Anda di halaman 1dari 2

Doa Sambutan Maulidur Rasul s.a.

‫ِبْس ِم ِهللا الَّرْح َمِن الَّرِح ْيِم‬


‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َنا ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َرِّب اْلَعاَلِم ْيَن‬
‫َأْج َم ِع ْيَن‬

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala
pujian bagi Allah yang menganugerahkan segala kebaikan dan kerahmatan ke
atas kehidupan umat Muhammad s.a.w.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Setinggi-tinggi kesyukuran kami ke hadrat


Allah s.w.t kerana dengan nikmat dan rahmatMu dapat kami menyambut Majlis
Maulidur Rasul bagi Tahun 1445 H bersamaan 2023 M dalam suasana ceria dan
penuh kemesraan. Ya Allah, di hari yang penuh barakah ini kami zahirkan rasa
syukur yang tidak terhingga atas segala anugerahMu kepada kami seluruhnya.
Lantaran itu Ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hambaMu yang beriman,
bertakwa, berilmu, berakhlak mulia serta sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sempena Sambutan Maulidur Rasul ini, kami


memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami
dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang
telah kembali kepadaMu.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami jua memohon restu dan rahmatMu,


semoga Engkau memberi hidayah dan petunjuk kepada kami, satukanlah kami
di bawah payung persaudaraan muhibbah dan perpaduan. Berilah kekuatan serta
semangat yang tinggi kepada kami, sebagaimana perjuangan RasulMu dan para
sahabat baginda yang mulia. Dorongkanlah kami ke arah melaksanakan segala
suruhan NabiMu dan meninggalkan segala larangannya berlandaskan Al-Quran
dan As-Sunnah yang mulia agar kehidupan kami ceria dan bertambah bahagia
sama ada di dunia atau di akhirat nanti.

Wahai Tuhan kami yang sentiasa mempunyai sifat belas ihsan. Jadikanlah kami
insan yang mengenal erti kesyukuran, berterima kasih di atas nikmat dan
pemberianMu. Peliharakanlah kami dan negara kami dari perpecahan dan
pertelingkahan, huru-hara dan bala bencana serta ancaman musuh dari luar
mahupun dari dalam. Dorongkanlah kami ke arah kejayaan dalam memajukan
negara mengikut keredhanMu Ya Rabbal Alamin.

Ya Allah, Engkau tanamkanlah sifat amanah, bertanggungjawab, ketenangan


hati dan ketinggian iman. Hiasilah kami dengan sifat mahmudah,
perbetulkanlah iktikad kami dalam amalan, tekun mengerjakan suruhan, taat
menjauhi larangan, redha menerima dugaan, ikhlas menyempurnakan amalan
dan berkasih sayang sesama insan. Semoga hidup kami sentiasa berada dalam
keadaan selamat sejahtera aman damai yang berpanjangan.

‫ َو َال‬، ‫ َو َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْعُص ْو ًم ا‬، ‫َالَّلُهَّم اْج َعْل َج ْم َعَنا َهَذ ا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًم ا‬
‫َتْج َعِل الَّلُهَّم ِفْيَنا َو َال َم َعَنا َو َال َم ْن َيْتَبُعَنا َش ِقًّيا َو َال َم ْطُر ْو ًد ا َو َال َم ْح ُر ْو ًم ا‬

ِ‫َر َّب َن ا َء اِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي األِخ َر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫ َو اْلَح ْم ُدِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى ُهللا َع َلى ُمَح َّم ٍد َو َع َلى َء اِلِه َو َصْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai