Anda di halaman 1dari 6

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/372104599

Gejala LGBT dalam Kalangan Mahasiswa

Conference Paper · January 2023

CITATIONS READS

0 424

2 authors, including:

Kamarul Azmi Jasmi


Universiti Teknologi Malaysia
618 PUBLICATIONS 4,594 CITATIONS

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on 05 July 2023.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Gejala LGBT dalam Kalangan Mahasiswa

Rozhafiezam Rosdi
Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia

Kamarul Azmi Jasmi


Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan,
Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor
qamar@utm.my

Suggested Citation:
Rosdi, Rozhafiezam; Jasmi, Kamarul Azmi. (2023). “Gejala LGBT dalam Kalangan Mahasiswa” in
Prosiding Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan, 5(1) p. 109-112. 10 Jan 2023. Dewan Webex
Maya Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi
Malaysia, https://utm.webex.com/join/amdean anjuran Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia. eISSN: 2805-556X.

Abstract
Gejala LGBT dilihat semakin merebak di Malaysia. Dalam kalangan mahasiswa, gejala LGBT dilihat kurang
diberi perhatian kerana kehadiran mereka sukar untuk dikenal pasti dan sifat mereka yang lebih gemar berselin-
dung di sebalik media sosial. Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka isu-isu LGBT dalam kalangan maha-
siswa di Malaysia. Penyelidik telah pun mengguna pakai kaedah ulasan artikel dalam menjalakan kajian ini.
Sebuah artikel surat khabar telah pun dipilih untuk diulas oleh penyelidik. Hasil ulasan tersebut mendapati,
terdapat usaha penyebaran dakwah oleh mahasiswa kepada golongan LGBT melalui media sosial. Perkara ini
mengundang pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif. Usaha mahasiswa ini wajar dicontohi kerana
mahasiswa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan gejala LGBT di Malaysia dapat diben-
dung. Kata Kunci: LGBT, mahasiswa
References

Abdullah, F., & Akhir, N. M. (2019). LGBT dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam.
Jurnal Wacana Sarjana, 3(4), 1-11.
Ismail, M. A. M., Yahaya, M. H., Jamal, I. H., & Wakil, M. N. A. (2020). Isu LGBT Di Malaysia: Satu Tin-
jauan Terhadap Aspek Kajian: LGBT Issues In Malaysia: A Review Of Research Aspects. INSLA E-
Proceedings, 3(1), 459-470.
Nik Min, N. A. (2019, March 12). Lgbt: Tuntut hak yang tidak sepatutnya. Sinar Harian.
Wahid, R. (2020, October 1). Penuntut IPT mahu sebar mesej kasih sayang buat LGBT. Malaysiakini. https://
www.malaysiakini.com/news/544721
What’s a “Review Article?” (2011, June 4). University of Texas Libraries. https://web.archive.org/
web/20110604191438/http://www.lib.utexas.edu/lsl/help/modules/review.html
10
GEJALA LGBT DALAM KALANGAN MAHASISWA
Rozhafiezam Rosdi
Akademi Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia

Kamarul Azmi Jasmi


Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia
qamar@utm.my

Abstrak
Gejala LGBT dilihat semakin merebak di Malaysia. Dalam kalangan mahasiswa,
gejala LGBT dilihat kurang diberi perhatian kerana kehadiran mereka sukar untuk
dikenal pasti dan sifat mereka yang lebih gemar berselindung di sebalik media sosial.
Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka isu-isu LGBT dalam kalangan mahasiswa
di Malaysia. Penyelidik telah pun mengguna pakai kaedah ulasan artikel dalam
menjalakan kajian ini. Sebuah artikel surat khabar telah pun dipilih untuk diulas
oleh penyelidik. Hasil ulasan tersebut mendapati, terdapat usaha penyebaran
dakwah oleh mahasiswa kepada golongan LGBT melalui media sosial. Perkara ini
mengundang pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif. Usaha mahasiswa
ini wajar dicontohi kerana mahasiswa memainkan peranan yang sangat penting
dalam memastikan gejala LGBT di Malaysia dapat dibendung.

Kata Kunci: LGBT, mahasiswa

PENGENALAN
Menurut Abdullah dan Akhir (2019) seperti yang dinyatakan oleh Fairus (2017), golongan
Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender atau lebih dikenali dengan singkatannya LGBT
bermaksud seseorang individu yang telah mengaku dan memperlihatkan orientasi seksual
dan juga identiti jantina mereka dalam tatapan baharu atau tidak dikenali. Lesbian
merujuk kepada seseorang yang berjantina perempuan dan mempunyai keinginan seksual
terhadap perempuan yang lain. Gay pula merujuk kepada seseorang yang berjantina lelaki
dan mempunyai keinginan seksual terhadap lelaki yang lain. Terma Bisexual pula merujuk
kepada seseorang yang berjantina lelaki atau perempuan dan mempunyai keinginan seksual
terhadap kedua-dua lelaki dan perempuan yang lain. Sementara istilah Transgender pula
merujuk kepada seseorang yang mempunyai organ seksual lelaki atau perempuan, namun
merasakan jantina sebenar mereka adalah sebaliknya. Walaupun gejala LGBT ini lebih
sinonim diguna pakai di negara-negara barat, namun kewujudan mereka di Malaysia sudah
lama sejak tahun 1980 lagi (Ismail, Yahaya, Jamal & Wakil, 2020). Golongan mak nyah
dan pondan boleh dikategorikan bersama dengan golongan LGBT kerana faktor
persamaan mereka.
110

Walaupun kehadiran golongan LGBT tidak mendapat sambutan yang menggalakkan


di Malaysia, kewujudan mereka tidak boleh dinafikan kerana ada dalam kalangan mereka
yang lantang bersuara menuntut pengiktirafan terhadap golongan mereka (Nik Min,
2019). LGBT juga wujud dalam kalangan mahasiswa. Kajian oleh Abdullah dan Akhir
(2019) membuktikan kewujudan mereka dan menyenaraikan beberapa faktor penglibatan
mahasiswa dalam kancah LGBT. Perkara ini adalah sangat membimbangkan kerana
kehadiran golongan ini dilihat semakin hari semakin bertambah. LGBT merupakan
sesuatu yang bertentangan dengan nilai budaya masyarakat timur seperti Malaysia. Kajian
ini akan melihat dengan lebih dalam tentang golongan LGBT dalam kalangan mahasiswa
di Malaysia.

OBJEKTIF
Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis isu berkaitan meneroka isu kehadiran
golongan LGBT dalam kalangan mahasiswa dan melihat faktor yang mempengaruhi
kewujudan LGBT dalam kalangan mahasiswa
Berdasarkan objektif kajian, maka kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan
yang berikut, iaitu apakah isu kehadiran golongan LGBT dalam kalangan mahasiswa? dan
apakah faktor yang mempengaruhi kewujudan LGBT dalam kalangan mahasiswa?

METODOLOGI
Metodologi kajian ini menggunakan kaedah ulasan artikel. Kaedah ulasan artikel (article
review) merupakan suatu kaedah metodologi dalam penyelidikan di mana penyelidik akan
memilih sebuah artikel sama ada bercetak atau atas talian untuk dibaca dan dianalisis
(What’s a “Review Article?,” 2011). Penyelidik kemudiannya akan membuat ulasan atau
kritikan tentang artikel tersebut. Penulis telah pun memilih sebuah artikel surat khabar
atas talian yang sesuai untuk digunakan dalam kajian ini. Artikel bertajuk “Penuntut IPT
mahu sebar mesej kasih sayang buat LGBT” tulisan Ramieza Binti Wahid pada tahun 2020
yang lepas merupakan salah satu contoh yang sangat baik untuk dijadikan sebagai bahan
untuk diulas oleh penyelidik. Artikel ini dipilih kerana faktor kesesuaiannya dengan tajuk
kajian penyelidik iaitu “Gejala LGBT Dalam Kalangan Mahasiswa”.

DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian ini mendapati artikel surat khabar yang bertajuk “Penuntut IPT mahu sebar
mesej kasih sayang buat LGBT” ini mengandungi beberapa isi penting yang wajar untuk
dijadikan pengajaran dan iktibar kepada masyarakat Muslim khasnya. Penulis artikel
berkenaan telah pun menemu ramah seseorang yang bertanggungjawab memuat naik
sebuah klip video berdurasi pendek ke laman media sosial iaitu TikTok dan Twitter yang
memaparkan tindakan seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam di Malaysia
memegang plakad yang mengandungi nasihat dan kata-kata motivasi yang ditujukan
kepada golongan LGBT. Klip video berkenaan turut disertakan dengan sebuah tanda
pagar yang sinonim dengan golongan LGBT di Malaysia iaitu #tetapbangga. Tanda pagar
#tetapbangga ini telah lama digunakan oleh komuniti LGBT di Malaysia dalam
menyuarakan pendapat mereka di ruangan media sosial khasnya di Twitter (Wahid, 2020).
Penyelidik merasakan bahawa artikel ini adalah sangat bermanfaat kerana ianya
memaparkan perjuangan seorang mahasiswa dalam menyampaikan dakwah secara
berhemah tanpa menggunakan bahasa yang kurang enak untuk didengari. Artikel ini
111

menyingkap sisi lain mahasiswa yang sering dianggap tinggal di universiti hanyalah untuk
pergi ke kelas dan duduk belajar sahaja sedangkan terdapat banyak aktiviti yang mereka
ceburi dan bagi mahasiswa yang dipaparkan dalam artikel ini, dia memilih untuk
berdakwah kepada golongan LGBT. Tindakan mahasiswa ini semestinya mendapat
pelbagai reaksi sama ada positif mahupun negatif. Komen-komen yang positif dan
menggalakkan datang dari klip video yang dimuat naik di media sosial TikTok sementara
media sosial Twitter pula memaparkan komen-komen yang berunsur negatif. Malah
terdapat komen yang mengatakan mahasiswa itu sebagai seorang homofobia yang
bermaksud seseorang yang anti homoseksual. Perbezaan penerimaan ini menunjukkan
bahawa terdapat penyokong-penyokong golongan LGBT di Malaysia.

RUMUSAN DAN IMPLIKASI


Hasil kajian ini memberi implikasi yang sangat besar kepada masyarakat, pihak akademik
dan juga pihak berkuasa. Kajian ini memberi impak kepada masyarakat dengan
menyebarkan maklumat tentang golongan LGBT di Malaysia. Hal ini kerana, golongan
LGBT di Malaysia kurang mendapat perhatian kerana status mereka yang tidak diiktiraf
oleh pihak kerajaan. Melalui penulisan kajian ini, masyarakat akan lebih peka dan ambil
tahu tentang permasalahan kehadiran golongan LGBT di Malaysia. Kajian ini juga
memberi kesan kepada golongan akademik kerana ianya menyingkap isu kehadiran
golongan LGBT dalam kalangan mahasiswa di Malaysia khasnya. Seluruh warga akademik
diharapkan untuk bekerjasama dalam usaha menyebarkan dakwah secara lemah lembut
dan berhemah agar nasihat dan risalah yang disampaikan dapat diterima oleh golongan
LGBT ini. Seterusnya, pihak kerajaan disarankan untuk memperkasa agensi yang
bertanggungjawab menyelia golongan LGBT di Malaysia untuk bertindak lebih tegas lagi
agar masalah ini dapat dihapuskan sebelum ianya berkembang dengan lebih pesat. Pihak
kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kehadiran golongan
LGBT di Malaysia dapat dibanteras.
Natijahnya, kehadiran golongan LGBT di Malaysia adalah sukar untuk dikawal tetapi
ianya tidak mustahil. Kewujudan golongan ini dalam kalangan mahasiswa semestinya
mendatangkan kegusaran kerana ianya dapat mengganggu sistem akademik di Malaysia.
Semua pihak haruslah berganding bahu bekerjasama dalam memastikan usaha-usaha
untuk membanteras golongan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam memastikan
nilai-nilai masyarakat timur kekal terpelihara dan tidak mencemarkan imej Malaysia
sebagai sebuah negara Islam. Individu yang terlibat dalam gejala ini disarankan untuk
mendapatkan bantuan yang sewajarnya untuk kembali ke pangkal jalan kerana pintu
taubat masih lagi terbuka. Diharapkan hasil kajian ini akan dapat membuka mata
sesetengah pihak tentang kewujudan gejala LGBT dalam kalangan mahasiswa di Malaysia.

RUJUKAN
Abdullah, F., & Akhir, N. M. (2019). LGBT dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi
Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Wacana Sarjana, 3(4), 1-11.
Ismail, M. A. M., Yahaya, M. H., Jamal, I. H., & Wakil, M. N. A. (2020). Isu LGBT Di
Malaysia: Satu Tinjauan Terhadap Aspek Kajian: LGBT Issues In Malaysia: A Review
Of Research Aspects. INSLA E-Proceedings, 3(1), 459-470.
Nik Min, N. A. (2019, March 12). Lgbt: Tuntut hak yang tidak sepatutnya. Sinar Harian.
Wahid, R. (2020, October 1). Penuntut IPT mahu sebar mesej kasih sayang buat LGBT.
Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/544721
112

What’s a “Review Article?” (2011, June 4). University of Texas Libraries.


https://web.archive.org/web/20110604191438/http://www.lib.utexas.edu/lsl/help/m
odules/review.html

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai