Anda di halaman 1dari 15

[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066

Laporan kembangunan Pameran koleksi/ artifak

Pameran Seni Kraftangan Suku Kaum Rungus (Rinago)


8+9+9=25m
1.0 PENGENALAN

H
Di Malaysia muzium merupakan salah satu platform dalam pendidikan diluar kelas. Hal ini
demikian kerana, muzium menyumbang kepada pendidikan formal dan tidak formal. Abd
Samad Kechot (2012) bersetuju bahawa, Muzium pula merupakan sebuah institusi yang

TO
bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, mengumpul, mendokumentasi, memelihara,
mempamerkan, menyelidik dan menginterpretasi dan mendidik masyarakat mengenai bukti
material manusia dan persekitarannya serta ilmu berhubung dengan bahan-bahan artifak.
Menurut International Council of Museums (ICOM) (1974), Institut bersifat tetap, tidak akan
berpindah, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan
perkembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan
mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan
N
manusia dan persekitarannya. Dalam pameran ini akan mengadakan pameran di Muzium
Mini Etnik Rungus. Muzium ini berperanan sebagai gedung khazanah dan budaya negara
disamping menjadi tempat penyebaran maklumat dan mendidik masyarakat. Selain itu, dapat
memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya sendiri sebagai
O

institusi pendidikan dan pembelajaran untuk mendalami warisan pada masa lampau yang juga
merupakan identiti sesuatu bangsa. Pada masa yang sama, muzium ini turut menjadi medium
sumber pendapatan negara sebagai tempat tarikan dalam memartabatkan industri
pelancongan.
C

Pameran adalah medium yang menghubung institusi muzium dengan masyarakat. Jenis
pameran yang telah dipilih oleh kurator adalah Pameran Sementara yang bertemakan Seni
Kraftangan Suku Kaum Rungus. Pameran ini mempunyai fungsi dan menjadi salah satu
wahana penting dalam muzium untuk mengekalkan, mengumpul, dan menyebarkan
pengetahuan mengenai warisan seni kraftangan, budaya dan alam semula jadi negara.
Pameran ini juga merupakan satu cara komunikasi kepada pelawat bertujuan untuk

1
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
menyampaikan maklumat, idea, dan emosi berkaitan dengan bukti-bukti material manusia
dan persekitaran, dengan bantuan visual, dan teknik-teknik yang menarik.

Koleksi memberikan identiti dan populariti sesebuah muzium dan reputasi sesebuah
muzium itu banyak bergantung kepada kepentingan koleksi yang dimilikinya. Koleksi yang
telah dipilih ialah koleksi Rinago atau lebih dikenali ribu-ribu. Berdasarkan koleksi Rinago

H
dapat memanfaatkan masyarakat umum melalui teknik-teknik pameran yang digunakan,
program interpretasi, pemasaran dan penerbitan mengenainya dalam pelbagai media.
Perolehan koleksi pameran ini adalah memlalui kaedah pemberian atau hadiah. Pemberian
diperolehi daripada hadiah dari orang perseorangan. Proses perolehan secara hadiah bukan

TO
merupakan satu proses yang mudah kerana ia melibatkan dasar dan prosedur yang tertentu. Ia
bermula dengan tawaran dari mana-mana individu atau pihak dan berakhir dengan
penerimaan atau artifak tersebut dipulangkan kembali. Pameran ini mempunyai 3 objektif.
Muzium Mini Etnik Rungus juga mempunyai dasar bertulis mengenai koleksi yang sah atau
diluluskan oleh kuasa tertinggi terhadap muzium. Dasar ini perlu disemak dari semasa ke
semasa dan diperbaharui sekiranya perlu dan sesuai mengikut keperluan semasa. Antara
perkara-perkara yang perlu dinyatakan dalam dasar ini ialah:
N
1) Kaedah atau cara perolehan

2) Penjagaan (perlindungan keselamatan, penstoran, dan pengendalian)

3) Pegawai yang bertanggungjawab


O

4) Pengurusan konservasi/restorasi

5) Dokumentasi mengikut jenis, kategori dan klasifikasi mengikut jenis, kategori, dan
klasifikasi.
C

6) Penjagaan koleksi spesimen hidup (haiwan atau tumbuh-tumbuhan), objek yang


berkaitan dengan ritual keagamaan dan mayat manusia dan koleksi milik persendirian.

Sebagai contoh, koleksi Muzium di Eropah. Pada abad ke-15 bidang kesenian dan sains
sangat terkenal di Florence, Itali sehingga menjadi pusat intelektual yang terkenal. Perkataan
‘museum’ dirujuk untuk menghuraikan dan menggambarkan koleksi milik Lorenzo de
Medici seorang ahli sains terkenal di Itali. Manakala, pada Abad ke-17 istilah ‘museum’ di

2
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
Eropah digunakan untuk menggambarkan koleksi yang boleh membangkitkan atau
mengundang perasaan ingin tahu. bermula dengan koleksi peribadi yang dikumpul oleh Ole
Worm di Copenhagen, Denmark, banyak mengumpul koleksi alam semula jadi dan objek-
objek kebudayaan. Akhirnya, peninggalan koleksi beliau telah diserahkan kepada National
Museum of Denmark dibina pada 1819 dan menjadi asas kepada penubuhan muzium
tersebut. Dapat disimpulkan bahawa koleksi merupakan lambang dan simbolik identiti

H
sesebuah bangsa.

Manakala pengurusan koleksi pula bergantung kepada tema pameran yang telah
ditentukan oleh pihak pengurusan muzium. Pameran ini, bertemakan Seni Kraftangan suku

TO
kaum Rungus. Sebagai contoh, pada sekitar tahun 1891 Muzium Etnologi Sarawak pada
asalnya adalah sebuah galeri untuk mempamerkan seni kraftangan sebelum dijadikan sebuah
muzium pada tahun 1911. Muzium tersebut adalah pusat untuk mempamerkan artifak yang
terdapat dalam Muzium mengikut tema yang telah ditetapkan. Galeri Ethnologi Sarawak
contohnya, hanya mempamerkan peralatan yang berkaitan etnik peribumi Sarawak sahaja
seperti Sumpit, Keris, Bakul dan peralatan tradisional setiap kaum di Sarawak.
N
Seterusnya pembangunan pameran yang ilmu pengetahuan dapat disampaikan melalui
koleksi yang dipamerkan melalui penggunaan teks dan kapsyen. Pameran kali ini juga turut
menggunakan interaktif teknologi seperti audio-visual. Hal ini kerana, seperti sedia maklum,
generasi muda kurang berminat untuk berkunjung ke muzium kerana mereka merasa lawatan
O

ke muzium sesuatu aktiviti yang kuno dan membosakan namun dengan adanya interaktif
teknologi dapat menarik minat generasi muda pada masa kini. Pembangunan pameran yang
mempunyai pelbagai keunikkan penggunaan teknologi dan kepakaran yang tersendiri di
setiap ruang pameran yang disediakan bagi mempamerkan koleksi dan khazanah yang tinggi
C

nilainya. Tegasnya, keadaan ini dapat memberikan pengalaman yang baharu kepada para
pengunjung serta memberikan pengalaman yang menjadi kesan kepada mereka yang
berkunjung. Sebagai contoh, pembangunan pameran, Muzium Kraftangan Kelantan dimana
pengurusan dan pembangunan pameran muzium tersebut terbahagi kepada 3 fasa iaitu,
sebelum , semasa dan selepas pameran.

3
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
Kurator muzium bertanggungjawab menjalankan penyelidikan asli dan juga membuat
penyelidikkan untuk memperoleh dan menilai objek dalam koleksi muzium. kurator juga
bertanggungjawab untuk penjagaan keseluruhan dan pembangunan koleksi dari fasa sebelum,
semasa dan selepas pameran.

Suku kaum Rungus adalah salah satu daripada suku kaum di Sabah yang bukan sahaja

H
terkenal dengan kebudayaan tetapi turut popular dengan keunikan seni kraftangan mereka.
Hasil tangan mereka adalah seperti Rinago atau disebut anyaman ribu-ribu yang
mengambarkan simbolik kepada identiti masyarakat Rungus.

TO
2.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PAMERAN
Pengurusan dan pembangunan pameran terdiri daripada 3 fasa iaitu seperti berikut:

2.1 Sebelum Pameran


Tanggungjawab kurator sebelum pameran merupakan fasa yang paling banyak kerja dan
memerlukan komitmen tinggi yang akan dilaksanakan. Pengurusan sebelum pameran
terbahagi kepada dua iaitu pengurusan dan pentabiran dalam organisasi dan pengurusan
N
pameran.
2.1.1 Pengurusan dan pentabiran dalam organisasis
Sebelum membuat pameran pengurusan dan pentadibran dalam organisasi adalah
O

sangat penting bagi melaksanakan pameran secara sistematik. Pameran yang akan
dilaksanakan adalah bertujuan untuk mempamerkan seni kraftangan suku kaum
Rungus di kawasan Kota Marudu. Sebelum pameran kurator menentukan tujuan
pameran agar dan akan menentukan tema pameran yang akan di laksanakan.
C

Berikut adalah objketif pameran:

i. Menyedarkan dan memberi kefahaman yang sebenar kepada masyarakat


tentang seni kraftangan suku kaum Rungus.
ii. Mempamerkan kecanggihan teknologi dalam pembuatan Rinago pada
masa lampau .
iii. Usaha memulihara dan melindungi koleksi Rinago pada masa kini.

4
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
Pameran yang akan dilaksanakan bertemakan seni kraftangan suku kaum Rungus
dan telah memilih koleksi Rinago untuk di pamerankan. Hal ini kerana koleksi
tersebut merupakan simbolik kebudayaan dan identiti sebenar suku kaum Rungus.

Selain itu, pelantikan pengurusan dan pentabiran dalam organisasi. Hal ini,
kerana, adalah bagi memastikan pameran tersebut berjalan dengan lancar dan

H
berkualiti. Pameran seni kraftangan memerlukan organisasi yang kukuh dan jelas
kerana memerlukan tenaga kerja untuk menguruskan pelbagai tugas aktiviti
pameran. Struktur perlantikan ahli jawatankuasa kerja pameran terbahagi kepada
2 iaitu yang pertama dari segi pelantikan Jawatankuasa Induk Pameran. Dimana

TO
pelantikan ini adalah bertanggungjawab terhadap urusan jemputan, penyediaan
katalog pameran, penyediaan teks ucapan, penyediaan kad jemputan dan lain-lain
hal berkenaan dengan pameran. Jawatan kuasa yang telah dilantik dalam induk
pameran juga berperanan mencari sumber kewangan untuk melancarkan pameran
yang meninggalkan kesan positif dan membuka mata masyarakat mendalami
warisan yang begitu penting dalam kehidupan disamping menjadi sumber
pendapatan negara. Jawatankuasa ini terdiri daripada Penanung, Penasihat,
N
Pengarah, Kurator, Pembantu Kurator, Setiausaha dan Bendahari. Berikut adalah
jawatankuasa yang dipercayai dan dilantik untuk berkerjasama menjayakan dan
mencapai objektif pameran di Muzium Mini Etnik Rungus.
O

Jawatan Nama

Penaung Encik Hillboy Perlee

Penasihat Encik Hafiz Bin Mat Salleh

Pengarah Encik Ferzon Mojilis


C

Kurator Cik Jeneth Birual

Pembantu Kurator Cik Elianti Nelson

Setiausaha Puan Shuhada Binti Madispa

Bendahari Puan Norsakila Binti Samad

Jadual 1: Jawatankuasa Induk Pameran


Sumberi: Pameran Koleksi

5
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
Selain itu, sebelum pameran kurator bertanggungjawab membuat kertas kerja
untuk dihantar kepada pihak atasan. Dalam kertas kerja tersebut kesemua maklumat
pameran seharusanya lengkap. Dalam kertas kerja tersebut akan menentukan tarikh,
masa dan tempat pameran yang sesuai bergantung kepada peruntukan, keluasan
tempat, keupayaan dan sasaran pengunjung.

Seterusnya, akan membentuk jawatankuasa kecil pameran yang terdiri daripada

H
JKK Seranta I, JKK Seranta II, JKK Teknikal dan Percetakan, JKK Penempatan dan
Kemudahan dan JKK Sambutan. Jawatan ini merupakan tenaga kerja yang akan
melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk dari masa ke

TO
semasa. Berikut adalah jawatan yang telah dilantik untuk berkerjasama dengan
Jawatankuasa Induk pameran:

Jawatankuasa

JKK Seranta I
Nama

Cik Saffawati Binti Hamdan

JKK Seranta II Encik Madiwah Bin Malan

JKK Teknikal dan Cik Enny Simon


Percetakan
N
Cik Helen Pinging
Encik Owen Masindah

JKK Penempatan dan Puan Nurfatiha Binti Ahamd Roy


Kemudahan
Encik Simpong Wahui
O

Encik Galanong Mokungpa

JKK Sambutan Cik Vivian Sandra


Cik Shara Tanuja
C

Rajah 2: Jawatankuasa kecil pameran


Sumber : Pameran koleksi

6
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
2.1.2 Pengurusan pameran
Setelah pelantikan jawatan selesai, maka pengurusan pameran akan dilaksanakan bagi
mencapai objektif pameran Seni Kraftangan Suku Kaum Rungus. Antara tugasan dan
tanggungjawab yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Maklumat pameran

H
Setelah tema pameran telah ditetapkan maka pemilihan koleksi akan laksanakan.
Pameran ini telah memilih pameran koleksi Rinago untuk dipameran. Maklumat
pameran seperti dalam rajah 3 dibawah.

Tema

Tarikh

Tempat
TO
Nama pameran Pameran seni kraftangan suku kaum Rungus

Seni Kraftangan Suku Kaum Rungus

23/01/2021

Dewan

Jenis pameran Pameran Sementara

Penglibatan Pihak berwajib


N
Masyarakat

Bahan pameran Rinago

Rajah 3: Maklumat pameran


Sumber : Pameran koleksi
O

ii. Kertas kerja


C

Setelah selesai pemilihan koleksi, kurator telah membuat kertas kerja bagi dihantar
kepihak atas untuk dilulusan di samping kegunaan untuk mencari dana bagi pameran
tersebut. Setelah diluluskan, kurator akan membuat hebahan kepada masyarakat dan
undangan kepada yang terlibat.

7
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
iii. Persiapan ruang pameran

Setelah itu, kurator akan pempersiapkan ruang pameran yang berdasarkan kapasiti
pameran yang akan di pamerakan. Oleh sebab pameran yang diadakan bersifat sementara
maka pameran ini menggunakan ruang yang terbuka dan luas dan amat bersesuaian
pemilihan tempat pameran di dewan.

H
iv. Juru pandu
seterusnya, menyediakan juru pandu yang pakar tentang koleksi. Juru pandu
bertangungjawab dalam memberi penerangan tentang pameran yang dilaksanakan
kepada pengunjung.

v. Kapsyen & Teks TO


Sebelum koleksi dipamerkan kurator telah mengenalpasti setiap maklumat koleksi
dengan membuat kapsyen dan teks pada pameran tersebut. Selain itu, kurator juga telah
melabelkan setiap koleksi berdasarkan nama dan saiz koleksi Rinago. Setiap penerangan
disetiap koleksi adalah jelas dan boleh dibaca oleh pengunjung. Cara persembahan
kapsyen dan teks adalah menggunakan warna putih , jenis tulisan dan saiz yang
N
bersesuaian dengan pameran koleksi Rinago. Bahasa yang telah digunakan dalam
penerangan pameran adalah Bahasa Melayu kerana kurator telah membuat penyelidikan
bahawa di kawasan pameran merupakan perkampungan suku kaum Rungus dan
mengambil peduli golongan tua yang kurang memahami Bahasa Inggeris. Hal ini kerana
O

setiap maklumat dalam pameran turut mempengaruhi persembahan pameran tersebut.


Sebagai contoh, pameran yang di Muzium sabah, setiap pameran mempunyai penerangan
yang tersendiri.
C

vi. Teknik pameran

Teknik pameran yang akan dilaksanakan mengamalkan konsep interaktif dan


berteknologi iaitu konsep dengar. Hal ini kerana pameran yang akan dilaksanakan
menggunakana teknik audio keadaan ini bukan saja menarik ramai pengunjung tetapi
turut penting bagi sesetengah masyrakat yang mengalami masalah penglihatan terhadap
tulisan dan golongan tua yang tidak pandai membaca. Dengan kecanggihan teknologi ini,

8
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
ianya bukan saja memberi perkembangan yang baik terhadap pencapaian muzium tetapi
turut memberi kebaikan kepada semua golongan masyarakat.

vii. Program yang sesuai

Seterusnya, kurator akan mengenalpasti beberapa program yang bersesuaian dengan


masyarakat dan umur kerana perkembangan dan tahap pemikiran yang berbeza. Bagi

H
kanak-kanak kurator menggunakan pendekatan kanak-kanak khususnya program bermain
sambil belajar atau belajar sambil main. Keadaan sedemikian bukan saja memberi
pendidikan kepada mereka tetapi turut memberi kesihatan mental. Bagi program untuk
pelajar sekolah menengah pula perlu bersesuaian dengan kemahuan dan minat seperti

TO
permainan yang menguji minda seperti kuiz berkaitan dengan pameran. Bagi golongan
tua pula, program membuat Rinago. Hal ini bukan saja dapat mengembangkan bakat
mereka tetapi turut memberi pengetahuan baru disamping hasil pembuatan Rinago boleh
dibawah balik sebagai kenangan dan cendrahati.

viii. Penerbitan dan media

Seterusnya, kurator akan membuat penerbitan dan media bagi bertujuan memberi
N
maklumat tambahan kepada para pengunjung seperti risalah dan panduan pameran agar
mereka mendapat gambaran awal pameran yang akan dilaksanakan.

ix. Cendera hati


O

Pameran ini juga turut mengadakan jualan cenderahati seperti rantai manik, keychin, dan
pelbagai seni kraftangan suku kaum Rungus.

x. Publisiti
C

selain itu, kurator juga telah membuat promosi pameran dalam pelbagai medium seperti
promosi berdasarkan poster dan juga risalah. Pada masa yang sama, kurator juga telah
mengaplikasikan kecanggihan teknologi moden dengan mempromosikan pameran di
media sosial seperti Whatsapp, intagram, facebook dan di muatnaikan dalam lamanweb
Muzium.

9
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
2.2 Semasa Pameran
Semasa pameran, perkara yang utama ialah perasmian pameran yang telah dirasmikan oleh
penaung Muzium Mini Etnik Rungus iaitu encik Hillboy Perlee bagi merasmikan pameran
pada waktu tepat pukul 9 pagi bersamaan 22 Jan 2021 pada hari Sabtu. Pameran ini diadakan
pada waktu tersebut kerana bersamaan dengan hujung minggu disebabkan masyarakat dan
pihak undangan berlapangan untuk berkunjung melihat pameran tersebut. Setelah dirasmikan

H
pengunjung boleh melihat pameran dan menyertai beberapa program seperti yang telah
dinyatakan diawal penulisan.

Selain itu, semasa pameran juga kurator menyediakan petugas pameran berkonsepkan

berlangsung.
TO
duty roster dimana setiap petugas bergilir-gilir untuk menjaga pameran selama pameran

Semasa pameran juga, jurupandu adalah sangat penting dalam menjayakan pameran. Hal
ini kerana jurupandu merupakan individu yang yang bertanggunjawab dalam sesi soal jawab
tentang pameran. Disamping, juru pandu membawa para pengunjung ke pameran yang
mereka pilih. Sebagai contoh, pengujung yang kurang arif dengan selok belok ruang
N
pameran, maka mereka amat memerlukan juru pandu untuk sampai ke ruang pameran yang
mereka tuju. Di samping menerangkan tentang pameran yang diadakan.

Kurator dan petugas yang telah dipilih menitikan penyelenggaraan dan kebersihan bahan
O

pameran agar menampakkan suasana dan keadaan terbaik bagi bahan yang dipamerkan.
Disamping pembersihan perlu dijadikan aktiviti seharian oleh setiap petugas bagi
mengekalkan nilai estetika pameran, manakala penyelenggaraan bahan pameran perlu dibuat
bila-bila perlu mengikut giliran bahagian demi bahagian bagi memastikan bahan-bahan
C

pameran sentiasa dalam perhatian.

Semasa pameran juga kurator akan memastikan keselamatan koleksi seperti artifak
original yang dipamerkan. Hal ini kerana, artifak yang tinggi nilainya amat diminati oleh
masyarakat kerana mempunayi nilai yang tinggi dan menguntungkan, jika tidak dikawal
kemungkinan berlaku kecurian atau kerosakan. Petugas juga dikehendaki peka dengan sikap

10
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
pengunjung yang tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara yang menggangu nilai
keaslian artifak tersebut.

Seterusnya, semasa pameran kurator akan menyedia petugas mengambil gambar atau
video bagi tujuan pendokumtasikan selepas pameran. Tugasan ini meerupakan bukti pameran
dijalankan disamping menjadi koleksi dan penambabaikan pameran yang akan datang.

H
Penyediakan soal selidik juga penting bagi menganalisis kepuasan pengunjung terhadap
pameran yang telah dilaksanakan. Soal selidik yang telah dibuat adalah seperti berikut:

Penerangan Ya Tidak

TO
Pengunjung sedia maklum mengenai
pameran yang dianjurkan sebelum datang
melawat?

Pameran mengetengahkan tujuan muzium


diasakan?
(menjaga,mengumpul,memelihara dan
mendidik masayrakat)

Pameran yang mudah difahami dan


menarik?
N
Penetapan masa pameran relevan?

Aktiviti/program yang dianjurkan releven


dan interaktif?
O

Perkhidmatan pengunung sangat


membantu pengunjung?

Rajah 4: Borang soal selidik


Sumber : Pameran koleksi
C

11
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066
2.3 Selepas Pameran

Selepas pameran, kurator akan menyediakan laporan lengkap dari pengurusan dan
pembangunan sebelum, semasa dan selepas pameran termasuk gambar dan dihantar
kepada pengarah seperti dalam gambar 1 di bawah.

H
TO
Gambar 1: Sebelum, Semasa dan Selepas Pameran
Sumber : Pameran koleksi Rinago

Setelah itu, kurator juga akan melakukan penyimpana semula koleksi di tempat
yang telah ditetapkan. Penyimpanan koleksi Rinago, merupakan proses terakhir dalam
proses memelihara dan memulihara koleksi. Penyimpanan merupakan tempat tinggal
N
koleksi untuk jangka masa yang lama. Selain itu, sebagai kurator akan memastikan
kebersihan dan letakan koleksi di dalam stor merupakan antara aspek yang perlu
dititikberatkan. Hal ini kerana, kerosakan akan berlaku ke atas koleksi sekiranya
penyimpanan tidak berada dalam keadaan yang baik. Maka dengan itu, setiap koleksi
O

yang berbeza juga mempunyai kaedah penyimpanan yang berbeza. Misalnya, koleksi
Rinago di simpan dalam sistem penyimpanan yang bersifat sistem simpanan boleh
lihat. Manakala bagi artifak yang sensitif memerlukan penyimpanan yang bersifat
sistem pengstoran tertutup bagi menjaga keaslian artifak tersebut. Sebagai contoh,
C

Rolled textile storage yang disimpan dengan cara tekstill digulung pada ters bebas
asid dan ditutp dengan plastik serta diikat dengan tali kapas. Hal ini, dapat
mengekalkan keasilan sesuatu artifak.

12
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066

3.0 CADANGAN

Setelah selesai pameran yang berlangsung 2 hari, kurator telah mendapati beberapa
kekurangan yang harus ditambahbaikan dalam pameran yang akan datang. Oleh itu kurator
mencadangkan, pengarah akan menitikberatkan pameran muzium maya selaras dengan

H
perkembangan kecanggihan teknologi pada masa kini. Hal ini kerana, dalam berlakunya
penularan wabak Covid-19 di negara Malaysia menyebabkan berlakunya kekangan dan
kebimbangan masyarakat untuk berkunjung ke Muzium Mini Etnik Rungus untuk
menyaksikan pameran yang dapat memberikan pendidikan kepada masyarakat. Oleh itu,

TO
pameran muzium maya harus dilaksanakan dalam Muzium Mini Etnik Rungus agar selaras
dengan perkembangan pameran muzium antarabangsa. Sebagai contoh, Muzium British
menyediakan muzium maya 3D. Muzium British mempunyai pelbagai pameran yang dapat
dilihat oleh pengunjung dengan hanya membuka laman web yang disediakan. Justeru,
perancangan dalam menyediakan pameran-pameran penting bagi memastikan ianya sesuai
dengan objektif muzium itu sendiri. Seperti Muzium British juga, mereka turut
mempamerkan pameran yang bersifat tetap dan sementara dan terdiri daripada beberapa
N
benua. Pengunjung dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan juga memupuk minat
mereka terhadap sejarah tanpa berkunjung ke muzium dan hanya membuka virtual tour
Muzium Britsih untuk meneroka pelbagai koleksi yang terdapat dari beberapa benua.
O
C

13
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pengurusan koleksi merupakan antara tanggungjawab penting dalam


sesebuah muzium dalam mengekalkan warisan dunia agar tidak pupus dalam pemodenan
negara.Walaupun negara sudah mengalami pemodenan dalam semua perkara terutama

H
teknologi, hal ini tidak bermakna warisan lama harus ditinggalkan atau dilupakan. Warisan
memberi pelbagai kepentingan terutama pembangunan jati diri masyarakat dan ekonomi
negara iaitu melalui pelancongan. Maka dengan itu, kurator memainkan peranan penting
dalam menginterpretasi dan meneliti sesebuah koleksi dalam menyediakan sebuah pameran

TO
yang bermutu tinggi. Selain itu, kurator juga perlu mematuhi setiap kod etika yang telah
disediakan oleh sesebuah muzium agar seorang kurator dapat menjalankan tugas dengan telus
dan berintergrasi. Secara keseluruhanya, pameran pada kali ini bersifat pameran sementara
yang bertemakan Seni Kraftangan Suku Kaum Rungus dan kurator telah memilih Rinago
merupakan koleksi pada pameran tersebut. Pengurusan dan pembangunan pameran terbahagi
kepada 3 fasa iaitu sebelum, semasa, dan selepas pameran. Pameran ini bukan sahaja
bertujuan untuk mempromosikan koleksi tersebut tetapi turut memberi pendidikan kepada
N
masyarakat berkaitan dengan warisan yang telah diperturunkan disamping mengetengahkan
identiti suku kaum Rungus. Selain memerlukan komitmen pihak berwajib, sokongan dan
keprihatinan masyarakat juga diperlukan dalam mengembalikan kegemilangan artifak
kebanggaan kita.
O
C

14
[ProjekakhirSCY4103Muziumdangaleri]

Nama : JENETH BIRUAL


No. Matrik : C17A0066

5.0 RUJUKAN

Habibah Ahmad, Nur Farhin Zainuddin, Hamzah Jusoh, Amriah Buang, Er Ah Choy, Sri
Winarni Samsir, Hazira Azman & Mastura Mahmud (2014). Peranan media sosial
Tripadvisor dalam mempromosikan tapak warisan dunia melaka.

H
Malaysian Journal of Society and Space. 10(8), 97-113.

Kamarul Baharin Abu Kasim. 1999. Penekanan dan disiplin koleksi muzium.
Jaringan Muzium Asia Timur. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

TO
Kartoningrat, R.B. (2016). Fungsi Etika Profesi Bagi Kurator dalam Menjalankan Tugas.
Perspektif. Volume 21 (No 2), 113-124.

Moore, K. (1999). Management in Museums. London & New Brunswick, NJ: The Athlone
Press.
N
O
C

15

Anda mungkin juga menyukai