi respon peneguhan positif dalam bentuk pujian dan ganjaran.
Strategi yang baik bagi menangani tingkah laku kanak-kanak yang bermasalah adalah
tidak mempedulikan aksinya yang tidak wajar dengan memberi ganjaran

97
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

kepada aksi yang lebih sesuai. Contohnya, lebih wajar guru memuji penglibatan kanak-
kanak berbanding memarahinya kerana menjerit-jerit di dalam bilik darjah. Strategi
sebegini meletakkan nilai yang lebih tinggi kepada tingkah laku yang dipuji dengan itu
meningkatkan keberangkalian ia berlaku di masa akan datang. Kepentingan tingkah
laku negatif, dalam kes ini, kelakuan suka menjerit-jerit, secara serentak akan
berkurangan dan lama kelamaan semakin lemah.

7.7 Time-Out
Prosedur ini digunakan untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini
contohnya apabila kanak-kanak telah melakukan sesuatu kesalahan. Kanak-kanak tidak
dibenarkan meneruskan sesuatu aktiviti atau menerima sebarang pengukuhan untuk
seketika waktu sehingga dia telah bertenang (cool down) atau bersedia untuk
bertingkah laku baik. Pastikan kanak-kanak dapat dilihat oleh guru dalam masa time-
out seperti duduk di kerusi di penjuru bilik darjah. Time out selama lima minit bagi
kanak-kanak seusia 6 tahun adalah lebih efektif . Meletakkan “timer” di atas meja
adalah cara baik kanak-kanak tahu peruntukan masa baginya. Semasa time-out tidak
benarkan guru berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut malah kanak-kanak sendiri
dilarang bercakap- cakap atau merungut. Penting bagi kanak-kanak memahami apakah
tingkah laku yang tidak diingini seperti memukul bermaksud menyakiti rakan
menggunakan tangan atau objek.

7.8 Mengelakkan
Elakkan perebutan kuasa atau pergaduhan. Sebagai guru di prasekolah, anda
perlu menetapkan sempadan dan peraturan sekiranya ingin berjaya. Bertindak tegas
dan tidak bertolak ansur dengan kanak-kanak yang berunding atau merayu
dikecualikan dari dendaan. Bersikap konsisten adalah bahagian terpenting dalam polisi
disiplin. Ia membantu membina asas kukuh bagi prinsip panduan dan peraturan. Anda
juga harus bersikap berkecuali, tidak memihak kepada sesiapa semasa melaksanakan
peraturan. Bermakna sekiranya sesuatu

98
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

peraturan dikenakan ke atas seorang kanak-kanak, pastikan peraturan yang sama juga
akan dikenakan apabila menangani kanak-kanak lain.

7.9 Mengalih-Arah
Sekiranya kanak-kanak membuat perangai di dalam bilik darjah di prasekolah,
cari jalan untuk membetulkan tingkah lakunya tanpa mengganggu kanak-kanak lain.
Contohnya, sekiranya kanak-kanak membaling pensil-pensil warnanya ke lantai, anda
harus segera ke arahnya, ambil kesemua pensil warnanya dan jelaskan kepada kanak-
kanak tersebut bahawa masa mewarna baginya telah tamat kerana dia tidak
menggunakan pensil warna dengan cara yang betul. Kemudian berikan tugasan baru
seperi membaca, membuat latihan matematik atau bermain puzzle.

7.10 Mengawal
Sebagai guru tunjukkan contoh tauladan yang baik. Ini adalah amalan penting
anda boleh lakukan untuk mengajar kanak-kanak kawalan kendiri. Sekiranya anda
dilihat hilang kawalan, mengamuk atau melepaskan kemarahan kepada orang lain di
prasekolah, maka berkemungkinan anda akan hilang kredibiliti apabila mengajar
tentang kepentingan mengurus tingkah laku.
Pertimbangkan perasaan kanak-kanak apabila mereka hilang kawalan diri.
Sekali sekala, tidak mengapa mengabaikan karenah mereka. Ada kanak- kanak yang
mungkin baik emosinya pada waktu pagi tetapi akibat keletihan di tengahari
menunjukkan karenah dan mula membuat perangai. Adalah lebih baik sekiranya anda
memujuknya dengan mengajaknya berbual atau bermain berbanding memarahi atau
menghukumnya dengan time-out.

7.11 Perbincangan
Apabila guru di prasekolah berhadapan dengan karenah anak-anak didiknya,
bawalah berbincang. Anda perlu bersikap tegas namun dalam keadaan yang tenang
dan terkawal semasa bercakap dengan kanak-kanak tersebut. Pastikan perbualan
berlaku antara anda dan kanak-kanak tersebut sahaja.

99
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Mengkritik kanak-kanak di hadapan rakan-rakan sekelasnya akan mengeruhkan lagi


keadaan. Gugurkannya daripada aktiviti kelas; terangkan dengan jelas apakah
peraturan bilik darjah yang telah dia langgar dan kenapa tingkah laku tersebut tidak
wajar. Ingat, ada pelbagai sebab kenapa kanak-kanak bertingkah laku dalam cara
tertentu.
Adakan perbincangan dari semasa ke semasa yang melibatkan ibu bapa dan
penjaga serta warga pendidik lain bagi meminimakan permasalahan tingkah laku
kanak-kanak.

7.12 Menyelesaikan Masalah


Tingkah laku kanak-kanak prasekolah yang lazim termasuklah menimbulkan
karenah seperti mudah merajuk, bergaduh kerana berebut permainan, mengkasari
rakan kerana tidak puas hati dan sebagainya. Beberapa tingkah laku ini merupakan
sebahagian daripada proses perkembangan umpamanya pertelingkahan antara kanak-
kanak seharusnya akan berkurangan seiring dengan peningkatan kemahiran sosial serta
kematangan. Namun, dalam kes tertentu guru perlu memandang serius terhadap
tingkah laku kanak-kanak di prasekolah.
Ajar kanak-kanak cara bertingkah laku baik. Semakin pertambahan usia, kanak-
kanak prasekolah berupaya membezakan antara betul dan salah dan boleh mematuhi
peraturan. Anda boleh menetapkan satu set model tingkah laku dan jika perlu
laksanakan satu set peraturan yang mudah diikuti oleh anak didik di prasekolah.
Perlu ada intervensi atau campur tangan guru sebelum sesuatu masalah
menjadi semakin serius. Sekiranya anda melihat kanak-kanak bergaduh sesama
rakannya, bertindak segera untuk meleraikan keadaan. Alih arah atau perhatian
kanak-kanak tadi kepada tugasan baru atau jelaskan kenapa kelakuan mereka tidak
disukai oleh guru dan rakan-rakan lain.
Wujudkan suasana bilik darjah yang positif dan menggalakkan. Bilik darjah
yang terurus dengan jadual yang tersusun akan menggalakkan tingkah laku baik dan
positif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang bertenaga tinggi dan

100
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

tenang harus digilirkan manakala abaikan masa menunggu bagi menghindarkan


kebosanan.
Selidiki mana-mana isu yang timbul secara mendalam. Masalah tingkah laku
kanak-kanak yang berterusan mungkin merupakan simptom masalah di rumah. Mungkin
juga kehadiran bayi baru di rumah ataupun perselisihan antara ibu dan bapa kanak-
kanak tersebut. Hubungilah ibu bapanya untuk mendapatkan gambaran sebenar dan
bersama-sama mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan kanak-kanak tersebut.

7.13 Shaping
Merupakan salah satu kaedah modifikasi tingkah laku yang sangat berguna.
Shaping adalah pembentukan strategi atau tabiat baik dan positif yang menghasilkan
perubahan tingkah laku secara automatik dan memberhentikan tingkah laku negatif
atau tidak diingini. Ahli psikologi, B.F.Skinner merupakan yang terawal mempelopori
konsep “shaping”. Skinner menjalankan eksperimen melatih tikus menekan tuas.
Dalam proses menyempurnakan tugasan tersebut, apa sahaja pergerakan tikus ke arah
tuas, diberi ganjaran. Sebaliknya sekiranya pergerakan lain dilakukan tiada ganjaran
diberikan. Akhirnya, akibat daripada shaping itu tikus dapat membuat pergerakan yang
tepat melalui penerimaan ganjaran, berjaya dilatih untuk menekan tuas.
Teknik ini perlu digunakan dalam kalangan kanak-kanak di prasekolah yang
tidak melakukan secara sendiri tingkah laku yang diingini. Guru perlu memberi
beberapa peneguhan secara beransur-ansur hampir kepada tindakbalas yang
diharapkan dalam proses membentuk tingkah laku kanak- kanak yang diingini.

7.14 Modifikasi Tingkah Laku


Istilah ini berdasarkan kepada prinsip bahawa memberi ganjaran yang setimpal
dengan tingkah laku adalah lebih efektif berbanding menghukum tingkah laku yang
tidak diingini. Fasa awal kanak-kanak belum berkembang sepenuhnya, secara kognitif
mereka kurang memahami konsep sebab akibat

101
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

dan mempunyai penumpuan yang singkat. Oleh yang demikian, lebih baik memberi
ganjaran sebaik sahaja mereka menunjukkan tingkah laku baik. Ini membuatkan
mereka bermotivasi secara intrinsik dalam mengukuhkan lagi tingkah laku yang
dingini.
Guru boleh berhujah dengan kanak-kanak prasekolah tentang tingkah laku
dan sebab akibat atau kesan daripadanya, namun kanak-kanak lebih mempelajari
apakah yang menyebabkan ibubapa dan gurunya suka tentang dirinya sekiranya
orang dewasa mengamalkan teknik ini.
Anda boleh mengamalkan teknik ini di bilik darjah prasekolah hanya dengan
memperhatikan satu tingkah laku yang hampir dengan apa yang anda ingin lihat dan
memberi ganjaran kepada kanak-kanak tersebut kerana dia “duduk dengan tertib di
kerusinya”. Jangan tunggu untuk memarahi kanak-kanak sehingga kanak-kanak
tersebut mula bergerak-gerak kerana bosan atau tidak selesa. Sebaliknya
perhatikan tingkah laku baik yang hampir anda inginkan dan berikan pujian.
Kebanyakan kanak-kanak mahu disukai dan merasa seronok apabila ibu bapa dan
guru menyedari tingkah laku baik mereka.

7.15 Memberi Token


Sistem ganjaran memberi token ialah satu bentuk peneguhan positif yang
mudah di laksanakan di prasekolah untuk meningkatkan tingkah laku positif kanak-
kanak. Mereka boleh meraih token kerana berkelakuan baik dengan menikmati
ganjaran seperti bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain. Token-token ini boleh
ditukar oleh kanak-kanak untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang
digemarinya. Senaraikan ganjaran-ganjaran yang boleh mereka “tebus” dengan (poin
merit) token yang diperolehi contohnya mendapat masa tambahan untuk menggunakan
komputer atau apa sahaja yang memotivasikan kanak-kanak. Secara tidak langsung
anda mengukuhkan lagi tingkah laku positif kanak-kanak apabila anda memberitahunya
kenapa dia layak mendapat token tersebut.

7.16 Masa Dan Perhatian Khusus

102
PRA 3110 Pengurusan Prasekolah

Luangkan masa yang berkualiti bersama kanak-kanak di prasekolah. Kadang


kala mereka membuat perangai kerana inginkan perhatian daripada guru. Anda perlu
berikan sepenuh perhatian kepada anak didik walaupun mereka tidak menimbulkan
masalah. Aktiviti-aktiviti mudah seperti membaca buku cerita, bersiar-siar di luar atau
berbual tentang kehidupan harian adalah cara-cara terbaik meluangkan masa dan
memberi perhatian khusus kepada kanak-kanak tertentu. Lakukan dengan penuh kasih
sayang dan komitmen yang berterusan.
Ringkasnya, sama ada murid anda berusia tiga mahupun enam tahun atau, baik
bilangannya sepuluh mahupun dua puluh lima orang, strategi-strategi yang diamalkan
di atas boleh menjamin keseronokan dan kejayaan persekolahan. Apabila anda
gembira, murid anda juga berasa seronok, maka pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku di dalam bilik darjah lebih bermakna dan berkesan.

Pembelajaran tentang pengurusan pendidikan prasekolah amat penting bagi


RUMUSA
menjamin kesejahteraan kanak-kanak. Pengusan
N yang baik dapat memberi kesan dan
pengalaman yang mantap kepada kanak-kanak ini. Diusia inilah mereka sangat kritikal,
kemantapan pengurusan memberi peluang kepada mereka menjadi insan yang
terbilang dan cemerlang. Kelancaran dalam pengurusan prasekolah dapat memberi
ruang kepada guru untuk menambahbaik pengajaran dan pembelajaran mereka.

103

Anda mungkin juga menyukai