Anda di halaman 1dari 1

2/14/23, 10:40 AM Facebook

__________________________________________

Soalan:

Seandainya dalam tempoh perkhidmatan pegawai, terdapat tahun di mana pegawai telah terlebih mengambil cuti rehat
(contohnya terlebih 6 hari) dan daripada semakan yang dibuat tiada tindakan bayaran balik emolumen dibuat pada tahun
berkenaan. Mohon pandangan tuan, adakah tempoh terlebih cuti rehat yang diambil pada tahun tersebut boleh ditolak
daripada GCR yang dikumpul (150 hari) atau boleh ditolak daripada GCR melebihi 150 hari yang boleh digunakan sebagai
cuti rehat pada tahun persaraan pegawai (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017)

Jawapan:

Sekiranya pegawai didapati terlebih ambil cuti rehat pada tahun-tahun sebelumnya, pihak jabatan puan perlu menolak
dari jumlah pengumpulan GCR pada tahun tersebut dan selepas itu baru menghadkan pengumpulan GCR kepada kadar
90 hari pada tahun 2002 dan 120 hari pada tahun 2008. Sebelum pegawai layak menggunakan kemudahan dalam SPP
Bil.2 Tahun 2017 tersebut, penyemakan samada sekiranya pegawai terlebih ambil cuti itu perlu dilaksanakan dengan
menggunakan Sistem Pengiraan GCR seperti dalam SPP tersebut dan jika didapati pengumpulan GCR pegawai melebihi
kadar 150 hari maka boleh menggunakan kemudahan dalam SPP tersebut. Sekiranya tidak melebihi 150 hari
pengumpulan GCR pada tahun persaraannya maka pegawai tidak layak menggunakan kemudahan SPP tersebut.

________________________________________

Sehubungan dengan itu pada masa akan datang sekiranya pegawai didapati terlebih ambil cuti, pihak jabatan tuan/puan
perlu mengambil tindakan memotong emolumen bagi tempoh terlebih ambil cuti rehat / cuti rehat khas pada tahun
tersebut mengikut perenggan 14(A)(a) Perintah Am Bab C.

________________________________________

Harap dengan
Write a penjelasan
comment…ini dapat membantu pihak tuan/puan menguruskan pengumpulan GCR pegawai di bawah
jabatan puan dengan lebih teratur dan tepat.
https://www.facebook.com/bahagian.pasca.perkhidmatan/photos/tolong-kongsikan-maklumat-ini-bolehsoal-jawab-isu-gcr-gantian-cuti-rehat-gantia… 1/1

Anda mungkin juga menyukai