Anda di halaman 1dari 2

PERTANDINGAN ROKET AIR DAN PAYUNG TERJUN

PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA


SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK KOLEJ VOKASIONAL TAIPING 2024

1. Perincian Pertandingan

1.1 Pengenalan
Roket air ialah roket yang menggunakan kuasa air dan udara untuk terbang

1.2 Komponen Utama Roket Air


PERTANDINGAN ROKET AIR DAN PAYUNG TERJUN
PERINGKAT DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA
SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK KOLEJ VOKASIONAL TAIPING 2024

1.3 Syarat pertandingan


1. Penyertaan terhad kepada 10 penyertaan terawal mendaftar.
2. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 50.00 / setiap kumpulan
3. Setiap sekolah boleh menghantar sekurang-kurangnya 2 penyertaan.
4. Setiap pasukan adalah terdiri daripada 3 orang pelajar dan seorang guru penasihat
yang didaftarkan.
5. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung
terjun dan catatan masa roket di udara akan diambil.
6. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air.
Sila rujuk Perkara 10.2 – Komponen Utama Roket Air.
7. Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan
Bumi.
8. Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket dengan
hanya menggunakan bahan berasaskan plastik dan bahan kitar semula sahaja.
9. Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket adalah kombinasi tekanan air dan
udara sahaja.
10. Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol
dan tekanan udara.
11. Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi @ 4 Bar.
12. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
13. Tempoh pemasangan (setup) dan persediaan untuk pelancaran roket air adalah
tidak melebihi 5 minit. Masa akan diambil bermula dari pelancaran roket air sehingga
ianya:
i. Jatuh ke permukaan tanah; atau
ii. Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau
iii. Hilang daripada pandangan para hakim; atau
iv. Berada di udara melebihi 15 minit.

14. Pertandingan akan dijalankan di padang Kolej Vokasional Taiping.


15. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan
semasa tanpa notis awal.
16. Keputusan hakim adalah muktamad bagi pertandingan ini.
17. Pihak urus setia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan dan
kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta.

Anda mungkin juga menyukai