Anda di halaman 1dari 20

Penyelenggara

MUHAMMAD FIQRI
AIMAN BIN AZHARUN
PROFESSOR MADYA DR
KAMARUL BIN ISMAIL
Cetakan Pertama / First Printing, 2024
Hak Cipta/Copyright Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI, 2024

Hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak


boleh diterbitkan semula,disimpan dalam cara yang boleh
digunakan semula, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk,
atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik,
mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya
tanpa mendapat izin daripada persatuan penulis BUDIMAN
terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced


or transmitted in any form or by any means, electronic or
mechanical including photocopy, recording or any information
storage and retrieval system, without permission in writing from
Penerbit Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, UPSI

.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PENERBIT JABATAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malaim, Perak

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalamPenerbitan /

Cataloguing-in-Publication Data
Judul.eISB
Di dalam sebuah hutan yang subur,
hidup seorang pemburu
berpengalaman yang tinggal
berseorangan. Pemburu itu sering
keluar memburu haiwan untuk
mendapatkan makanan dan juga
menebang pokok bagi dibuat tempat
berteduh.
Pada suatu hari, ketika pemburu
tersebut ingin keluar memburu seperti
biasa, dia terlihat seekor anak rusa yang
terbaring di bawah pokok yang redang.
Pemburu tersebut mendapati bahawa
kaki anak rusa itu patah dan anak rusa
itu tidak dapat bangun mahupun
bergerak
Tanpa berfikir panjang, pemburu itu segera membawa
anak rusa tersebut ke pondok kayunya untuk merawat
kakinya yang patah. Pemburu itu tidak berminat untuk
memakan anak rusa tersebut kerana saiz badannya yang
sangat kecil.
Pemburu itu merawat
anak rusa tersebut
dengan membalut
kakinya yang patah.
Disebabkan oleh
keadaan kaki rusa itu
yang kritikal, maka
pemburu itu membuat
keputusan untuk
menjaga anak rusa itu
sehingga anak rusa itu
sembuh sepenuhnya.
Setelah dua bulan pemburu itu
menjaga anak rusa tersebut, akhirnya
kaki anak rusa itu sembuh
sepenuhnya dan boleh berjalan
dengan baik. Pemburu itu juga
melepaskan semula anak rusa itu ke
hutan. Anak rusa itu berjalan
meninggalkan pemburu tersebut
Keesokkan harinya,
pemburu tersebut akan
masuk hutan untuk
keluar memburu seperti
biasa. Apabila dia
berjalan-jalan di hutan
sambil menggalas bag,
dia terdengar suara
ngauman yang kuat.
Pemburu itu yakin
bahawa ada harimau di
kawasan terdekat.

Untuk keselamatan, pemburu itu segera mencari jalan


lain agar terhindar dari ancaman harimau tersebut.
Namun jalan yang dilalui pemburu itu sangatlah sukar,
dia perlu meredah semak-semak yang tebal di hutan.
Secara tiba-tiba hujan turun dengan
lebat, pemburu tersebut membuat
keputusan untuk terpaksa pulang
semula ke pondok kayunya dan
menunggu sehingga hujan lebat itu
reda.
Apabila tiba di pondok kayunya, pemburu itu terkejut
melihat pondok kayunya musnah akibat dihempap oleh
pokok besar yang tumbang disebabkan oleh hujan lebat
dan angin yang kencang.

Pemburu itu merasa


kecewa dan dia terpaksa
berpindah ke kawasan
yang lain untuk mencari
tempat perlindungan.
Dia membawa kesemua
barang-barangnya dan
bergerak mengharungi
hujan yang lebat beserta
semak samun yang tebal
Ketika dalam perjalanan, pemburu itu
secara tiba-tiba tersepak akar kayu
pokok yang besar sehingga
menyebabkan dia terjatuh dan
terguling kebawah curaman hutan.
Pemburu itu cedera di bahagian
kakinya dan dia tidak dapat untuk
bangun.
Pemburu itu cuba sedaya upaya untuk
bangun namun masih gagal. Tiba-tiba
pemburu itu terlihat kelibat seekor
haiwan yang memandang kearahnya
dengan pandangan yang tajam. Iaitu
seekor harimau belang.
Pemburu itu cuba menenangkan diri
sambil berdoa didalam hati agar dia
tidak dimakan oleh harimau tersebut.
Namun harimau itu berjalan semakin
mendekat kearah pemburu itu dengan
wajah yang menakutkan.
Apabila pemburu itu seolah-olah
putus harapan, tiba-tiba datang
seekor rusa dewasa yang besar dan
bertanduk menerjah lalu menanduk
harimau tersebut sehingga
menyebabkan harimau itu tercampak
jauh.
Pemburu tersebut terkejut dengan
kejadi an yang b e r l a ku d i d e p a n
matanya. Harimau itu terus lari
meninggalkan pemburu itu dalam
keadaan badannya yang tercedera
akibat ditanduk.
Setelah harimau itu beredar, maka datanglah seekor anak rusa
berdiri disamping rusa dewasa itu. Pemburu itu sedar bahawa
anak rusa itu merupakan anak rusa yang dia rawat sebelum ini.
Ke m u n g k i n a n a n a k r u s a i t u m e m a n g g i l b a p a nya b a g i
menyelamatkan pemburu itu untuk membalas jasa.

Pemburu itu mengucapkan terima kasih kepada rusa dewasa itu


kerana telah menyelamatkannya dari dibaham oleh harimau
belang. Rusa dewasa itu seolah-olah memberi isyarat kepada
pemburu itu untuk mengendongnya ke tempat selamat.
Pemburu itu terus naik ke atas badan
rusa dewasa itu lalu dia terus dibawa
ke tempat yang selamat dan jauh dari
haiwan buas. Setelah tiba, pemburu itu
diletakkan di kawasan hutan yang
lapang dan rusa dewasa dan anak rusa
i t u t e r u s b e re d a r m e n i n g ga l ka n
pemburu itu.
Hujan telah pun reda, namun kaki
pemburu itu masih lagi cedera.
Walaubagaimanapun, pemburu itu
tetap bersyukur kerana
diselamatkan oleh rusa dewasa itu
dari menjadi makanan kepada
harimau belang.
Pemburu itu mula sedar bahawa
tindakkannya selama ini iaitu
memburu dan menebang pokok telah
memberi kesan buruk yang berbalik
kepada dirinya sendiri. Pemburu itu
insaf atas perbuatannya dan berjanji
untuk tidak memburu dan menebang
pokok lagi.
NILAI MURNI

1.Kepelbagaian: Contohnya di dalam cerita, hutan rimbun


mencipta sebuah biodiversiti yang indah dengan kehadiran
pelbagai jenis flora dan fauna, termasuk rusa dewasa, anak rusa
dan harimau.

2. Kasih Sayang: Pemburu menunjukkan kasih sayang


terhadap anak rusa yang tercedera kakinya. Tindakan pemburu
tersebut yang merawat dan menjaganya menunjukkan nilai
kasih sayang terhadap makhluk di alam sekitar.

3.Kesalinghubungan: Hubungan antara pemburu, anak rusa,


rusa dewasa dan harimau menunjukkan kesalinghubungan alam
semula jadi di mana tindakan suatu makhluk boleh memberi
kesan ketara pada makhluk lain

4.Tanggungjawab: Contohnya apabila pemburu menyedari


kesan negatif dalam tindakannya terhadap alam sekitar dan
memutuskan untuk tidak lagi memburu dan menebang pokok di
hutan, ia mencerminkan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

5.Balas Budi: Rusa dewasa dan anak rusa yang datang untuk
menyelamatkan pemburu ketika dalam ancaman harimau
menunjukkan suasana balas budi serta menekankan
kepentingan kesejahteraan bersama antara manusia dan
haiwan.

6.Keinsafan: Kesedaran pemburu mengenai tingkah lakunya


selama ini telah mewujudkan nilai keinsafan pada pemburu
tersebut sehingga membuatkannya mengambil keputusan untuk
tidak lagi memburu dan menebang pokok di hutan.
Pemeliharaan alam sekitar adalah kekayaan terbesar untuk
kehidupan di muka bumi ini. Penghayatan terhadap kepentingan
alam sekitar dapat dilihat melalui pelbagai ungkapan
penghargaan. Himpunan cerpen dalam antologi ini
menggambarkan penghargaan ikhlas pencinta alam terhadap
nasib dan masa depan alam yang sering diabaikan oleh
masyarakat. Menyelami kisah-kisah dalam antologi ini membawa
pembaca ke dalam dunia imaginasi, menimbulkan harapan agar
alam sekitar akan terus terpelihara demi kelangsungan hidup
manusia di muka bumi ini.

BIODATA PENYELENGGARA
Dr. Kamarul Ismail, Professor Madya dalam bidang
geografi di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Perak. Beliau memegang
jawatan sebagai Ketua Jabatan Geografi dan Alam
Sekitar dan sangat aktif dalam kerja-kerja sosial yang
melibatkan penjagaan alam sekitar, pembersihan
pantai dan program kitar semula. Beliau juga sering
dijemput sebagai penceramah dalam bidang
kelestarian alam dan kesedaran teknologi hijau.

Muhammad Fiqri Aiman Bin Azharun, merupakan


seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Geografi di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berasal
dari Taiping Perak dan juga merupakan lepasan
diploma dalam jurusan Pengurusan Pelancongan di
Universiti Teknologi Mara di Permatang Pauh, Pulau
Pinang. Kini bergerak aktif sebagai seorang siswa
UPSI dalam pelaksanaan segala tugasan dan
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai