Anda di halaman 1dari 17

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN PAHANG, RAUB

CTU 101 (PRINSIP ASAS ISLAM)

ISU LGBT DI MALAYSIA

KUMPULAN / KELAS: AM1101I

NAMA DAN NO. PELAJAR :


• IRDINA AQILAH BINTI MOHD AZMAN (2022493742)
• NUR ADRIANNA BATRISYIA BINTI DJOHANIS (2022808774)
• JEREMY LOW (2022449212)
• MUHAMMAD FIKRI BIN MD SALIH (2022493666)

NAMA PENSYARAH : USTAZAH MAYSARAH ABD AZIZ

KERTAS KERJA LAPANGAN

KRITERIA MARKAH JUMLAH

Pengenalan 4

Objektif Kajian 4

Kajian Literatur 8

Metodologi, Dapatan & Perbincangan 16

Rumusan, Kesimpulan & Etika 4

Bibliografi/Rujukan 4

JUMLAH 40 Markah
ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT


(M/S)
1. A. PENGENALAN 1
2. B. OBJEKTIF KAJIAN 2
3. C. KAJIAN LITERATUR 2–4
4. D. SIGNIFIKAN KAJIAN 5
5. E. KAJIAN METODOLOGI 5–6

1.1 Reka Bentuk Kajian


1.2 Lokasi Kajian
1.3 Sampel Kajian
1.4 Pengumpulan Data
1.5 Penganalisian Data
6. F. DAPATAN KAJIAN 7 - 13

1.1 Pengenalan
1.2 Analisis Latar Belakang Responden
1.3 Analisis Jantina Responden
1.4 Analisis Semester 1 Hingga 5
1.5 Analisis Kod Program
1.6 Analisis Objektif 1
1.7 Analisis Objektif 2
1.8 Analisis Objektif 3
1.9 Analisis Objektif 4
1.10 Analisis Objektif 5
7. G. PERBINCANGAN KAJIAN 13 – 14

1.1 Apakah Implikasi Kajian Ini Kepada Teori


1.2 Apakah Implikasi Kajian Ini Kepada Kaedah
Penyelidikan
1.3 Apakah Implikasi Kajian Ini Kepada Pracitioner
Daripda Artikel-Artikel Yang Dipilih
1.4 Kepentingan Kajian
1.5 Cadangan Penambahbaikan Untuk Kajian Akan Datang
8. H. KESIMPULAN 14
9. I. RUJUKAN 15
A. PENGENALAN

Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau akronimnya sebagai LGBT ini dianggap
sebagai satu cara hidup yang bertentangan dengan fitrah. Allah SWT menciptakan fitrah
manusia, lelaki merupakan pasangan kepada perempuan, begitu juga dengan haiwan
dan tumbuhan, jantan pasangannya adalah betina. Mereka yang melanggar fitrah ini
dianggap tidak menerima ciptaan Allah dan menyeleweng daripada kejadian asal. Isu
kecelaruan seksual dan jantina, yang merujuk kepada komuniti LGBT bukan
merupakan isu baru kerana telah berlaku ketika zaman Nabi Lut sebagaimana firman
Allah SWT pada ayat 80- 84, Surah al-A’raf yang bermaksud:

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh
seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan
perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". Dan tidak ada
jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan
pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka
adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri". Maka Kami selamatkan
dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia
dari orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan
hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orangorang
yang melakukan kesalahan.

Kegiatan LGBT terus berkembang dalam kehidupan masyarakat kini walaupun cara
hidup dan tuntuan kumpulan tersebut bertentangan dengan prinsip Islam dan norma
kehidupan masyarakat yang normal. Justeru mereka memerlukan pendekatan dakwah
yang terbaik bagi mengawal penularan dan percambahan jaringan LGBT terutamanya
dalam kalangan umat Islam di Malaysia. Setiap pendakwah perlu peka dengan
maklumat mengenai perkembangan LGBT, menguasai dan memahami pendekatan
dakwah yang sesuai agar mesej dakwah yang disampaikan benar-benar diterima oleh
golongan ini.

1
B. OBJEKTIF KAJIAN

I. Mengenal pasti latar belakang individu yang cenderung ke arah LGBT.


II. Menghuraikan faktor-faktor penyebab kecenderungan ke arah LGBT.
III. Menjelaskan kesan LGBT terhadap diri sendiri dan keseihatan.
IV. Menganalisis cabaran dan pendekatan dakwah yang sesuai dengan golongan
LGBT.
V. Menjelaskan langkah-langkah untuk mengurangkan kegiatan LGBT di dalam
kalangan masyarakat Malaysia.

C. KAJIAN LITERATUR

Kajian yang dilakukan oleh Khairul H. et al. (2018), peringkat awal kewujudan
golongan LGBT bermula dengan kemunculan pondan dan mak nyah sekita tahun 1980-
an. LGBT merupakan hubungan seksual luar tabi’e dan diharamkan berdasarkan agama
islam. Gerakan LGBT di Malaysia digelarkan sebagai Gerakan diskriminasi bentuk
baru atas nama hak asasi. Mereka menggunakan hak asasi manusia untuk
mempertahankan perlakuan mereka. Gerakan LGBT ini akan memberi imej yang
negatif pada peringkat antarabangsa dan boleh menjangkit orang dengan penyakit
seperti HIV. Petikan ini disokong oleh Md Izzat et al. (2018), Md Afandi et al. (2019)
dan Mahfudzah Mohamad (2015). Semua kajian ini mempunyai persamaan dari segi
kemunculan dan kesan LGBT di Malaysia serta pandangan Islam dan syariah terhadap
perbuatan LGBT.

Walaupun sedemikian, terdapat perbezaan dari segi metodologi kajian dan cara
menangani masalah LGBT yang diperoleh dari semua kajian yang dilakukan. Kajian
yang dilakukan oleh Khairul H. et al. (2018) menggunakan pendekatan kualitatif yang
melibatkan temu bual secara tidak berstruktur dengan golongan LGBT. Penyelidik peka
terhadap maklumat yang diberi dan dapat mengumpul data dan mengkategorikan
berdasarkan topik yang diberi fokus. Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Md Afandi
et al. (2019) menggunakan pengumpulan data melalui kaedah kepustakaan. Ini
dilaksanakan dengan mengumpul data dari teks-teks perundangan, kajian lain dan kes
mahkamah. Kes mahkamah yang digunakan sebagai rujukan melibatkan golongan
LGBT di Malaysia dan teks dan terbitan tentang LGBT di Malaysia serta undang-
2
undang sivil dan undang-undang syariah. Maklumat digunakan untuk mengukuhkan
kajian. Selain itu, Mahfudzah Mohamad (2015) juga menggunakan kaedah
kepustakaan. Antara bahan sumber yang digunakan ialah kajian LGBT di Malaysia,
teks perundangan dan juga system kehakiman di Malaysia. Metodologi kajian ini
hamper serupa dengan kajian Md Afandi et al. (2019) dari segi kaedah kepustakaan.
Maklumat yang relevan diambil dan digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan
fakta yang lebih kuat dan kukuh. Akhir sekali, kajian Md Izzat et al. (2018) yang juga
menggunakan kaedah kepustakaan. Teks-teks perundangan seperti pengisytiharan dan
piagam antarabangsa, akta Parlimen, enakmen negeri-negeri, surat pekeliling am serta
keputusan kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah digunakan sebagai bahan rujukan.
Sumber-sumber ini digunakan bagi membentukkan konsep dan skop analisi kajian.

Terdapat perbezaan cara menangani masalah LGBT dalam pada artikel tersebut. Kajian
oleh Khairul H. et al. (2018), pendekatan yang lemah lembut perlu diambil berdasarkan
ayat al-Quran serta jawapan dari temu bual. Hal ini demikian kerana pendekatan secara
kasar akan menimbul kebencian serta penjauhan diri dari golongan LGBT yang kita
berusaha memulihkan. Seterusnya, pendekatan Al-Mujadalah Al-Husna, iaitu secara
pendebatan atau perbahasan. Dalam konteks LGBT, ini dapat bertukar fikiran dan
pendapatan. Pendakwah perlu mengeluarkan hujah yang bernas tetapi mudah difahami
serta mempunyai kehormatan terhadap pihak LGBT. Seterusnya, kajian Md Afandi et
al. (2019), satu standard operating procedure (SOP) dalam penguatkuasaan undang-
undang serta pendakwaan. Ini akan menghalusi lagi langkah-langkah penguatkuasaan
dan pendakwaan serta mengelakkan kucar-kacir. Terdapat juga masalah kekurangan
staf dan peralatan dalam organisasi atau organisasi yang bertanggungjawab dalam
menguatkuasakan jenayah syariah. Seterusnya, kajian Mahfudzah Mohamad (2015),
berpendapat bahawa tindakan agresif perlu diambil supaya golngan LGBT tidak terus
memperleka dan menghina perundangan syariah Malaysia. Islam sebagai agama negara
perlulah dihormati serta peraturan-peraturannya termasuk undang-undang jenayah
Syariah yang berkuatkuasa di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Akhir sekali, kajian
Md Izzat et al. (2018), penguatkuasaan serta penggubalan undang-undang diperlukan
untuk membendung gejala LGBT.

3
Parlimen di peringkat persekutuan dan dewan undangan negeri di peringkat negeri
hendaklah lebih progresif tetapi tegas dalam merangka, membahas dan meluluskan
peruntukan undang-undang yang spesifik dan ekplisit.
Gejala LGBT adalah masalah besar di Malaysia dan perlulah ditangani. Terdapat
konsep yang digunakan dalam proses pemulihan dan bimbingan individu dari golongan
LGBT.

Kajian Khairul H. et al. (2018) menyatakan tentang pertubuhan Usrah Fitrah untuk
membendung gejala LGBT. Pertubuhan Usrah Fitrah merupakan sebuah badan NGO
yang bergerak bebas dengan menumpukan usaha amal kebajikan dan mendapat
bimbingan dari Majlis Agama Islam, Klang di bawah unit Pengurusan al-Riqab. Usrah
Fitrah bermaksud keluarga dan hakikat dan penubuhan ini berasaskan konsep
kekeluargaan. Konsep kekeluargaan Islam mempunyai beberapa tujuan seperti
memelihara masyarakat daripada keruntuhan akhlak, memelihara kesinambungan
kemanusiaan dan menghindarkan penyakit. Tujuan ini menjadi objektif pertubuhan ini
dan dilaksanakan dengan membimbing dan memulih individu-individu dari golongan
LGBT. Ini akan kembalikan mereka kepada prinsip-prinsip Agama Islam seperti patuh
terhadap perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW serta meninggalkan segala
larangan.

Seterusnya, teori sosialisasi peranan jantina memainkan peranan dalam peningkatan


kes-kes LGBT di Malaysia. Teori ini menyatakan bahawa terdapat keasingan tingkah
laku antara lelaki dan perempuan. Teori ini juga menekankan bahawa lelaki lebih
mudah dipengaruh oleh masyarakat di persekitaran. Khairul H. et al. (2018)
menyatakan bahawa sokongan persekitaran seperti gelaran “kakak” atau “nyah”
terhadap lelaki adalah antara cabaran besar dalam membendung gejala LGBT di
Malaysia.

4
D. SIGNIFIKAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk mendedahkan keperluan pendekatan masyarakat, terutamanya


masyarakat beragama Islam dalam gejala LGBT yang semakin meluas di Malaysia.
Kajian ini juga penting untuk pelajar mengenal pasti tentang hubungan LGBT yang
sedang berlaku di negara ini dan segera mengelakkan diri daripada terjerumus dengan
perbuatan ini.

E. METODOLOGI KAJIAN

Menurut “Hornby” (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan
untuk menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini
akan membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian dan prosedur atau menganalisa
pengumpulan data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan
didalam soalan penyelidikan (Google Form). Menurut Ustaz Kenali, metodologi
penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan
menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang menyokong sesuatu kajian.
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah
dan teknik tertentu telah digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu
memahami dengan lebih luas dan terperinci tentang pengaplikasian kaedah dengan
membuat huraian tentang proses kajian.

1.1 REKA BENTUK KAJIAN


Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah pendekatan seperti
berikut :
➢ Soal selidik – kami telah menyediakan soalan soal selidik melalui platforl
Google Form untuk mendapatkan responden dari para pelajar UiTM Raub.
➢ Rujukan – rujukan melalui internet, juga beberapa buah buku dan artikel
digunakan untuk mengumpul maklumat tentang kajian.

5
1.2 LOKASI KAJIAN DIJALANKAN

Lokasi penyelidikan telah dijalankan ialah di UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub,
Felda Krau Raub, 27600

1.3 SAMPEL KAJIAN

Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Menurut chua yan piaw,


persampelan bertujuan merujuk kepada prosedur penyelidik menetapkan maklumat
atau ciri yang perlu ada dalam responden. Bagi kajian ini,. Responden terbuka kepada
seluruh pelajar uitm kampus raub berbeza jantina serta terdiri daripada fakulti berlainan
perlu melengkapkan borang soal selidik (google form).

1.4 PENGUMPULAN DATA

Ahmad Sunawari Long menyatakan bahawa pengumpulan data sangat penting untuk
penyelidik menyempurnakan objektif kajian. Oleh itu, teknik pengumpulan data yang
menggunakan pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian in. Item soal selidik
telah diberikan kepada responden melalui platform Google Form. Kaedah-kaedah lain
seperti rujukan perpustakaan dan pemerhatian juga telah digunakan bagi mengukuhkan
maklumat penyelidikan.

1.5 PENGANALISIAN DATA

Dalam kajian ini, kaedah penganalisisan data yang digunakan adalah kaedah
menganalisis data kuantitatif. Menurut Idris Awang (2001), data di dalam penyelidikan
kuantitatif adalah dalam bentuk angka yang dikumpulkan dengan kaedah tertentu
seperti soal selidik ke atas sampel-sampel yang telah dibentuk dengan cara tertentu.
Menurut Sidek Mohd Noah pula, data kuantitatif merujuk kepada maklumat bersifat
angka atau ukuran sesuatu objek. Secara puratanya,kaedah soal selidik telah dilakukan
untuk melihat pendapat daripada responden tentang gejala atau perbuatan LGBT yang
kini semakin meluas di Malaysia.

6
F. DAPATAN KAJIAN

1.1 PENGENALAN
Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan ujian dan tindak balas yang
diberikan oleh responden-responden terhadap soal selidik yang dijalankan. Kajian ini
telah dianalisis dengan menggunakan sistem google form untuk mendapat sesuatu
maklumat yang kami telah berikan kepada pelajar untuk mengenal pasti jawapan
manakah yang mempunyai pilihan jawapan yang paling ramai dalam kalangan pelajar
uitm. Hasil kajian yang telah kami lakukan memberi banyak kesan terhadap golongan
LGBT ini. Antara objektif soalan yang kami berikan adalah mengenal pasti latar
belakang individu yang cenderung ke arah LGBT, menghuraikan faktor-faktor
penyebab kecenderungan ke arah LGBT, menjelaskan kesan LGBT terhadap diri
sendiri dan kesihatan, menganalisis cabaran dan pendekatan dakwah yang sesuai
dengan golongan LGBT, dan menjelaskan langkah-langkah untuk mengurangkan
kegiatan LGBT di dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kajian dapatan yang
dikemukakan dalam bab ini adalah untuk menghuraikan jawapan yang kami dapat
dalam kalangan pelajar.

1.2 ANALISIS LATAR BELAKANG RESPONDEN

Analisis latar belakang responden secara peratusan dan kekerapan berdasarkan 1 hingga
4 dalam borang soal selidik.

• JANTINA
JANTINA PERATUS
Perempuan 20 %
Lelaki 80 %

7
• SEMESTER
SEMESTER PERATUS
Semester 1 76.7 %
Semester 2 6.7 %
Semester 3 6.7 %
Semester 4 0%
Semester 5 10 %

• UMUR
UMUR PERATUS
18 – 20 100 %
> 21 0%

• KOD PROGRAM
KOD PROGRAM PERATUS
AM110 56.7 %
BA111 13.3 %
BA119 6.7 %
CS110 16.7 %
CS111 6.7 %

1.3 ANALISIS JANTINA RESPONDEN


Kajian ini melibatkan 31 orang responden yang terdiri daripada 20% responden lelaki
dan 80% responden perempuan. Kita dapat membuat gambaran umum bahawa bilangan
responden perempuan adalah lebih ramai daripada lelaki. Hal ini kerana jumlah pelajar
memamg tidak seimbang antara jantina. Agak sukar untuk mendapatkan responden
yang betul-betul sama dari segi bilangan mengikut jantina.

8
1.4 ANALISIS SEMESTER 1 HINGGA 5
Hasil kajian responden dalam kalangan pelajar dari semester 1 hingga 5, menurut
analisis kajian semester 1 paling banyak responden. Untuk semester 2 dan 3 kita boleh
melihat bahawa peratus yang menjawab adalah sama 6.7% dan semester 4 peratusan
responden adalah 0% berdasarkan kajian yang dijalankan. Untuk semester 5 responden
dalam kalangan pelajar adalah 10%. Hal ini dapat memberikan bahawa semester 1 yang
lebih menunjukkan tindak balas daripada semester 2 hingga 5 responden.

1.5 ANALISIS KOD PROGRAM


Kajian yang telah kami lakukan berdasarkan kod program daripada responden. Kod
program AM110 adalah 56% yang paling tinggi responden menurut kajian. Kod
program BA111 adalah 13.3% ini menggambarkan kedudukan peratusan kod program
BA111 ketiga paling tinggi responden manakala CS110 adalah kedua tertinggi yang
mendapat peratusan responden 16.7%.

Kod program BA119 dan CS111 menunjukkan peratusan yang sama terhadap kajian
yang dijalankan iaitu 6.7%. Hasil kajian ini menunjukkkan AM110 paling
menunjukkan tindak balas daripada analisis kajian ini.

1.6 ANALISIS KAJIAN OBJEKTIF 1

Berdasarkan soalan yang kami berikan dan pilihan jawapan individu yang lebih ke arah
LGBT bagi zaman ini yang memberi jawapan paling ramai adalah orang muda yang
mendapat responden 90.3% daripada orang tua dan orang kurang berpendapatan.
Soalan kedua yang kami berikan adalah bagaimana orang yang terjebak ke arah LGBT
itu bergaul dalam hidup dalam responden kami memberi pilihan yang paling banyak
adalah pengaruh media sosial yang melampau yang mendapat responden 80.6%
daripada pilihan jawapan kenalan lama bersifat negatif dan tidak bergaul dengan orang
berpendidikan.

9
Soalan ketiga kami ialah mengapa golongan LGBT meluaskan pengaruh, daripada
responden kami banyak memilih menyuarakan hak kebebasan memilih pasangan yang
mendapat responden 77.4% daripada pilihan jawapan yang kami letakkan menghalang
pertambahan populasi manusia dan menjadikan naluri nafsu mereka seperti orang lain.
Soalan keempat yang kami berikan adalah apakah pandangan orang islam terhadap
LGBT dan responden kami membuat pilihan yang tepat iaitu haram yang mendapat
100% daripada pilihan jawapan sunat dan makruh. Analisis soalan objektif yang
terakhir adalah apakah kesan terhadap golongan orang yang cenderung ke arah LGBT
reponden kami memilih pilihan jawapan memusnahkan komuniti umat islam yang
mendapat responden 51.6% daripada mudah mendapat penyakit aids dan dibenci oleh
masyarakat pilihan jawapan kami letakkan.

1.7 ANALISIS KAJIAN OBJEKTIF 2

Berdasarkan soalan yang kami berikan dan pilihan jawapan apakah faktor-faktor
penyebab kecenderungan ke arah LGBT responden kami banyak memilih jawapan
kurang penghayatan agama yang mendapat responden 74.2% daripada pilihan jawapan
trauma dan latar belakang individu. Soalan kedua kami berikan adalah satu situasi
trauma yang menyebabkan seseorang itu bertukar jantina yang jawapan kami dapat
paling banyak daripada responden adalah diperkosa dan pengaruh rakan yang mendapat
responden 6.5% daripada jawapan-jawapan lain. Soalan ketiga kami adalah adakah
keluarga memainkan peranan penting dalam faktor apabila anaknya mengalami
kecenderungan untuk menukar jantina pilihan jawapan kami letakkan ya atau tidak
keseluruhan responden kami memilih jawapan ya yang mendapat 100% daripada
analisis kajian objektif ini. Soalan keempat kami berikan adalah apakah pengetahuan
anda tentang kecelaruan jantina responden tertinggi kami memilih jawapan yang paling
banyak adalah kekeliruan jantina yang mendapat responden 9.7% daripada jawapan-
jawapan yang lain. Kajian analisis objektif yang soalan terakhir adalah adakah anda
setuju bahawa faktor utama kecenderungan untuk bertukar jantina adalah kerana kurang
penghayatan agama jika tidak, nyatakan faktor lain daripada jawapan yang kami dapat
berdasarkan kajian analisis ini ramai yang menjawap ya yang mendapat 32.3% dari
seluruh responden.

10
1.8 KAJIAN ANALISIS OBJEKTIF 3

Berdasarkan kajian jawapan kami daripada responden yang kami letakkan soalan
adakah keimanan seseorang individu itu menjerumuskan individu itu terlibat dalam
kegiatan LGBT kami meletakkan pilihan jawapan ya atau tidak kebanyakan responden
kami memilih ya yang mendapat responden 83.9% manakala jawapan tidak mendapat
responden 16.1%. Soalan yang kedua kami berikan adalah pada pendapat anda, adakah
seorang individu yang beragama islam akan dipandang serong oleh masyarakat jika
beliau melakukan perbuatan LGBT ini, daripada responden kami kebanyakan memilih
pilihan jawapan ya, kerana perbuatan ini terang-terangan di laknat oleh Allah dan
bertentangan dengan Al Quran yang mendapat responden 87.1% daripada pilihan
jawapan kami letakkan. Soalan ketiga kami berikan adalah apakah kesan yang akan
mungkin berlaku sekiranya individu itu terlibat dengan perbuatan LGBT itu, responden
kami banyak memilih jawapan yang kami letakkan iaitu meruntuhkkan keimanan &
akhlak seseorang individu yang beragama islam yang mendapat responden 45.2%.
Soalan keempat yang kami berikan adalah apakah pihak berkuasa seperti pengamal
perubatan perlu lakukan untuk membendung individu daripada dijangkiti penyakit
kronik akibat kegiatan LGBT, responden kami kebanyakkan memilih pilihan jawapan
kami letakkan iaitu mendidik individu dan masyarakat mengenai konsep pencegahan
awal penyakit yang mendapat responden 83.9% daripada pilihan jawapan kami
letakkan. Kajian objektif soalan yang terakhir adalah pada pendapat anda, apakah cara
yang perlu dilakukan dan ada pada seseorang individu bagi mengelakkan daripada
terlibat dalam perbuatan LGBT, responden kebanyakan memilih pilihan jawapan kami
letakkan iaitu mendekatkan diri kepada Allah supaya dapat dihindari daripada
perbuatan terkutuk yang mendapat responden 67.7% daripada pilihan jawapan kami
berikan dalam soalan ini.

11
1.9 KAJIAN ANALISIS OBJEKTIF 4

Hasil kajian ini memberikan maklumat jawapan yang kami sediakan berdasarkan
soalan pada pendapat anda, antara pendekatan dakwah yang sesuai untuk golongan
LGBT ialah memberikan nasihat tentang bahayanya LGBT dan kem pemulihan kepada
mereka kami meletakkan jawapan ya atau tidak keseluruhan responden kami memilih
jawapan ya yang mendapat responden 100% pilihan jawapan responden kami sangatlah
tepat dan bijak. Soalan kedua kami adalah adakah anda bersetuju bahawa kegiatan
LGBT ini akan mendatangkan kesan terhadap kesihatan seperti penyakit AIDS, HIV
dan STIS kami memberikan jawapan ya atau tidak responden kami banyak memilih ya
yang mendapat responden 96.8% daripada pilihan jawapan tidak. Soalan ketiga kami
adalah berdasarkan pendapat anda, adakah isu LGBT ini perlu ditangani kami berikan
jawapan ya atau tidak keseluruhan responden kami memilih ya yang mendapat
responden 100%. Soalan keempat yang kami sediakan adalah adakah anda menyokong
kegiatan LGBT, kami letakkan pilihan jawapan ya atau tidak keseluruhan responden
memilih tidak yang mendapat responden 100%. Kajian objektif soalan yang terakhir
adalah perlukah kerajaan mengadakan kempen dan kesedaran untuk menghentikan
kegiatan LGBT di Malaysia, pilihan jawapan adalah ya atau tidak keseluruhan
responden kami memilih jawapan ya yang mendapat responden 100% pilihan
responden kami sangat memberi kesan terhadap analisis ini kepada kajian objektif.

1.10 KAJIAN ANALISIS OBJEKTIF 5


Kajian objektif yang kami analisis adalah untuk mengenal pasti jawapan yang paling
banyak dipilih oleh responden kami soalan yang pertama hingga kelima adalah
berdasarkan jawapan ya atau tidak. Soalan pertama adalah adakah usaha kerajaaan
untuk menangani kegiatan LGBT dapat dikesan kebanyakan responden kami memilih
ya yang mendapat responden 64.5% manakala pilihan jawapan tidak mendapat
responden 35.5%. Soalan kedua kami adalah adakah unsur LGBT dalam media yang
anda menonton (rancangan tv, berita antarabangsa, video youtube) kebanyakan
memilih jawapan ya yang mendapat responden 80.6% manakala pilihan jawapan tidak
mendapat responden 19.4%. Soalan ketiga kami ialah adakah anda percaya bahawa
ibubapa bertanggungjawab menjaga kepentingan agama anaknya kebanyakan
responden kami memilih ya yang mendapat responden 96.8%. Soalan keempat kami
adalah adakah anda percaya bahawa menghadkan dan menapis media yang disiar di
Malaysia dapat mengurang pengaruh LGBT kebanyakan responden kami memilih
jawapan ya yang mendapat responden 93.5% manakala pilihan jawapan tidak mendapat
responden 6.5%.

12
Kajian objektif soalan yang terakhir adalah pada pendapat anda, adakah jabatan agama
islam mengeluarkan usaha yang memuaskan untuk membendung gejala LGBT di
Malaysia, peratusan sangat tidak jauh tetapi responden paling tinggi memilih jawapan
ya yang mendapat responden 54.8% manakala pilihan jawapan tidak mendapat 45.2%.

G. PERBINCANGAN KAJIAN

1.1 APAKAH IMPLIKASI KAJIAN INI KEPADA TEORI


Berdasarkan penelitian, didapati banyak kajian yang menjelaskan bahawa pengaruh dari
rakan sebaya, masyarakat dan budaya asing boleh menyebabkan gejala LGBT masih
berleluasa. Sebagai contoh, media yang disebarkan yang berasal dari barat mempunyai
unsur-unsur LGBT yang mempengaruhi rakyat Malaysia. Faktor ini menyukarkan usaha
membendung LGBT di Malaysia keranan terlalu banyak orang terpengaruh dengan anasir-
anasir luar. Dengan maklumat ini, masalah ini telah diintegrasikan dalam kajian.

1.2 APAKAH IMPLIKASI KAJIAN INI KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN

Dari segi sumbangan penyelidikan, kajian ini dapat menghuraikan beberapa isi yang
penting. Antaranya adalah factor, kesan, cabaran dan Langkah mengurangkan kegiatan
LGBT di Malaysia. Kaedah kepustakaan dan soal selidik berstruktur digunakan untuk
mengumpul maklumat dan pandangan bagi masalah yang dikaji. Pandanagn responden
semua direkodkan dan digunakan untuk mendapat penghasilan kajian ini untuk semua
objektif. Kaedah penyelidikan ini telah menghasilkan dapatan kajian yang mantap dan
relevan kepada topik kajian.

1.3 APAKAH IMPLIKASI KAJIAN INI KEPADA PRACTITIONER DARIPADA


ARTIKEL-ARTIKEL YANG DIPILIH

Artikel-artikel yang digunakan untuk kajian dipilih kerana mempunyai maklumat yang
penting bagi mengerjakan kajian kita. Practitioner yang menulis artikel ini dapat menulis
fahaman, punca dan langkah untuk membendung gejala LGBT dalam cara yang senang
untuk difahami dan seksyen yang berbeza tersusun dengan baik untuk mengelakkan
kekeliruan. Oleh itu, hasil kerja practitioner artikel ini dapat digunakan, dihargai dan
pandangan mereka diambil kira untuk kajian ini.

13
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai kepentingan untuk memperbaiki sikap dan tingkah laku rakyat
Malaysia. Kajian ini mempertengahkan latar belakang, punca, kesan, cabaran dan langkah
untuk membendung gejala LGBT di Malaysia. Ini memudahkan proses mengenalpasti
apakah punca perbuatan LGBT berlaku dan Langkah pencegahan boleh diambil untuk
mengurangkan bilangan orang yang terjerumus dalam aktiviti LGBT. Kita juga boleh
mengambil Tindakan terhadap golongan yang sudah terjerumus dengan gejala LGBT dan
menaik taraf dan bertambah baik keberkesanan dan kecekapan Jabatan agama Islam di
Malaysia supaya boleh mengurangkan kegiatan LGBT di negara kita.

1.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK KAJIAN AKAN DATANG

Terdapat beberapa cadangan bagi memantapkan lagi kajian akan datang. Pertama,
mendapat saiz sampel yang lebih besar untuk soal selidik supaya boleh mengguna
pandangan lebih banyak orang. Seterusnya, mengimplimentasikan kaedah kualitatif untuk
mendapat maklumat pandanagan yang lebih spesifik.

H. KESIMPULAN
Kesimpulan daripada kajian dapatan yang kami lakukan dapat memberikan kesan terhadap
orang yang menjawab objektif soalan. Hal ini kerana soalan memainkan peranan daripada
seluruh analisis yang kami kaji daripada aspek rohani dan mental. Contohnya, setiap
individu dapat mengambil sesuatu positif daripada soalan kami berikan berserta pilihan
jawapan yang kami letakkan. Maklumat yang kami dapat adalah berbeza dari sudut
peratusan dan bilangan ini menunjukkan bahawa setiap individu berlainan cara mereka
berfikir untuk membuat satu keputusan yang mereka menganggap tepat dan benar.
Penambahan maklumat kajian kami lakukan sangat membantu untuk mengenal pasti tindak
balas yang paling ramai dalam kalangan responden sama ada bersetuju atau tidak bersetuju
dengan golongan LGBT ini. Akhir sekali, hasil kajian analisis membantu kami membuat
maklumat dengan memastikan bahawa maklumat tersebut adalah tepat berdasarkan
objektif soalan yang kami berikan kepada responden

14
I. RUJUKAN
1. McCoy, S.S., Dimler, L.M., Samuels, D.V. et al. Adolescent Susceptibility to
Deviant Peer Pressure: Does Gender Matter?. Adolescent Res Rev 4, 59–71 (2019).
https://doi.org/10.1007/s40894-017-0071-2. 2019, September 25.
2. Wan Salizawati Wan Ismail, I. (2019) KENALI DAN TANGANI KECELARUAN
GENDER. Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia.
https://www.kk.usm.my/index.php/news-media/1037-kenali-dan-tangani-
kecelaruan-gender
3. Reza Leonindya Nur Chaecyandini, C. (2018, Februari 6). LGBT, Faktor Penyebab,
Dampak Dan Cara Mengatasinya. rmol.id Republik Merdeka.
https://publika.rmol.id/read/2018/02/06/325739/lgbt-faktor-penyebab-dampak-
dan-cara-mengatasinya
4. Norhayati Umor, U. (2019, March 12). Gaya hidup dan kurang penghayatan agama
punca LGBT. SelangorKini. https://selangorkini.my/2019/03/gaya-hidup-dan-
kurang-penghayatan-agama-punca-lgbt/
5. Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, A. & Muhammad Syahlan Shafie, S. & Hisham
Hanapi, H. & Fareed Mohd Hassan, H. (2018). Salah Laku Lgbt Dalam
Perundangan Malaysia: Undang-Undang Sebagai Mekanisme Pembanterasan dan
Kawalan. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 13(1),
19-34. https://www.akademiabaru.com/doc/ARSBSV13_N1_P19_34.pdf
6. Khairul Hamimah Mohammad Jodi, J. & Noor Hafizah Bt. Mohd Haridi, H. (2018).
Cabaran dan Pendekatan Dakwah Golongan LGBT: Satu Kajian di Pertubuhan
Usrah Fitrah. International Seminar On Human Development.
https://www.academia.edu/37948501/Cabaran_dan_Pendekatan_Dakwah_Golong
an_LGBT_Satu_Kajian_di
7. Mahfudzah Mohamad, M. (2015). Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender:
Perspektif Undang-undang Jenayah Syariah. 19, 29-36.
https://core.ac.uk/download/pdf/77967247.pdf
8. Mohamad Afandi Md Ismail, I. & Mohd Sabree Nasri, N. (2019). GEJALA LGBT
DI MALAYSIA: ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN. Journal of Law &
Governance, 2(1), 51-65. https://www.studocu.com/my/document/universiti-
teknologi-mara/computer-science/595-1043-1-sm-yes/33170542

15

Anda mungkin juga menyukai