Anda di halaman 1dari 129

Prakata

Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua tenaga pengajar Program
Teknologi Pembinaan (DVM). Modul ini dibangunkan bertujuan untuk membantu
semua tenaga pengajar dalam melaksanakan PdPc. Malah, tujuan modul ini juga
untuk membantu dalam penyelarasan dan penyeragaman PdPc. Pembangunan
modul ini adalah berpandukan kandungan kursus course outline yang telah
dibangunkan oleh Jurulatih Utama Program Teknologi Pembinaan. Untuk
makluman, modul yang dibangunkan telah disemak oleh Jurulatih Utama Program
Teknologi Pembinaan untuk tujuan kesahan, kebolehpercayaan serta ketekalan.

Kandungan modul adalah seperti berikut iaitu; pengenalan, objektif, nota


serta isi berkaitan (ringkas mengikut kompetensi), kesimpulan, latihan/penilaian
dan jawapan. Bagi pihak pembangun modul, saya ingin merakamkan setinggi-
setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam pembangunan modul ini. Sebarang kekurangan dan kelemahan
harap dapat diatasi dari masa ke masa. Semoga modul yang dibangunkan ini
dapat dimanfaatkan serta membantu semua tenaga pengajar.

Sekian, terima kasih

Siva Rabindarang.
Penyelaras Panel Pembangun Modul
Program Teknologi Pembinaan
Kolej Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia

2|DCA2022
Penghargaan

Salam sejahtera dan salam perpaduan kepada semua tenaga pengajar Program
Teknologi Pembinaan (DVM). Terima kasih kepada pihak BPLTV untuk
memberikan kepercayaan dan sokongan dalam pembangunan modul ini.
Pembangunan modul ini dilaksanakan merujuk Tatacara Pembangunan Modul
Vokasional yang telah dibangunkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pembangun modul daripada Kolej Vokasional seluruh Malaysia.

KURSUS KOD NAMA PENSYARAH


Rozianah Binti Hinnasir (K)
Green Building
DCA 2012 Hafizah Binti Khosran
Technology
Alwani Binti Adnan
Nor Gayah Binti Mat Khan
Irfahaizah Binti Saad
Mazni Binti Kasbolah
Nor Aniza Binti Khori
Landscape DCA 2022 Arnie Loretta Lagason
Nor Azura Binti Busu
Ajlaa Anis Binti Azmi
Zuraifah Binti Safiee
Norisah Binti Rasman
Atikah Binti Nasaha (K)
Building
DCA 2232 Sapiah Binti Rahman
Construction-I
Siti Nabilah Binti Mohd Sarlan
Ts. Aida Norlela Binti Mohamad (K)
Basic Quantity
DCA 2042 Siti Nabilah Binti Mohd Sarlan
Surveying
Fitriani Binti Abdul Hamid

Setinggi penghargaan juga kepada Ketua JU Puan Alwani binti Adnan serta JU
En. Dzul Helmi bin Arifin dan Puan Nur Ain binti Hashim yang menyemak modul
untuk tujuan kesahan, kebolehpercayaan serta ketekalan modul. Ribuan terima
kasih juga kepada Puan Wan Nuursufila Binti Salleh dan Puan Nurazilla Binti
Ahmad Bohari atas sumbangan untuk susun atur serta mengedit modul ini.

Usaha murni dan sokongan semua amat dihargai.

Terima kasih.

3|DCA2022
Perancangan Kursus

4|DCA2022
5|DCA2022
ISI KANDUNGAN
Prakata .............................................................Error! Bookmark not defined.
Penghargaan ....................................................Error! Bookmark not defined.
Perancangan Kursus .......................................................................................4
TOPIK 1
PENGENALAN ................................................................................................9
OBJEKTIF .......................................................................................................9
1.1 DEFINISI LANDSKAP ...............................................................................9
1.1.1 Senibina Landskap .........................................................................10
1.1.2 Sejarah Senibina Landskap ...........................................................10
1.2 INDUSTRI YANG TERLIBAT DALAM INDUSTRI LANDSKAP ................11
1.2.1 Jabatan Landskap Negara .............................................................11
1.2.2 Institut Arkitek Landskap Malaysia .................................................13
1.2.3 Majlis Perbandaran – Jabatan Lanskap ..........................................15
1.2.4 Jabatan Kerja Raya ........................................................................17
1.2.5 Persekutuan Arkitek Landskap Antarabangsa ................................17
1.3 JENIS, BENTUK DAN CIRI-CIRI TUMBUHAN LANDSKAP ....................20
1.4 ELEMEN, FUNGSI FIZIKAL DAN ESTETIKA TUMBUHAN DALAM
LANSKAP ......................................................................................................28
1.5 PRINSIP REKA BENTUK LANDSKAP ....................................................31
1.6 SIMBOL GRAFIK LANDSKAP YANG DIGUNAKAN DALAM PELAN
LANDSKAP ...................................................................................................32
KESIMPULAN ...............................................................................................39
LATIHAN/PENILAIAN ....................................................................................40
JAWAPAN/SKEMA ........................................................................................41
TOPIK 2
PENGENALAN ..............................................................................................44
OBJEKTIF .....................................................................................................44
2.1 PENYEDIAAN TAPAK PEMBINAAN ..........Error! Bookmark not defined.
2.1.1 Sempadan Tapak Pembinaan ........................................................45
2.1.2 Kerja Pembersihan Tapak ..............................................................46
2.1.3 Kerja Mengukur dan Menanda Kawasan ........................................52
2.2 PEMBINAAN LANDSKAP KEJUR ...........................................................53
2.2.1 Pengenalan Landskap Kejur ..........................................................53

6|DCA2022
2.2.2 Elemen Landskap Kejur .................................................................55
2.2.3 Struktur Pembinaan Landskap Kejur ..............................................60
2.2.4 Peralatan dan Bahan Pembinaan Landskap Kejur .........................64
2.2.5 Prosedur Kerja dan Amalan Keselamatan Dalam Pembinaan
Landskap Kejur .......................................................................................76
KESIMPULAN ...............................................................................................91
LATIHAN/PENILAIAN ....................................................................................92
SKEMA JAWAPAN ........................................................................................93
TOPIK 3
PENGENALAN ..............................................................................................96
OBJEKTIF .....................................................................................................96
3.0 MARKETING AND BUSINESS IN LANDSCAPE .....................................96
3.1 PENGENALAN USAHAWAN DAN PENIAGA ...................................96
3.2 CIRI-CIRI USAHAWAN DAN PENIAGA ............................................97
3.3 AGENSI YANG TERLIBAT MEMBANTU USAHAWAN DAN PENIAGA
DALAM LATIHAN DAN KEWANGAN......................................................99
3.4 DOKUMEN YANG TERLIBAT DALAM URUS NIAGA ..................... 103
3.5 RANCANGAN PERNIAGAAN ......................................................... 112
3.6 RANCANGAN PEMASARAN .......................................................... 121
LATIHAN/PENILAIAN .......................................Error! Bookmark not defined.
SKEMA/JAWAPAN ...........................................Error! Bookmark not defined.
SENARAI RUJUKAN ................................................................................... 128

7|DCA2022
NOTA KURSUS
KANDUNGAN 1

INTRODUCTION TO
LANDSCAPE

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA LANDSKAP

8|DCA2022
1.0 Pengenalan

Landskap adalah satu bidang yang luas merangkumi rekabentuk landskap, aktiviti
pelandskapan, pengurusan kawasan landskap dan bidang keusahawanan.
Landskap merupakan bidang menggabungkan seni dan sains dalam mewujudkan
persekitaran luar yang seimbang diantara manusia dan alam semulajadi.
Kepentingan landskap dalam pembangunan negara perlu diberi penekanan yang
sewajarnya agar pembangunan fizikal negara dapat diimbangi dengan
pembangunan landskap yang indah, berkualiti dan beridentiti.

Objektif

• Menyatakan maksud landskap dan menerangkan agensi yang terlibat


dalam industri landskap

• Menerangkan jenis, rupa bentuk dan ciri tumbuhan landskap

• Menerangkan elemen, fungsi fizikal dan estatika tumbuhan dalam


landskap

• Menyenaraikan prinsip reka bentuk landskap

1.1 Definisi Landskap


Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda. Ia bermaksud
pemandangan desa atau suatu pemandangan luaran yang dihasilkan dari
keadaan semulajadi atau binaan yang meliputi apa sahaja yang dapat kita lihat di
atas muka bumi ini. Pemandangan semulajadi adalah sesuatu yang terdapat di
permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik,
gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara. Elemen buatan
manusia pula seperti jalanraya, rumah, bangunan dan kolam buatan. Elemen-
elemen yang terdapat dalam landskap merupakan sumber utama yang digunakan
dalam mereka bentuk landskap. Empat elemen asas tersebut iaitu
tumbuhan,air,struktur,dan rupa bumi.
Manakala istilah pelandskapan pula adalah satu proses yang mana melibatkan
kegiatan merancang, merekabentuk, melaksana serta mengurus landskap untuk

9|DCA2022
keselesaan, keselamatan, dan keseronokan manusia. Disamping itu,
pelandskapan menjadikan suasana yang indah dan harmoni dengan persekitaran
semulajadi.

1.1.1 Senibina Landskap

Pengertian senibina landskap menurut Laurie (1975) ialah perancangan


dan rekabentuk tanah dan air untuk kegunaan awam. Manakala menurut Hubbard
dan Kimball (1917) pula senibina landskap merupakan “Seni Halus” dimana fungsi
utamanya adalah untuk mencipta dan memelihara kecantikan alam sekitar yang
diduduki oleh manusia termasuk kawasan semulajadi negara. Namun, Garrett
Eckbo (1950) menyatakan bahawa senibina landskap adalah sebahagian
landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai ruang
untuk manusia hidup dan tidak termasuk pertanian dan perhutanan.

1.1.2 Sejarah Senibina Landskap


Menurut Laurie dalam “An introduction to Landscape Architecture”, sejarah
seni taman atau landskap perlu dikaji atas dua sebab iaitu perhubungan manusia
dan persekitaran dan taman-taman silam yang mempengaruhi rekabentuk taman-
taman masa kini dan masa hadapan. Mengkaji sejarah perkembangan seni taman,
membolehkan kita memahami bagaimana manusia menyesuaikan persekitaran
untuk keperluan sosial, ekonomi serta fizikal. Antara fakta fizikal ialah iklim dan
geografi. Selain itu, fakta yang terdapat dalam keperluan sosial ialah kepercayaan
agama, kepercayaan tradisi dan amalan serta falsafah dan kesenian. Sekiranya
melalui faktor ekonomi pula ia menunjukkan kemewahan.

1.2 Industri Yang Terlibat Dalam Industri Landskap

10 | D C A 2 0 2 2
1.2.1 Jabatan Landskap Negara (National Landscape Department, Ministry
of Housing and Local Government)

Penubuhan Jabatan Landskap Negara (JLN) adalah hasil daripada satu


evolusi penyediaan perkhidmatan landskap di negara ini yang bermula dengan
tertubuhnya Unit Landskap di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa pada tahun
1981. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 November 1995 telah meluluskan
penubuhan JLN. Berdasarkan pada kelulusan peruntukan dan program JLN oleh
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan ini perlu memainkan peranan sebagai agensi
kawal selia dan memberi khidmat nasihat yang perlu disokong oleh peraturan dan
undang-undang bagi memastikan usaha yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan
dan swasta mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada. JLN telah
ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 1996.

1.2.1.1 Objektif penubuhan:


• Mewujudkan persekitaran hidup yang bersih, indah, selesa dan selamat
• Memandu dan mengawal selia pembangunan landskap seluruh negara
melalui penggubalan dan penguatkuasaan dasar, peraturan dan akta
berkaitan
• Memelihara keseimbangan antara pembangunan dengan sekitar melalui
pelaksanaan pembangunan landskap yang berkualiti dan mampan
• Memastikan pembangunan landskap, taman-taman awam, kawasan
lapang dan kemudahan rekreasi yang berkualiti dan berdaya maju
• Meningkatkan profesionalisma dalam amalan perancangan,
pembangunan, dan pengurusan landskap negara.
• Mengenal dan memperkayakan sumber landskap negara untuk faedah
akan datang.
• Menggalak pembangunan industri landskap.

11 | D C A 2 0 2 2
1.2.1.2 Fungsi penubuhan:
• Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawal selia pembangunan
landskap, keperluan kawasan lapang, kawasan hijau dan kemudahan
rekreasi negara
• Penguatkuasaan perundangan, perlaksanaan dasar dan garis panduan di
pelbagai peringkat dalam perancangan, perlaksanaan dan pengurusan
pembangunan landskap
• Menjana pembangunan dan pengembangan industri landskap
• Melaksana dan menyelaras aplikasi progam penyelidikan di pelbagai
bidang berkaitan landskap
• Menyediakan kepakaran teknikal yang mantap untuk pembangunan
sumber landskap negara yang efisen
• Menjadi penasihat kepada pelbagai peringkat kerajaan dalam
perancangan, pelaksanaan dan pengurusan pembangunan landskap
• Sebagai pusat akreditasi landskap negara

1.2.1.3 Piagam Pelanggan


• Memberi maklumbalas kepada PBT berhubung permohonan
pembangunan lanskap dalam tempoh 7 hari bekerja
• Menyiapkan penyediaan dokumentasi khidmat nasihat pembangunan
lanskap untuk agensi kerajaan dalam tempoh 8 minggu dari Tarikh lawatan
tapak
• Menyiapkan penilaian tender dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Tarikh
tutup bagi tender yang mempunyai kurang daripada 10 petender
• Memberi mklumbalas Aduan Awam dalam tempoh 3 hari bekerja
• Mengurus dokumen bagi pembayaran bil dalam tempoh 7 hari bekerja
• Menjawab permohonan penangguhan Taman Persekutuan bagi tujuan
aktiviti rekreasi dalam temoh 5 hari bekerja
• Memberi maklumbalas di dalam media sosial dalam tempoh 24 jam hari
bekerja maklumbalas dimuatnaik ke laman media sosial rasmi Jabatan

12 | D C A 2 0 2 2
1.2.2 Institut Arkitek Landskap Malaysia (Institute of Landscape Architects
Malaysia (ILAM))

Ditubuhkan pada 1981, Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) ialah


persatuan profesional kebangsaan Malaysia untuk arkitek landskap, mewakili
lebih 1,000 ahli. ILAM mengetuai pengawasan, perancangan dan reka bentuk
persekitaran binaan dan semula jadi di seluruh negara.

Misi Institut adalah untuk memajukan seni bina landskap dan meningkatkan
keterlihatan profesion melalui sokongan nasihat kepada kedua-dua sektor awam
dan swasta. Pendidikan, sokongan akreditasi, hubungan antarabangsa dengan
badan profesional lain, anugerah dan pengiktirafan dalam industri dan
menjalankan seminar adalah program yang direka untuk meningkatkan standard
profesional di semua peringkat.

1.2.2.1 Senibina Landskap Malaysia Prosedur & Standard


Pengiktirafan Program
ILAM menyokong pembangunan program seni bina landskap di Malaysia
dan menyokong kualiti pendidikan dalam bidang tersebut. Pengiktirafan itu ialah
sistem kawal selia kendiri dan amalan penilaian kendiri bukan kerajaan. Program
seni bina landskap dinilai oleh ILAM CoEd untuk pematuhannya dengan piawaian
pengiktirafan. Program termasuk ijazah profesional pertama di peringkat sarjana
muda atau sarjana, dan program separa profesional yang berkaitan dengan seni
bina landskap di peringkat diploma. Institusi yang berminat boleh mengemukakan
permohonan mereka kepada ILAM dan merujuk kepada buku kecil Prosedur dan
Piawaian Program Seni Bina Landskap Malaysia

13 | D C A 2 0 2 2
ILAM berfungsi memberikan sokongan keterlibatan golongan profesional dalam
bidang landskap untuk sama-sama mengeluarkan idea dan khidmat nasihat dalam
pembangunan berikut:
• Kampus sekolah dan kolej
• Alasan korporat dan komersial
• Taman awam dan arboreta
• Pemuliharaan dan pemulihan bersejarah
• Hotel, resort, padang golf
• Hospital dan tapak kemudahan lain
• Landskap dalaman
• Perancangan tanah
• Seni landskap dan arca bumi
• Perkarangan monumen
• Taman dan rekreasi
• Tebus guna tanah dan pemulihan
• Tapak kediaman
• Reka bentuk keselamatan
• Pemandangan jalan dan ruang awam
• Taman terapeutik
• Koridor dan kemudahan pengangkutan
• Reka bentuk bandar dan pinggir bandar
• Sumber-sumber air

1.2.3 Majlis Perbandaran – Jabatan Lanskap (Municipal Council)

1.2.3.1 Objektif Bahagian Landskap

14 | D C A 2 0 2 2
• Memastikan matlamat, objektif dan strategi di dalam Pelan Induk Landskap
(PIL) dijadikan asas dan garis panduan dalam kerja-kerja perancangan
pembangunan Landskap
• Mengawal dan merancang landskap di dalam kawasan Majlis Perbandaran
agar terancang dan bersistematik mengikut rancangan-rancangan dan
mengikut dasar-dasar / perkeliling-perkeliling kerajaan serta garis panduan
yang digunapakai
• Memastikan permohonan dan ulasan-ulasan perancangan diproses
mengikut prosedur yang ditetapkan
• Menyediakan data/ sistem maklumat Bahagian Landskap untuk kegunaan
/ rujukan pelbagai jabatan dan orang awam
• Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan
awam yang diterima yang berkait dalam bidang Bahagian Landskap
• Memastikan setiap permohonan pelan landskap dan pembangunan
landskap teratur dan memuaskan mengikut Garis Panduan Landskap
Negara
• Memastikan kawasan riadah disediakan selaras dengan keperluan
masyarakat mengikut hierarki taman yang telah ditetapkan serta
melengkapkan fungsi setiap taman tersebut mengikut Garis Panduan
Landskap Negara
• Memastikan perancangan landskap yang telah dibuat diselenggara dengan
spesifikasi dan penjadualan yang betul untuk memberi fungsi yang baik
• Memastikan kawasan yang dicadangkan dapat memberi manfaat dan
memberi fungsi yang baik kepada masyarakat samaada sebagai tempat
riadah, taman permainan kanak-kanak ataupun kawasan lapang
• Membuat tindakan yang berpatutan terhadap aduan penebangan pokok
berbahaya dan aduan-aduan yang berkait dengan landskap
• Memastikan perkhidmatan sewaan bunga dapat dilaksanakan dengan baik
dan memuaskan hati pelanggan

1.2.3.2 Fungsi Bahagian Landskap

• Bertanggungjawab dalam hal-hal Perancang Pembangunan Landskap,


projek-projek pembangunan yang berkaitan dengan input landskap dan

15 | D C A 2 0 2 2
menyediakan pelan-pelan perancang, mengikut rancangan-rancangan
pembangunan yang telah diwartakan dan garis panduan yang digunapakai.
• Bertanggungjawab menyelaras dan memberi input-input perancangan
dalam penyediaan Pelan-Pelan Pembangunan dan Pelan Induk Landskap
• Memproses permohonan-permohonan pembangunan Landskap mengikut
prosedur Agensi Pusat Setempat (OSC) dan memberi ulasan-ulasan
Perancangan Landskap kepada agensi-agensi yang memerlukan ulasan.
• Membentuk, mengemaskini dan menyediakan garis panduan Perancangan
dan Landskap untuk digunapakai dalam kerja-kerja kawalan
Perancangan Majlis Perbandaran
• Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan
yang diterima yang berkaitan dengan bahagian Landskap.
• Melaksana kerja mengikut Manual Prosedur Kerja (MPK) dan memastikan
prosedur kerja mengikut Fail Meja (FM) masing-masing dan menjalankan
tugas mengikut arahan-arahan Pegawai atasan dari masa ke semasa

1.2.4 Jabatan Kerja Raya (Public Works Department)

16 | D C A 2 0 2 2
Antara fungsi JKR dalam pembangunan landskap di negara kita ialah:

• Menyediakan Standard Kompetensi JKR untuk Senibina Landskap


• Mengeluarkan Iklan Sebutharga/Tender bagi kerja-kerja landskap

1.2.5 Persekutuan Arkitek Landskap Antarabangsa (IFLA) - (International


Federation of Landscape Architects)

IFLA ditubuhkan di Cambridge, Inggeris, pada tahun 1948 dengan Tuan


Geoffrey Jellicoe sebagai presiden pertamanya, mewakili 15 negara
dari Eropah dan Amerika Utara. Kemudian, pada tahun 1978, Ibu Pejabat IFLA
ditubuhkan di Versailles. Kini Ibu Pejabat IFLA berada di Paris.

Persekutuan Arkitek Landskap Antarabangsa (IFLA) adalah organisasi


yang mewakili seni bina landskap profesion di peringkat global. Ini bertujuan untuk
menyediakan kepemimpinan dan jaringan untuk menyokong pengembangan
profesion dan penyertaannya yang berkesan dalam mewujudkan persekitaran

17 | D C A 2 0 2 2
yang menarik, adil dan lestari. IFLA kini mewakili 76 persatuan anggota dari Afrika,
Amerika, Eropah dan Asia Pasifik, dan wilayah yang baru muncul di Timur Tengah.
Misi Persekutuan adalah untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang
berkesinambungan dan seimbang untuk kepentingan umat manusia di seluruh
dunia.
Melalui Persatuan Anggota, IFLA secara rasmi mewakili kira-kira 25,000 arkitek
landskap di seluruh dunia - jumlah sebenar arkitek landskap dianggarkan sekitar
tiga kali ganda.

Tujuan penubuhan IFLA :


1. Meningkatkan rasa hormat terhadap profesion melalui penghargaan tinggi
di mana Persekutuan dipegang oleh organisasi antarabangsa dan serantau
termasuk pelbagai Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
2. Menyediakan platform pertukaran pengetahuan dan kepakaran.
3. Menawarkan sokongan institusi yang kuat untuk melawan ancaman
perundangan terhadap integriti profesion.
4. Menyediakan platform global untuk peluang pendidikan dan profesional.
5. Berfungsi sebagai gudang maklumat mengenai seni bina lanskap, warisan
dan kemampuannya.
6. Memberi akses kepada projek yang memberi nilai kepada arkitek lanskap
pada setiap peringkat kerjaya mereka seperti Tinjauan Piawaian
Profesional Global, Pertandingan Reka Bentuk Pelajar, Anugerah Sir
Geoffrey Jellicoe.
7. Meningkatkan profil profesion di seluruh dunia dengan menyokong
pengembangan persatuan dan wilayah anggota baru.
8. Memberi akses kepada pemimpin pemikiran antarabangsa yang
menunjukkan kemampuan landskap untuk menghadapi cabaran global
seperti air dan keselamatan makanan, perubahan iklim, konflik,
penghijrahan dan penipisan sumber semula jadi.
9. Menyediakan platform global untuk melibatkan arkitek lanskap (dan dari
industri berkaitan) dalam memperbaiki keadaan, tujuan dan konteks
profesion jangka panjang.

18 | D C A 2 0 2 2
Badan pengurus IFLA adalah Majlis Dunia yang terdiri daripada pegawai
Jawatankuasa Eksekutif dan perwakilan persatuan anggota yang dilantik dengan
sewajarnya yang telah diterima masuk sebagai IFLA sebagai ahli. Jawatankuasa
Eksekutif IFLA membangun dan melaksanakan rancangan tindakan yang
merealisasikan tiga tonggak strategi utama iaitu:
i) meningkatkan profil profesion;
ii) membina sokongan dan;
iii) menyediakan perkhidmatan ahli yang melayani sesiapa sahaja yang
berkaitan dengan seni bina landskap.

Karya IFLA terutama disampaikan melalui projek, matriks kumpulan kerja dan
kolaborasi dengan rakan nasional, serantau dan antarabangsa.

1.3 Jenis, Bentuk dan Ciri-Ciri Tumbuhan Landskap

19 | D C A 2 0 2 2
Tumbuhan landskap dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut
kegunaan, fungsi, warna, bentuk dan ciri pertumbuhannya. Tumbuhan landskap
boleh dibahagi kepada sepuluh kategori seperti jadual dibawah :

Bil Jenis Ciri-ciri Tumbuhan Nama Spesies


Tumbuhan
Landskap
1. Pokok Areca catechu/
i. Satu batang yang diakhiri oleh
Palma Pinang
sejambak daun.
Livistonia rotundifolia/
ii. Dua jenis iaitu palma berbatang
Pokok Serdang
tunggal dan palma berumpun.
Veitchia merrillii/
iii. Mempunyai akar serabut. Pinang Manila

2. Pokok i. Saiz Tumbuhan Acacia


Utama • Kategori tinggi jika tinggi pokok auriculaeformis/
melebihi 15 m Akasia Kuning
Delonix regia/
• Kategori sederhana jika tinggi
Semarak Api
pokok 10 - 15 m
Calophyllum
• Kategori rendah jika tinggi
inophyllum/
pokok 4 - 10 m
Penaga Laut

ii. Kadar Tumbesaran


• Cepat: kadar tumbesaran pokok
melebihi >2.5 m setahun

• Sederhana: kadar tumbesaran


antara 1.5 - 2.5 m setahun

• Lambat: kadar tumbesaran


kurang dari 1.5 m setahun

iii. Kepadatan Daun

20 | D C A 2 0 2 2
• Padat: Kuantiti daun banyak
dan lebat

• Sederhana: Kuantiti daun


sederhana

• Terbuka: Kuantiti daun sedikit


dan bentuk percabangan yang
tidak rapi

iv. Warna Daun


• Kebanyakan tumbuhan tropika
mempunyai daun berwarna
hijau tetapi terdapat juga
tumbuhan yang mempunyai
daun berwarna-warni atau
mengalami perubahan warna
pada sesuatu masa

3. Pokok i. Mempunyai banyak batang dan Acalypha hispida/


Renek cabang Ekor Kucing
ii. Terdapat 4 jenis; Bougainvillea spp./
• pokok renek berbatang keras, Bunga Kertas
• pokok renek berdaun, Codiaeum spp./
• pokok renek berbatang lembut, Puding
• pokok renek umbisi

iii. Saiz tumbuhan


• Kategori tinggi jika tinggi pokok
melebihi>1.5 - 4 m
• Kategori sederhana jika tinggi
pokok 1 - 1.5 m
• Kategori rendah jika tinggi
pokok 0.5 - 1 m
iv. Kadar tumbesaran dan kematangan

21 | D C A 2 0 2 2
• Cepat: kematangan pokok
kurang dari 3 tahun
• Sederhana: kematangan pokok
antara 3 - 6 bulan
• Lambat: kematangan pokok > 6
tahun
4. Tanaman i. Jenis tanaman Cuphea spp./
Penutup Tanaman yang tumbuh rendah atau Cuphea
Bumi menjalar dan menutup permukaan Pandanus pygmaeus/
bumi. Pandan Duri
ii. Saiz Wedelia tribolata/
Ketinggian tumbuhan penutup bumi Wedelia
kurang dari 0.5 m.
iii. Kematangan
Kematangan tumbuhan ini
Mengambil masa 3 bulan hingga 1
tahun sahaja.
5. Tumbuhan i. Mempunyai sulur paut, tendril, Clerodendron
Memanjat cangkuk atau duri yang boleh thomsonae/
dan dijadikan sokongan untuk memanjat Sirih Melayu
Menjalar dan menjalar. Portulaca grandiflora/
ii. Sesetengah tumbuhan ini Bunga Ros Jepun
memerlukan pergola, dinding atau Tristellateia
struktur sokongan lain untuk australasiae/
memanjat. Tristellatia
6. Tanaman Zinnia spp./
i. Mempunyai jangka hayat yang
Semusim Bunga Zinia
singkat.
Petunia spp./
ii. Melengkapkan kitaran hayatnya,
Petunia
daripada percambahan kepada
Tagetes erecta/
pengeluaran benih, dalam satu tahun,
Marigold
dan kemudian mati.

22 | D C A 2 0 2 2
7. Tanaman i. Tumbuhan yang hidup dalam Eichhornia crassipes/
Akuatik lingkungan atau peraian sama ada Keladi Bunting
terbenam sebahagiannya atau Nelumbo nucifera/
seluruhnya di dalam air. Teratai
ii. Mempunyai rongga udara di dalam Pistia stratiotes/
batang atau akar bagi Kiambang
membolehkannya terapung

8. Tanaman Plumeria rubra/


i. Mempunyai bentuk menarik untuk
Hiasan Kemboja
mencantikkan kawasan.
Dalaman Canangium odoratum/
ii. Sebagai titik fokus, untuk menarik
Kenanga
perhatian pada sesuatu tempat.
Monstera deliciosa/
Monstera
9. Tanaman i. Sejenis tumbuhan berbunga yang Arundina graminifolia/
Orkid
ditanam sebagai pokok hiasan. Orkid Buluh
ii. Tumbuh sama ada di atas pokok Dendrobium
(epifit) atau di atas tanah crumenatum/
(terestrial). Orkid Merpati
iii. Mempunyai pelbagai bentuk dan Cattleya walkeriana/
warna. Orkid Cattleya
iv. Bunganya tahan untuk beberapa
minggu selepas berkembang

10. Pokok
i. Lazimnya ditemui di gurun pasir Espostoa lanata/
Kaktus yang bersuhu tinggi dan bekalan air Kaktus Salji
yang kurang. Cereus peruvianus/
ii. Mengalami batang terubah suai Kaktus Peruvian
untuk Haworthia attenuate/
ia menyesuaikan diri di kawasan Kaktus Zebra
yang kering.

23 | D C A 2 0 2 2
1.3.1 Contoh Tumbuhan Landskap Mengikut Jenis

Landskap merangkumi struktur geologi tanah, flora dan fauna, corak aktiviti
manusia dimana tumbuhan menjadi corak interaksi utama antara manusia dan
alam persekitaran. Berikut merupakan contoh tumbuhan landskap yang boleh
didapati di sekitar kita.

Pokok Palma

Pinang Pokok Serdang Pinang Manila


Pokok Utama

Akasia Kuning Penaga Laut Semarak Api

24 | D C A 2 0 2 2
Pokok Renek

Ekor Kucing Bunga Kertas Puding


Tanaman Penutup Bumi

Seribu Bintang Pandan Duri Wedelia


Tumbuhan Memanjat dan Menjalar

Sirih Melayu Ros Jepun Tristellatia


Tanaman Semusim

Zinia Petunia Marigold

25 | D C A 2 0 2 2
Tanaman Akuatik

Teratai Keladi Bunting Kiambang


Tanaman Hiasan Dalaman

Kenanga Monstera Kemboja


Tanaman Orkid

Orkid Buluh Orkid Merpati Orkid Cattleya


Kaktus

Kaktus Peruvian Kaktus Salji Kaktus Zebra

26 | D C A 2 0 2 2
1.3.2 Rupa Bentuk Tumbuhan Landskap
Terdapat beberapa jenis rupa bentuk pokok. Antaranya adalah seperti berikut:

Bentuk bulat (rounded) Bentuk bujur songsang (Obovoid)


Bentuk kanopi bulat Bentuk kanopi lebar di bahagian atas

Bentuk Kon
Bentuk lonjong (columnar)
Bentuk kanopi tirus dibahagian atas
Bentuk kanopi bujur memanjang
dan 3 segi lebar di bahagian bawah

Bentuk bujur (oval)


Bentuk rampak (irregular)
Bentuk kanopi lebar di bahagian
Bentuk kanopi tidak menentu
bawah

Bentuk mendatar (horizontal) Bentuk mengurai (drappy)


Kanopi payung tidak sekata dan dahan Bentuk kanopi tidak menentu tetapi ranting
membuka secara mendatar dan daun melengkung ke arah tanah

27 | D C A 2 0 2 2
1.4 Elemen, Fungsi Fizikal dan Estetika Tumbuhan Dalam Lanskap

1.4.1 Elemen Dalam Lanskap

i. Tumbuh-tumbuhan

• Meningkatkan suasana segar dan tenang serta bertindak sebagai


pelembut penglihatan kepada satu-satu seni bina

• Berfungsi sebagai penyatuan dua elemen iaitu bangunan dan


kumpulan tumbuhan

ii. Air

• Bertindak sebagai penyejuk atau penyaman udara semula jadi

• Elemen air digunakan dalam pelbagai bentuk seperti air pancutan,


kolam, tasik dan sebagainya

iii. Topografi

• Elemen topografi seperti gunung-ganang, lembah, sungai dan dataran

• Pengubahsuaian topografi bertujuan seperti mengubah arah penyaliran


dan menampakkan keadaan semula jadi

iv. Elemen kaku dan statik

• Bertujuan untuk mewujudkan ruang, urutan dan melengkapkan ruang.


Contohnya, tempat duduk, papan tanda, lampu, gazebo, tong sampah
dan arca.

28 | D C A 2 0 2 2
1.4.2 Fungsi Fizikal dan Estetika Dalam Landskap

a) Melembutkan bentuk
Ciri-ciri yang menarik pada
tumbuhan seperti tekstur atau warna
dapat mencantikkan pemandangan
secara semula jadi

b) Keselesaan dan harmoni


Pokok teduhan mempunyai sifat
tumbuh merendang untuk memberi
teduhan dan keselesaan kepada
manusia.

c) Mengarah pergerakan
Tumbuhan seperti pokok pagaran
dan tanaman penutup bumi boleh
digunakan untuk mengarahkan
pergerakan lalu lintas dan penunjuk
arah tuju

d) Mengawal iklim
Penanaman pokok di kawasan
bandar dapat mengurangkan suhu
sekaligus menyejukkan kawasan
persekitaran melalui proses
transpirasi

e) Mengawal hakisan
Tumbuhan seperti penutup bumi
yang ditanam di lereng bukit atau
tebing sungai dapat menghalang
terjadinya tanah runtuh. Ia juga
dapat memelihara ekosistem tanah
dan melembutkan pemandangan.

29 | D C A 2 0 2 2
f) Membentuk ruang
Tumbuhan boleh ditanam untuk
membentuk sempadan atau ruang
tertentu seperti kawasan rekreasi,
kawasan tempat letak kereta atau
kawasan perindustrian.

g) Mengawal pandangan
(penghadang) yang tidak menarik
Penanaman secara rapat berfungsi
sebagai penghadang pemandangan
di kawasan seperti kawasan
pelupusan sampah atau kubur

1.4.3 Faktor Tambahan dalam Pemilihan Tumbuhan Landskap

Tekstur Warna Bau-Bauan


Tekstur tumbuhan Warna merupakan Terdapat juga bunga,
boleh disebut ciri paling daun dan kulit
sebagai kasar, popular dalam reka tumbuhan yang
sederhana atau bentuk landskap. mengeluarkan bau-
halus. Tumbuh-tumbuhan bauan yang harum
mempunyai pelbagai seperti bunga
jenis warna yang kenanga, cempaka,
boleh digunakan melur, tanjung dan
dalam reka bentuk ros
landskap

30 | D C A 2 0 2 2
1.5 Prinsip Reka Bentuk Landskap

Prinsip rekabentuk landskap berfungsi sebagai garis panduan yang mengawal


organisasi rekabentuk elemen dan bahan mengikut undang-undang alam
semulajadi. Ada beberapa prinsip yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk
landskap. Prinsip-prinsip tersebut ialah keringkasan, kesatuan, keanekaan,
penumpuan, keseimbangan, irama, aturan dan skala. Prinsip-prinsip ini telah
diterima umum sebagai asas yang perlu difikirkan sebelum mereka bentuk sesuatu
kawasan landskap.

1.5.1 Penumpuan (Focal)

Ia bermaksud satu tumpuan atau fokus terhadap sesuatu elemen yang khusus
yang mempunyai ciri yang menarik dan menonjol dalam landskap. Penumpuan
diwujudkan untuk memberi kesan daya penarik dengan adanya satu titik fokus
yang kuat melalui sesuatu ciri-ciri istimewa seperti warna, ketinggian, bentuk,
tekstur, bunyi atau objek/tanaman yang istimewa lagi unik. Penumpuan boleh
dilakukan lebih jelas dengan teknik membingkai dan mengarah pemandangan
terus kepada titik fokus itu. Penumpuan juga boleh diberikan kepada spesimen
tumbuhan yang menarik, elemen air pancutan, air terjun, struktur binaan dan
sebagainya.

31 | D C A 2 0 2 2
1.5.2 Skala (Scale)

Skala adalah pertalian dan perbandingan saiz diantara sesuatu elemen dengan
elemen yang lain dan perbandingan saiz dengan manusia dan persekitarannya.
Manusia terutamanya adalah pengguna kawasan landskap yang utama dijadikan
sebagai rujukan dan perbandingan.

1.5.3 Keseimbangan (Balance)

Keseimbangan bermaksud pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar. Ia


melibatkan keseimbangan dari segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk
tumbuhan. Keseimbangan juga adalah untuk mewujudkan kestabilan sama ada
secara formal atau tidak secara formal. Keseimbangan formal bersifat geometrik,
simetri dan ditentukan melalui pengulangan elemen-elemen yang sama di kiri dan
kanan. Keseimbangan tidak formal lebih dinamik dan lebih bersifat natural.

32 | D C A 2 0 2 2
1.5.4 Keringkasan (Simplicity)

Reka bentuk landskap yang hendak dibina seharusnya ringkas, teratur, mudah
difahami dan mewujudkan susunan dan kesatuan. Kalau boleh menggunakan
unsur-unsur dan elemen-elemen terpenting sahaja seperti tumbuh-tumbuhan, air
dan struktur binaan yang mudah dan ringkas untuk mengelakkan kawasan dan
suasana landskap yang kelam kabut.

33 | D C A 2 0 2 2
1.5.5 Kesatuan (Unity)

Kesatuan bermaksud penyatuan pelbagai elemen reka bentuk yang digabungkan


untuk memudahkan penggarapan dan persepsi pemerhati bahawa komposisi ini
adalah 'satu'. Mencapai kesatuan adalah penting untuk mendapatkan satu konsep
yang kuat agar semua reka bentuk akan tertumpu kepada konsep tersebut.

1.5.6 Keanekaan (Variety)

Keanekaan adalah penggunaan pelbagai jenis elemen dalam sesuatu reka bentuk
landskap. Banyak ciri digunakan terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz,
bentuk, warna dan tekstur. Ia dapat menimbulkan satu daya tarikan serta
mengelakkan rasa jemu atau bosan. Keanekaan dapat diterjemahkan melalui
penggunaan kepelbagaian elemen seperti warna, bentuk, tekstur, perubahan
haluan, pergerakan, bunyi dan juga kualiti cahaya.

34 | D C A 2 0 2 2
1.5.7 Irama (Rhythm)

Prinsip ini merupakan perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain
secara berperingat mengikut pandangan mata dan sesuai dengan irama tertentu.
Perubahan ini adalah dari segi ketinggian, warna atau tekstur. Pengulangan
terhadap elemen-elemen tersebut akan dapat mengawal pandangan mata hingga
menuju ke titik tertentu.

1.5.8 Aturan (Repetation)

Aturan berkait rapat dengan pergerakan yang melalui sesuatu ruang dari
permulaan (gateway). Ruang-ruang yang seterusnya dihubungkan untuk
mewujudkan kesinambungan yang teliti dan berterusan. Reka bentuk aturan yang
melibatkan sesuatu 'penemuan' adalah sangat baik. Lebih baik untuk tidak
menunjukkan semuanya pada satu masa untuk mewujdkan 'sense of surprise'.

35 | D C A 2 0 2 2
1.6 Simbol Grafik Landskap Yang Digunakan Dalam Pelan Landskap

Simbol adalah elemen yang paling penting dalam menghasilkan pelan landskap.
Simbol landskap adalah berbeza daripada simbol-simbol profesion yang lain.
Simbol boleh menginterpritasikan idea-idea ke dalam bentuk pelan dan
seterusnya di tapak pembinaan. Contohnya, tanaman dan elemen landskap dilukis
dalam bentuk simbol untuk membina sesuatu taman mini. Ini akan memberi
gambaran sebenar keseluruhan rupa bentuk taman yang akan dibina.

1.6.1 Simbol landskap terbahagi kepada dua iaitu:


i. Simbol landskap lembut
a) Simbol pokok
b) Simbol palma
c) Simbol renek
d) Simbol penutup bumi/ rumput
ii. Simbol landskap kejur

36 | D C A 2 0 2 2
37 | D C A 2 0 2 2
38 | D C A 2 0 2 2
KESIMPULAN

Landskap ialah ciri yang boleh dilihat pada kawasan tanah, bentuk muka bumi dan
cara ia berintegrasi dengan ciri semula jadi atau buatan manusia. Ia sering
dipertimbangkan dari segi daya tarikan estetikanya. Landskap dapat mewujudkan
suasana yang indah dan harmoni dengan persekitaran semulajadi.

39 | D C A 2 0 2 2
LATIHAN/ PENILAIAN

1. Nyatakan fungsi Jabatan Landskap Negara dalam memajukan landskap


negara.

2. Nyatakan empat jenis tumbuhan landskap yang perlu ditanam di kawasan


kediaman.

3. Huraikan elemen-elemen dalam rekabentuk landskap yang boleh diguna


pakai untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang.

40 | D C A 2 0 2 2
JAWAPAN LATIHAN/ PENILAIAN

Soalan 1

i. Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawal selia pembangunan


landskap, keperluan kawasan lapang, kawasan hijau dan kemudahan
rekreasi negara
ii. Penguatkuasaan perundangan, perlaksanaan dasar dan garis panduan di
pelbagai peringkat dalam perancangan, perlaksanaan dan pengurusan
pembangunan landskap
iii. Menjana pembangunan dan pengembangan industri landskap
iv. Melaksana dan menyelaras aplikasi progam penyelidikan di pelbagai
bidang berkaitan landskap
v. Menyediakan kepakaran teknikal yang mantap untuk pembangunan
sumber landskap negara yang efisen
vi. Menjadi penasihat kepada pelbagai peringkat kerajaan dalam
perancangan, pelaksanaan dan pengurusan pembangunan landskap
vii. Sebagai pusat akreditasi landskap negara

Soalan 2

i. Pokok Palma
ii. Pokok Renek
iii. Tanaman penutup bumi
iv. Orkid

41 | D C A 2 0 2 2
Soalan 3

1. Tumbuh-tumbuhan

• Meningkatkan suasana segar dan tenang serta bertindak sebagai


pelembut penglihatan kepada satu-satu seni bina

• Berfungsi sebagai penyatuan dua elemen iaitu bangunan dan


kumpulan tumbuhan

2. Air

• Bertindak sebagai penyejuk atau penyaman udara semula jadi

• Elemen air digunakan dalam pelbagai bentuk seperti air pancutan,


kolam, tasik dan sebagainya

3. Topografi

• Elemen topografi seperti gunung-ganang, lembah, sungai dan dataran

• Pengubahsuaian topografi bertujuan seperti mengubah arah penyaliran


dan menampakkan keadaan semula jadi

4. Elemen kaku dan statik

• Bertujuan untuk mewujudkan ruang, urutan dan melengkapkan ruang.


Contohnya, tempat duduk, papan tanda, lampu, gazebo, tong sampah
dan arca.

42 | D C A 2 0 2 2
NOTA KURSUS
KANDUNGAN 2

IMPLEMENTATION OF
LANDSCAPE ACTIVITIES

43 | D C A 2 0 2 2
TOPIK 2 : PELAKSANAAN AKTIVITI LANSKAP

2.0 Pengenalan

Dalam pembinaan sesebuah bangunan, aktiviti landskap merupakan salah satu


kerja yang penting bagi memastikan persekitaran bangunan nampak ceria dan
tersusun. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memastikan
landskap yang terhasil cantik dan ceria.

Objektif

Di akhir topik ini, pelajar akan dapat:


1) Menerangkan keperluan kerja awalan tapak pembinaan landskap.
2) Mengenalpasti elemen, struktur pembinaan, peralatan dan bahan bagi
pembinaan landskap kejur.
3) Melaksanakan pembinaan lanskap kejur dengan kaedah yang betul

2.1 Penyediaan Tapak Pembinaan

Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan landskap kejur, penyediaan tapak


penting bagi menentukan keadaan dan kedudukan sesuatu binaan. Penyediaan
tapak dapat disimpulkan sebagai semua aktiviti yang perlu dilakukan sebelum
kerja sebenar dapat dijalankan. Aktiviti ini berbeza mengikut keperluan projek dan
keadaan sesuatu tapak. Kerja-kerja binaan yang melibatkan permukaan tanah,
penyediaan tapak menjadi sangat penting. Ini disebabkan banyak keperluan
binaan yang perlu dipenuhi.

Sebelum pelaksanaan aktiviti pelandskapan dibuat, kerja-kerja awalan perlu


dilakukan untuk melancarkan aktiviti pelandskapan di tapak bina. Kerja-kerja
awalan pembinaan landskap kejur di tapak pembinaan adalah seperti berikut:

44 | D C A 2 0 2 2
PEMBERSIHAN MENGUKUR DAN
PERSEMPADANAN
TAPAK MENANDA

Rajah 2.1: Kerja awalan Tapak Pembinaan Landskap Kejur.

2.1.1 Sempadan Tapak Pembinaan

Kerja ini dimulakan dengan mencari batu-batu sempadan yang ditanam


berpandukan pelan tanah atau tapak yang telah disahkan. Antara masalah yang
mungkin timbul semasa mencari batu-batu sempadan ialah batu sempadan hilang.
Hal ini mungkin berlaku kerana batu sempadan tertimbus di dalam tanah akibat
pergerakan tanah atau ditutupi oleh akar atau pokok-pokok yang besar dan juga
kemungkinan telah dialih atau dibuang oleh manusia.

Rajah 2.2: Membuat garis sempadan ataupun persempadanan kawasan

Garis sempadan atau persempadanan merupakan tanda pembahagian di antara


satu kawasan dengan kawasan lain. Persempadanan juga merupakan pemisah
antara sesebuah kawasan. Melalui persempadanan kawasan atau garis
sempadan, kerja-kerja pelandskapan dapat dilakukan dan dilaksanakan mengikut
susun atur pelan landskap.

45 | D C A 2 0 2 2
Persempadanan kawasan atau garis sempadan boleh dibuat menggunakan
beberapa elemen seperti:

i. Menggunakan pita keselamatan

• Pita keselamatan yang biasa digunakan berwarna merah putih dan tertera
tulisan AWAS. Ini bagi memudahkan ia dilihat. Ianya diperbuat daripada
plastik dan tahan daripada hujan atau panas.
• Menunjukkan kawasan pelandskapan yang akan dibangunkan telah dibuat
persempadanan.
• Untuk menandakan kawasan tersebut akan dibuat pembangunan dan
merupakan kawasan dilarang masuk ke tapak tersebut.

Rajah 2.3: Pita keselamatan

Rajah 2.4: Kawasan Pembinaan landskap yang perlu dibuat sempadan Kawasan

46 | D C A 2 0 2 2
ii. Menggunakan pagar sementara (Hoading Board)

• Pagar sementara yang dijadikan kawasan persempadanan dibuat


menggunakan zink. Penggunaan pagar sementara dapat menunjukkan
bahawa kawasan pelandskapan tersebut telah dibuat persempadanan bagi
memisahkan dengan kawasan tapak yang lain.
• Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan sehingga pagar
adangan sementara (Hoarding Board) didirikan untuk mengasingkan
kawasan tapak bina. Pagar adangan sementara hendaklah dibina
sepenuhnya di sekeliling atau menutupi kawasan tapak bina.
• Warna pagar adangan sementara yang dibenarkan adalah biru atau kelabu
(bagi pagar yang tidak menghadap jalan utama). Adangan sementara
mestilah tidak menghalang pili bomba atau alat perkhidmatan kemudahan
lain yang sedia ada.
• Kerja-kerja seperti membina sheetpile, longkang tepi dan sebagainya yang
dibina tanpa pagar adangan sementara hendaklah dililitkan dengan pita
amaran dengan jarak 1.0m dari kawasan kerja. Kawasan tapak pagar
adangan sementara hendaklah sentiasa diawasi oleh seorang pengawal
untuk menghalang orang awam daripada menceroboh ke dalam tapak
pembinaan. Pagar adangan sementara hendaklah dibuka semula sebaik
sahaja kerja-kerja pembinaan siap dijalankan.

Rajah 2.5: Pagar sementara

47 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.6: Penghadang sementara di kawasan tapak bina.

iii. Menggunakan atau memasang penghadang berdinding (hoarding)

• Penghadang berdinding atau pagar juga sesuai dijadikan persempadanan


kawasan sama ada menggunakan zink ataupun metal deck.
• Penghadang berdinding boleh dibuat sama ada secara terbuka ataupun
secara tertutup.
• Bagi penghadang yang berhadapan dengan jalan utama, pemaju
diwajibkan menghiasi pagar dan pintu masuk dengan illustrasi yang
menarik. Illustrasi ini terdiri daripada iklan pemaju, kontraktor atau
pembangunan tersebut sahaja. Iklan yang tidak berkenaan dengan
pembangunan tersebut tidak dibenarkan.
• Mengikut Akta 1974 iaitu Kesihatan dan Keselamatan Kerja menyatakan
penghadang perlu dibuat pada keluasan kawasan tapak untuk melindungi
kawasan projek daripada bahaya dan kerja-kerja yang dijalankan di dalam
kawasan tapak untuk keselamatan orang awam.

48 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.7: Penghadang berdinding

Rajah 2.8: Penghadang sementara di kawasan perumahan

49 | D C A 2 0 2 2
2.1.2 Kerja Pembersihan Tapak

Pembersihan tapak merupakan kerja membersihkan kawasan, mengasingkan


bahan-bahan terbuang, sisa-sisa tanaman ataupun benda-benda yang tidak
berguna yang berada di tapak landskap. Kerja pembersihan tapak dilakukan
selepas mengenal pasti tapak kawasan yang hendak dibuat pelandskapan. Antara
kerja pembersihan tapak yang biasa dilakukan dalam kerja pelandskapan adalah
seperti berikut:-

i. Kerja membersih kawasan

• Semua sisa yang berada di tapak seperti batuan, plastik, sampah serta
bahan-bahan yang tidak diperlukan hendaklah dibuang agar tapak binaan
yang akan dibuat pelandskapan bersih dari sisa-sisa kotoran dan bahan
pepejal.
• Kerja pembersihan ini termasuklah kerja menebas, meroboh, memecah
tembok dan lain-lain penghalang, membuang tanah dan tunggul yang tidak
sesuai serta segala struktur dalam lingkungan tapak yang telah ditentukan.

ii. Kerja merata kawasan

• Setelah kawasan pelandskapan tadi dibersihkan, kerja merata kawasan


perlu dilakukan. Kawasan yang akan dibuat pelandskapan mestilah
berkeadaan rata dan tidak berlubang atau beralun. Sekiranya kawasan
tapak berkeadaan tidak rata atau berlubang-lubang, kerja meratakan
kawasan perlu dibuat terlebih dahulu.
• Kerja ini dilakukan menggunakan jentolak sekiranya melibatkan kawasan
yang luas. Sekiranya kawasan tapak yang berskala kecil memadai dengan
menggunakan alatan tangan seperti cangkul, pemampat tanah, pengaruk
tanah bagi meratakan kawasan tersebut.
• Kerja merata kawasan tapak, akan memudahkan pihak yang membina
landskap di kawasan tersebut. Kerja meratakan kawasan tapak amat
penting kerana struktur tanah ataupun keadaan tanah yang mempunyai
permukaan yang rata dan kemas akan memudahkan aktiviti pelandskapan
dilaksanakan.

50 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.9: Kerja meratakan kawasan

iv. Kerja menambak kawasan


• Kerja menambak kawasan dilakukan sekiranya di kawasan cadangan tapak
landskap yang ingin dibina itu terdapat kawasan yang berlubang-lubang
atau berpaya serta tidak rata.
• Kerja menambak sangat penting bagi memastikan permukaan tanah
adalah rata, kawasan yang ditambak lebih kemas dan kerja pelandskapan
dapat dijalankan dengan baik tanpa ada halangan atau rintangan.
• Selain itu, tambakan dilakukan sekiranya kawasan yang hendak
dilandskapkan terdapat halangan lain seperti kawasan paya ataupun berair.

51 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.10: Kerja menambak tanah.

2.1.3 Kerja Mengukur dan Menanda Kawasan

• Aktiviti mengukur dan menanda kawasan pembinaan landskap adalah


amat perlu bagi memastikan ukuran pada lukisan adalah sama dengan
ukuran yang akan ditanda pada tapak sebenar.

• Kerja mengukur dan menanda kawasan dilakukan selepas kerja


persempadanan dan pembersihan siap sepenuhnya. Kerja mengukur
dan menanda kawasan pembinaan landskap kejur pula perlu merujuk
pada pelan reka bentuk yang telah dibuat agar ianya bertepatan dengan
reka bentuk pada pelan landskap.

• Penggunaan alatan seperti pita ukur dan juga kayu penanda amat
penting agar proses kerja yang dilakukan berjalan lancar. Sebelum kerja
penandaan dan pengukuran tapak dibuat, pelan reka bentuk landskap
perlulah disiapkan terlebih dahulu. Ini kerana melalui pelan reka bentuk
landskap, barulah proses penandaan dan pengukuran dapat dibuat.
Pastikan pelan reka bentuk landskap yang dibuat hendaklah
menggunakan skala yang betul agar kerja penandaan dan pengukuran
dibuat mengikut skala dan kaedah pengukuran yang betul.

52 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.11: Kerja mengukur kawasan

2.2 Pembinaan Landskap Kejur

2.2.1 Pengenalan Landskap Kejur

Landskap terbahagi kepada dua jenis iaitu landskap lembut dan landskap kejur.
Landskap lembut melibatkan penggunaan elemen-elemen semulajadi seperti
tumbuhan dan air. Manakala landskap kejur melibatkan elemen-elemen buatan
manusia dan keras seperti batu, kayu, lampu dan wakaf.

2.2.1.1 Kepentingan Landskap Kejur

Gabungan beberapa bentuk komposisi yang terdiri daripada lankskap kejur dan
landskap lembut dapat menghasilkan satu landskap yang lengkap dan
memberikan keceriaan. Rekabentuk adalah kekal, tidak oleh diubah
kedudukannya seperti contoh wakaf dan air terjun buatan. Elemen ini memainkan
peranan penting dalam pembentukan sesebuah laman.

53 | D C A 2 0 2 2
2.2.1.2 Aspek Penggunaan Landskap Kejur

1. Aspek kesesuaian contohnya penggunaan tar atau bitumen sebagai lantai


halaman taman dalam kawasan bercuaca panas adalah pemilihan kurang
tepat kerana permukaan menjadi panas menyebabkan tidak ramai
pengguna menggunakan taman tersebut.

2. Aspek keselamatan iaitu bahan permukaan yang licin, tajam dan mudah
karat mestilah dielakkan terutamanya penggunaan taman yang melibatkan
kanak-kanak.

3. Aspek penyelenggaraan adalah penting untuk memanjangkan hayat


jangka masa penggunaan dan kewujudan sesuaitu elemen. Elemen yang
ditekankan haruslah memilih bahan yang rendah penyelenggaraan untuk
menjimatkan masa dan kos serta mengelakkan pembaziran.

2.2.1.3 Rasional Penggunaan Landskap Kejur


1. Bertujuan untuk menampung kehendak yang tidak dapat dilakukan oleh
landskap lembut seperti wakaf dan kerusi taman.
2. Ciri-ciri landskap kejur yang tidak terdapat pada lanskap lembut seperti
lukisan mural pada tembok.
3. Memberikan kesan sampingan yang menarik pada keindahan lanskap.
4. Elemen landskap kejur mempunyai tempoh penggunaan yang lama dan
tahan lasak.
5. Elemen landskap kejur mudah dibentuk dan dicorakkan mengikut kehendak
pengguna.
6. Elemen landskap kejur tidak perlu dijaga setiap hari dan penyelenggaraan
adalah secara berkala.

2.2.1.4 Panduan Penggunaan Landskap Kejur


1. Tema atau konsep projek landskap
2. Fungsi sesuatu elemen landskap kejur
3. Saiz dan skala elemen landskap kejur
4. Kemudahan mendapatkan bahan binaan projek
5. Ketahanan

54 | D C A 2 0 2 2
6. Kemahiran pekerja atau pembuat
7. Penyelenggaraan

2.2.2 Elemen Landskap Kejur


Landskap kejur terbahagi kepada dua elemen iaitu Landskap Kejur Tidak
Berinteraksi dan Landskap Kejur Berinteraksi. Landskap Kejur Tidak Berinteraksi
adalah satu elemen yang digunakan sebagai memenuhi fungsi semata-mata
seperti kaku tanpa berinteraksi dengan pengguna. Contohnya adalah bollard.
Bollard digunakan untuk memisahkan antara siar kaki dan jalan raya tanpa
memberi reaksi kepada pengguna.

Rajah 2.12: Bollard

Elemen kedua adalah Landskap Kejur Berinteraksi iaitu satu elemen yang mampu
memberi reaksi terhadap pengguna. Contohnya seperti kolam hiasan dimana
bunyi air pancut kolam akan memberi reaksi kepada pengguna untuk datang serta
dapat menyejukkan kawasan tersebut.

55 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.13 : Kolam dan air terjun buatan

2.2.2.1 Fungsi Landskap Kejur

1. Landskap Kejur Pemisah dan Penutup

Elemen ini hanya digunakan untuk memisah dan memberi halangan


pergerakan, penglihatan manusia dan kenderaan kepada pengguna
sesuatu kawasan. Contohnya adalah bollard yang berfungsi untuk
mengawal pergerakan dan penghalang kenderaan dari memasuki
kawasan.

Rajah 2.14: Bollard


56 | D C A 2 0 2 2
2. Landskap Kejur Permukaan Khusus

Elemen ini dibina untuk memberikan permukaan khusus bagi tujuan


tertentu seperti lembut, keras dan kasar. Contohnya permukaan laman batu
gravel. Penggunaan batu gravel akan menampakkan keindahan pada
laman dan faktor kesihatan untuk tujuan refleksologi.

Rajah 2.15: Hiasan batu koral putih

Rajah 2.16: Permukaan rubber mat

57 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.17: Permukaan tarmac

3. Landskap Kejur Penghubung

Elemen ini dibina untuk menghubungkan antara ruang dengan ruang yang
lain sebagai tanda memunyai perkaitan satu sama lain. Contohnya seperti
tangga, jambatan dan pergola. Jambatan digunakan sebagai penghubung
antara satu tempat ke satu tempat lain.

Rajah 2.18: Jambatan

58 | D C A 2 0 2 2
4. Landskap Kejur Pelengkap

Elemen yang diletakkan di suatu ruang supaya menjadi pelengkap dan


lebih baik. Elemen ini juga memberi kebaikan kepada pengguna.
Contohnya kerusi taman, lampu, papan tanda atau tempat berteduh. Set
meja taman digunakan sebagai pelengkap kemudahan di kawasan taman.

Rajah 2.19: Meja hiasan taman

5. Landskap Kejur Tumpu

Elemen ini digunakan untuk menarik perhatian pengguna untuk datang ke


suatu kawasan contohnya penggunaan arca dan air pancut. Arca berbentuk
haiwan merupakan simbolik daya tarikan bagi menarik pengunjung
melawat ke sesuatu kawasan.

59 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.20: Arca ikan

2.2.3 Struktur Pembinaan Landskap Kejur

Terdapat beberapa jenis binaan landskap kejur yang sering digunakan. Berikut
merupakan jenis binaan serta fungsi setiap struktur pembinaan.

1. Laluan pejalan kaki atau siar kaki menggunakan pavement

Pavement yang bermotif digunakan di sepanjang laluan pejalan kaki di dalam


taman. Biasanya bermula dari pintu masuk utama sehinggalah ke laluan pejalan
kaki di sekitar taman. Laluan masuk utama biasanya lebih menyerlah berbanding
laluan pejalan kaki lain untuk menonjolkan keutamaan bagi entrance dan sense of
welcoming. Ianya menjadi penghubung ruang-ruang yang terdapat dalam taman.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai petunjuk arah kepada penghujung ke mana
arah tuju seterusnya dalam meneroka sesebuah taman. Dengan adanya pathway
pengguna merasa lebih selesa dan boleh mengelakkan pengguna dari memijak
rumput ataupun tanah. Siar kaki menghubungkan kawasan dengan adanya laluan
penghubung.

60 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.21: Keratan rentas pembinaan pavement

2. Struktur berbumbung

Gazebo atau wakaf merupakan struktur berbumbung dan mempunyai tiang


sebagai penyokong. Rekabentuk pelbagai dan mengikut konsep rekabentuk.
Bahan binaan terdiri daripada material seperti kayu, besi dan lain-lain.
Sesetengah tempat di dalam taman juga wujudnya kios. Rekabentuk kios
adalah seperti gazebo. Bahan binaanya bergantung kepada konsep
rekabentuk.

Rajah 2.22: Struktur pembinaan gazebo

61 | D C A 2 0 2 2
3. Lampu

Rekabentuk lampu menarik, moden dan mempunyai motif tertentu dalam


sesebuah taman. Disamping lampu-lampu utama yang tinggi terdapat juga
lampu jenis spotlight yang rendah dan pada permukaan laluan pejalan kaki.
Lampu-lampu jenis ini juga dapat menaikkan lagi seri dan suasana taman
terutama ketika waktu malam. Keadaan ini juga menjadikan taman ini kelihatan
hidup pada waktu malam jika dilihat dari sesuatu sudut.

Rajah 2.23: Struktur pembinaan lampu

4. Pagar

Fungsi pagar yang berkesan dalam mencetus nilai rekabentuk, privasi dan
keselamatan. Ianya bertujuan untuk membahagi kawasan dan sebagai
sempadan kawasan. Bahan binaan mengikut konsep rekabentuk contohnya
kayu sesuai digunakan bagi landskap yang bercirikan tropika. Bagi rekabentuk
moden dan ringkas bahan daripada besi dan batuan merupakan bahan yang
sesuai.

62 | D C A 2 0 2 2
5. Air terjun buatan

Kegunaan air terjun buatan boleh memberikan suasana yang nyaman dan
ketenangan. Pemilihan air terjun ini bergantung kepada tema dan konsep reka
bentuk dalam sesuatu taman. Bahan binaannya pula mengikut seseuaian
rekabentuk.

Rajah 2.24: Struktur pembinaan air terjun buatan

63 | D C A 2 0 2 2
2.2.4 Peralatan dan Bahan Pembinaan Landskap Kejur
Antara peralatan dan bahan bagi kerja pembinaan landskap kejur adalah seperti
berikut:
a. Peralatan dan bahan bagi kerja persempadanan kawasan landskap

Pita Keselamatan Kayu Penanda

Jadual 2.1 Peralatan dan bahan kerja persempadanan

b. Peralatan dan bahan bagi kerja pembersihan tapak kawasan

Penyapu Skop Cangkul

Pongkes Pencakar Kereta Sorong

Jadual 2.2 Peralatan dan bahan kerja pembersihan

64 | D C A 2 0 2 2
c. Peralatan dan bahan bagi kerja mengukur dan menanda tapak kawasan
landskap

Pita Pengukur Tukul Kayu Penanda

Jadual 2.3 Peralatan dan bahan kerja mengukur dan menenda

d. Peralatan bagi kerja pembinaan landskap kejur – konkrit, arca dan kayu
Alat Kegunaan
Shovel / skop

- Mencedok bahan konkrit

Kereta sorong

- Mengangkut bahan / konkrit

Baldi

- Meletakkan konkrit

65 | D C A 2 0 2 2
Cangkul

- Mengaul konkrit

Water hose

- Menyalur air

Water level

- Mendapatkan kelarasan

Spirit level

- Melaraskan kelarasan

Scraper / pengikis

- Mengikis lebihan konkrit

Darby float / perata simen

- Meratakan konkrit

66 | D C A 2 0 2 2
Wooden float / perata simen kayu

- Meratakan konkrit

Trowel / sudip simen

- Melepa / meratakan konkrit

Line and pin / benang dan pin

- Menanda kawasan kerja

Hawk

- Pemegang konkrit

Concrete mixer

- Mesin untuk membancuh konkrit

67 | D C A 2 0 2 2
Tukul

- Kerja kayu

Gergaji

- Memotong kayu

Mitre saw

- Memotong kayu

Kertas pasir

- Menghaluskan permukaan kayu

Pahat dan penukul

- Membuat tanggam

68 | D C A 2 0 2 2
Mesin Pemotong Besi (Cut Off)

- Memotong besi dan keluli

Mesin Gergaji Jig (Jigsaw)

- Memotong kayu dan papan

Mesin Pelelas (Sander)

- Menghaluskan permukaan

Mesin Gergaji Meja (Table Saw)

- - Memotong kayu dan papan

Jadual 2.4: Peralatan bagi kerja membina lanskap kejur

69 | D C A 2 0 2 2
Bahan binaan landskap kejur terdiri daripada dua kategori iaitu:

a. Bahan yang diperoleh dari hasil proses keluaran kilang

Besi Channel-C Cat berasaskan air / minyak

Besi Jaring Halus jenis Wire Mesh Besi Tetulang

Simen Batu bata jenis Tanah Liat

70 | D C A 2 0 2 2
Batu bata jenis Konkrit Gentian Kaca (Fiber Glass)

Plastik jenis 'Silver Shine' Kepingan getah jenis 'Rubber Mate'

Jadual 2.5 Bahan yang diperoleh dari hasil proses keluaran kilang

71 | D C A 2 0 2 2
b. Bahan dari sumber semulajadi

Kayu pelbagai jenis Kayu Jenis Papan

Papan Lapis Batu-batu Sungai

Batu Kerikil (Gravel) Pasir

Jadual 2.6 Bahan dari sumber semulajadi

72 | D C A 2 0 2 2
Antara bahan struktur binaan landskap kejur adalah:

Struktur Binaan Landskap Kejur Cadangan Bahan Binaan


Set kerusi dan meja taman jenis simen • Rangka asas binaan kerusi dan
fero meja
i. Besi dawai BRC saiz ½ x ½ cm
ii. Dawai BRC saiz 2 x 2 cm
iii. Dawai jaring halus jenis wire
mesh
• Bancuhan simen untuk melepa
i. Simen portland
ii. Pasir sungai (halus)
• Kemasan
i. Cat emulsi warna putih
ii. Cat emulsi warna hitam
iii. Cat emulsi warna coklat
iv. Pengilat
Papan Tanda • Rangka asas tulisan papan tanda
i. Besi dawai BRC saiz ½ x ½ cm
ii. Besi dawai BRC saiz 2x2cm
iii. Besi jaring halus jenis wire mesh
iv. Besi tetulang
• Bancuhan simen untuk melepa
i. Simen portland
ii. Pasir sungai (halus)
• Kemasan
i. Cat emulsi warna putih
ii. Cat emulsi warna merah
iii. Cat emulsi warna coklat
iv. Pengilat
Arca cendawan hiasan jenis simen ferro • Rangka asas binaan arca
cendawan hiasan
i. Besi dawai BRC saiz ½ x ½ cm
ii. Besi jaring halus jenis wire mesh
iii. Besi tetulang
• Bancuhan simen untuk melepa
i. Simen portland
ii. Pasir sungai (halus)
• Kemasan
i. Cat emulsi warna putih
ii. Cat emulsi warna merah
iii. Pengilat

73 | D C A 2 0 2 2
Kotak tanaman (Planter box) • Rangka asas binaan kotak
tanaman
i. Batu bata jenis pasir simen
• Bancuhan simen untuk melepa
i. Simen portland
ii. Pasir sungai (halus)
• Kemasan
i. Cat emulsi warna hijau
ii. Cat emulsi warna kuning
iii. Pengilat

Wakaf Kayu • Rangka asas binaan wakaf


i. Kayu tiang saiz 4 x 4 cm
ii. Kayu rangka bumbung saiz 2 x 4
cm
iii. Kayu rangka bumbung saiz 2 x 3
cm
iv. Bumbung jenis genting simen,
tanah liat atau bumbung asbestos
• Bancuhan simen untuk tiang dan
lantai wakaf
i. Simen portland
ii. Pasir sungai (halus)
iii. Batu kerikil
• Kemasan
i. Cat minyak pewarna syelek
ii. Pengilat
Bangku / Kerusi Taman • Rangka asas binaan kerusi
taman
i. Batu bata jenis pasir simen
ii. Besi dawai BRC saiz
2 x 2 cm
iii. Besi tetulang
• Bancuhan simen untuk melepa
i. Simen portland
ii. Pasir sungai (halus)
• Kemasan
i. Batu sungai jenis pebble wash
ii. Simen portland
iii. Pengilat

74 | D C A 2 0 2 2
Pergola • Rangka asas binaan kayu
pergola
i. Kayu tiang saiz 4 x 4 cm
ii. Kayu alang pergola saiz 2 x 3
cm
iii. Kayu alang pergola saiz 2 x 4
cm
• Kemasan
i. Cat minyak pewarna syelek
ii. Pengilat

Trellis • Rangka asas binaan kayu


trellis
i. Kayu tiang trellis saiz
2 x 4 cm
ii. Kayu rangka trellis saiz
1 x 3 cm
iii. Kayu rangka trellis saiz ½ x 2
cm
• Kemasan
i. Cat minyak pewarna syelek
ii. Pengilat

Kerusi Besi Taman • Rangka asas binaan kerusi besi


taman
i. Besi jenis hollow bar saiz 2 x 2 cm
tebal 2 mm
ii. Kayu nipis jenis plywood tebal 12
mm

• Kemasan
i. Cat minyak pewarna syelek

75 | D C A 2 0 2 2
Batu Injak (Stepping stone) • Rangka asas binaan batu injak
i. Besi dawai BRC saiz 1 x 1 cm atau
2 x 2 cm

• Bancuhan simen untuk melepa


i. Simen portland
ii. Pasir sungai

• Kemasan
i. Batu sungai (pebble)
ii. Batu sungai (pebble wash)
iii. Pengilat

2.2.5 Prosedur Kerja dan Amalan Keselamatan Dalam Pembinaan


Landskap Kejur

Pembinaan struktur binaan landskap kejur boleh dilakukan di tapak pembinaan


landskap selepas pengesahan struktur binaan landskap kejur. Pembinaan ini
perlulah mengikut prosedur kerja dan tatacara keselamatan sepanjang kerja
binaan dilakukan.

Sebelum melaksanakan aktiviti pembinaan landskap kejur, pemeriksaan struktur


tapak perlu dilakukan untuk membuat tinjauan bagi proses kerja dan persediaan
untuk aktiviti pembinaan berdasarkan lakaran projek atau pelan induk di tapak
bina.

76 | D C A 2 0 2 2
Memastikan bahan
binaan adalah
sesuai
Menentukan
Memastikan bilangan struktur
kemudahan utiliti binaan yang boleh
di tapak bina dibina di tapak
binaan

Memastikan
Memastikan faktor
kawasan tapak
keselamatan di
binaan ditanda
tapak bina
dengan betul Kepentingan
Pemeriksan
Tapak

Memastikan faktor
Menentukan lokasi keadaan struktur
yang dipilih adalah tanah di tapak bina
sesuai dalam keadaan
baik

Menentukan
kesesuaian saiz Memastikan faktor
struktur binaan kebersihan di
dari segi keluasan . tapak bina
ketinggian

Rajah 2.25: Kepentingan Pemeriksaan Tapak

Rajah 2.26: Aktiviti Lawatan Pemeriksaan Tapak Pembinaan Lanskap

77 | D C A 2 0 2 2
2.2.5.1 Melaksanakan Aktivit Pemeriksaan di Tapak Projek
Pemeriksaan di tapak pembinaan landskap kejur dilaksanakan untuk memastikan
persediaan dan pelaksanaan landskap kejur dapat dijalankan dengan baik.
Terdapat dua proses pemeriksaan di tapak pembinaan iaitu sebelum dan semasa
pemeriksaan.

Menyediakan Menentukan Menyemak Membuat


borang lokasi lokasi pada pemantauan di
pemeriksaan pemeriksaan pelan induk tapak bina

Rajah 2.27: Carta Alir Sebelum Pemeriksaan

Menyemak
Menyemak cadangan bilangan
Bawa borang cadangan struktur binaan di
pemeriksaan bahan struktur tapak bina
binaan berdasarkan pelan
induk

Memantau
Memantau Mengenalpasti
kesesuaian
keadaan dan menyemak
cadangan lokasi
struktur tanah saiz & struktur
pembinaan
di tapak bina binaan di tapak
berdasarkan pelan
bina
induk

Mengenalpasti
dan memantau Membuat
keselamatan di laporan
tapak bina

Rajah 2.28: Carta Alir Semasa Pemeriksaan

78 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.29: Pemeriksaan di Tapak Bina

Aktiviti pengesahan struktur binaan landskap dijalankan selepas aktiviti


pemeriksaan struktur binaan landskap dilaksanakan. Pengesahan struktur binaan
landskap ini penting sebelum memulakan aktiviti kerja-kerja pembinaan di tapak
bina.

Panduan pengesahan struktur binaan adalah seperti berikut:

✓ Hasil laporan pemeriksaan tempat struktur binaan berdasarkan lakaran


projek atau pelan induk disertakan.

✓ Lukisan lakaran struktur binaan landskap kejur hendaklah lengkap.


✓ Menyemak cadangan struktur binaan agar selamat digunakan sebagai elemen
dalam landskap kejur.
✓ Perincian mengenai senarai alatan dan bahan yang hendak digunakan perlu
dinyatakan dengan jelas.
✓ Jadual anggaran jangka masa siap projek perlu dinyatakan untuk
memudahkan pemantauan perjalanan proses kerja-kerja binaan di tapak
bina.

79 | D C A 2 0 2 2
MAC APRIL MEI JUN JULAI
Masa / Aktiviti
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
Penyediaan lakaran
Pemeriksaan tapak binaan
Pengesahan projek
Penandaan tapak
Pembinaan projek
Projek tamat/siap

Jadual 2.7: Contoh jadual anggaran masa menyiapkan projek

2.5.5.2 Melaksanakan Aktiviti Persempadanan dan Pembersihan Tapak


Mengikut Keperluan Tapak Pembinaan Landskap

Tajuk: Membuat garis sempadan atau persempadanan kawasan.


Alatan: Pita keselamatan, kayu penanda, batu sempadan, pagar, tali, tukul dan
pita ukur.

MODUL 5
Langkah Keselamatan:
1. Memakai topi keselamatan.
2. Memakai kasut keselamatan.
3. Pastikan peraturan keselamatan ditapak bina dipatuhi.

Prosedur Kerja:

Langkah 1: Membersihkan tapak yang Langkah 2: Mengumpul dan


hendak dibuat pelanskapan membuang tanaman yang tidak
dikehendaki atau yang telah mati
termasuk rumput yang terdapat di
tapak pelanskapan

80 | D C A 2 0 2 2
Langkah 3: Meratakan dan Langkah 4: Menambak atau
memastikan tiada batu atau keadaan menimbus kawasan yang tidak rata
yang berlubang atau berlubang dengan menggunakan
cangkul dan ratakan sehingga kemas.

2.5.5.3 Melaksanakan Aktiviti Mengukur dan Menanda di Tapak Pembinaan


Landskap Berdasarkan Lakaran Projek/Pelan Induk

Tajuk: Melaksanakan kerja-kerja mengukur dan menanda.


Alatan: Pita pengukur, kayu penanda, tali, dan pelan pembinaan (setting out
plan).

Langkah Keselamatan:
1. Memakai topi keselamatan.
2. Memakai kasut keselamatan.
3. Pastikan peraturan keselamatan ditapak bina dipatuhi.

Prosedur Kerja:

Langkah 1: Rujuk pelan lanskap Langkah 2: Cari titik utama atau


sebelum kerja penandaan elemen sedia ada untuk permulaan
lanskap

81 | D C A 2 0 2 2
Langkah 3: Ukur tapak mengikut Langkah 4: Tanda kawasan tapak
pelan penandaan pada lukisan pelan mengikut reka bentuk dalam lukisan
pelan pembinaan

2.5.5.4 Melaksanakan Aktiviti Membina Landskap Kejur

Pembinaan struktur binaan landskap kejur boleh dilakukan di tapak pembinaan


landskap selepas pengesahan struktur binaan landskap kejur. Pembinaan ini
perlulah mengikut prosedur kerja dan tatacara keselamatan sepanjang kerja
binaan dilakukan.

Aktiviti ini merupakan amali pembinaan landskap kejur yang memerlukan kemahiran
dari segi mengenal pasti bahan binaan, struktur binaan, peralatan yang sesuai dan
prosedur kerja serta amalan keselamatan ketika berada di tapak pembinaan.
Perancangan perlu dilakukan sebelum membina struktur landskap kejur agar
pembinaan berjalan dengan lancar mengikut jadual, menggunakan bahan binaan
yang sesuai untuk mengelakkan pembaziran kos dan masa

82 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.30: Contoh aktiviti melepa mortar pada binaan
landskap kejur

Landskap Mengikut Prosedur Kerja dan Tatacara Keselamatan

Tajuk: Amali membuat kotak tanaman (planter box).

Alatan dan Bahan: Batu bata jenis pasir simen, simen jenis
portland, pasir sungai, sudip simen dan timbang air.

Langkah Keselamatan:
1. Mesti memakai pakaian amali yang sesuai untuk kerja amali.
2. Memakai kasut dan topi keselamatan serta sarung tangan.
3. Pastikan alat diguna dengan baik dan dibersihkan selepas penggunaan.
4. Berdisiplin ketika membuat amali.
5. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan.

83 | D C A 2 0 2 2
Rajah 2.31: Contoh lakaran binaan kotak tanaman

84 | D C A 2 0 2 2
2
Langkah 1: Mengukur dan menanda Langkah 2: Menyusun dan mengikat
serta meratakan tapak batu bata dengan bancuhan mortar
simen membentuk kotak tanaman
seperti dalam lukisan kerja

Langkah 3:Menguji dan menentukan Langkah 4: Melakukan kemasan pada


bahan binaan batu dengan alat kotak tanaman yang siap dibina
penimbang air untuk mendapatkan
binaan yang rata

Langkah 5: Menanam pokok hiasan ke Langkah 6: Kotak tanaman yang telah


dalam kotak tanaman siap

85 | D C A 2 0 2 2
Tajuk: Amali membuat kerusi kayu taman.
Alatan dan Bahan: Kayu rangka kerusi saiz 2 x 3 cm, kayu papan saiz
½ x 4cm, gergaji, pita ukur, pembaris sesiku L, kertas pasir, tukul, paku saiz 2cm
dan 1 ½ cm, cat minyak pewarna syelek dan pengilat.

Langkah Keselamatan:
1. Mesti memakai pakaian amali yang sesuai untuk kerja amali.
2. Memakai kasut dan topi keselamatan serta sarung tangan.
3. Pastikan alat diguna dengan baik dan dibersihkan selepas penggunaan.
4. Berdisiplin ketika membuat amali.
5. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan.

Rajah 2.32: Contoh lakaran binaan kerusi taman

86 | D C A 2 0 2 2
Prosedur Kerja:

Langkah 1: Mengukur dan menanda Langkah 2: Memotong kayu dengan


menggunakan pita ukur, pembaris, menggunakan gergaji tangan atau
sesiku L dan pensel mesin pemotong kayu

Langkah 4: Lakukan kemasan dengan


menyapu cat syelek dan cat pengilat
pada kerusi kayu

Langkah 3: Memasang kayu yang


telah dipotong dengan menggunakan
tanggam atau paku. Permukaan kayu
perlu dilicinkan menggunakan kertas Langkah 5: Kerusi kayu yang telah
pasir siap

87 | D C A 2 0 2 2
Tajuk: Amali membuat kerusi taman simen fero.
Alatan dan Bahan: Besi dawai BRC saiz ½ x ½ cm, besi jaring halus jenis wire
mesh, dawai besi, gunting besi, simen jenis portland, pasir sungai, cat emulsi
warna hitam, cat emulsi warna coklat dan cat pengilat.

Langkah Keselamatan:
1. Mesti memakai pakaian amali yang sesuai untuk kerja amali.
2. Memakai kasut dan topi keselamatan serta sarung tangan.
3. Pastikan alat diguna dengan baik dan dibersihkan selepas penggunaan.
4. Berdisiplin ketika membuat amali.
5. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan.

Rajah 2.33: Contoh lakaran binaan kerusi taman jenis simen fero

88 | D C A 2 0 2 2
Prosedur Kerja:

Langkah 1: Mengukur, menanda dan Langkah 2: Membentuk dawai BRC


memotong dawai BRC dan dawai jarring menjadi kerangka bulat seperti lakaran
halus wire mesh binaan kerusi simen fero

Langkah 3: Membancuh campuran mortar Langkah 4: Kerusi yang siap dilepa


simen dan melepa pada bahagian luar dilorek hingga siap menjadi seperti
kerangka kerusi simen fero sehingga siap bentuk ukiran log kayu
menjadi seperti log kayu

Langkah 5: Melakukan kemasan dengan mengecat pada struktur simen fero, setelah
ianya siap dilorek dan kering serta dibuang gerigis pada bahagian permukaan
struktur simen fero tersebut.

89 | D C A 2 0 2 2
2.5.5.5 Melaksanakan Aktiviti Kemasan Binaan Landskap Kejur

Selepas aktiviti pembinaan landskap kejur dilaksanakan, aktiviti seterusnya adalah


kemasan pada binaan landskap kejur yang telah siap. Aktiviti kemasan ini
bertujuan untuk mencantikkan dan menyerlahkan lagi binaan landskap kejur
tersebut. Terdapat dua jenis aktiviti kemasan iaitu kemasan simen dan kemasan
mengecat.

Kemasan cat 1: Binaan simen konkrit


Kemasan cat 2: Binaan besi

Kemasan cat 3: Binaan kayu Kemasan cat 4: Mural Dinding


Jadual 2.8: Panduan kemasan cat untuk aktiviti mengecat binaan lanskap kejur

90 | D C A 2 0 2 2
Kemasan Simen 1: Lantai Kemasan Simen 2: Pebble wash

Jadual 2.9: Panduan kemasan simen untuk binaan lanskap kejur

KESIMPULAN

Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan dengan kerja-kerja awalan yang terlibat
dalam pembinaan landskap kejur, elemen-elemen yang ada dalam pembinaan
landskap kejur, struktur-struktur dalam pembinaan landskap kejur, peralatan dan
bahan pembinaan yang digunakan dalam landskap kejur serta amalan
keselamatan dan prosedur kerja dalam pembinaan landskap kejur.

91 | D C A 2 0 2 2
LATIHAN/ PENILAIAN

1. Nyatakan 3 kerja awalan di tapak pembinaan landskap kejur.


2. Senaraikan kerja-kerja pembersihan tapak yang biasa dilakukan dalam
kerja pelandskapan.
3. Apakah aspek penggunaan landskap kejur?
4. Senaraikan panduan penggunaan landskap kejur
5. Nyatakan kegunaan bollard dalam landksap kejur.
6. Senaraikan lima bahan bagi kerja-kerja pembinaan kerusi taman jenis
simen fero.
7. Nyatakan tiga contoh binaan landskap kejur.

92 | D C A 2 0 2 2
JAWAPAN LATIHAN/PENILAIAN

Soalan 1
i. Persempadanan
ii. Pembersihan tapak
iii. Mengukur dan menanda

Soalan 2
i. Kerja membersih kawasan
ii. Kerja merata kawasan
iii. Kerja menambak Kawasan

Soalan 3
i. Aspek kesesuaian
ii. Aspek keselamatan
iii. Aspek penyelegaraan

Soalan 4
i. Tema atau konsep projek landskap
ii. Fungsi sesuatu elemen landskap kejur
iii. Saiz dan skala elemen landskap kejur
iv. Kemudahan mendapatkan bahan binaan projek
v. Kemudahan mendapatkan bahan binaan projek
vi. Ketahanan
vii. Kemahiran pekerja atau pembuat
viii. Penyelenggaraan

Soalan 5
Bollard digunakan untuk memisahkan antara siar kaki dan jalan raya tanpa
memberi reaksi kepada pengguna.

93 | D C A 2 0 2 2
Soalan 6
i. Simen
ii. Dawai BRC
iii. Wire Mesh
iv. Cat emulsi
v. Pengilat
vi. Pasir halus

Soalan 7
i. Pondok
ii. Pergola
iii. Kotak tanaman
iv. Kerusi meja jenis simen fero
v. Kerusi meja jenis kayu

94 | D C A 2 0 2 2
NOTA KURSUS
KANDUNGAN 3

MARKETING AND BUSINESS


IN LANDSCAPE

95 | D C A 2 0 2 2
TOPIK 3 : PERNIAGAAN DAN PEMASARAN DALAM LANDSKAP

3.0 Pengenalan

Kompetensi ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran


pengurusan dan perniagaan yang komprehensif serta meliputi keperluan industri
yang semakin berkembang. Keusahawanan merupakan suatu aktiviti perniagaan
yang dijalankan untuk memastikan produk yang dihasilkan dapat dijual atau
berada di pasaran. Usahawan dan peniaga dapat dikenal pasti melalui ciri-ciri
yang dihurai. Selain itu, dokumen yang digunakan dalam aktiviti urus niaga
diperkenalkan untuk memastikan usahawan atau peniaga dapat menjalankan
aktiviti perniagaan dengan lebih terancang dan teratur.

Objektif

1) Menyatakan maksud dan ciri-ciri usahawan dan peniaga.


2) Menerangkan agensi yang membantu usahawan dan peniaga dalam
bidang latihan dan kewangan
3) Menerangkan dokumen yang terlibat dalam transaksi
4) Menyediakan Rancangan Perniagaan yang tersusun dengan baik secara
profesional

3.1 Pengenalan Usahawan dan Peniaga

Bidang keusahawanan merupakan salah satu cabang kerjaya yang dapat


meningkatkan taraf hidup individu dan masyarakat malah turut dapat
menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Selain itu, bidang ini juga
menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

96 | D C A 2 0 2 2
3.1.1 Pengertian

i. Peniaga
Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau
melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan
keuntungan.

ii. Usahawan
Usahawan membawa maksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan.
Usahawan sebagai seorang yang kreatif dan inovatif, berani mengambil risiko,
mencipta dan merebut peluang perniagaan untuk mendapatkan keuntungan,
kepuasan diri serta kemajuan dan kemakmuran masyarakat dan negara.

iii. Perniagaan
Perniagaan adalah satu bentuk organisasi yang melibatkan urus niaga jual beli
barang atau perkhidmatan antara penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna.

iv. Keusahawanan
Satu proses menggembleng sumber seperti tanah, modal, bahan mentah, sumber
manusia, teknologi dan maklumat oleh usahawan secara kreatif dan inovatif untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna.

3.2 Ciri-ciri Usahawan dan Peniaga

3.2.1 Ciri-ciri Usahawan


i. Cekap mengambil peluang
ii. Kemahiran berkomunikasi
iii. Kemahiran membuat keputusan
iv. Berani mengambil risiko perniagaan
v. Kreatif dan inovatif
vi. Berupaya menghasilkan barang baru secara kreatif dan inovatif

97 | D C A 2 0 2 2
vii. Mementingkan kejayaan dan kepuasan bukan keuntungan
viii. Berinisiatif dan bertanggungjawab
ix. Komitmen tinggi
x. Yakin dan optimistik
xi. Mahir mengurus
xii. Membina pasukan
xiii. Berdikari

3.2.2 Ciri-ciri Peniaga

i. Operasi berskala kecil


• Aktiviti perniagaan yang dibentuk biasanya bermula dengan skala yang
kecil dan ahli terdiri daripada keluarga.

ii. Tidak mencipta barang sendiri


• Peniaga mendapatkan barang sedia ada di pasaran dan dijual dengan
harga yang telah ditetapkan oleh mereka berdasarkan perkadaran tertentu.
• Mereka biasanya mendapatkan barangan dari usahawan.

iii. Mengelakkan risiko perniagaan


• Peniaga mengelak daripada mengambil risiko kerana risiko akan
menyebabkan mereka menghadapi pelbagai kesulitan.
• Mereka sedaya upaya mengelak daripada risiko agar perniagaan mereka
tidak menemui kegagalan.

iv. Membeli barang untuk dijual semula bagi mendapat keuntungan


• Peniaga membeli barang dari sumber atau usahawan dengan harga yang
rendah dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi.
• Keuntungan sesuatu urus niaga ditentukan berdasarkan harga barangan
yang diperoleh dari pengusaha.

98 | D C A 2 0 2 2
v. Mampu mengurus wang, pekerja, stok supaya perniagaan teratur dan
sistematik
• Faktor utama peniaga memulakan perniagaan adalah berorientasikan
keuntungan.
• Peniaga perlu bijak dalam melakukan urusan berkaitan kewangan, pekerja
dan stok bagi memastikan kelancaran aktiviti perniagaan mereka.

3.3 Agensi Yang Terlibat Membantu Usahawan dan Peniaga dalam Latihan
dan Kewangan

Agensi yang terlibat memainkan peranan yang sangat penting terutama


dalam memberikan pembiayaan dan modal permulaan dalam sesebuah
perniagaan. Kita perlu merujuk kepada agensi yang telah diluluskan dan
dipercayai ketelusannya dalam memberikan pembiayaan kepada bakal
usahawan. Selain itu agensi terlibat membantu memberi khidmat latihan asas
keusahawanan, kursus peningkatan kemahiran pengurusan dan perniagaan
seperti pemasaran, kewangan dan kendalian perniagaan kecil dan sederhana.

3.3.1 Agensi yang mengurus pendaftaran perniagaan


Suruhanjaya Syarikat Malaysia
• Agensi pemerbadanan syarikat dan
pendaftaran perniagaan
• Membekalkan maklumat syarikat dan
perniagaan kepada orang awam
• Mengawalselia pematuhan perundangan
korporat dan pendaftaran perniagaan
• Aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan
yang komprehensif

99 | D C A 2 0 2 2
3.3.2 Agensi yang memberi latihan keusahawanan dan bantuan kewangan
TEKUN NASIONAL
• Menyediakan pembiayaan mikro yang
mudah, cepat dan mesra usahawan
• Menyediakan khidmat bimbingan dan
sokongan kepada usahawan tekun
• Mewujudkan komuniti dan jaringan
usahawan
• Memupuk budaya keusahawanan dan
menabung di kalangan usahawan
• Memastikan pinjaman yang dikeluarkan
dapat dikutip semula mengikut jadual agar
dapat disalurkan semula kepada
usahawan lain
PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD
• Menambah jumlah dan meningkat kualiti
usahawan bumiputera dalam sektor
industri dan komersil
• Menggalakkan pembentukan usahawan
bumiputera yang berdaya tahan di dalam
industri strategik
• Menyalur budaya keusahawanan di
kalangan usahawan bumiputera dan
melengkapkan mereka dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman
SEKTOR KEUSAHAWANAN MARA
• Program Berstruktur- program ini
dilaksanakan secara stand alone atau
berpakej termasuk Latihan
Keusahawanan, Rancangan
Perniagaan, Coaching, Penempatan
Industri, Simulasi dan sebagainya.

100 | D C A 2 0 2 2
• Coaching and Mentoring- perkhidmatan
professional daripada industri / pakar
perniagaan yang bertindak / berfungsi
sebagai ‘pakar rujuk dan mentor’ berkaitan
dalam bidang
• Khidmat Nasihat - kemudahan yang
disediakan oleh MARA kepada usahawan
dan bakal usahawan dalam mendapatkan
bimbingan dalam membangunkan
usahawan melalui 117 buah Pejabat
MARA Daerah dan juga 14 buah Pejabat
MARA Negeri.
• Program Khas - program–program khas
yang dianjurkan di bawah Sektor
Keusahawanan merupakan program yang
dirangka untuk membangunkan usahawan
dalam industri berpotensi secara berpakej
SME BANK
• Skim Pembiayaan Kontrak ialah pakej
pembiayaan yang menggunakan produk-
produk bank sedia ada.
• Skim Pembiayaan ini adalah untuk
pelanggan-pelanggan yang menjadi
Kontraktor Utama atau Subkontraktor yang
telah mendapat kontrak dari Kementerian,
Jabatan atau Agensi Kerajaan.
UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA
• Menerajui agenda bumiputera seperti yang
digariskan dalam “Hala Tuju Transformasi
Ekonomi Bumiputera” selaras dengan
pelan transformasi negara lainnya,
termasuklah Program Transformasi
Ekonomi (ETP), Program Transformasi

101 | D C A 2 0 2 2
Kerajaan (GTP) dan Strategic Reform
Initiatives (SRI) merentasi kementerian dan
sektor.
• Memacu pelaksanaan agenda bumiputera
melalui penerokaan inisiatif-inisiatif baru
dan memperkenalkan pembaharuan
kepada instrumen sediaada.
• Menyelaras pelaksanaan inisiatif-inisiatif
pembangunan ekonomi bumiputera melalui
kerjasama strategik dengan agensi-agensi
kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan
bukan kerajaan (NGO).
• Mengenalpasti, membangun dan menjadi
pemudah cara untuk perlaksanaan inisiatif-
inisiatif di bawah bidang keberhasilan
utama ekonomi atau “National Key
Economic Area” (NKEA)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sdn Bhd
• Malaysia Digital ialah inisiatif strategik
nasional oleh Kerajaan Malaysia untuk
menggalakkan dan menarik syarikat, bakat
dan pelaburan sambil membolehkan
perniagaan Malaysia dan rakyat
memainkan peranan utama dalam revolusi
digital global dan ekonomi digital.

102 | D C A 2 0 2 2
3.4 Dokumen yang Terlibat dalam Urus Niaga

Pengenalan

Dokumen perniagaan merupakan sumber rekod maklumat urus niaga yang


dilakukan sama ada secara tunai atau kredit. Terdapat beberapa dokumen urus
niaga yang lazimnya diperlukan dalam sesuatu urusan perniagaan. Dokumen
perniagaan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu:
a) Sebelum urus niaga
b) Semasa urus niaga
c) Selepas urus niaga

3.4.1 Dokumen yang terlibat sebelum urus niaga.

i. Nota minta/surat tanya


Dokumen dihantar oleh pembeli kepada penjual yang mengandungi maklumat
tentang barang yang hendak dibeli. Maklumat yang perlu ada adalah jenis barang,
jenama, kuantiti, harga, syarat serahan, syarat pembayaran dan kadar diskaun.

103 | D C A 2 0 2 2
SYARIKAT ABCD
No. 88, PERSIARAN WIRA 22,
TAMAN GEMILANG 31350
IPOH, PERAK
No.Rujukan : 12/X3

Syarikat XYZ
22. Jalan Panglima,
32600 Bota, Perak 8 November 2022

Tuan,

Perkara: Senarai Harga Bahan Hiasan Majlis

Perkara diatas adalah dirujuk.

Pihak kami memohon pihak tuan menyediakan senarai harga bahan hiasan
daripada syarikat tuan untuk rujukan kami. Kami amat berbesar hati jika pihak
tuan dapat menyediakannya dengan kadar yang segera kepada kami.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Mazlan
(Mazlan Ismail)
Pengurus

Rajah 3.1 Nota minta/ surat tanya

ii. Sebut harga


Dokumen dihantar oleh penjual kepada pembeli sebagai jawapan kepada nota
minta/ surat tanya. Dokumen yang menyenaraikan harga barang yang diminta oleh
peniaga. Maklumat yang diberi adalah harga barang yang hendak dibeli, syarat
penghantaran dan pembayaran.

104 | D C A 2 0 2 2
PERNIAGAAN XYZ
22. Jalan Panglima, 32600 Bota, Perak
Tel: 012-1234567
Email : xyz22@gmail.com

Kepada : SYARIKAT ABCD


Alamat : No. 88, PERSIARAN WIRA 22,
TAMAN GEMILANG 31350
IPOH, PERAK.
Perhatian : TUAN MAZLAN
Daripada : HONG
Date : 12/11/2022

Tuan,

Bil Butiran Kuantiti Harga seunit Jumlah


(RM)
1 Pasu bunga Korea 5 unit 184.00 920.00
2 Dawai 1 gulung 34.00 34.00
TOTAL 954.00

Sila menghubungi pihak kami jika harga yang diberikan bersesuaian..

Terima kasih.

Yang benar,

Hong

Rajah 3.2 Sebut harga

iii. Katalog
Katalog ialah buku, bahan, atau risalah bercetak yang mengandungi gambar
barang, maklumat ringkas barang dan nombor rujukan barang. Maklumat yang
diberi membentangkan produk dan perkhidmatan bagi meyakinkan pembeli
secara visual.

105 | D C A 2 0 2 2
Rajah 3.3 Katalog

3.4.2 Dokumen yang terlibat semasa urus niaga

i. Nota Serahan
Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan barang. Pembeli
boleh menyemak barang-barang yang dihantar dan sebagai perakuan bahawa
barang-barang telah dihantar dengan selamat dan mengikut spesifikasi yang
diminta oleh pembeli. Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang
tidak dinyatakan

106 | D C A 2 0 2 2
PERNIAGAAN XYZ
22. Jalan Panglima, 32600 Bota, Perak
Tel: 012-1234567
Email : xyz22@gmail.com

NOTA PENGHANTARAN
KEPADA:
SYARIKAT ABCD
No. 88, PERSIARAN WIRA 22
TAMAN GEMILANG 31350
IPOH, PERAK.
No. Nota Debit:
12/X3
Tarikh : 18/11/2022
Tuan,

Perkhidmatan pembekalan bahan dan alatan untuk Hiasan Majlis.

Bil Buturan Kuantiti


1 Pasu Bungan Korea 5 unit
2 Dawai 1 roll

Sekian terima kasih.

Yang benar, Diterima & disahkan bagi Pihak Pelanggan

Hong
Pengurus ………………………………………………………………

Rajah 3.4 Nota serahan

107 | D C A 2 0 2 2
ii. Invois
Dokumen ini dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli. Dokumen tersebut
memaparkan maklumat menyebut barangan, bilangan dan harga yang ditetapkan
bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan.Invois juga menyatakan syarat
dan terma bayaran oleh pembeli.

INVOIS
PERNIAGAAN XYZ
22. Jalan Panglima, 32600 Bota, Perak
Tel: 012-1234567
Email : xyz22@gmail.com

KEPADA:
SYARIKAT ABCD
No. 88, PERSIARAN WIRA 22
TAMAN GEMILANG 31350
IPOH, PERAK.
No. Invois:
12/X3
Tarikh : 20/11/2022
Tuan,

Perkhidmatan Pembekalan Bahan dan Alatan untuk Hiasan Majlis.

Bil Butiran Kuantiti Harga Jumlah


seunit (RM)
1 Flower pot- Korea 5 unit 184.00 920.00
2 Wire 1 roll 34.00 34.00
TOTAL 954.00

Terima kasih kerana memilih pihak kami untuk berurusniaga. Semoga anda berpuas hati
dengan perkhidmatan yang telah diberikan.
Sekian terima kasih.
Yang benar,

Hong
Pengurus
Rajah 3.5 Invois

108 | D C A 2 0 2 2
iii. Borang pesanan
Borang pesanan merupakan borang yang digunakan untuk membuat pesanan
pembelian barang. Pembeli harus meneliti sebut harga, senarai harga dan katalog.
Borang ini dihantar oleh pembeli kepada penjual. Harga yang dinyatakan adalah
berdasarkan sebut harga yang dikeluarkan

SYARIKAT
ABCD
PESANAN
BELIAN
No PO
Tarikh:
Kepada:
____________________________
____________________________
____________________________

Sila bekalkan pesanan berikut dengan kadar segara

BIL PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH

JUMLAH

Disediakan Oleh, Diluluskan Oleh,

______________________ ___________________
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:

Rajah 3.6 Borang pesanan

109 | D C A 2 0 2 2
3.4.3 Dokumen yang terlibat selepas urus niaga
i. Penyata Akaun /nota kredit
Penyata Akaun ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah
perniagaan, orang perseorangan atau entiti-entiti yang lain.

NOTA KREDIT
SYARIKAT ABCD
No. 88, PERSIARAN WIRA 22,
TAMAN GEMILANG 31350
IPOH, PERAK
PERNIAGAAN XYZ
22. Jalan Panglima,
32600 Bota, Perak
Tel: 012-1234567
No. Nota Debit: 12/X3
Tarikh: 21 Februari 2022

Akaun tuan dikreditkan dengan butir-butir berikut:


Bil Butiran Jumlah
(RM)
1 Pasu bunga Korea 920.00
2 Dawai 34.00
Jumlah 954.00

Ringgit Malaysia : Sembilan Ratus Lima Puluh Empat Sahaja

Mazlan
Pengurus

Rajah 3.7 Nota kredit

110 | D C A 2 0 2 2
ii. Resit
Dikeluarkan oleh penjual apabila menerima bayaran daripada pembeli. Bukti
penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat.

RESIT RASMI
PERNIAGAAN ABC
No. 88, PERSIARAN WIRA 22, TAMAN GEMILANG 31350 IPOH, PERAK.
Tel: 019-2134567
Email : abcabc@gmail.com

Diterima daripada : Syarikat XYZ


Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Lima Ratus Sahaja
Untuk bayaran : Untuk menjelaskan sepenuhnya invois No 4321

RM 3 500.00
Tunai/ Cek No. BB 767800
Ali
Pengurus

Rajah 3.8 Resit Jualan Tunai

111 | D C A 2 0 2 2
3.5 Rancangan Perniagaan

3.5.1 Definasi Rancangan Perniagaan


Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara
terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan
awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan.
Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah
syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk
mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.

Rajah 3.9 Rancangan Perniagaan

112 | D C A 2 0 2 2
3.5.2 Kepentingan Rancangan Perniagaan
Berikut adalah kepentingan rancangan perniagaan :

i. Garis panduan perniagaan


Menggariskan segala aktiviti yang harus dijalankan oleh sesuatu
pemiagaan. Sebagai garis panduan kepada pemilik perniagaan dan
kakitangan perniagaan dalam proses pengurusan dan perjalanan
perniagaan. Mengurangkan sebarang kesilapan dan penyelewengan
dalam perniagaan. Mencapai keuntungan atau meningkat nilai jualan
untuk sesuatu tempoh tertentu.

ii. Membantu membuat keputusan


Pihak pengurusan akan mengkaji rancangan perniagaan sebelum
sebarang keputusan perniagaan atau strategi perniagaan dibuat.

iii. Membantu membuat ramalan


Membantu usahawan untuk membuat ramalan atau jangkaan
mengenaib peniagaannya pada masa akan datang. Ramalan mengenai
prestasi jualan atau keuntungan.

iv. Menilai prestasi perniagaan


Mengkaji prestasi ataupun kejayaan sesuatu pemiagaan dalam satu-
satu tempah tertentu (Kekuatan dan kelemahan)

v. Meyakinkan Pihak Tertentu


Meyakinkan pihak bank dan badan kerajaan untuk tujuan pinjaman dan
intensif perniagaan.

vi. Membantu mencapai objektif


Perancangan yang rapi dan langkah-langkah berkesan serta usaha dan
dedikasi terhadap pemiagaan akan membantu pencapaian matlamat
perniagaan

113 | D C A 2 0 2 2
vii. Memaksimumkan penggunaan masa dan sumber
Produktiviti perniagaan dapat ditingkatkan apabila amalan pembuangan
masa dapat dikurangkan dan penggunaan sumber secara optimum

3.5.3 Ciri-Ciri Rancangan Perniagaan Yang Baik

1. Fakta dan maklumat yang digunakan adalah benar dan terkini.


Diperoleh daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai
seperti rekod dan data dalaman perniagaan, statistik kerajaan,
data penyelidikan pemasaran dan lain-lain

Maklumat atau data yang dikumpul dianalisis secara terperinci


2.
dan berasas

Maklumat dan data-data yang berubah dari masa ke masa


3.
diubah suai dan dikemas kini.

Mempunyai satu set penyata kewangan iaitu proforma aliran


4.
tunai dan akaun penamat.

Memberi fokus kepada keperluan pengguna. Penyediaan


5.
Rancangan Perniagaan hendaklah mengambil kira tujuan ianya
disediakan, contohnya untuk memohon pinjaman bank, untuk
mendapatkan sesuatu tender dan sebagainya

Mempamerkan penyelarasan semua fungsi atau aktiviti


6.
perniagaan. Contohnya jika ramalan pendapatan perniagaan
adalah RM1 juta, maka bahagian pemasaran, pengeluaran,
kewangan, sumber manusia dan lain-lain aktiviti perniagaan
bertindak sebagai ‘satu pasukan’ bagi mendapatkan sebanyak
RM1 juta

Menunjukkan keazaman, komitmen dan kecekapan usahawan


7.
atau pengurus terbabit

Mempunyai pelan tindakan (action plan) yang jelas dan boleh


8.
dilaksanakan.

114 | D C A 2 0 2 2
3.5.4 Penyediaan Rancangan Perniagaan
Rancangan perniagaan yang lengkap dan jelas adalah penting bagi memberikan
gambaran tentang perniagaan yang hendak dimulakan. Berikut adalah maklumat
yang diperlukan dalam penghasilan Rancangan Perniagaan.

Format Rancangan Perniagaan


1. Format rancangan perniagaan yang disediakan bergantung kepada
keperluan dan tujuan utama rancangan perniagaan tersebut disediakan.
2. 12 perkara penting yang harus ada dalam format rancangan perniagaan
adalah seperti yang berikut.
(a) Ringkasan eksekutif
(b) Tujuan rancangan perniagaan/kertas kerja
(c) Latar belakang perniagaan
(d) Latar belakang pemilik/rakan kongsi
(e) Kedudukan tapak projek
(f) Objektif projek
(g) Rancangan pentadbiran
(h) Rancangan operasi
(i) Rancangan pemasaran
(j) Rancangan kewangan
(k) Penutup
(l) Lampiran (dokumen-dokumen sokongan)

Ringkasan Eksekutif
1. Bahagian ringkasan eksekutif memberi gambaran ringkas secara
keseluruhan berkenaan dengan projek perniagaan yang hendak dijalankan.
(a) Maklumat pemilik
(b) Modal permulaan projek perniagaan
(c) Nama perniagaan
(d) Alamat tempat perniagaan beroperasi
(e) Bentuk milikan perniagaan
(f) Aktiviti utama produk atau perkhidmatan
(g) Nombor pendaftaran perniagaan atau nombor lesen perniagaan

115 | D C A 2 0 2 2
Pengenalan (Tujuan Rancangan Perniagaan/Kertas Kerja)
1. Bahagian ini memberi gambaran umum berkaitan tujuan rancangan
perniagaan tersebut disediakan.
2. Tujuan rancangan perniagaan adalah merujuk kepada objektif dan matlamat
yang ingin dicapai oleh perniagaan dan perlu dinyatakan dengan jelas.
3. Tujuan rancangan perniagaan disediakan adalah seperti yang berikut.
i. Untuk memohon pinjaman daripada pembiaya
ii. Untuk meyakinkan pihak bank bersetuju untuk membiayai kos pelaksanaan
projek perniagaan
iii. Untuk merancang pelaksanaan perniagaan
iv. Untuk meyakinkan pihak pembekal agar memberi kemudahan kredit atas
pembekalan barang-barang yang diperlukan untuk projek perniagaan
tersebut.

Latar Belakang Perniagaan


1. Bahagian ini mengandungi segala maklumat asas berkenaan projek
perniagaan yang hendak dijalankan.
2. Maklumat yang perlu ada dalam latar belakang perniagaan adalah seperti
yang berikut.
(a) Nama perniagaan
(b) Lokasi perniagaan dijalankan
(c) Nombor pendaftaran perniagaan
(d) Tarikh pendaftaran perniagaan
(e) Bentuk pemilikan perniagaan sama ada milikan tunggal, perkongsian
atau syarikat
(f) Aktiviti utama perniagaan
(g) Sumber pembiayaan perniagaan
(h) Jumlah modal permulaan perniagaan
(i) Nama dan alamat pemegang saham
(j) Nama dan nombor akaun bank perniagaan

116 | D C A 2 0 2 2
Latar Belakang Pemilik atau Rakan Kongsi
1. Bahagian ini akan menyenaraikan butiran berkaitan maklumat pemilik atau
rakan kongsi perniagaan.
2. Butiran yang disenaraikan dalam bahagian ini adalah seperti yang berikut.
(a) Nama penuh
(b) Tarikh lahir/umur
(c) Alamat tetap
(d) Nombor telefon
(e) Kelulusan akademik
(f) Status perkahwinan
(g) Pengalaman bekerja
(h) Kemahiran yang dimiliki

Kedudukan Tapak Projek


1. Kedudukan tapak projek merujuk kepada lokasi atau tempat perniagaan
dijalankan.
2. Lokasi perniagaan dan projek mestilah mempunyai kedudukan strategik bagi
membantu kejayaan sesebuah perniagaan.
3. Aspek penting yang dipertimbangkan berkaitan dengan kedudukan tapak
projek termasuklah lokasi tapak projek, kemudahan fizikal projek, bangunan
tempat operasi projek, dan kemudahan asas yang terdapat di kawasan
projek dijalankan.

Objektif Perniagaan
1. Objektif projek perniagaan terbahagi kepada misi, visi, objektif jangka pendek
dan objektif jangka panjang
2. Objektif projek mengandungi beberapa maklumat berkaitan dengan sasaran
jualan, sasaran pelanggan, dan sasaran keuntungan yang akan diperoleh.

(a) Sasaran jualan


• Sasaran jualan ialah anggaran jualan yang boleh dicapai sepanjang
tempoh perniagaan dilakukan.
• Sasaran jualan ini juga boleh membantu usahawan dalam. mencapai
sasaran keuntungan perniagaan.
117 | D C A 2 0 2 2
(b) Sasaran Untung
• Sasaran untung merupakan anggaran keuntungan yang bakal diterima oleh
perniagaan setelah menolak segala kos perbelanjaan semasa perniagaan
berjalan.
• Kos perbelanjaan perlu diminimumkan sekiranya usahawan ingin mencapai
keuntungan yang tinggi.

(c) Sasaran pelanggan


• Sasaran pelanggan ialah kumpulan sasaran yang dikenal pasti yang akan
menggunakan produk atau perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh
perniagaan
• Strategi pemasaran perlu berfokuskan kepada sasaran pelanggan.

Rancangan Pentadbiran
1. Segala maklumat yang berkaitan dengan tenaga kerja dan kos perbelanjaan
2. Perkara yang terkandung dalam perancangan pentadbiran adalah seperti
yang berikut.
(a) Menyediakan carta organisasi perniagaan
(b) Menyediakan spesifikasi tugas mengikut jawatan
(c) Menyediakan jadual imbuhan atau gaji
(d) Menyediakan anggaran keperluan pejabat

Rajah 3.10 Contoh Carta Organisasi

118 | D C A 2 0 2 2
Rancangan Operasi
1. Rancangan operasi melibatkan aktiviti-aktiviti merancang proses
pengeluaran sesuatu produk. Rancangan operasi menerangkan kerja berkaitan
aktiviti pengeluaran atau perkhidmatan yang perlu dilaksanakan mengikut
urutannya untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan
2. Antara keperluan operasi yang perlu dirancang ialah:
(a) carta aliran proses;
(b) keperluan bahan mentah:
(c) senarai mesin dan peralatan;
(d) susun atur ruang operasi;
(e) belanja operasi perniagaan;
(f) pembahagian tugas pekerja bahagian operasi.

Keperluan Huraian
Rancangan Operasi
Carta aliran proses • Langkah-langkah yang terlibat dalam proses
penghasilan output akhir.
Keperluan bahan • Senarai bahan yang diperlukan
• Jenis bahan, maklumat pembekal, kuantiti, kualiti,
dan harga.
Senarai mesin dan • Nama mesin dan peralatan yang perlu ada di
peralatan bahagian operasi

Susun atur ruang • Pelan ruang operasi yang menunjukkan susunan


operasi dan letakan loji dan mesin, perabot serta stok
bahan mentah dan barang siap.
Perabot dan • Menyenaraikan peralatan yang diperlukan oleh
kelengkapan perniagaan mengikut jenis, model,unit, kos,
kegunaan produk dan pembekal.
Belanja operasi • Sama ada perbelanjaan aset seperti pembelian
perniagaan mesin dan perbelanjaan bulanan seperti
pembelian bahan.
Pembahagian tugas • Jawatan dan agihan tugas bahagian operasi perlu
disediakan.
• Misalnya, pengurus operasi membuat tempahan
bahan.

119 | D C A 2 0 2 2
Rancangan Pemasaran
1. Rancangan pemasaran pula menghuraikan aktiviti perniagaan untuk
memasarkan produk dan perkhidmatan yang telah siap diproses.
2. Rancangan pemasaran disediakan dengan mengambil kira keperluan
pelanggan, maklumat pesaing, campuran pemasaran dan potensi untuk
meluaskan pasaran perniagaan.
3. Analisis pasaran akan dilakukan untuk mengenal pasti jenis produk yang
diperlukan oleh pelanggan, trend pasaran terkini, saiz pasaran, dan pesaing
yang wujud di sekitar perniagaan.
4. Usahawan boleh membuat ramalan jualan yang boleh dijual oleh perniagaan
dalam satu tempoh masa tertentu.
5. Usahawan perlu merangka strategi pemasaran untuk mempromosi produk dan
perkhidmatan kepada orang ramai.

Rancangan Kewangan
1. Rancangan kewangan disediakan untuk mengetahui keadaan kewangan
dengan mengambil kira modal permulaan perniagaan, segala kos yang terlibat,
sumber pembiayaan dan pelan pembayaran balik perniagaan.
2. Rancangan kewangan yang lengkap menjadi rujukan penting kepada pihak luar
dalam memberikan pinjaman dan menarik pelaburan.
3. Penyata aliran tunai perlu disediakan mengikut bulanan atau tahunan,

Penutup
1. Penutup merupakan rumusan dan cadangan terhadap perniagaan yang ingin
dijalankan.
2. Dalam ruangan penutup harus membuat satu kesimpulan secara menyeluruh
berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang dijalankan.

Lampiran
1. Usahawan perlu melampirkan semua dokumen sokongan sebagai bukti tentang
perniagaan yang dijalankan.
2. Antara contoh dokumen sokongan adalah seperti yang berikut.
(a) Contoh gambar produk
(b) Sijil pendaftaran perniagaan

120 | D C A 2 0 2 2
(c) Perjanjian perkongsian
(d) Logo perniagaan beserta huraian logo
(e) Gambar lokasi perniagaan
(f) Jadual pelaksanaan projek

3.6 Rancangan Pemasaran

3.6.1 Definisi Pemasaran


1. Secara amnya, pemasaran merujuk kepada strategi, proses, atau kaedah yang
berkesan untuk menyalurkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar
kepada pengguna
2. Pemasaran termasuk tindakan mewujudkan konsep sesuatu produk,
pembangunan produk, penetapan harga, pengagihan produk, dan promosi.
3. Proses pemasaran dikendalikan secara sistematik untuk memuaskan kehendak
dan keperluan pengguna di samping meningkatkan jualan syarikat.

3.6.2 Tujuan Pemasaran Perniagaan


Tujuan dan matlamat pemasaran kepada usahawan termasuklah:
(a) membantu mengetahui cita rasa pengguna melalui penyelidikan pemasaran;
(b) membantu memperkenalkan produk kepada pengguna sasaran yang dikenal
pasti;
(c) membantu meningkatkan jualan dan keuntungan;
(d) membantu melaksanakan penjenamaan semula sesuatu produk yang dapat
mewujudkan satu imej baharu kepada pengguna di pasaran;
(e) memperkenalkan produk sedia ada di sesuatu pasaran baharu;
(f) memastikan produk yang dihasilkan akan sampai ke tangan pengguna.

Untuk memasarkan produk secara berkesan, usahawan harus merangka satu


strategi pemasaran yang lengkap. Pelaksanaan strategi pemasaran yang lengkap
mengandungi dua unsur seperti yang berikut:

121 | D C A 2 0 2 2
i. Sasaran Pasaran
• Usahawan harus mengenal pasti kumpulan pengguna untuk menyasarkan
produknya.
• Produk yang dipasarkan dapat memenuhi cita rasa dan kehendak
kumpulan sasaran ini.

ii. Campuran Pemasaran


Campuran pemasaran merujuk kepada empat elemen penting yang dapat
menentukan kejayaan perniagaan dalam mencapai matlamat. Unsur campuran
pemasaran adalah seperti yang berikut:

Rajah 3.11 Campuran/ Elemen Pemasaran

(a) Keluaran/produk/barangan (product)


• Produk ialah apa-apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk
perhatian, pemerolehan atau penggunaan yang mungkin memenuhi
kehendak atau keperluan pemerolehan atau penggunaan yang mungkin
memenuhi kehendak atau keperluan organisasi,orang, tempat dan idea.
• Produk, perkhidmatan, pengalaman adalah bahagian penting untuk kekal
menghargai pelanggan dan menarik minat untuk membeli.
• Peniaga perlu memastikan kualiti, reka bentuk, prestasi barangan yang
ditawarkan benar-benar mencapai piawaian yang telah ditetapkan.
• Dari segi pembungkusan, peniaga perlu memastikan cara pembungkusan
yang digunakan memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai dan menarik.
Pengguna masa kini sudah mula mencari produk ataupun keluaran yang

122 | D C A 2 0 2 2
mempunyai bungkusan dan pelabelan yang menarik. Hal ini demikian kerana
terlalu banyak barangan yang terdapat di pasaran yang menawarkan fungsi
yang sama.
• Oleh yang demikian peniaga perlu bijak menarik minat pelanggan dengan
memastikan pembungkusan selari menepati ciri-ciri asas dapat
menunjukkan perbezaan dengan ketara dengan produk pesaing

Rajah 3.12 Klasifikasi produk dan perkhidmatan

123 | D C A 2 0 2 2
(b) Penentuan/penetapan harga (price)
Harga didefinisikan sebagai nilai yang harus dibayar oleh pengguna atau pembeli
kepada peniaga sebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkan oleh
perniagaan.

Berikut ialah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menetapkan


harga barangan yang ditawarkan oleh peniaga:
• Jumlah kos sebenar produk yang ditawarkan.
• Menilai harga jualan yang ditawarkan oleh pesaing.
• Menilai struktur diskaun yang akan diperkenalkan.
• Menilai tanggapan pengguna sasaran terhadap nilai produk kita dengan
pesaing.

(c) Tempat memasarkan (place)


• Tempat atau saluran pengedaran adalah untuk memastikan produk sampai
kepada pengguna. Aspek yang penting dalam strategi tempat ialah
pengguna mendapat akses kepada produk atau perkhidmatan yang
ditawarkan. Produk yang ditawarkan perlu berada di tempat yang sesuai
dengan kualiti dan kuantiti yang pengguna mahukan.
• Pengedaran boleh dilakukan secara langsung atau tidak langsung.
Pengedaran langsung ialah pengedaran di mana pemasar berhubung terus
dengan pengguna atau terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakala
pengedaran tidak langsung melibatkan pemborong, peruncit dan orang
tengah yang lain.
• Faktor-faktor penting dalam pemilihan saluran pengedaran ialah:
- Saiz pasaran.
- Ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Strategi pemilihan orang tengah.
- Saluran pengedaran yang digunakan oleh pesaing.
- Keupayaan peniaga dalam merancang saluran pengedaran tersebut.

124 | D C A 2 0 2 2
(d) Promosi/ Iklan

• Promosi merujuk kepada komunikasi perniagaan yang digunakan untuk


kepada memberitahu, menyedarkan, memujuk dan mempengaruhi
pengguna untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan
• Tujuan komunikasi ini supaya pemasar boleh menyampaikan mesej
kepada pengguna dan mengetahui maklum balas pengguna terhadap
tawaran perniagaan. daripada pengiklanan, jualan langsung, promosi
jualan dan publisiti

125 | D C A 2 0 2 2
LATIHAN/ PENILAIAN

1. Apakah definisi usahawanan dan peniaga?


2. Terangkan dua sumbangan usahawan kepada masyarakat.
3. Nyatakan empat dokumen yang boleh dijadikan sebagai dokumen
sokongan untuk penyediaan rancangan perniagaan.
4. Senaraikan empat elemen pemasaran.

126 | D C A 2 0 2 2
JAWAPAN LATIHAN/PENILAIAN

Soalan 1
i. Peniaga
Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau
melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan
keuntungan.

ii. Usahawan
Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan yang kreatif,
inovatif, berani mengambil risiko, mencipta dan merebut peluang perniagaan
untuk mendapatkan keuntungan, kepuasan diri serta kemajuan dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Soalan 2
i. Menyediakan peluang pekerjaan
ii. Menghasilkan pelbagai produk dan perkhidmatan

Soalan 3
i. Contoh gambar produk
ii. Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan
iii. Lesen perniagaan
iv. Kad perniagaan

Soalan 4
i. produk
ii. harga
iii. pengagihan
iv. promosi

127 | D C A 2 0 2 2
SENARAI RUJUKAN

Jabatan Pengajian Politeknik. (2013). Hortikultur: Hortikultur Landskap.


Putrajaya: Jabatan Pengajian Politeknik.

Azuwa, N, Ismail, C.N.A, Badrul, H.F.D, dan Ahmad, S. N. A (2020), Landskap


dan Nurseri Tingkatan 4 & 5, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

K. Morgan, Zan ‘Asri Tasir (2020). Perniagaan Tingkatan 4 & 5,: Sasbadi Sdn.
Bhd. Selangor

https://www.slideshare.net/NURAINANIMAHYUDDIN/perlakkusanaan-landskap-kejur-
hardscape

https://www.google.com/search?q=bollard&client=firefox-b-d&sxsrf=ALiCzsaG5QA4f-
z_cngtfRVbK3XaJETgDA:1662434415454&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2a
hUKEwjPpq7mmv_5AhW1yDgGHX3gDzMQ_AUoAXoECAIQAw#imgrc=ShLgBdpz
KaFYxM

https://www.google.com/search?q=bollard&client=firefox-b-d&sxsrf=ALiCzsaG5QA4f-
z_cngtfRVbK3XaJETgDA:1662434415454&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2a
hUKEwjPpq7mmv_5AhW1yDgGHX3gDzMQ_AUoAXoECAIQAw#imgrc=IFceXLhBt
C4zZM

https://www.google.com/search?q=kolam+air+pancut&tbm=isch&ved=2ahUKEwjE68Tw
mv_5AhXQi9gFHT3GCRMQ2-
cCegQIABAA&oq=kolam+air+pancut&gs_lcp=CgNpbWcQA1DpEFjaM2CENmgAcA
B4AIABAIgBAJIBAJgBAKABAaoBC2d3cy13aXotaW1nwAEB&sclient=img&ei=hLw
WY8SZMNCX4t4PvYynmAE&client=firefox-b-d#imgrc=hk_8q8mA3xZtcM

https://www.google.com/search?q=kolam+air+pancut&tbm=isch&ved=2ahUKEwjE68Tw
mv_5AhXQi9gFHT3GCRMQ2-
cCegQIABAA&oq=kolam+air+pancut&gs_lcp=CgNpbWcQA1DpEFjaM2CENmgAcA
B4AIABAIgBAJIBAJgBAKABAaoBC2d3cy13aXotaW1nwAEB&sclient=img&ei=hLw
WY8SZMNCX4t4PvYynmAE&client=firefox-b-d#imgrc=bGjahNBC2tG9fM

https://www.google.com/search?q=hardscape+batu+gravel&tbm=isch&ved=2ahUKEwiT
kJq9oP_5AhVgyKACHa-BCpUQ2-
cCegQIABAA&oq=hardscape+batu+gravel&gs_lcp=CgNpbWcQAzoECCMQJzoGC
AAQHhAHUPMgWJhBYKREaABwAHgBgAGiCIgBnyCSAQ8wLjMuMi4yLjAuMS4xL

128 | D C A 2 0 2 2
jGYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=Y8IWY9PSLeCQg8U
Pr4OqqAk&bih=643&biw=1366&client=firefox-b-
d#imgrc=iV48GpecFmg1sM&imgdii=1WPh9vzmBYbM9M

https://www.google.com/search?q=hardscape+rubber+mat+playground&tbm=isch&ved=
2ahUKEwi_1oTouP_5AhU6CLcAHUMjChwQ2-
cCegQIABAA&oq=hardscape+rubber+mat+playground&gs_lcp=CgNpbWcQAzoEC
CMQJ1CzE1j4O2DmPWgAcAB4AIAB8gGIAZkNkgEFNi42LjGYAQCgAQGqAQtnd3
Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=6NsWY7_CAbqQ3LUPw8ao4AE&bih=643&bi
w=1366&client=firefox-b-d#imgrc=EoN_thbEL1FVoM

https://www.google.com/search?q=hardscape+tarmac&tbm=isch&ved=2ahUKEwjY3vT4
uP_5AhWnErcAHV9WAmIQ2-
cCegQIABAA&oq=hardscape+tarmac&gs_lcp=CgNpbWcQAzoECCMQJzoFCAAQg
AQ6BggAEB4QCFCkKFjzNWCLPGgBcAB4AIABlQGIAZMHkgEDMC43mAEAoAE
BqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=C9wWY5itGael3LUP36yJkAY&bih
=643&biw=1366&client=firefox-b-d#imgrc=1xgIIxfoR62OfM

https://www.google.com/search?q=hardscape+jambatan&tbm=isch&ved=2ahUKEwjnsc
Lquf_5AhX4lNgFHdoDCQ0Q2-
cCegQIABAA&oq=hardscape+jambatan&gs_lcp=CgNpbWcQAzoECCMQJzoFCAA
QgAQ6BggAEB4QCDoECAAQHjoECAAQGFCNFVjpH2DUImgAcAB4AIABvAOIAe
0RkgEJMS4zLjEuMi4ymAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=-
dwWY6fRKPip4t4P2oekaA&bih=643&biw=1366&client=firefox-b-
d#imgrc=4YKul0aaq5ujFM

https://www.google.com/search?q=hardscape+meja+taman&tbm=isch&ved=2ahUKEwjY
k-3dvP_5AhUqi9gFHf7wAPgQ2-
cCegQIABAA&oq=hardscape+meja+taman&gs_lcp=CgNpbWcQA1AAWABgAGgAc
AB4AIABAIgBAJIBAJgBAKoBC2d3cy13aXotaW1n&sclient=img&ei=BOAWY9iBGa
qW4t4P_uGDwA8&bih=643&biw=1366&client=firefox-b-d#imgrc=-aRI_skhpoPf-
M&imgdii=2YaKc5eqwMoFlM

https://www.google.com/search?q=hardscape+arca+lumut&tbm=isch&ved=2ahUKEwiRr
K6Bw__5AhXFyKACHTTGB04Q2-
cCegQIABAA&oq=hardscape+arca+lumut&gs_lcp=CgNpbWcQAzoECCMQJ1DHOli
-
b2CbdWgBcAB4AIABogmIAecnkgEPMC4yLjIuMC4xLjAuMi4ymAEAoAEBqgELZ3d
zLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=meYWY9H7HcWRg8UPtIyf8AQ&bih=643&bi
w=1366&client=firefox-b-d#imgrc=DC1ibj_t_EGs7M

129 | D C A 2 0 2 2

Anda mungkin juga menyukai