Anda di halaman 1dari 4

1

INT.DAY - RUMAH KAMPUNG.

Seorang lelaki berpakaian putih berlari masuk ke dalam rumah


dalam tergesa gesa. Di dalam rumah tetamu pandang sesama
sendiri. Pengantin perempuan, Nur (25) mula resah. Azim(26)
kemudiannya tiba dalam keadaan berpeluh, berhati hati masuk ke
ruang pelamin.

Tetamu bercakap sesama sendiri. Azim duduk berhadapan dengan


Ayah yang kelihatan garang. Azim senyum gementar.

AYAH
Azim bin Othman, aku nikahkan akan dikau
dengan...

Suara menjadi perlahan. Hanya mulut yang bergerak menjawab lafaz


nikah bersama tangan yang bersalaman. Orang ramai senyum dan
mengangguk sebaik saksi menunjuk isyarat - SAH!

VO SUAMI
Sayang masih ingat tak di hari
pernikahan kita? Setelah berkali kali
sayang ingatkan abang supaya jangan
lambat. Tapi abang masih juga lambat.

Azim duduk di sebelah isterinya, Nur. Azim sedikit janggal -


mungkin Nur marah. Nur mengangkat sedikit pandangan dan senyum.
Mereka kemudian menyarung cincin dan bergambar bersama tetamu.

VO SUAMI.
Abang ingatkan sayang akan marah. Tapi
sayang tidak.

INT.NIGHT - RUMAH BANDAR

Azim pulang lewat daripada bermain futsal. Dia berjalan perlahan


lahan masuk ke dalam rumah apabila lampu tiba tiba terbuka.

VO SUAMI
Sayang ingat tak, bila abang balik lewat
malam tiap kali melepak dengan kawan
kawan.

Nur mencekak pinggang dan menggeleng kepala. Azim sedikit resah.


Nur kemudiannya pergi mendapatkan Azim dan melihat tangan Azim
yang luka luka akibat bermain futsal. Nur risau. Dia menyuruh
Azim duduk dan menyapu ubat di tangan Azim. Azim menjerit kecil,
tetapi fikirannya fokus melihat wajah Nur yang sedang bercakap.

VO SUAMI
Abang ingatkan sayang akan merajuk. Tapi
sayang tidak.

EXT.DAY - TEPI JALAN

Azim dan Nur di dalam kereta apabila kereta tiba tiba rosak dan
2

brake mengejut. Nur panik dan memeriksa baby car seat. Azim
keluar memeriksa hadapan kereta yang sedikit berasap.

VO SUAMI
Abang masih ingat lagi, sewaktu kita
tersadai di tepi jalan sebab kereta lama
kita tiba tiba rosak. Semua sebab abang
lupa nak servis walaupun berpuluh kali
sayang ingatkan.

Azim sedikit cemas. Dia memeriksa kiri kanan jalan untuk


pertolongan. Kemudiannya dia mengeluarkan telefon untuk mendial
no staff highway. Dia menoleh ke arah Nur dan berhenti menaip.
Nur yang sedang memegang bayi mereka telah terlebih dahulu
bercakap dengan petugas jalanraya untuk mendapatkan bantuan.

VO SUAMI
Abang ingatkan sayang akan panik. Macam
abang. Tapi sayang tidak.

INT.DAY - OFFICE

Azim dan Nur sampai ke office Nur. Mereka bersalaman. Nur sedang
berjalan dengan beberapa rakan office apabila dia tiba tiba
berhenti dan batuk batuk teruk. Rakan office yang lain mengambil
handphone Nur dan menelefon Azim.

Di dalam kereta, Azim mengangkat telefon dan panik. Dia memutar


stereng, menukar haluan.

INT.DAY - BILIK DOKTOR

Doktor menyerahkan sekeping kertas yang bersamanya results


X-Ray. Dia kemudian menerangkan sesuatu kepada Azim dan Nur.

Azim terkejut. Dia melihat result xray dan menangis.

VO SUAMI
Dan macam mana abang boleh lupa, sewaktu
mula mula doktor terangkan tentang
penyakit sayang.

Azim menangis dia menoleh ke arah Nur untuk memujuk. Tetapi Nur
tidak menangis. Matanya yang berkaca, menarik nafas dan
mendengar dengan tekun penerangan doktor. Azim merenung wajah
tabah isterinya.

VO SUAMI
Abang ingatkan sayang akan takut, akan
sedih. Tapi sayang tidak.

INT.DAY - BILIK RAWATAN

Nur memegang tangan Azim yang sedang sedih. Di tangannya


terdapat wayar yang bersambung dengan mesin kemoterapi. Nur
senyum dan memeluk suaminya.
3

EXT&INT - MONTAJ

FADE IN - Montaj Nur mengajar Azim memasak, mereka bergelak tawa


didalam kereta. Azim, Nur dan Anak bermain di taman. Nur
membawakan air ketika Azim sedang berkerja, dia duduk di
sebelah. Nur sesekali batuk tetapi tetap senyum dan bersandar di
bahu suaminya.

VO SUAMI
Sayang sentiasa berada di sisi abang,
bersabar dengan abang.

INT.DAY - RUMAH BANDAR

Azim dan Nur di hadapan cermin sedang bersiap memakai baju raya.
Mereka kelihatan gembira disamping anak yang semakin besar.

DISSOLVE TO - Setahun kemudian di cermin yang sama. Mereka


sedang memakai baju raya. Nur semakin pucat tetapi masih
bergelak dengan Azim. Sesekali dia batuk. Air muka Azim berubah.

Pagi raya - Nur bersalaman dengan Azim di ruang tamu. Mereka


berdua kelihatan sedih.

VO SUAMI
Banyak lagi memori suka, duka yang abang
mahu kita lalui bersama, tempat tempat
cantik yang nak abang bawa, hadiah
hadiah yang ingin abang berikan. Dan
terlalu banyak yang abang nak katakan
kepada sayang bila sayang sihat nanti.

INT.DAY - BILIK RAWATAN

Nur terbaring lemah, matanya tertutup namun tangannya erat


menggenggam tangan Azim. Bunyi mesin semakin lama semakin
perlahan, graf semakin menurun.

VO SUAMI
Tapi sayang tidak.

EXT. DAY - KUBUR

Azim merenung kubur isterinya, orang ramai beransur pulang.

INT.DAY - RUMAH BANDAR

FADE TO - Azim di ruang tamu bersama anak (5), dia termenung.

VO SUAMI
Sunyi.. tanpa kehadiran sayang depan
mata abang.. abang selalu rasakan dan
sedar yang sayang betul betul dah
tinggalkan abang.. tiada lagi teman
melayari arus ombak kehidupan.. kini
nakhoda keluarga kita suram tanpa
4

kehadiran sayang.. sayang abang rindu…


sungguh rinduu.

Door bell berbunyi. Azim bangun dan membuka pintu. Kelihatan 2


Staf dari PERKESO datang melawat. Mereka dan Azim berborak di
ruang tamu sambil Azim mengangguk faham. Staf PERKESO memberikan
Azim sekeping surat. Azim menahan sebak.

Surat dari PERKESO - perkeso memberi maklum pencen ILAT yang


diterima isterinya sebelum ini akan disalurkan kepada azim bagi
membantu meneruskan kehidupan azim

INT.DAY - PEJABAT PERKESO

FLASHBACK - Azim dan Nur di pejabat PERKESO untuk sesi temuduga.

VO SUAMI
Tapi sayang tidak

INT.DAY - RUMAH BANDAR

Montaj Azim dan anak melakukan aktiviti yang pernah dilakukan


bersama Nur. Mereka makan bersama, bergurau dalam kereta, main
di taman. Anak membawa air untuk azim ketika dia sedang bekerja
di rumah.

PAGI RAYA - Azim dan anak bersiap dengan baju raya di hadapan
cermin. Azim melihat ruang kosong disebelahnya dimana Nur selalu
berada. Di ruang tamu Azim dan anak kemudian bersalaman.

TITLE OUT : TAPI SAYANG TIDAK

Anda mungkin juga menyukai