Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 – 3

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih Soalan 4 – 6

jawapan yang paling sesuai.
Pilih ayat-ayat yang betul.
1. Ikram _____________ sebaldi air untuk
disiram pada pokok bunganya yang 4. I Mereka-mereka yang tidak hadir ke
kekeringan akibat cuaca panas. sekolah semalam sila pergi ke bilik guru.
A. menjunjung II Semua lukisan-lukisan yang
B. menjinjing dipamerkan di galeri itu cantik-cantik.
C. mengelek III Novel kanak-kanak yang popular itu
D. memikul kamu karang.
IV Pelajar sekolah perlu sentiasa
mematuhi peraturan dan disiplin sekolah.
2. Menurut buku panduan resepi itu, ibu akan
memasukkan_____________ garam ke dalam A. I dan II sahaja
masakan kari ikan patin. B. I dan III sahaja
A. segenggam C. III dan IV sahaja
B. seketul D. II, III dan IV saahaja
C. secubit
D. seberkas
5. I Pelajar sekolah di seluruh negara
3. Puteri raja itu akan ______________ untuk digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum.
bersiram di tepi sungai sambil ditemani oleh II Jadual pertandingan merentas desa itu
dayang istana. disediakan oleh guru Pendidikan
A. bertolak Jasmani.
B. bergerak III Demi perpaduan, rakyat diminta
C. berjalan sentiasa mengunjungi jiran tetangga.
D. berangkat
IV Tolong, jangan membuat bising ketika
berada di perpustakaan!

A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

1
6. I Pencemaran alam sekitar berlaku akibat sikap II Jurusolek itu memerahkan pipi
masyarakat yang membuang sampah di merata- pengantin itu bagi menaikkan seri pada wajah.
rata tempat. III Kanak-kanak itu sudah seri untuk
II Oleh sebab sakit, sudah lima hari Sultan mandi di sungai yang dalam itu.
Badrul Syah tidak santap. IV Mereka seri pergi berkelah di pantai
III Hasrul akan menghadiri temu duga jawatan pada hujung minggu.
setiausaha di pejabat daerah esok.
IV Antara punca-punca kemalangan di lebuh raya A. I dan II sahaja
ialah pemandu kekurangan rehat B. II dan III sahaja
yang cukup. C. III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja Soalan 9 – 11
D. II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang
berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa
Soalan 7 – 8 dan mungkin juga tidak.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu
berhuruf condong dengan betul. mengandungi kesahalan dan tandakan D jika tiada
kesalahan.
7. I Undang-undang jalan raya yang ketat
dikatakan mampu mendisiplinkan 9. Amirul amat pandai mengarang novel sejak
pemandu. menghadiri bengkel penulisan novel remaja
II Baju lama yang disarung oleh adik anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.
kelihatan ketat.
III Penutup botol itu sukar untuk dibuka
A. teramat pandai sekali
kerana terlampau ketat.
IV Kata-kata ketat yang diucapkan boleh B. teramat terpandai sekali
menggores perasaan seseorang. C. amat terpandai sekali
D. amat pandai
A. I dan VI sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja 10. Kebanyakan ramai remaja-remaja sekarang
D. I, II, IV sahaja suka menghabiskan masa dengan media sosial.

A. Ramai remaja-remaja kebanyakan

B. Kebanyakan remaja
C. Ramai remaja-remaja
D. Kebanyakan ramai remaja
11. Perdana Menteri mengingatkan rakyat agar
hidup saling membantu antara satu sama lain.
8. I Keputusan perlawanan bola sepak liga
tempatan itu berakhir dengan seri. A. saling bantu-membantu

2
B. saling berbantu-bantu C. Longkang yang tersumbat akan
C. saling bantu-bantu membersihkan para pekerja bagi
D. saling membantu mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
D. Longkang yang tersumbat akan bersih
para pekerja bagi mengelakkan pembiakan
Soalan 12 – 13 nyamuk aedes.

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau

maksud yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.
Soalan 14 – 15
12. “ Saya harap kamu semua belajar
bersungguh-sungguh kerana peperiksaan Pilih
sudah hampir,” nasihat pengetua kepada Seperti ikan pulang ke lubuk
pelajar-pelajar tingkatan tiga.
A. Pengetua dinasihatkan oleh pelajar supaya peribahasa atau maksud peribahasa yang paling
belajar bersungguh-sungguh kerana sesuai.
peperiksaan sudah hampir.
B. Pengetua menasihati pelajar-pelajar supaya
belajar bersungguh-sungguh kerana 14.
peperiksaan sudah hampir.
C. Pengetua menasihati pelajar-pelajar
Peribahasa yang sinonim dengan peribahasa di
tingkatan tiga supaya belajar bersungguh-
sungguh kerana peperiksaan sudah hampir. atas ialah ……………….
D. Pengetua dinasihati oleh para pelajar
supaya belajar bersungguh-sungguh kerana A. Bagai gagak pulang ke benua.
peperiksaan sudah hampir. B. Bagai sirih pulang ke riba.
C. Bagai anjing menyalak bukit.
D. Bagai belut pulang ke lumpur.
13. Para pekerja akan membersihkan longkang
15. Perangai Nurul yang suka menjahit baju ketika
yang tersumbat bagi mengelakkan
waktu lapang sama seperti perangai ibunya.
pembiakan nyamuk aedes.
A. Longkang yang tersumbat akan para
A. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
pekerja bersihkan bagi mengelakkan
B. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu
pembiakan nyamuk aedes.
dalih.
B. Longkang yang tersumbat akan
C. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
dibersihkan para pekerja bagi
D. Alang-alang mandi biar basah.
mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Soalan 16 hingga 20 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

3
“Tapi … ,” Azizah terharu sebab tercabar. Menganyam memang bukan tugas mudah tetapi kata Abang Azman.
“Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil dapat kita laksanakan.”

“ Bagaimanakah kalau kalah? Tiadalah hadiah besar untuk cikgu … ”

“ Profesor Azizah, ukuran bagi nilai kejayaan seseorang bukan pada menang atau kalah … tapi pada kekuatan
daya usaha dan ikhlas berjuang semata-mata untuk meningkatkan kemajuan diri. Ingat pesan cikgu.”

Terkebil-kebil mata Azizah apabila menerima mandat yang besar daripada Cikgu Zaleha.

Azizah pulang tengah hari itu dengan tekad dan semangat yang kuat untuk membuktikan bahawa usaha
gigihnya dapat membina keyakinan dirinya, bukan wang yang banyak, bukan tenaga yang kuat.

Habis daun nipah, urat mengkuang, daun lalang dikerjakannya. Dengan berulang-ulang, dicubanya untuk
meneroka pelbagai bentuk dan warna, aneka rupa dan teknik, cara dan persembahan. Dengan suntikan kata-kata
semangat ayah dan bimbingan ibunda yang berjemari seni, tidak hairanlah Azizah menang pada peringkat
daerah sebagai johan. Pada peringkat negeri pula, dia mendapat naib johan.

Dipetik daripada cerpen Hadiah,

Antologi Kuingin Berterima Kasih,Tingkatan 1

Jika kita rajin mencuba dan gigih berusaha, semua perkara tidak mustahil dapat kita laksanakan

16 Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A di mana ada kemahuan di situ atau jalan
B alah bisa tegal biasa
C belakang parang kalau diasah lagikan tajam
D alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal jalan

17 Apakah perkara yang merisaukan Azizah?

A Tidak berjaya dalam pertandingan
B Tugas menganyam bukan sesuatu yang mudah
C Tidak dapat memenuhi mandat gurunya
D Bimbang akan kehabisan bahan anyaman

18 Yang berikut ialah faktor-faktor yang menyebabkan Azizah memenangi pertandingan itu, kecuali
A bimbingan daripada Cikgu Zaleha.
B kata-kata semangat daripada ayahnya.
C tunjuk ajar daripada ibunya.
D galakan daripada Abang Azman.

19 ‘suntikan kata-kata semangat’

4
Frasa di atas merupakan gaya bahasa...
A metafora
B personifikasi
C paradoks
D hybrid

20 “ Bagaimanakah kalau kalah? Tiadalah hadiah besar untuk cikgu … ”

Apakah istilah yang dapat menggambarkan sikap Azizah berdasarkan frasa ini?
A optimis
B pesimis
C emosional
D mandiri

BAHAGIAN B

5
( 25 MARKAH )

Jawab semua soalan di bawah.

Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

21. Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

___________________________________________________________________________________
22. Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.
___________________________________________________________________________________

Latihan 2
Susun semula perkataan atau frasa di bawah supaya menjadi ayat susunan biasa yang gramatis. Ayat yang
dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah ditetapkan. Anda hendaklah menggunakan semua
perkataan yang diberikan dan tidak boleh menambah perkataan lain.

besar kawan yang berbadan itu saya murid

23. Pola : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)

___________________________________________________________________________________

kali peperiksaan dalam ini markah rendah-rendah mereka

24. Pola: Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

___________________________________________________________________________________
[ 4 markah]

6
25. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis satu peribahasa yang sesuai.

Peribahasa ____________________________________________________________

[ 1 markah]

7
Soalan 26 hingga 28

Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan.

Roti
Antologi Baik Budi Indah Bahasa
(Tingkatan 2)

R1 Dari cerobong dapur

asap berjelaga berkepul R4 Bagi pemilik iman di dada
terkecur liur sendawa itu tidak sempurna
harum berbau juadah tersohor. masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
R2 Perut yang lapar masih merintih lapar dahaga.
selera kian meggelepar
menanti roti dibakar R5 Bila begitu selamanya
rangup dan segar kalimah syukur pun jelas tertera
terhidang seumpama permaidani terhampar. di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
R3 Kalau roti di depan mata percikan iman segar berwarna.
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,

Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

26. Nyatakan dua gambaran penyajak terhadap golongan miskin yang terdapat dalam sajak tersebut.
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
[3 markah]

27. Huraikan dua ciri atau bentuk sajak Roti.

___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
[3 markah]

28. Sebagai manusia, kita perlu sentiasa bersyukur. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersyukur
dengan segala nikmat kurniaan Tuhan?
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
[4 markah]

8
Soalan 29 : Pemahaman Novel (10 Markah)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(i) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini.

(ii) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I
(iii) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia
(iv) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman

Amanat dan pengajaran merupakan mesej yang hendak disampaikan oleh penulis untuk memberikan pedoman hidup
kepada khalayak pembaca dalam novelnya.
Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan tiga
contoh peristiwa yang sesuai dengan aspek pengajaran yang diberikan.

Novel Destinasi Impian Kita mestilah berani menghadapi sesuatu cabaran

Novel Sejambak Bakti Kita mestilah sabar dalam menghadapi sesuatu dugaan

Novel Pelari Muda Kita mestilah sentiasa berdisiplin agar kita mudah mencapai kejayaan

Novel Formula Termodinamik Kita mestilah bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara

_________________________________________________________________________________________

9
BAHAGIAN C
[15 markah]

Soalan 30 Arahan : Pilih satu soalan sahaja sama ada Soalan (i) atau Soalan (ii). Anda tidak
digalakkan untuk menjawab kedua-dua soalan.

Soalan (i) : Ringkasan

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang
cara-cara mengatasi bencana alam. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100
patah perkataan.

Bencana alam tidak kerap berlaku di negara ini berbanding negara jiran seperti Filipina dan
Indonesia. Antara bencana alam yang sering melanda Malaysia meliputi banjir, tanah runtuh dan
kebakaran hutan. Maka, ada beberapa inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk menghalang bencana
alam berlaku.

Kaedah yang paling mudah ialah kerajaan mewujudkan satu sistem amaran awal apabila
bencana alam berlaku di negara ini. Sistem ini boleh melibatkan penggunaan siren, telefon bimbit
dan juga pengumuman menerusi televisyen supaya masyarakat boleh melarikan diri dengan segera.
Sesungguhnya, pengenalan sistem awal ini boleh menghalang nyawa manusia daripada terkorban
itu.

Selain itu, masyarakat harus dilatih dengan pelbagai latihan kecemasan supaya bersedia
menghadapi bencana alam. Golongan muda harus didedahkan dengan teknik menyelamatkan diri
apabila berlaku kejadian banjir dan angin taufan supaya mereka tahu tindakan yang betul untuk
dilaksanakan itu. Sebenarnya, kefahaman tentang kaedah menyelamatkan diri boleh membantu
mengurangkan kadar kematian apabila bencana alam berlaku.

Tambahan pula, bencana alam boleh dikekang apabila kita menjaga keseimbangan alam itu.
Kawasan bukit dan hutan hendaklah dipelihara supaya wujud dalam keadaan yang sempurna tanpa
ada pembangunan tertentu. Jadi, alam yang dikekalkan keadaannya boleh memastikan bencana
alam tidak akan berlaku sewenang-wenangnya.

Pasukan khas menangani bencana alam boleh ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam
mengatasi isu bencana alam ini. Penyertaan ahli pasukan ini mestilah mempunyai kemahiran dalam
pelbagai bidang dan fizikal yang lasak serta kuat. Ringkasnya, pasukan khas ini boleh dihantar untuk
melakukan kerja-kerja menyelamatkan mangsa bencana alam dengan pantas.

Kesimpulannya, semua kaedah tadi boleh menghalang bencana alam daripada meragut
nyawa manusia di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutamanya masyarakat amat diperlukan agar
bencana alam tidak menjadi sesuatu yang lazim di negara ini. Peribahasa malang tak berbau
mengingatkan kita bahawa kejadian bencana alam boleh menimpa sesiapa sahaja yang tidak
berdosa itu.

________________________________________________________________________________

10

____________________________________

11
Soalan (ii) : Pemindahan Maklumat

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

DESTINASI PELANCONGAN MENARIK DI MALAYSIA

LOKASI : Negeri Pahang

KEISTIMEWAAN :
i) Terumbu karang
ii) Pantai yang cantik
iii) Flora dan fauna
JENIS PENGANGKUTAN:
i) Bot
ii) Pengangkutan udara
KEMUDAHAN:
i) Hotel
ii) Chalet
iii) Tempat Rekreasi

12

13

Anda mungkin juga menyukai