Anda di halaman 1dari 8

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/360723497

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI

Conference Paper · May 2022

CITATIONS READS
0 3,001

1 author:

Nurm Mustaffa
International Islamic University College Selangor
2 PUBLICATIONS 1 CITATION

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Nurm Mustaffa on 20 May 2022.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


NPreUS 2021

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI

Nurmaizatul Hazirah Mustaffa


Jabatan Pengurusan Dan Informasi, Pusat Matrikulasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)

nurmaizatulhazirah@kuis.edu.my

ABSTRAK

Malaysia dijangka akan menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 berdasarkan
konsep Wawasan 2020. Teknologi informasi dan komunikasi juga semakin canggih seiring
dengan perubahan globalisasi ke arah Revolusi Industri 4.0. Namun, dunia dikejutkan dengan
pandemik novel koronavirus (2019-nCov) bermula pada akhir tahun 2019 sehingga kini. Diam
tak diam telah hampir 2 tahun dunia berperang melawan pandemik ini. Disebabkan itu, cara
kehidupan manusia di Malaysia dan seluruh dunia telah mengalami perubahan mendadak. Kita
tidak boleh lagi melakukan aktiviti sosial seperti melancong, kenduri-kendara, sambutan
perayaan, aktiviti keagamaan dan sebagainya seperti biasa. Maka aktiviti sosial yang dilakukan
melalui alam maya seperti facebook,instagram,whatsapp,zoom dan sebagainya semakin popular.
Namun kebanyakan rakyat tidak menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Ini mungkin akan
menyebabkan generasi akan datang tidak mengetahui penggunaan bahasa Melayu yang sebenar.
Kertas kerja ini cuba meneliti faktor yang mempengaruhi penggunaan Bahasa Melayu di era
globalisasi. Dapatan kajian artikel mendapati antara faktornya ialah kurangnya penguasaan
Bahasa Melayu, masalah bahasa rojak, dasar pendidikan, dan penggunaan Bahasa Melayu yang
salah. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memartabatkan Bahasa Melayu supaya generasi
akan datang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan seterusnya meningkatkan jati diri
sebagai rakyat Malaysia.

Kata kunci: pandemik, aktiviti sosial, Bahasa Melayu, globalisasi.


NPreUS 2021

1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan salah satu alat untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi antara
satu sama lain. Manusia boleh memahami maklumat yang disampaikan dengan penggunaan
bahasa. Ia juga berfungsi untuk menyampaikan konsep, gambaran perbuatan di samping
menyampaikan kehendak mental emosi, perasaan dan gerak hati. Menurut Sapir (1921) definisi
bahasa bersifat naluri dengan tujuan untuk menyampaikan idea, perasaan dan emosi melalui
lambang atau simbol tertentu. Manakala menurut Nik Safiah, Farid, Hashim dan Abdul Hamid
(1996) sependapat menyatakan bahawa bahasa merupakan milik masyarakat yang
menuturkannya.Dalam erti kata lain, setiap masyarakat mempunyai bahasa yang tersendiri dan
apabila semakin berkembang sesebuah masyarakat, maka jumlah penutur bahasa tersebut akan
semakin ramai. Konsep ini diperluaskan lagi oleh Asmah Hj. Omar (1988) dengan menyatakan
bahasa merupakan petunjuk terhadap sesuatu kebudayaan sesebuah masyarakat. Dalam aktiviti
berbahasa, penutur perlu menggunakan tatabahasa yang betul supaya mudah difahami oleh orang
lain. Di Malaysia, bahasa pengantar utama dalam kalangan masyarakat ialah Bahasa Melayu.

Globalisasi merupakan perkataan yag diambil daripada perkataan ‘global’ yang


bermaksud universal. Globalisasi merupakan istilah yang popular untuk mengaitkan
ekonomi,sosiologi, budaya, teknologi dan maklumat yang mampu tersebar ke seluruh dunia
dengan cepat. UNESCO mendefinisikan globalisasi sebagai set struktur dan proses ekonomi,
sosial, teknologi, politik, dan budaya terhasil daripada perubahan ciri-ciri dalam pengeluaran,
penggunaan dan perdagangan barangan serta aset yang merangkumi asas kepada politik
antarabangsa. Menurut kamus dewan, globalisasi merupakan fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebakan kepantasan teknologi maklumat. Globalisasi
juga merujuk kepada perpindahan nilai terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu
tempat ke tempat lain. Menurut Mittleman (1996) globalisasi ialah transformasi sejarah yang
mengembang dan mempercepat interaksi merentasi masa dan ruang dengan implikasi yang besar
dari segi perhubungan pertukaran kuasa selain menambah kemampuan komuniti untuk
menentukan nasib sendiri.Namun hakikatnya sebelum istilah globalisasi itu diperkenalkan,
globalisasi ini telah wujud. Ia juga boleh dikiaskan sebagai gelombang besar yang sedang
melanda dunia pada masa kini.
NPreUS 2021

2.0 BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBAL

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk manusia berinteraksi tetapi tanpa bahasa sebarang
komunikasi akan menjadi terbantut dan tidak sempurna. Sejarah telah mengatakan bahawa
Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa atau ‘lingua franca’ ketika zaman
kesultanan melayu Melaka. Pada ketika itu, semua pedagang yang datang ke Melaka akan
berinteraksi dengan menggunakan Bahasa Melayu. Namun lama-kelamaan penggunaan Bahasa
Melayu semakin hilang. Tambahan pula, selepas Malaysia dijajah oleh British, Bahasa Inggeris
telah digunakan sebagai bahasa rasmi negara. Namun kini, kesedaran untuk memartabatkan
kembali Bahasa Melayu khususnya di Malaysia dan amnya di seluruh dunia mula dikaji dan
dibahaskan oleh pelbagai pihak. Pada mulanya, Laporan Razak 1956 menyarankan agar Bahasa
Melayu digunakan sebagai pengantar ilmu dan kemudiannya disokong oleh Laporan Abdul
Rahman Talib 1960.

Penerapan penggunaan Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu usaha yang sangat
mencabar.Ianya kerana ia berkait rapat tentang soal jati diri, semangat patriotik dan masalah
budaya yang rumit. Mempelajari lebih daripada satu bahasa merupakan satu pelaburan yang
sangat berguna pada era globalisasi ini. Namun dalam membentuk jati diri, seseorang kanak-
kanak perlulah mempelajari dan menguasai bahasa ibunda terlebih dahulu sebelum diajar bahasa
kedua yang lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab dan sebagainya. Di Malaysia, bahasa
antarabangsa ialah bahasa Inggeris. Kemajuan sains dan teknologi maklumat yang sangat pantas
pada abad ke-21 meyebabkan bahasa Melayu terpinggir tanpa disedari. Tambahan pula terdapat
suara sumbang yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu tidak mampu untuk bersaing menjadi
bahasa ilmu. Dikatakan bahasa yang canggih ialah bahasa ilmu, bahasa bagi budaya tinggi, dan
sesuai dengan sains dan teknologi. Seharusnya kepentingan bahasa Inggeris dalam globalisasi
tidak menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa kebangsaan tetapi
digunakan sebagai bahasa ilmu dan bukan untuk menggantikan Bahasa Melayu.

Apabila berlakunya peningkatan ilmu dan profesionalisme dalam sesuatu bidang, ianya
haruslah seiring dengan peningkatan keterampilan bahasa itu sendiri. Persepsi kebanyakan orang
mengatakan bahawa bahasa itu di tempat kedua dan ilmu itu adalah di tempat pertama. Yang
sebenarnya bahasa itu sendiri ialah satu ilmu dan sejarah juga telah membuktikan hal ini. Ramai
ahli cendekiawan telah melahirkan pemikiran dan ciptaan baru menguasai ilmu dan bahasa
sebagai satu entiti yang padu. Awang Sariyan(2010) berpendapat bahasa memainkan peranan
yang penting dalam kejayaan sesebuah tamadun. Contohnya seperti tamadun Arab serta zaman
kegemilangan Islam menggunakan bahasa Arab dalam ilmu perubatan, sains, seni dan
sebagainya. Selain itu, tamadun Yunani dan Greek juga terhasil daripada keampuhan bahasa
mereka sendiri. Tidak dilupakan alam Melayu juga pernah menjadi tamadun yang gemilang
ketika zaman kesultanan Melayu Melaka yang bermula sejak zaman kerajaan Majapahit. Banyak
pedagang luar seperti daripada Cina, India,Arab dan lain-lain datang ke pelabuhan Melaka ketika
itu. Baba dan Nyonya merupakan kesannya yang masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.
Mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama dan berlakunya
asimilasi budaya dalam kedua-dua peranakan ini seperti dalam makanan, pakaian dan sebagainya.
Bahasa dan budaya ini masih diteruskan secara turun temurun walaupun generasi pertama ini
telah tiada.
NPreUS 2021

3.0 ISU DAN CABARAN

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai bangsa yang
terdiri daripada 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Malaysia juga merupakan sebuah
negara yang multibahasa di mana terdapat individu yang boleh memahami dua bahasa atau lebih
seperti Melayu-Inggeris-Cina, Cina-Melayu-Inggeris atau India-Melayu-Inggeris dan sebagainya.
Kadang-kadang individu tersebut hanya boleh memahami sahaja bahasa tersebut tetapi tidak
boleh bertutur dan menulis dengan baik. Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang
mempunyai pelbagai budaya, etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain. Penjajahan juga
menyebabkan budaya baru dan bahasa asing dimasukkan ke dalam negara asal. Rakyat pribumi
Tanah Melayu dipaksa untuk menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan walaupun
secara paksaan. Penggunaan dialek sebagai bahasa rasmi seperti di negara Perancis juga
menyebabkan wujudnya kedwibahasaan. Di Malaysia juga, dialek Melayu-Johor digunakan
sebagai bahasa rasmi tetapi masing-masing menggunakan dialek sendiri di rumah antaranya
dialek Negeri Sembilan, Kedah, Penang, Kelantan dan sebagainya. Perkahwinan campur juga
merupakan salah satu unsur yang mewujudkan kedwibahasaan. Apabila kedua ibu bapa
menggunakan bahasa ibunda mereka dalam aktiviti harian, kanak-kanak ini mendapat dua bahasa
secara serentak. Akibat kedwibahasaan ini, maka berlakunya pertukaran kod yang dikenali
sebagai code switching. Ianya adalah berlaku pertukaran daripada satu bahasa kepada satu
bahasa yang lain apabila tajuk berubah atau pertukaran orang. Fenomena ini berlaku meluas di
Malaysia. Contohnya pelajar Cina berbahasa Melayu dengan kawan berbangsa Melayu tetapi
menukar kodnya semula ke dalam bahasa Cina apabila bercakap dengan ibunya di rumah.

Kesan kemajuan global telah mengubah cara hidup yang lama.Manusia menghantar email
dan pesanan dengan pantas melalui pelbagai aplikasi seperti whatsapp dan google. Era siber
membuatkan dunia kelihatan tanpa sempadan. Kita boleh mengetahui tentang negara lain
walaupun tidak pernah mengunjungi ke negara tersebut. Dengan adanya teknologi, dunia
semakin mengecil walaupun jarak beribu batu. Pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti
komputer, telekomunikasi multimedia terhasil disebabkan oleh kemajuan yang pesat dalam
bidang mikroelektrik. Teknologi juga sudah mampu berdiri teguh membentuk satu revolusi yang
baru di negara ini. Fungsinya sebagai medan rangkaian maklumat yang merangkumi semua
dimensi kehidupan manusia. Malah,sistem perhubungan komunikasi semakin canggih. Kini,
boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon mudah alih tanpa mengira had umur. Kita
dapat berhubung dengan seluruh dunia menggunakan telefon mudah alih. Fenomena ini kita
panggil sebagai maklumat di hujung jari sahaja. Malah aktiviti perniagaan juga dilakukan secara
online melalui internet. Ini bertepatan dengan matlamat teknologi maklumat agar mayarakat
boleh bersaing di peringkat global. Sementalah apabila berlakunya pandemik Covid-19 manusia
tidak lagi bebas untuk keluar dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Maka kita telah
menggunakan internet dan media sosial sebagai aktiviti harian kita.

Dalam keghairahan kita mengejar teknologi yang semakin canggih, kita terlupa kesannya
terhadap penggunaan Bahasa Melayu. Dianggarkan bahawa 80% tapak jejaring yang wujud
adalah dalam bahasa Inggeris (Noriah Mohamed,2005). Awang Sariyan,2005 pula meramalkan
peratusan ini akan menurun dengan perkembangan bahasa lain seperti bahasa Cina, Latin dan
Sepanyol. Ini menunjukkan betapa kurangnya aktiviti yang melibatkan yang menggunakan
Bahasa Melayu di alam siber. Malah kebanyakan laman web di Malaysia juga menggunakan
NPreUS 2021

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar manakala Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa
alternatif. Malah mungkin ada sesetengah pihak mengangap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang
‘low class’ dan menyebabkan mereka tidak mahu menuturkannya di tempat awam. Ini adalah
sangat mengecewakan apabila masyarakat Malaysia sendiri tidak bangga terhadap bahasa ibunda
mereka sendiri. Masalah ini telah menular daripada masyarakat sehingga ke golongan
pemimpian. Contohnya golongan pelajar mempelajari Bahasa Melayu semata-mata untuk lulus
dalam peperiksaan.Malah ada juga yang menzahirkan persepsi bahawa Bahasa Melayu tidak
diperlukan untuk mencari kerja. Mereka mengatakan graduan yang belajar Bahasa Inggeris atau
Mandarin lebih laku dan cepat mendapat kerja berbanding graduan bahasa Melayu.

Kewujudan android dan ios sebagai penghubung komunikasi menyebabkan penggunaan


bahasa yang digunakan berbentuk ringkas, pendek, dan bersifat ikonik. Perkembangan arus
teknologi ini menyebabkan masyarakat kurang mengamalkan kekayaan bahasa sebaliknya
penggunaan bahasa segera semakin popular. Kadangkala perkataan baharu sering memasuki
perbendaharaan kata Bahasa Melayu tanpa perlu ditapis. Masyarakat mula mengamalkan
pertuturan Bahasa Melayu separuh dan Bahasa Inggeris separuh. Dalam sektor swasta bahasa
Inggeris digunakan sebanyak lebih kurang 70% dan 30% lagi bahasa Melayu digunakan dalam
pertuturan. Namun bahasa Inggeris digunakan dalam urusan pentadbiran secara penuh.
Penggunaan bahasa ‘rojak’ telah menjadi kebiasaan. Sebenarnya mencedok perkataan asing
untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa melayu tidak dihalang. Malah terdapat banyak
perkataan Bahasa Melayu yang diambil dari bahasa lain seperti bahasa Sankrit, Parsi, Belanda,
Arab, Inggeris dan sebagainya. Bahasa harian yang digunakan juga berubah seperti berikut:
‘ Hi, wasap bro?’
‘Aku ok je’
‘Hari ni besday I lah’
‘I nak yang ni sis’
‘You tengah buat apa tu?’

Kecanggihan dalam penggunaan telefon bimbit juga sebenarnya memberikan kesan


kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dalam dunia pendidikan menurut Rohaidah
Mashudi dan J. Sham Wahid (2005). Bahasa Melayu banyak diubah suai apabila mereka
menggunakan sistem mesej singkat(sms), Whatsapp, Wechat, Line dan sebagainya. Perkara ini
dilihat sebagai ancaman dan telah mendapat perhatian daripada beberapa pihak. Ada yang
berpendapat fenomena pencemaran bahasa ini samaada melalui aplikasi perhubungan internet
seperti instagram, facebook, twitter dan lain-lain adalah bersifat sementara dan akan berakhir
apabila teknologi semakin canggih dan berkembang. Sebab itu dasar sesebuah negara haruslah
digubal dan dikuatkuasakan.Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang untuk
digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Prinsip asas pembuatan keputusan dasar adalah
berfokus kepada perkembangan pembinaan bangsa. Dasar ini seharusnya menekankan
penggunaan bahasa Melayu dalam semua bidang dan semua peringkat seperti bidang
pentadbiran,komunikasi,media massa,undang-undang dan bidang profesional lain. Cabaran
persaingan bahasa ini terbukti apabila dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dilaksanakan dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003.Ini dibuat atas sebab untuk
mempercepatkan kemajuan dalam sains dan teknologi negara. Keadaan ini seolah-olah
menggambarkan Bahasa Melayu tidak mampu untuk menjadi bahasa pengantar dalam subjek
tersebut.
NPreUS 2021

Pada zaman globalisasi ini, masalah bahasa lucah juga menjadi isu yang menyumbang
kepada pencemaran Bahasa Melayu. Kebanyakan remaja malah orang dewasa sekarang
menggunakan perkataan lucah di alam maya. Perkara ini adalah sangat memalukan kerana ia
membuatkan seseorang berasa malu untuk membaca setiap posting di laman sosial. Malah ia
boleh menjejaskan kualiti Bahasa Melayu di kalangan masyarakat khasnya para pelajar. Para
pelajar akan terpengaruh dan cenderung untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan
dalam perbualan seharian. Ini menunjukkan bahasa dalam media sosial juga boleh
mempengaruhi pelajar.

Pihak berkuasa perlu mengambil inisiatif untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Pelbagai
aktivi boleh dilakukan untuk mempromosikan Bahasa Melayu di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa. Selain itu, tanggungjawab tersebut haruslah dikongsi bersama oleh ibubapa dan
masyarakat. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang akan mencorakkannya. Selain
daripada bertutur menggunakan dialek negeri masing-masing, ibu bapa perlu memastikan anak-
anak menggunakan bahasa baku dengan betul. Ibu bapa perlu menegur dan membetulkan
kesalahan mereka. Maka anak-anak akan dapat membiasakan penggunaan bahasa Melayu yang
betul dalam komunikasi. Selain itu, kita juga boleh menambah perbendaharaan kata-kata dengan
menyediakan bahan bacaan berbentuk ilmiah di rumah. Selain itu, guru juga memainkan peranan
penting dalam mendidik anak-anak. Para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kesalahan
yang wujud dari segi pertuturan dan penulisan oleh guru Bahasa Melayu. Galakan dari para guru
untuk pelajar menyertai aktiviti dan pertandingan syarahan, bersajak, syair, pantun dan
sebagainya juga akan membantu pelajar untuk mempraktikkan penggunaan bahasa baku dengan
betul. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) juga boleh membantu dalam pengembangan dan
peningkatan kualiti bahasa Melayu dengan menghasilkan pelbagai istilah baru. Hal ini dapat
mengelakkan pengaruh bahasa Inggeris dalam ayat Bahasa Melayu.

4.0 KESIMPULAN

Kini terbukti bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar ilmu apabila
digunakan sepenuhnya di institut pengajian tinggi awam di Malaysia. Namun era globalisasi
yang semakin pesat menunjukkan cabaran untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
utama di institut pengajian tinggi, IPTA dan IPTS semakin sukar berbanding Bahasa Inggeris.
Walaupun bahasa Melayu menduduki tempat ke-enam dalam senarai jumlah penutur paling
ramai di dunia, namun dalam bidang sosial, ekonomi dan perundangan Bahasa Melayu tidak
tersenarai dalam 10 bahasa yang meluas penggunaannya.Suatu ketika dahulu Bahasa Melayu
merupakan bahasa yang kaya dari segi rangkaian dan bunga bahasanya dan digunakan untuk
menyampaikan maksud secara halus dan tertib. Malah Bahasa Melayu juga menggambarkan
pencapaian kebolehan daya intelek pemikiran penutur melalui pantun, peribahasa, bahasa kiasan
dan sebagainya. Menurut James T.Collins bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa
antarabangsa kerana memperlihatkan ciri antarabangsa sejak zaman prasasti lagi(Azhar
Salleh,2005). Masyarakat Melayu perlu mengambil iktibar daripada sejarah ketamadunan Jepun,
Korea dan China yang mencipta kemajuan sains dan teknolgi dalam bahasa ibunda mereka
sendiri. Oleh yang demikian, semua pihak perlu berganding bahu untuk kembali memartabatkan
Bahasa Melayu. Langkah ini perlu dilakukan agar generasi akan datang dapat mengetahui
keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka
NPreUS 2021

RUJUKAN

Asmah Haji Omar.(2007). Teori Linguistik dan Aplikasinya dalam Memartabatkan Kajian
Dialek Melayu. Kertas Kerja Seminar Dialektologi Melayu (SEDIA) Anjuran Program Pengajian
Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Sariyan.(2010). Pemartabatan Bahasa Kebangsaan dalam Pembinaan Negara Bangsa.


Syarahan bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka wilayah timur dan IPG Tengku Ampuan
Afazan: Kuala Lipis.

Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad. (2014). Pelestarian Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di
Rantau ini.
International Journal of the Malay World & Civilization (Iman). Jilid 2 (2): 3-19.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan negara bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan
Sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. JEBAT (36):90-106

Rozita Che Hodi & Hashim Musa. (2014). Bahasa Melayu bahasa negara bangsa Malaysia.Jurnal
Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu, 1(2), 257-272

UNESCO 2003 Education in a Multilingual World Position. Paris : UNESCO

Zaliza Zubir,Noor asliza(2012), Bahasa Melayu dalam arus globalisasi : Keutuhan Jati Diri dan
Ketakatan Budaya Melayu. Journal of Human Developemnt and Communication Volume
1,(129-135)

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai