Anda di halaman 1dari 3

JABATAN MUZIUM MALAYSIA

VISI

Menjadi institusi permuziuman unggul di Asia.

MISI

1. Mengumpul dan memulihara koleksi artifak yang signifikan


2. Menghasilkan dan mendokumentasikan penyelidikan koleksi artifak
3. Mengadakan pameran – pameran menarik secara berterusan
4. Menjadi destinasi utama pelancong

OBJEKTIF

1. Menjalankan kerja-kerja penagumpula, pemuliharaan dang pengekalan sejarah, budaya dan


alam semula jadi negara
2. Menyebarkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti pameran, program – program pendidikan
dan pengembangan muzium

HALATUJU

1. Mengemaskini dan melengkapkan data-data koleksi sedia ada.


2. Menyediakan repositori dan makmal konservasi yang serba lengkap.
3. Menghasilkan penyelidikan berwibawa.
4. Menyediakan modal insan terlatih di dalam bidang permuziuman.
5. Menyediakan pameran menarik.
6. Menjadi institusi permuziuman yang unggul.

FUNGSI

1. Menyelidik, mengumpul, memelihara warisan sejarah, kebudayaan dana lam semula jadi.
2. Mengurus muzium-muzium di bawah pentadbiran persekutuan dan memberi khidmat
kepakaran dan nasihat kepada muzium-muzium negeri, jabatan kerajaan dan swasta.
3. Mendokumentasikan koleksi jabatan dan menerbitkan hasil penyelidikan.
4. Memberikan khidmat pengembangan ilmu pengetahuan melalui pameran, ceramah,
bengkel, seminar, forum dan persidangan dan lawatan berpandu ke balai-balai pameran.

PERKHIDMATAN TERAS

1. Pengurusan koleksi
2. Penyelidikan
3. Penyebaran ilmu pengetahuan melalui: Pameran (pameran tetap, pameran sementara dan
pameran bergerak), Ceramah, Bengkel, Seminar, Forum dan Persidangan serta Lawatan
berpandu ke galeri.

MUZIUM LUKUT

Nama Asal : Kompleks Sejarah Kota Lukut

Nama Rasmi : Muzium Lukut

Hak Milik : Jabatan Muzium dan Antikuiti

(Tahun 2005 dikenali sebagai Jabatan Muzium Malaysia)

No. Lot : 729 (Lama), 752 (Baharu)

Keluasan Tanah : 7.503 Hektar

Mukim : Lukut

Daerah : Port Dickson

Negeri : Negeri Sembilan Darul Khusus

Alamat : Lot 730 Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus

OBJEKTIF

1. Mengimbas kembali sejarah kegemilangan Lukut dalam aspek sosio-politik, ekonomi dan
tokoh-tokohnya untuk ditatapi generasi seterusnya.
2. Memelihara dan mengumpul bahan sejarah dan kebudayaan termasuk artifak, dokumen dan
monumen.
3. Memperlihatkan fungsi dan kehebatan Kota Lukut sebagai kota pertahanan yang
melambangkan keunikan seni bina tammmadun Melayu.
4. Menarik minat masyarakat untuk melawat sambal memahami dan mencintai sejarah.
5. Memberi sumber maklumat kepada penyelidik dan pencinta sejarah agar dapat menggiatkan
usaha-usaha kea rah pendokumentasian sejarah yang berkaitan.

MUZIUM LUKUT

Muzium Lukut dibina oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (kini Jabatan Muzium Malaysia) dengan
kerjasama kerajaan NegeriSembilan sebagai satu tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat dan
bakti sejarah di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, pelancong, pelajar dan
penyelidik sejarah. Muzium Lukut dirasmikan oleh Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa Bin Dato’
Haji Abdul Samad iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu pada 09 April 1999.

Anda mungkin juga menyukai