Anda di halaman 1dari 3

TEKS PIDATO BAHASA MELAYU TONGGAK PERPADUAN BANGSA

Bismilahhiramannirahim
Assalamualaikum W.B.H dan Salam Sejahtera
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang
sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak
waktunya, para peserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh belayar si pedagang Cina ,


Singgah di Melaka menjual sutera .
Bahasa melayu bahasa perantara ,
Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin dan hadirat yang dihormati


Mari kita hayati definisi tajuk pidato saya yang bertajuk “Bahasa Melayu Tonggak
Perpaduan Bangsa.” Menurut kamus dewan, bahasa melayu dapat ditakrifkan sebagai bahasa
yang digunakan oleh kelompok masyarakat melayu , manakala tonggak pula bermaksud asas
atau nadi utama. Seterusnya perpaduan pula membawa maksud bergabung menjadi satu dan
akhir sekali bangsa membawa maksud sejenis manusia daripada satu asal keturunan.

Hadirin yang dimuliakan,


Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri akar-
akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara Malaysia. Apabila
memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu
sudah berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara
masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan
ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah
digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang
berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa,
setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk dek
hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah, apa
lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah
perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas membuktikan
bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di dunia.

Hadirin yang dihormati,

1
Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara kaum
dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaa’ba
yang berbunyi ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam
bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia.

“Haiya, sudah lama talak jumpa aaa wa punya kawan...Ahmad...Kumar..Waa...sekarang


manyak sibuk aaa. Mali..mali kita minum.

“Tambi, itu kasi roti canai tiga, kari kapla ikan satu”

Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra
dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu. Apa yang
penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan.
Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah
bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina
kukuh di bawah payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu
itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu
turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh
daripada Arkib Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800
buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan
hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk perpaduan.
Selain itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program Memartabatkan
Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang sangat
utama untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa
prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan
tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai penutup tirai pidato pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan sesungguhnya
keharmonian dan perpaduan kaum di negara kita ini adalah rahmat dan nilai yang sangat
berharga untuk terus dipelihara. Oleh itu, cintailah bahasa Melayu dan martabatkanlah bahasa
kebangsaan kita kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Molek sungguh emas suasa


Dipakai bersama baju sutera
Pelbagai kaum satu bahasa

2
Hidup harmoni negara sejahtera

Sekian,terima kasih

Anda mungkin juga menyukai