Anda di halaman 1dari 18

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN

Faculty of Creative Industries


MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)
TRIMESTER OCT 2023 : TUGASAN 1 - KUMPULAN

NO. KUMPULAN : 9

SOALAN: Budaya mematuhi peraturan dan undang-undang mencerminkan


masyarakatnya mempunyai nilai kesopanan dan kesusilaan dalam pembangunan
tamadun. Bincangkan pernyataan ini dengan mengemukakan hujah-hujah yang relevan.

NAMA PENSYARAH: PUAN NORAZILAH BT BUHARI

Bil. Nama Pelajar No. Pelajar Gambar Pelajar (Intranet) Program / Tahun
& Semester
1. Evangeline Hii Wen Qi 2002427 CC, Y3S2

2. Gan Jia Xin 2005137 EA, Y3S3

3. Lee Zhi Ying 2003195 CC, Y3S2

4. Ong Yung Qi 2000118 CC, Y3S2

5. Tee Mun Shuin 2002551 CC, Y3S2

1
Rubrik Tugasan

Kriteria Pemarkahan
Pengenalan 0m 1m 2m 3m Markah
Pernyataan Tiada sebarang Pernyataan masalah dan Pernyataan masalah dan Pernyataan masalah dan
masalah dan pernyataan masalah dan objektif kajian yang kurang objektif kajian yang jelas. objektif kajian yang
objektif kajian objektif kajian jelas. sangat jelas.
dinyatakan.

Latar Belakang 0m 1m 2m 3m 4m 5m Markah


Apa-apa info Tiada sebarang Latar Latar belakang Latar belakang Latar belakang Latar belakang
yang berkaitan latar belakang belakang yang umum yang jelas namun yang jelas yang sangat
dengan topik diberikan. yang ringkas tanpa sebarang tanpa sebarang berserta rujukan jelas dan
tanpa rujukan dan sub rujukan dan sub dan sub topik. terperinci
sebarang topik. topik. berserta
rujukan dan rujukan dan
sub topik. sub topik.
Perbincangan &
0m 1m 2m 3m 4m Markah
Analisis
Penulisan fakta Penulisan fakta yang Penulisan fakta yang Penulisan fakta yang Penulisan fakta
yang tidak tepat terlalu umum tanpa betul namun ringkas betul berserta contoh yang betul dan
Fakta 1 atau tidak contoh dan rujukan tanpa contoh dan dan rujukan yang terperinci berserta
berkaitan dengan yang jelas. rujukan yang jelas. jelas. contoh dan rujukan
topik yang jelas.
perbincangan.
Penulisan fakta Penulisan fakta yang Penulisan fakta yang Penulisan fakta yang Penulisan fakta
yang tidak tepat terlalu umum tanpa betul namun ringkas betul berserta contoh yang betul dan
Fakta 2 atau tidak contoh dan rujukan tanpa contoh dan dan rujukan yang terperinci berserta
berkaitan dengan yang jelas. rujukan yang jelas. jelas. contoh dan rujukan
topik yang jelas.
perbincangan.
Penulisan fakta Penulisan fakta yang Penulisan fakta yang Penulisan fakta yang Penulisan fakta
yang tidak tepat terlalu umum tanpa betul namun ringkas betul berserta contoh yang betul dan
Fakta 3 atau tidak contoh dan rujukan tanpa contoh dan dan rujukan yang terperinci berserta
berkaitan dengan yang jelas. rujukan yang jelas. jelas. contoh dan rujukan
topik yang jelas.
perbincangan.
Penulisan fakta Penulisan fakta yang Penulisan fakta yang Penulisan fakta yang Penulisan fakta
yang tidak tepat terlalu umum tanpa betul namun ringkas betul berserta contoh yang betul dan
Fakta 4 atau tidak contoh dan rujukan tanpa contoh dan dan rujukan yang terperinci berserta
berkaitan dengan yang jelas. rujukan yang jelas. jelas. contoh dan rujukan
topik yang jelas.
perbincangan.
Kesimpulan 0m 1m 2m 3m Markah
Kesimpulan Tiada sebarang Kesimpulan yang diberikan Kesimpulan yang diberikan Kesimpulan yang
tentang topik kesimpulan yang tidak jelas atau tidak kurang jelas walaupun diberikan jelas dan
secara diberikan. berkaitan dengan topik. berkaitan dengan topik. berkaitan dengan isu.
keseluruhan

Format 0m 1m 2m 3m Markah
Format Keseluruhan penulisan Keseluruhan penulisan Keseluruhan penulisan Keseluruhan penulisan
keseluruhan tidak mengikut kriteria adalah kurang adalah memuaskan dan adalah sangat memuaskan
kerja yang dikehendaki dan memuaskan/kurang mengikut kriteria dan dan mengikut kriteria dan
format yang ditetapkan mengikut kriteria dan format yang ditetapkan. format yang ditetapkan.
format yang ditetapkan.

Ulasan Markah
Pensyarah Keseluruhan

2
ISI KANDUNGAN

No. Kandungan Muka Surat

1 Muka Hadapan 1

2 Borang Rubrik Tugasan 2

3 Isi kandungan 3

4 1.0 Pengenalan 4–5

 1.1 Latar Belakang

 1.2 Objektif

 1.3 Methodologi

5 2.0 Faktor- faktor Masyarakat Tidak Mematuhi Peraturan 6 – 10

Jalan Raya

 2.1 Sikap Individu di Jalan Raya

 2.2 Sistem Jalan Raya yang Kurang Sistematik

6 3.0 Kesan- kesan Masyarakat Tidak Mematuhi Peraturan 11 – 15

Jalan Raya

 3.1 Peningkatan kes kemalangan Jalan Raya

 3.2 Sistem Penjagaan dan Kecemasan Kesihatan

Terjejas

7 Kesimpulan 15

8 Rujukan/ bibliografi 16 – 18

3
1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang

Dengan evolusi tamadun, budaya mematuhi peraturan dan undang-undang telah menjadi

fondasi yang tidak dapat terpisah dalam pembentukan tamadun dan struktur sosial yang

berfungsi. Peraturan dan undang-undang adalah segala yang ditentukan oleh kerajaan dan harus

dipatuhi oleh masyarakat. Dengan mematuhi peraturan dan undang-undang, kita dapat

mengembangkan akhlak dan nilai-nilai masyarakat.

Setiap kategori peraturan-peraturan dan undang-undang memainkan peranan yang krusial

dalam mengekang masyarakat dan membina tamadun yang berakhlak mulia. Kepatuhan kepada

peraturan-peraturan dan undang-undang dapat mencerminkan kesedaran individu dalam

menghormati hak orang lain dan menjaga keamanan masyarakat.

Sebagai contoh, terdapat pelbagai kategori peraturan-peraturan dan undang-undang

dalam Sistem Perlembagaan Malaysia seperti undang-undang jalan raya, undang-undang

imigresen dan lain-lain. Peraturan dan undang-undang ini memberi kesan yang besar kepada

perkembangan tamadun. Apabila digunakan sebagai garis panduan, keputusan yang dibuat lebih

mengambil kira aspek moral dan etika dan bukannya hanya aspek ekonomi sahaja.

Peraturan lalu lintas memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk

masyarakat yang teratur, selamat, dan teratur. Peraturan lalu lintas berfungsi sebagai panduan

untuk keselamatan pengguna jalan, menjaga ketertiban lalu lintas, dan mengatur perilaku di jalan

raya. Sebagai contoh, ketika pejalan kaki ingin melintasi persimpangan garis, kenderaan harus

melambatkan kenderaan mereka untuk menghindari mengancam nyawa pejalan kaki. Dari sini,

kita dapat lihat peranan undang-undang lalu lintas dalam memastikan keteraturan dan nilai-nilai

keselamatan dalam kehidupan sehari-hari.


4
Pendek katanya, kesopanan dan kesusilaan berpengaruh pada hubungan individu dalam

masyarakat. Ketika nilai-nilai ini diterapkan, hubungan sosial dapat menjadi lebih harmonis dan

penuh pengertian. Ini akan mencerminkan kesedaran dan akhlak masyarakat Malaysia.

Keberadaan nilai-nilai ini memengaruhi cara masyarakat bekerjasama dalam membangun

infrastruktur sosial, ekonomi, dan politik Malaysia.

1.2 Permasalahan Kajian

1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat tidak mematuhi peraturan jalan raya

di Malaysia?

2. Apakah kesan-kesan masyarakat tidak mematuhi peraturan jalan raya di Malaysia?

1.3 Objektif

1. Untuk melihat faktor-faktor masyarakat tidak mematuhi peraturan jalan raya di Malaysia.

2. Untuk mengkaji kesan-kesan masyarakat tidak mematuhi peraturan jalan raya di

Malaysia.

1.4 Methodologi

Kaedah yang digunakan untuk kerja kursus supaya mencapai objektif kajian ialah kaedah

kepurpustakaan. Kaedah ini membawa kemudahan dalam mencari maklumat-maklumat yang

lengkap. Sumber maklumat yang diperolehi adalah daripada artikel journal, berita media dan

laman web.

5
2.0 Faktor- faktor Masyarakat Tidak Mematuhi Peraturan Jalan Raya

2.1 Sikap Individu di Jalan Raya

Di Malaysia, bilangan kenderaan terus meningkat, menyebabkan peningkatan pengguna jalan

raya yang melebihi jumlah. Namun begitu, di antara banyak punca kesesakan jalan raya,

kemalangan kereta menyumbang peratusan yang tinggi. Faktor utama yang menyebabkan

kemalangan ialah manusia, sama ada sebagai pengguna jalan raya atau pemandu kenderaan.

Sikap individu memainkan peranan penting dalam keselamatan pengguna jalan raya. Banyak

kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sikap yang tidak bertanggungjawab antara para

pengguna jalan raya. Walaupun undang-undang jalan raya telah dibentuk untuk menjaga

keselamatan semua pengguna, masih terdapat banyak yang tidak mematuhi peraturan, kerana

mereka cenderung hanya memikirkan kepentingan diri sendiri.

Berdasarkan salah satu berita dari Berita Harian, “Sikap Pengguna Jalan Raya Tentukan

Kadar Kemalangan” menyatakan bahawa berikut analisis Polis Diraja Malaysia (PDRM)

menunjukkan terdapat 95 peratus kemalangan diakibat kecuaian pengguna jalan raya (Azzman

Abdul Jamal, 2017). Kecuaian jalan raya merangkumi pengguna jalan raya memandu semasa

letih atau mengantuk, makan dan minum semasa memandu, tidak memberi perhatian kepada

kereta lain, serta tidak menumpukan perhatian semasa memandu. Ramai pengguna tidak

menyedari bahawa tindakan mereka boleh menyebabkan kemalangan, membahayakan diri

sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Walaupun pihak berkuasa berkaitan telah berkali-kali

mengingatkan rakyat, kebanyakan orang masih hanya mementingkan keselesaan mereka sendiri,

sehingga mereka sering memotong jalan raya, melakukan pelbagai tugas ketika memandu, dan

melakukan perlakuan yang melanggar undang-undang jalan raya.

6
Selain itu, tindakan pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang hanya kerana

kepentingan diri sendiri sering menimbulkan kesulitan bagi orang lain. Contoh perilaku ini

termasuk melanggar lampu isyarat merah, melintasi jalan sehala menjadi dua hala, melebihi had

laju yang ditetapkan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, dan tindakan berbahaya

lainnya. Kejadian yang paling kerap adalah melanggar lampu isyarat merah, di mana banyak

pengguna jalan selalu mempercepatkan kereta semasa lampu kuning menyala. Walaupun fungsi

lampu isyarat adalah hijau untuk jalan, kuning untuk perlahan, dan merah untuk berhenti, namun

di Malaysia, seringkali kereta memecut semasa lampu kuning. Mereka yang kerap melibatkan

diri dalam tindakan ini cenderung mengabaikan kehadiran penguatkuasa jalan raya di sekitar

mereka. Akibatnya, pemandu sering merasa boleh menghemat waktu mereka dengan tidak

menunggu lampu isyarat.

Sikap penunggang motosikal yang kurang berhemah dan tidak bertanggungjawab menjadi

isu yang perlu diberi perhatian. Kebanyakan penunggang motosikal memilih menggunakan

motosikal atas faktor kemudahan dan kos jimat petrol. Walaupun motosikal membawa kebaikan

seperti jimat petrol, tidak perlu membayar tol, dan terbebas dari kesesakan jalan raya, namun

risiko keselamatan juga perlu diambil kira. Dalam situasi kemalangan, penunggang motosikal

seringkali berisiko tinggi dan sukar untuk diselamatkan. Meskipun kesedaran mengenai risiko ini

wujud, masih banyak penunggang motosikal yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Beberapa contoh termasuk tidak memakai pelindung kepala, tidak memberi isyarat, atau tidak

mengikut lampu isyarat. Sebagai contoh, penunggang motosikal penghantaran makanan seperti

"Grab Food" atau "Food Panda" sering melanggar lampu isyarat dengan alasan takut

penghantaran akan lewat.

7
Di samping itu, terdapat juga banyak pemandu yang menunjukkan tingkah laku tidak

bermoral, terutamanya selepas kemalangan atau semasa memandu di jalan raya. Pemandu sering

kali bereaksi emosional, terutamanya terhadap kereta yang memandu perlahan atau semasa

berlaku kemalangan. Contoh bereaksi emosional termasuk bersaing kelajuan dengan pemandu

lain disebabkan tidak puas hati dipotong oleh kereta lain. Beberapa individu bahkan

menggunakan kata-kata kasar atau bertindak ganas, termasuk menumbuk atau memukul orang

lain dengan menggunakan senjata. Kelompok ini sering digelar sebagai "samseng jalan raya,"

yang seringkali menjadi pengganggu kepada pengguna jalan raya lain dan mencetuskan

pergaduhan. (Polis Kesani Lima Lelaki Bergaduh di Jalan Raya | Berita Harian 2023)

2.2 Sistem Jalan Raya yang Kurang Sistematik

Sistem jalan raya di Malaysia terdiri daripada jalan-jalan raya yang dibina dan diurus

oleh kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Pada dekad ini, walaupun kita sedar

atau tidak, walaupun pembangunan tamadun yang semakin maju di seluruh negara membawa

peningkatan jumlah jalan raya, tetapi masih ada pelbagai kejadian kemalangan jalan raya yang

sering berlaku. Hal ini disebabkan sistem jalan raya yang kurang sistematik dan pelanggaran

undang-undang jalan raya oleh pengguna-pengguna jalan raya. Akhirnya, mencerminkan

masyarakat yang kurang mempunyai nilai kesopan dan kesusilaan dalam mata negara asing.

Keadaan menjadi lebih buruk pada musim perayaan kerana rakyat Malaysia ingin pulang ke

kampung masing-masing untuk bertemu saudara mara bagi menyambut perayaan tetapi

disebabkan sistem jalan yang tidak sistematik, adalah mustahil untuk mencapainya tepat pada

masanya, dan perlu melalui kesesakan lalu lintas yang panjang setiap kali. Ramai orang akan

melanggar peraturan jalan raya kerana mereka terperangkap dalam lalu lintas untuk masa yang

8
lama atau kerana mereka tidak sabar. Oleh itu, faktor yang kedua adalah sistem jalan raya yang

kurang sistematik.

Pihak-pihak kerajaan perlu memupuk sikap kesopanan dan kesusilaan dengan memikul

tanggungjawab untuk memastikan semua sistem jalan raya, sama ada di dalam atau di luar

bandar, dikekalkan dalam keadaan yang baik. Ini penting kerana dapat membantu pengguna jalan

raya menikmati panduan yang selamat dan terjamin, serta mendorong prinsip pematuhan

terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya demi keselamatan diri dan orang lain.

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kes kemalangan jalan raya yang berlaku

disebabkan oleh sistem jalan raya yang kurang sistematik.

Salahsatunya, adalah jalan yang tidak rata berbahayakan orang ramai. Dengan menurut

kes yang dilaporkan di berita “Sinar Harian”, banyak kes kemalangan jalan raya yang berlaku di

Pontian, Johor adalah kerana jalan terjebak dengan lubang yang terbina daripada pembinaan

jalan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan (Nor Azura, 2016). Pihak berkenaan

sebenarnya berperangai seperti melepaskan batuk di tangga dimana mereka melaksanakan projek

mengeksploitasikan bayaran yang minima dan menghendaki keuntungan yang terbanyak hanya

kerana ingin mendapatkan profit yang tidak sah dan kredibel. Intihanya, jurusan berkompeten

mesti sentiasa menentukan kecabutan ketirisan yang terjadi dalam pemberian peruntukan dan

penyelenggara melaksanakan tugas mereka dengan tanggungjawab dan mencapaikan taraf kualiti

yang termantap. Seterusnya, kontraktor juga harus mematuhi peraturan dan undang- undang

dengan menjamin jalan raya bersistem selamat dan baik dengan memasang beberapa lampu jalan

di sekitar sekolah dan bonggol di kawasan yang perlu memperlakankan kenderaan.

Selain itu, sistem jalan raya yang kurang sistematik juga akan menyebabkan kesesakan

lalu lintas. Salah satu faktor kesesakan lalu lintas adalah kekeliruan papan tanda seperti di

9
Cyberjaya. Dengan menurut aduan-aduan pengguna jalan raya, banyak papan tanda mempunyai

tanda-tanda atau informasi arah yang mengelirukan pengguna jalan raya. Walaupun pengguna

boleh mendapatkan lokasi spesifik dengan menggunakan aplikasi telefon pintar seperti “Waze”

dan “Google Maps”, pengguna masih akan menggunakan papan tanda agar dapat menentukan

tempat yang diarah adalah betul. (Siti A’isyah, 2023). Oleh itu, kekeliruan papan tanda

merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas dan membawa topik

bagaimanakah pengguna mematuhi peraturan dan undang-undang kalau kekeliruan papan tanda

masih wujud di jalan raya Malaysia.

Dengan ibarat “telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua”, rakyat haruslah

berkerjasama dengan kerajaan dan pihak-pihak berkuasa untuk memastikan jalan raya beroperasi

secara sistematik dan pengguna sentiasa mematuhi peraturan dan undang undang negara agar

melahirkan masyarakat yang bernilai kesopanan dan kesusilaan dalam pembangunan tamadun

supaya negara Malaysia dapat dipandang tinggi oleh negara asing.

10
3.0 Kesan- kesan Masyarakat Tidak Mematuhi Peraturan Jalan Raya

3.1 Peningkatan Kes Kemalangan Jalan Raya

Berdasarkan salah satu jurnal dari Kamar & Omar (2022), salah satu kesan terhadap

masyarakat yang tidak mematuhi peraturan adalah peningkatan kes kemalangan jalan raya. Ini

disebabkan oleh sifat-sifat pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab di jalan raya dan

mengabaikan undang-undang yang telah ditetapkan seperti menggunakan telefon bimbit semasa

memandu, memandu melebihi had laju, minum air dan melanggar lampu isyarat merah.

Tindakan-tindakan ini membawakan risiko kemalangan jalan raya, mencipta lingkungan

berbahaya bagi semua pengguna jalan raya (Ibrahim, 2018).

Perlakuan-perlakuan begini boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada

pengguna-pengguna jalan raya lain. Sekiranya individu memandu secara kurang berhemah,

pemangsa kes kemalangan jalan raya bukan sahaja merupakan individu-individu yang tidak

mematuhi peraturan-peraturan jalan raya, tetapi juga akan membahayakan keselamatan pengguna

jalan raya lain yang tidak bersalah seperti pejalan kaki, penunggang basikal, atau pemandu lain

yang mematuhi peraturan. Contohnya, terdapat sesuatu kes tentang seorang wanita melanggar 8

remaja yang sedang menunggang basikal lajak, yang menyebabkan kematian (Oshman, 2023).

Dalam kes ini, kedua-dua pihak turut terlibat dalam kesalahan, di mana wanita bersalah kerana

memandu secara melulu, manakala 8 remaja juga tidak mematuhi peraturan jalan raya dengan

terlibat dalam aktiviti basikal lajak, yang juga dikenali sebagai "Mat Rempit.” Aktiviti ini

dianggap berbahaya dan tidak selamat kerana basikal yang digunakan tidak dilengkapi dengan

11
sistem brek dan pemegang untuk kelajuan (Hidir Reduan, 2022). Berdasarkan jurnal daripada

Ismail (2008), aktiviti pelumba haram juga semakin popular di antara kalangan remaja,

terutamanya di bandar-bandar besar dan kawasan-kawasan utama di Malaysia. Secara

keseluruhan, kes ini menunjukkan bahawa mana-mana pihak yang melibatkan diri dalam

perilaku yang melanggar peraturan akan meningkatkan risiko kemalangan jalan raya dan

seterusnya menyumbang kepada peningkatan keseluruhan kemalangan di jalan raya.

Di samping itu, berdasarkan buku yang dikarangkan oleh Rahman (2022), apabila

berlakunya kemalangan jalan raya, kita perlu mengakui bahawa ini bukan sahaja mencederakan

mangsa-mangsa secara fizikal, tetapi juga membawa kesan psikologi dan emosi kepada mereka.

Mangsa-mangsa dan saksi berkemungkinan menghadapi tekanan emosi dan trauma. Kejadian

kemalangan, terutama yang melibatkan kecederaan serius atau kematian, boleh mempengaruhi

kesejahteraan mental dan emosi mereka, mencetuskan perasaan trauma, kecemasan, atau

kesedihan yang mendalam. Mangsa dan saksi mungkin mengalami kehilangan keyakinan

terhadap keselamatan diri dan mungkin juga mengalami perasaan bersalah, terutama jika mereka

merasa ada kaitan dengan kemalangan tersebut. Keadaan mental seperti ini boleh menjejaskan

profesionalisme mereka di jalan raya, meningkatkan cabaran tambahan dalam memainkan

peranan mereka sebagai pengguna jalan raya yang profesional dan efisien.

Berlakunya kes-kes kemalangan jalan raya menimbulkan rasa tidak selamat di antara

masyarakat dan boleh menghalang mobiliti dan kebebasan memandu (Rahman, 2022).

Peningkatan jumlah kemalangan jalan raya menimbulkan ketidaktentuan dan kebimbangan

dalam kalangan pengguna jalan raya. Masyarakat menjadi lebih waspada dan bimbang terhadap

risiko kemalangan yang mungkin berlaku pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, perasaan

waspada dan kehati-hatian yang berlebihan bukan semestinya perkara yang baik, kerana terlalu

fokus pada kehati-hatian dapat mengakibatkan kegelisahan dan ketegangan yang berlebihan,
12
serta dapat mengganggu kesejahteraan mental dan emosional seseorang. Selain itu, tingkat

kehati-hatian yang berlebihan juga dapat menghambat kemampuan seseorang untuk berfungsi

secara optimal dalam situasi sehari-hari. Akhirnya, meningkatkan kemungkinan berlakunya

kemalangan jalan raya.

3.2 Sistem Penjagaan dan Kecemasan Kesihatan Terjejas

Sistem jalan raya bukan sesuatu yang berdiri sendiri, tetapi ia mempengaruhi operasi

harian keseluruhan bandar. Peraturan lalu lintas dan kepatuhan kepada undang-undang jalan raya

adalah aspek penting yang memberi impak besar kepada kehidupan harian kita. Jika penduduk

tidak mematuhi undang-undang trafik atau jalan raya, bukan sahaja sistem jalan raya yang

terancam, malah sektor-sektor lain turut terkesan, seperti sistem penjagaan dan kecemasan

kesihatan.

Kesan pertama ialah kelewatan masa tindak balas kecemasan disebabkan masalah trafik

dan jalan tersesat. Pemilik kenderaan sering kali meletak kenderaan mereka di tempat yang salah

demi keselesaan sendiri, menyebabkan kenderaan lain tidak dapat melalui dan merintangi jalan.

Ini boleh menyebabkan masalah trafik, terutama dalam keadaan kecemasan seperti bomba,

ambulans, dan sebagainya sukar untuk melintasi jalan di mana laluan kecemasan mungkin

terhalang. Juga berkemungkinan pengguna jalan yang tidak mematuhi undang-undang trafik

termasuk tidak memberi laluan kepada kenderaan kecemasan dan meletakkan kenderaan

berdekatan hidran kebakaran yang menyebabkan hidran terhalang, akibat kelewatan dalam masa

tindak balas kecemasan. Menurut laporan berita Sinaran Harian (2021), ada berlakunya kes-kes

pemandu-pemandu kereta yang tidak ingin memberikan laluan kepada ambulans, disebabkan

sifat mementingkan diri sendiri, dan berdegil. Kelewatan-kelewatan ini dapat memberi kesan

terhadap masa tindak balas kecemasan dan keadaan pesakit. Contohnya, kelewatan dalam

13
mendapatkan bantuan perubatan boleh berpotensi membahayakan nyawa dan kesihatan individu

yang memerlukan rawatan segera.

Apabila rakyat melanggar undang-undang trafik, bukan sahaja mereka membahayakan

diri sendiri tetapi juga mengancam keselamatan orang lain di jalan raya. Kemalangan jalan raya

boleh mengakibatkan tekanan tambahan kepada sumber daya kecemasan (Lim.A.K., 2007).

Hospital dan perkhidmatan kecemasan mungkin terpaksa menyekat sumber kesihatan untuk

menyelamatkan mangsa, hal ini melibatkan perkhidmatan kecemasan, hospital, dan sumber

manusia. Pihak berkenaan akan menghadapi cabaran dalam pengagihan sumber. Contohnya,

perkhidmatan kecemasan seperti paramedik, polis, dan bomba mempunyai sumber daya yang

terhad. Lonjakan kemalangan akibat pelanggaran trafik boleh memberi tekanan kepada sumber

ini, menimbulkan cabaran dalam mengagihkan personel, kenderaan, dan peralatan dengan cekap.

Akibat individu-individu tidak mematuhi undang-undang jalan raya juga termasuk

hospital dan perkhidmatan kecemasan akan terpaksa menangani kecederaan yang menyebabkan

bebanan yang besar yang sepatutnya boleh dihindarkan jika semua pihak mematuhi undang-

undang jalan raya. Perkhidmatan kecemasan sepatutnya boleh digunakan untuk situasi yang tidak

dapat dijangka atau tidak dapat dielakkan, bukan untuk menangani insiden yang disebabkan oleh

perilaku ceroboh atau tidak bertanggungjawab. Rakyat perlulah sedar bahawa menangani kesan

kemalangan memerlukan sumber kewangan dan manusia yang besar. Perkhidmatan kecemasan

mesti bertindak ke tempat kejadian, menyediakan rawatan perubatan, menguruskan trafik, dan

dalam beberapa kes, mengekstrak individu daripada kenderaan. Kesan kumulatif ini

meningkatkan beban kerja dan kos secara keseluruhan untuk perkhidmatan kecemasan.

Akhir sekali, melanggar undang-undang jalan raya akan menjejaskan kualiti

perkhidmatan perubatan. Adalah penting untuk mengetahui bahawa kegagalan untuk mematuhi

14
peraturan lalu lintas boleh menjejaskan bukan sahaja sistem jalan raya, tetapi juga sistem

kesihatan. Perkhidmatan yang terlampau diberatkan akan menyebabkan kesulitan untuk

mengekalkan piawaian perawatan dan responsivitas yang tinggi. Apabila kedua-dua sistem tidak

lagi beroperasi pada tahap yang standard, ini akan menyebabkan orang ramai hilang keyakinan

terhadap kedua-dua sistem dan tidak lagi mempunyai semangat untuk mengikut peraturan. Ini

adalah kitaran yang ganas. Oleh itu, kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang trafik

bukan hanya tanggungjawab individu, tetapi juga merupakan satu tanggungjawab bersama yang

melibatkan seluruh komuniti. Dengan mematuhi peraturan jalan raya, kita tidak hanya menjaga

keselamatan diri sendiri dan orang lain, tetapi juga menyokong operasi harian bandar dan

memastikan berfungsinya dengan lancar sektor-sektor lain, termasuk sistem penjagaan dan

kecemasan kesihatan.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat tidak mematuhi peraturan

jalan raya di Malaysia termasuk sikap individu di jalan raya dan sistem jalan raya yang kurang

sistematik. Pada masa yang sama, kesan-kesan masyarakat tidak mematuhi peraturan jalan raya

di Malaysia yang didapati adalah peningkatan kes kemalangan jalan raya dan sistem penjagaan

dan kecemasan kesihatan terjejas. Dengan ini, kedua-dua objektif kerja kursus telah dicapai.

Sebagai cadangan, pihak berkuasa harus menguatkuasakan peraturan-peraturan jalan raya

untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya dan tidak menyalah guna sumber komuniti

seperti perkhidmatan kecemasaan. Kes-kes kemalangan jalan raya yang tinggi akan menjejaskan

imej masyarakat Malaysia. Ini adalah kerana masyarakat luar negara akan menanggap Malaysia

sebagai negara yang bahaya. Hanyalah pengguna jalan raya Malaysia bekerjasama dengan pihak

berkuasa untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya dapat meningkatkan imej negara kita.

15
Secara tidak langsungnya, Malaysia dapat mencapai kejayaan dari pelbagai aspek pada masa

depan kerana mempunyai imej yang baik.

Rujukan/Bibliografi

Azzman Abdul Jamal. (2017, June 20). Sikap Pengguna Jalan Raya Tentukan Kadar

Kemalangan (Azzman Abdul Jamal , Ed.) [Review of Sikap pengguna jalan raya

tentukan kadar kemalangan]. Berita Harian Online; Berita harian.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/06/295075/sikap-pengguna-jalan-raya-

tentukan-kadar-kemalangan

Hidir Reduan. (2022, April 23). Panduankini: Menyorot Kes Tragedi Basikal Lajak.

Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/618730

Ibrahim, M. F. (2018, March 17). 6 Kesalahan Utama Pengguna Jalan Raya. Harian Metro.

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/322201/6-kesalahan-utama-pengguna-jalan-

raya

Ismail, R. (2008). Mat Rempit dan Gejala Perlumbaan Haram di Malaysia (‘Mat rempit’ and

illegal motorcycle racing in Malaysia). Jurnal Psikologi Malaysia.

https://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/view/92

16
Kamar, M. F. F., & Omar, N. B. (2022). Kajian Kemalangan Jalan Raya di Persimpangan Jalan

Persekutuan FT050 Jalan Batu Pahat-Kluang: Kajian Kes KM10-KM24. Recent Trends

in Civil Engineering and Built Environment.

https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rtcebe/article/view/3184

Lim.A.K. (2007). Hubungan Sikap Pengguna dengan Keterlibatan dalam Kemalangan Jalan

Raya: Kajian Kes Di Negeri Melaka. Universiti Sains Malaysia.

http://eprints.usm.my/9056/1/HUBUNGAN__SIKAP__PENGGUNA_DENGAN_KETE

RLIBATAN_DALAM_KEMALANGAN_JALAN_RAYA.pdf

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri. (2023, July 29). Polis kesan Lima Lelaki gaduh di Jalan

Raya | berita harian. Berita Harian.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/07/1132810/polis-kesan-lima-lelaki-gaduh-

di-jalan-raya

Nor Azura. (2022). Jalan Tidak Rata Bahayakan Orang Ramai. Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/206338/edisi/jalan-tidak-rata-bahayakan-orang-

ramai

Oshman, N. N. A. (2023, April 12). Jadikan Pengajaran Kes Basikal Lajak. Sinar Harian.

https://www.sinarharian.com.my/article/254078/berita/nasional/jadikan-pengajaran-kes-

basikal-lajak

17
Rahman, N. H. N. A. (2020). Impak dan Pengurusan Kecederaan Akibat Kemalangan Jalan

Raya di Malaysia: Bersediakah Kita. Penerbit USM. https://books.google.com/books?

hl=en&lr=&id=bUbODwAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA1&dq=kemalangan+jalan+raya+kec

ederaan+psikologi+&ots=S2wr1ms9pS&sig=Ne99gwy-NrTUAEA4QzZuarEoBgk

Sinaran Harian. (2021). Apa Salahnya Beri Laluan Kepada Ambulans?

https://www.sinarharian.com.my/article/128445/suara-sinar/pojok/apa-salahnya-beri-

laluan-kepada-ambulans

Siti A’isyah. (2016). Keliru Papan Tanda. MyMetro.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2016/01/104476/keliru-papan-tanda

18

Anda mungkin juga menyukai