Anda di halaman 1dari 7

ASAS EKONOMI ISLAM (CTU241)

GROUP ASSIGNMENT

PREPARED BY:

NUR AZLIN ZURITA BINTI ABDULLAH

(2019275614)

NOOR SYAFIQAH BINTI SALAHUDIN

(2019400914)

CLASS: JBA1143F

DIPLOMA IN INVESTMENT ANALYSIS

FACULTY OF BUSINESS AND

MANAGEMENT
PREPARED FOR:

DR SYAZWANI ABD RAHIM

Judul jurnal : Jurnal Al-‘Adl

Tajuk artikel : Riba Dan Bunga Bank Dalam Islam

(Analisis Hukum dan Impaknya Terhadap Perekonomian Umat)

Tahun : 2014

Penulis : Ummi Kalsum

1. Ringkasan Artikel

2. Ulasan Kritis

Isi utama yang dibangkitkan oleh penulis pada pendahuluan adalah ketiakadilan dan
kezaliman dalam segala praktik ekonomi dapat dihindari dengan adanya esensi dasar
pelarangan riba dalam islam. Seperti yang kita sedia tahu riba (bunga) adalah pemaksaan
suatu tambahan atas debitur ataupun hutang yang melarat. Sistem ekonomi yang tidak
mempedulikan prinsip persamaan, pemeratan, kurang mengedepankan kemanusiaan serta
nilai-nilai agama mengakibatkan timbulnya permasalahan kemanusiaan dalam sistem
ekonomi konvensional. Antara penghalang terbesarnya adalah sistem riba (bunga).

Isi utama yang dibangkitkan oleh penulis dalam terminologi dan aspek pelarangan riba
adalah pengertian riba dalam Bahasa Inggeris adalah suku bunga yang lebih dari biasanya
manakala dalam Bahasa Arab adalah tambahan atau kelebihan meskipun sedikit, atas
jumlah pokok yang dipinjam. Secara amnya, penghapusan riba dapat dimaksudkan sebagai
penghapusan semua bentuk praktik ekonomi yang menimbulkan kekejaman atau
ketidakadilan. Riba tidak hanya fokus pada masalah bunga yang dikenakan bank
konvensional sahaja, tetapi ia meliputi dalam sistem ekonomi yang amat luas.

Perbuatan ketidakadilan atau diam menerima ketidakadilan adalah batil. Selain itu, sistem
ekonomi yang membiarkan terjadinya “trade off” secara sistematik untuk kerugian si miskin
serta si lemah akan mengembangkann “laissez faire” atau dalam erti kata lain luas tanpa
memperhatikan perlunya dekonstruksi dan restrukturisasi sistem ekonomi yang merisaukan
ini. Dengan kata lain, ekonomi syariah tidak boleh dikurangkan hanya dengan memfokuskan
pembinaan bank Islam. Atas sebab ini, ahli ekonomi Muslim yang menguasai ekonomi
konvensional dan kontemporari diperlukan agar mereka dapat membetulkan, memperbaiki
dan lebih berdaya tahan serta mampu menyampaikan ekonomi Islam ke arah mencapai
keadilan demi kebaikan umat Islam di dunia mahupun di akhirat kelak.

Larangan riba atau lebih dikenali sebagai bunga, telah dinyatakan secara jelas dalam Al-
Quran dan hadis yang diturunkan secara beransur-ansur seperti larangan khamar. Terdapat
empat faktor pengharaman riba dalam perspektif ekonomi. Faktor yang pertama adalah
sistem ekonomi ribawi menimbulkan ketidakadilan. Ini kerana pemilik modal sudah pastinya
akan mendapat keuntungan tanpa mempedulikan atau mengambil tahu susah payah yang
dihadapi oleh peminjam. Dalam situasi ini, ia membuktikan bahawa peminjam akan
menanggung kerugiannya seorang diri. Dengan ini terbukti lah ketidakadilan yang disebut
dalam faktor pertama. Faktor yang kedua, selaku penyebab utama berlakunya
ketidakseimbangan antara pemodal dengan peminjam ialah sistem ekonomi ribawi.
Keuntungan yang besar biasanya diperolehi daripada pemilik modal yang datang dari
syarikat yang besar dan yang harus membayar pinjaman modal tersebut datang dari syarikat
yang kecil.

Faktor yang ketiga adalah sistem ekonomi ribawi akan menghalau pelabur-pelabur luar
kerana semakin meningkat bunga maka semakin kecil kecenderungan masyarakat untuk
melabur. Faktor yang terakhir adalah bunga dianggap sebagai tambahan pembiayaan dalam
produk. Tambahan pembiayaan dalam produk akan menyebabkan harga barang naik
dengan tinggi dari harga yang biasa. Apabila tingkat harga menaik, maka inflasi akan berlaku
sekali gus mengakibatkan kuasa membeli masyarakat rendah.

Isi utama yang dibangkitkan oleh penulis dalam kontroversi bunga yang diharamkan ialah
perbezaan pendapat tentang persoalan adakah bunga termasuk dalam riba. Menurut
pendapat pertama dari ijma ulama di kalangan mazhab fiqh menyatakan bahawa bunga
dengan segala bentuknya temasuk dalam kategori riba manakala pandangan kedua
menyatakan bahawa bunga tidak termasuk dalam kategori riba. Terdapat beberapa isu
kontroversial mengenai kepentingan yang berlaku di antara tokoh-tokoh Islam. Antara hujah
menentang pembenaran konsep bunga yang dibungkus dalam bentuk ilmiah dan hujah yang
dianggap sebagai bantahan serta kritikan terhadap teori yang dikemukakan oleh kumpulan
yang menyokong kebenaran pemberian bunga.

Ini menyebabkan terjadinya masalah kontroversial yang pertama iaitu jika peningkatan
bunga adalah wajar maka bunga dibolehkan. Namun ia sangat subjektif bergantung pada
waktu, tempat, jangka masa, jenis usaha dan skala usaha. Peningkatan bunga dalam ayat ini
adalah ciri-ciri hutang pada zaman jahiliah yang sentiasa bertambah sedikit demi sedikit
sehingga menjadi berlipat kali ganda. Walaupun ia berlipat kali ganda menjadi banyak tetapi
bunga tersebut tetap tidak halal. Ini menjadi bukti riba adalah haram dalam bentuk apa pun.
Masalah kontroversial yang kedua adalah adanya pembenaran unsur bunga dengan cara
apa pun sebagai pampasan atas terjadinya inflasi dan teori agio diterima pakai oleh
pendapat umum. Walau bagaimanapun, hujah ini lemah kerana ketika itu adanya suku
bunga yang lebih tinggi dari inflasi atau pun deflasi. Sekiranya alasan untuk mengekalkan
nilai wang terhakis oleh inflasi, pampasan tidak semestinya dengan faedah tetapi dengan
tukaran lain.
Masalah kontroversial yang ketiga adalah mengenai konsep “marginal utility” iaitu
penggunaan menurun mengikut waktu. Akibat dari perbandingan antara nilai guna pada
masa sekarang dengan masa akan datang maka muncul lah konsep ini. Konsep ini dikritik
dengan argumen yang mengatakan punca pendapatan kita untuk masa yang akan datang,
tidak mestinya meningkat. Ini kerana tiada jaminan yang memastikan punca pendapatan
kita akan meningkat mahupun menurun. Di samping itu, pendekatan utiliti marjinal
bergantung pada pengenalpastian tepat mengenai pendapatan mana yang akan dianalisis
ketika mengira pertumbuhan pendapatan sama ada pendapatan orang miskin, orang
sederhana mahupun orang kaya. Masalah kontroversial yang seterusnya adalah konsep
yang memandang bunga sebagai sewa untuk duit. Pendapat ini tidak dipersetujui
kebanyakan pakar ekonomi muslim. Mereka berpendapat istilah sewa untuk duit tidak
relevan kerana sewa digunakan hanya untuk benda yang boleh dimanfaatkan tanpa
kehilangan hak pemilikannya sedangkan dalam hal meminjamkan wang, faedah diperoleh
tetapi pemilikan wang itu hilang.

Masalah kontroversial yang terakhir adalah pembenaran bunga atas dasar darurah
(keperluan) dan hajah (kehendak). Contohnya konsep darurah tidak terpenuhi kerana
penyimpanan wang tidak semestinya di bank. Terdapat juga hujah lain yang menyatakan
kerana bunga yang diberikan oleh institusi kewangan pada masa kini lebih kurang sama
dengan riba yang dipraktikkan pada zaman jahiliyah. Akan tetapi hujah tersebut tidak
mampu menggoyangkan pendapat para fuqaha dan majoriti ekonomi muslim moden yang
mendukung kata sepakat sejarawan tentang isu riba ini.

Isi utama yang dibangkitkan oleh penulis yang seterusnya adalah sistem bunga dan
kesannya terhadap ekonomi. Pada pandangan pertama nampaknya bunga sangat
menguntungkan dan tidak memberi kesan kepada ekonomi walaupun nilainya sekecil zarah.
Sedangkan tanpa kita semua sedari, kesan yang disebabkan oleh riba ataupun bunga
tersebut sangat berbeza seperti yang dianalisis oleh pakar. Antara kesan yang pertama
adalah akar penyebab krisis kewangan. Oleh sebab turun naik kadar faedah, mengakibatkan
tingginya tingkat ketidakpastian dalam pasaran kewangan sehingga pelabur luar tidak berani
untuk melabur dakam jangka masa yang panjang. Hasilnya, pemberi pinjaman lebih
mementingkan pinjaman dan pelaburan jangka pendek, menjadikan pelaburan jangka
pendek spekulatif lebih menarik sehingga orang lebih suka membuat keputusan mengenai
pasaran wang, saham dan pertukaran asing.

Kesan yang kedua adalah terjadinya pemotongan sektor sebenar dan sektor kewangan.
Dalam islam, sistem bagi hasil yang paling penting dalam sektor kewangan perekonomian.
Ini kerana, dengan sistem tersebut memberi hasil yang memerlukan kecepatan peredaran
atau putaran kewangan tersebut. Maka tidak hairan lah apabila jumlah wang yang berada di
pasaran mencapai angka yang lebih besar. Dilihat dari perbandingan yang tidak seimbang
antara sektor kewangan dan sektor sebenar, implikasinya akan menghalang pembangunan
sektor sebenar. Akibat penyalahgunaan sumber ini mengakibatkan kekurangan modal di
sektor sebenar, sementara sektor kewangan berkembang dengan modal dalam bentuk krisis
kewangan. Secara amnya, kemerosotan ini akan mempengaruhi pada pulangan yang
diperebutkan pada sektor kewangan.

Kesan yang terakhir adalah terjadinya pengumpulan kekayaan dan ketidaksamaan ekonomi.
Ini menyebabkan, golongan kaya lebih berpeluang mendapatkan kredit kerana golongan
bawahan tidak mampu untuk membayar kadar bunga yang dikenakan pada wang pinjaman.
Maka disebabkan hal ini terjadinya diskriminasi penyaluran dana dan akses. Kepekatan
kekayaan dalam sesetengah orang atau kumpulan inilah yang menyebabkan mereka
menjadi lebih kaya, bukan kerana mereka lebih mahir atau pandai tetapi mereka
memperolehnya dari pengaturan kepentingan mereka yang tersendiri. Dengan alasan ini,
terbukti lah bank-bank konvensional lebih cenderung menjadi pusat kawalan orang
berkuasa yang menguasai bank tersebut.

Pada pendapat saya, isu yang dibangkitkan dalam artikel ini agak menarik. Ini kerana isu-isu
yang tertulis di dalam artikel ini benar-benar terjadi di dalam ekonomi kita, cumanya tidak
ramai orang yang mengambil peduli atas isu-isu yang dinyatakan kecuali apabila ia terjadi
pada diri sendiri. Selain itu, isu yang dibangkitkan oleh penulis juga agak relevan bagi saya
sebagai seorang pendidik. Sudah jelas lagi nyata, penulis telah menerangkan secara
terperinci setiap isu-isu yang berkaitan dengan riba dan bunga di bank yang memberi impak
dalam ekonomi umat islam di negara kita. Setelah membaca artikel yang ditulis oleh penulis,
saya bersetuju dengan kandungan artikel ini. Sekiranya kita melihat dengan lebih mendalam
berkaitan isu yang dinyatakan dalam artikel, kita dapat lihat yang penulis melihat dari
pelbagai aspek mahupun sisi-sisi gelap ketika memperjelaskan sesebuah isu.

Secara kesimpulannya, artikel ini dapat mengubah serta memberi kesan kepada pemikiran
saya kerana kini saya sebagai penyelidik telah menyedari bahawa isu yang berkaitan dengan
riba dan bunga yang dikenakan oleh bank konvensional sememangnya memberikan impak
yang sangat besar. Bukan sahaja melibatkan individu bahkan ia boleh mempengaruhi
ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pada masa akan datang pengenalan institusi perbankan
yang ada di Malaysia harus diperluaskan kerana pengamalan riba dalam bank-bank
konvesional yang berleluasa akan memberi impak yang besar kepada kestabilan ekonomi
negara kita.

4. Penutup/kesimpulan

5. Rujukan

Ummi kalsum. Jurnal Al-‘Adl. Riba Dan Bunga Bank Dalam Islam (Analisis Hukum dan
Impaknya Terhadap Perekonomian Umat) Vol. 7 No. 2 (Julai 2014).

6. Lampiran

Anda mungkin juga menyukai