Anda di halaman 1dari 26

KEKERAPAN MENGAWAN

BERAPA KERAP ARNAB JANTAN BOLEH DIKAHWINKAN ?


Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu.
Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan
pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan.
Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan
tersebut.
KAHWIN SELANJUTNYA
BILAKAH IBU ARNAB YANG TELAH BERANAK BOLEH DIKHAWINKAN SEMULA ?
Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas
beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh
digunakan lebih lama.
Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4
minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh
dikahwinkan semula.
MENINGGIKAN KEBERNASAN
BAGAIMANAKAH MEMPASTIKAN PROSES KAHWIN TELAH BERLAKU DENGAN SEMPURNA ?
Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina
untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke
belakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh
dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.
TEMPOH BUNTING
BERAPAKAH LAMA TEMPOH ARNAB INDUK BUNTING DAN APAKAH TANDA-TANDANYA ?
Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat
kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut.
Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang
tersebut.
Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan
gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak
dari bulu tersebut.
Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika
untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.
BUNTING PALSU
BAGAIMANAKAH MENGESAN BUNTING PALSU ?
Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa
kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan
cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut.
Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.
ANAK ARNAB
BAGAIMANAKAH KEADAAN ANAK ARNAB YANG BARU LAHIR?
Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat
anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
S. Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan
untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh
anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula
tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab
akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.
MASA MENYUSU ANAK
BILAKAH MASA IBU ARNAB MENYUSUKAN ANAKNYA ?
lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap
sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana
pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari.
Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab
tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.
IBU ANGKAT
APAKAH YANG PERLU DI LAKUKAN SEKIRANYA BILANGAN ANAK MELEBIHI DARI BILANGAN PUTING SUSU
IBUNYA ?
Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan
puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa
anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada
bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang
berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul
dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan
anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah
susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.
CERAI SUSU
BILAKAH UMUR ANAK-ANAK ARNAB PERLU DICERAI SUSU ?
Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu.
Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab
berumur 1 bulan.
Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan
pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit
dari masa ke semasa.
Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak
arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.
Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk
pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan
selama 30-45 hari lagi.
PENENTUAN JANTINA
BAGAIMANA MENENTUKAN JANTINA ARNAB YANG MASIH DIPERINGKAT ANAK ?
Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak
jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan
tanda belahan mengarah kedubur.
HASIL SAMPINGAN
KULIT DARI ARNAB PEDAGING SESUAI UNTUK DIGUNAKAN UNTUK APA ?
Kulit yang bermutu datangnya dari arnab yang berumur 5-6 bulan keatas dan diperolehi dari baka-baka
jurusan pengeluaran fur (seperti Flemish Giant). Sementara kulit dari arnab pedaging berumur antara 2-3
bulan sahaja. Kulit adalah hasil sampingan dalam peternakan arnab pedaging (seperti New Zealand White).
Dari kulit arnab pedaging tersebut juga boleh dibuat:
O Glu (gam)
O Baja (baja kompos)
O Cara mudah menternak arnab
BAGAIMANAKAH CARA YANG MUDAH SAYA BOLEH MENTERNAK ARNAB ?
Menternak arnab adalah mudah dan boleh dilakukan oleh ahli keluarga yang lemah seperti suri-suri rumah
dan anak-anak. Peternakan arnab boleh juga dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
Disamping membekal keperluan protein kepada keluarga dan negara, ia boleh menjadi sumber pendapatan
sampingan kepada aktiviti utama sesebuah keluarga.
Sebelum menternak secara komersial elok mulakan secara kecilan dulu. Kemudian apabila sudah
mempunyai keupayaan, kemahiran dan pengalaman bolehlah memikirkan untuk menjalankannya secara
komersial dengan cara besarkan pelahan-lahan.
Untuk memulakan secara kecilan anda perlu sediakan/dapatkan beberapa perkara yang di bawah ini,
O buah sangkar dawai BRC (10-14 gauge) berukuran 2 ka x 3 ka x 1.5 ka setiap sangkar. Setiap
sangkar untuk menempatkan seekor arnab baka.
O Reban kecil untuk memuatkan sangkar di dalamnya berukuran lebih kurang 4 ka x 22 ka x 6 ka.
Sangkar dimasukkan dalam reban ini. Bumbung hendaklah dipasang bersama.
O Sumber air minuman yang bersih dan segar.
O Sumber makanan yang berzat, bersih dan segar.
O 5 buah kotak sarang plastik, 6 buah bekas makanan tembikar dan 6 buah bekas minuman.
O 1 set arnab dewasa berumur 3-5 bulan iaitu 1 ekor jantan dan 5 ekor betina.
Pada permulaan adalah dinasihatkan mengunakan baka kacukan tempatan yang lebih murah berbanding
mengunakan arnab import dan arnab kacukan tempatan lebih mudah dibeli. Setelah itu bolehlah
mengunakan arnab baka pedaging yang diimport. ......bersambung...
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:25:00 AM 1 ulasan Pautan pada catatan ini
SELASA, NOVEMBER 02, 2010
ARNAB PEDAGING (2) - Rencana dari Laman Web Jabatan
Perkhidmatan Veterinar
KAWALAN PENYAKIT
APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENCEGAH DARI SERANGAN PENYAKIT ?
Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:
O Sekitar kawasan hendaklah bersih
O Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
O Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
O Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau
bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
O Tanamkan arnab yang mati dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
O Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
O Jika berlaku kematian yang mengejut dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan
segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
O Menyimpan rekod
APAKAH KEPENTINGAN MENYIMPAN REKOD DALAM PENTERNAKAN ARNAB ?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
O Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
O Untuk mengetahui prestasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
O Untuk memudahkan program pembiakan.
O Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan
menjalankan proses cerai susu.MAKANAN UTAMA
DIMANAKAH MAKANAN PELET ARNAB BOLEH DIBELI ?
Makanan ini boleh dibeli di kedai-kedai makanan ternakan arnab dan dikeluarkan dalam beberapa jenama.
Makanan ini berbentuk pelet atau untilan yang keras, yang mempunyai saiz garispusat 4 mm dan paniang
2-3 sm.
Diisi dalam beg-beg dan berat setiap beg mengandungi 50 kg pelet. Makanan ini mengandungi segala zat-
zat untuk pertumbuhan badan arnab sekurang-kurangnya pada kadar kuantiti yang minimum. Disamping itu
makanan ini boleh disimpan untuk jangka masa yang lebih lama dalam stor dan boleh digunakan apabila
dikehendaki.
Senarai pembuat makanan ternakan arnab seperti dalam appedix 2.
CARA PEMBERIAN MAKANAN
ADAKAH APA-APA MASALAH DALAM PENGUNAAN MAKANAN PELET INI ?
Masalah dalam pengunaan makanan ini adalah mutunya tidak tetap. Juga banyak untilan yang mudah pecah
dan lebih banyak berdebu. Kerapkali kandungan zat-zat tidak tetap dalam setiap beg makanan yang dibeli.
Oleh itu pilihlah jenama dari pengeluar makanan arnab yang disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Kerap kali, apabila berlaku masalah ini, penternak menukar makanan arnab kepada jenama lain. Perbuatan
ini adalah tidak digalakkan, kerana akan memberi masalah yang lebih besar kepada arnab seperti kembung
dan boleh mengakibatkan kematian.
Kalau perlu membuat penukaran makanan (atau memberi makanan yang baru dibeli walaupun dari jenama
yang sama), lakukan percampuran dengan makanan yang sedia ada secara perlahan-lahan dalam masa 1
minggu. Jangan lakukan pertukaran secara mendadak atau sekaligus.
MAKANAN TAMBAHAN
ADAKAH DAUN-DAUN BOLEH DIBERI KEPADA ARNAB PEDAGING ?
Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi
adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan
dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu
diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau
tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas
matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.
Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boleh didapati di kedai jualan makanan
ternakan.
PEMBIAKAN
BAGAIMANAKAH CARA MENGAHWINKAN ARNAB ?
Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar
arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat
dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam
sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat
petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar
kesuburan.
....bersambung...
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:24:00 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
ISNIN, NOVEMBER 01, 2010
ARNAB PEDAGING (1) - Rencana dari Laman Web Jabatan
Perkhidmatan Veterinar
ARNAB PEDAGING
PENTERNAKAN ARNAB PEDAGING SECARA KOMERSIAL
SISTEM PENGELUARAN
BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Penternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua
bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang
berbeza sedikit iaitu:-
O Unit pembiakan baka.
Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka
mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan
kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program
pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tuai.
O Unit pengeluaran daging.
Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan
menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan
dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.
Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk
pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara
pengurusan adalah belainan sedikit.
O BAKA
APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN
DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
O New Zealand White.
O Californian.
O Carolina.
O New Simonare.
O Sepanyol.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?
Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan.
Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan
terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk
permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk
pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri
pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab
tempatan, seperti:
O Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
O Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
O Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
O Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
O Pusat jualan baka
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH
HARGANYA ?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh
dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan
Perancis.
Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual
baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import
secara terus.
O SAIZ EKONOMI
BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING
O Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu
pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
O Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu
50 induk dan 10 pejantan.
O Untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk
dan 100 pejantan.
O Pemilihan kawasan
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK
ARNAB PEDAGING ?
Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu
kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
O Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
O Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti
ternakan/ ternakan lain.
O Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan
sumber air yang bersih.
O Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
O Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara
selari dengan arah terbit/terbenam matahari. ...bersambung...
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:19:00 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
AHAD, SEPTEMBER 26, 2010
Reban Baru
Lama tak kemaskini blog. Ini bukanlah bermakna, TAZ tidak beroperasi pula. Pemilik TAZ
sibuk dengan pelbagai urusan ladang dan projek menara telekomunikasi. Juga sibuk
merebut peluang keemasan dan ganjaran berganda yang ditawarkan dalam bulan
Ramadhan yang baru berlalu.


Selama TAZ menyepi dari alam blog, terdapat hampir 50 kelahiran dengan jumlah anak
melangkaui 220 ekor anak. Tetapi kadar kematian anak juga tinggi iaitu hampir 40%.
Ditambah dengan kemeriahan dentuman mercun yang mengalahkan alteri tentera, kadar
kematian meningkat hingga 50%. Saya harap kadar kematian akan turun dengan drastik
pada bulan ini. Hampir kesemua induk telahpun dikahwinkan dan dijangka dalam masa
kurang sebulan lagi, lebih 200 ekor anak lagi akan dilahirkan.


Diharapkan para peminat arnab akan berkunjung ke TAZ kerana terdapat banyak anak
arnab yang telah melepasi tahap penyusuan. Jemput datang semua.


Bersama-sama ini saya sertakan gambar reban baru yang saya janjikan pada posting yang
lepas.
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 9:00:00 PM 2 ulasan Pautan pada catatan ini
KHAMIS, JULAI 08, 2010
Penambahan reban arnab.
Minta maaf sebab lama tak kemaskini blog. Saya agak sibuk dengan kerja-kerja ubahsuai
pejabat kawan, reunion dengan kawan sekolah menengah di Tapah dan kerja-kerja
penambahan reban arnab. Saya tidak jadi membuat ladang di Kampung Tok Pedu tetapi
akan ubah bengkel besi di belakang rumah saya ni sahaja memandangkan tiada pembantu
yang boleh diharapkan untuk menjaga arnab sekiranya dibuat di Kampung Tok Pedu yang
jauhnya lebih kurang setengah jam. Kawasan stor dan bengkel besi ini pun cukup besar
untuk dibuat ladang arnab dan keselamatannya lebih terjamin. Oleh kerana saya punya
banyak lebihan besi tetulang dari projek menara dan masjid tempohari, saya buat rak arnab
dari besi tetulang Y16-Y25. Teramatlah kukuhnya dan jikalau dikira kosnya, teramatlah
mahalnya. Tetapi memandangkan projek binaan pun masih tak nampak bayang, bahkan
tender pun tidak ada untuk dibida, baik manfaatkan sahaja besi-besi tersebut. Kerja-kerja
pengimpalan pun dibuat sendiri sahaja oleh suami saya. Nanti saya akan masukkan gambar
reban tersebut...
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 1:22:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
SELASA, JUN 01, 2010
Arnab Untuk Dijual (dikemaskini pada 18/6/2010)
Sangkar 1 - BETINA. Anggora.
Tarikh Lahir 30/4/2010. Yang sebelah kanan TELAH DIJUAL.
Sangkar 2 - JANTAN. Anggora.
TL 30/4/2010. Yang tengah TELAH DIJUAL.
Sangkar 3 - JANTAN. Dutch x
Lionhead (Ibu & Bapa). TL 3/5/2010.
NZW x Anggora (Ibu) + NZW (Bapa). Bermata merah -TL 5/5/2010.
Sangkar 4 - BETINA. Dutch x
Lionhead (Ibu & Bapa). TL 3/5/2010.
NZW x Anggora (Ibu) + NZW (Bapa). Bermata merah. TL 5/5/2010. Yang kiri (putih) TELAH
DIJUAL.
Sangkar 5 . JANTAN. Dutch x
Lionhead (Ibu dan Bapa) TL 3/5/2010.
NZW x Anggora (Ibu) + NZW (Bapa). Bermata merah. TL : 5/5/2010. Yang paling kanan
TELAH DIJUAL.
Sangkar 6 . BETINA. Fuzzy Lop
dan Holland Lop - Tarikh Lahir 29/4/2010 dan 30/4/2010.
HL yang ditengah, TELAH DIJUAL. FL (kiri) TELAH DIJUAL.

Sangkar 7. JANTAN. Fuzzy Lop
dan Holland Lop. Tarikh Lahir 29/4/2010 dan 30/4/2010. HL yang ditengah TELAH DIJUAL.
FL (kiri) TELAH DIJUAL.




Dicatat oleh Arnab Zamrud di 4:50:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Label: Arnab Jual, Rabbit for sale
SABTU, MEI 29, 2010
Anggora







Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:13:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Holland Lop Untuk Dijual. (Tarikh Lahir 29/4/2010)
1. Jantan. TELAH DIJUAL.

2. Betina. (maaf, yang ini Fuzzy
Lop). TELAH DIJUAL.

3. Betina. TELAH DIJUAL

4. Jantan. TELAH DIJUAL.

Dicatat oleh Arnab Zamrud di 8:07:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
SELASA, MEI 25, 2010
Lagi ibu arnab beranak..
Kali ini arnab yang kami namakan Monyet, yang disatukan dengan Stripe, beranak buat kali
pertama sebanyak 3 ekor anak sahaja. Jadi kini ada 6 ekor ibu arnab dengan jumlah anak
sebanyak 26 ekor kesemuanya yang masih dalam proses susuan.
Dicatat oleh Arnab Zamrud di 10:49:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
ISNIN, MEI 24, 2010
Antara Koleksi di Taman
Netherland Dwarf dan Teddy
Bear.


Intan, si LionHead Double Mane.

Woody dan Winnie. Woody Toy yang comel.

Delima si Anggora yang manja dan sedang
bunting.



Dicatat oleh Arnab Zamrud di 10:03:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
JUMAAT, MEI 21, 2010
Leona memecah rekod..
Leona, si Lionhead yang disatukan dengan Elvis, juga si Lionhead, beranak buat kali
pertama dengan memecah rekod lain-lain arnab dengan 8 ekor anak, pada 20/5/2010.
Setakat ini paling banyak yang dilahirkan hanya sebanyak 6 ekor yang disandang oleh
Beyonce sebanyak 2 kali. Kami teruja dengan kelahiran yang banyak ini. Kami asyik jenguk
ke wad bersalin Leona untuk memastikan setiap anak cukup disusukan dan nampak setakat
2 hari ini, Leona menjaga anak-anaknya dengan baik sekali. Alhamdullilah.

Maka, ketika ini, ada 5 ibu dalam pantang iaitu:-

1) Beyonce si Dutch x Lionhead disatukan dengan Bong Si Dutch + Lionhead, kelahiran
ketiga dengan 6 ekor anak pada 3/5/2010.

2) Gurindam si NZW x Anggora disatukan dengan Bandi si NZW, kelahiran pertama dengan
5 ekor anak pada 3/5/2010.

3) Nilam si Mix Anggora disatukan dengan Stripe, kelahiran kedua dengan 3 ekor anak tapi
mati seekor pada 3/5/2010.

4) Slyvia si Dutch x Lionhead disatukan dengan Elvis si LH, kelahiran pertama dengan 5
ekor anak tapi 3 ekor mati lemas pada 15/5/2010.

5) Leona si Lionhead disatukan dengan Elvis si LH, kelahiran pertama dengan 8 ekor anak
pada 20/5/2010.

Sesiapa yang berminat dengan anak-anak arnab ini sila datang setelah umur mereka
mencecah 4 minggu iaitu selepas mereka cerai susu.

!
Serat amat penting bagi sistem penghadaman arnab. Rumput kering (Hay- rumput khas yang
dipotong dan dikeringkan) dan juga sayuran segar seharusnya adalah diet yang perlu diberikan tanpa
limit. Pemakanan yang tidak seimbang dan hanya berpaut kepada pellet boleh menyebabkan masalah
penghadaman dan juga kegemukan melampau atau Obesiti kepada arnab. Walaupun serat terdapat di
dalam pellet tetapi ia tidak berfungsi sebaik serat yang terkandung didalam rumput kering atau hay,
yang mana amat berkesan bagi mengelakan masalah `HairBall. Bagaimanapun tambahan pelet dalam
pemakanan arnab dapat memberi diet yang seimbang kepada haiwan ini.
Selain daripada Hay, sayuran dan pelet adalah dikatagorikan sebagai makanan tambahan sahaja dan
tidal diberikan secara khas. Sistem penghadaman arnab amat lemah dan sebarang kesilapan boleh
menyebabkan masalah kepada arnab. Pemakanan hendaklah dikawal terutama sekiranya
mengahadapi masalah arnab obes, walaubagaimana pun pengurangan memberi pelet haruslah
diseimbangkan dengan memberi sayuran dan juga Hay tanpa had.
HAY
Rumput kering atau hay (seperti Timothy, Alfalfa, Bermuda dan Oat) seharusnya seharusnya diberikan
tampa had kepada arnab. Dengan menambah atau menukar diet hay dua kali sehari didalam diet dan
mengurangkan pellet kepada sekali sehari dapat membuat arnab anda cukup lapar dan akan
memakan hay yang diberikan.The House Rabbit Society mencadangkan agar anak arnab sehingga
berumur 6-7 bulan diberikan rumput Alfalfa. Dan menukarkan kepada rumput dari jenis lain (Timorty,
Bermuda, oat) secara berperingkat sehingga diet penuh adalah rumput dari jenis Timothy, Bermuda
atau Oat. Ini adalah kerana rumput Alfalfa tinggi dengan kalsium dan protein dan rendah serat
daripada jenis hay yang lain dan tidak sesuai bagi diet arnab dewasa.

Rumput Alfalfa. bagus untuk arnab muda sehingga berumur 6 bulan

Rumput Timothy. untuk arnab dewasa.
*photos taken from www.chubbypetsgarden.com
Untuk makluman cara untuk mendapatkan nya boleh menghubungi ChubbyPetsGarden-Online
Store
SAYURAN SEGAR
Sayuran seharusnya diberikan kepada arnab. Bergantung kepada size arnab tersebut, 2-4 cawan
sayuran segar patut diberikan setiap hari. Kepelbagaian jenis sayur dapat mengimbangi diet. Jika
arnab sudah biasa dengan diet pelLet, peralihan kepada diet baru hendaklah dibuat berperingkat agar
sistem penghadaman arnab tidak terganggu. Perkenalkan satu persatu jenis sayur kepada arnab, ini
dapat mengesan sayuran yang tidak sesuai dengan arnab anda sekiranya berlaku cirit-birit. Jangan
sesekali beri kepada arnab sayur yang telah layu dan tidak segar ini boleh menyebabkan cirit birit.
Basuh sayuran dengan aliran air dan jika was was rendam sayuran didalam air selama 30 minit. Ini
bukan sahaja dapat membuang segala racun serangga yang digunakan.. tetapi juga memboleh
sayuran menyerap lebih banyak air yang mana ia bagus untuk arnab.
Sayuran boleh diperkenalkan kepada arnab yang berumur 12 minggu dalam jumlah yang kecil. Tapi
kebiasaannya saya memperkenalkan arnab kepada sayur hanya setelah arnab berumur 4 bulan. Ini
adalah kerana sistem penghadaman yang masih muda dan dikhuatiri boleh menyebabkan cirit birit
yang berlarutan dan boleh membawa kepada kematian.
Sayur sayuran yang boleh diberi;

PERINGATAN!!!
Iceberg Lettuce atau Salad Bulat atau Bola tidak boleh diberikan kepada arnab.

Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik
di "Suggested Vegetable

PELLET
Pellet diperkenalkan bagi pemakanan arnab yang diternak diladang-ladang dan dalam kuantiti yang
besar, dan ia sangat tinggi dengan kalori. Dasarnya ia tidak sesuai untuk arnab dirumah kerana boleh
menyebabkan masalah Obesiti dan masalah kesihatan jika diberikan secara tetap. Bagaimana pun
pellet penting bagi keseimbangan khasiat lain yang diperlukan oleh arnab. Pakar berpendapat diet
yang seimbang untuk arnab adalah pellet, sayuran dan juga Hay yang tiada had.
Pilih pelet yang baik kualitinya. The House Rabbit Society mencadangkan kandungan pelet hendaklah
20-25% adalah serat, dalam 14% protin (bukan protin haiwan), dan kurang dari 1% kalsuim adalah
baik untuk arnab peliharaan. Bagi arnab dewasa kuantiti pelet hendaklah dikawal mengikut berat
badan. Sebagai panduan cawan untuk berat arnab 5-7 lb, cawan untuk 8-10lb, dan cawan
untuk 11-15lb berat arnab. Arnab muda atau anak arnab berikan tambahan cawan / 6 lb beratnya
sehingga mencapai umur 6 bulan.
Pellet yang disyorkan,

OXBOW Bunnies Basics
Snek untuk Arnab??
Kami mencadangkan 1-2 sudu besar buah buahan segar diberikan kepada arnab sebagai snek.
Memandangkan kandungan karbohidrat dan gula didalam snek ini terlalu tinggi. Maka memberi arnab
dalam kuantiti yang banyak dan kerap adalah tidak sesuai, kerana ia akan mendatangkan masalah
kepada arnab.
Untuk maklumat lebih lanjut, berkenaan jenis dan kuantiti yang boleh diberikan boleh klik
di "Suggested Fruits
MEMILIH SANGKAR
Arnab boleh dipelihara didalam rumah dengan baik sekali. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas
didalam rumah ( pastikan ia selamat untuk arnab). Arnab amat mudah dilatih mengunakan tandas.
Walaupun arnab anda mungkin tidak dikurung dan boleh bergerak bebas didalam rumah, sangkar
masih dianggap sebagai sarang atau tempat selamat baginya dimana ia boleh berasa selesa dan
selamat.
Terdapat berbagai jenis dan saiz sangkar dipasaran. Sama ada kecil atau besar, dan kebanyakannya
berlantai jaring , yang mana mudah dibersihkan pastikan ia cukup selesa untuk arnab. Mudah dan
cantik bagi anda bukan bermakna selesa bagi arnab.
Saiz dan ukuran
Seperti biasa lebih besar ada lah lebih baik. Sekiranya arnab anda kebanyakan masanya di dalam
sangkar, dapatkan sangkar yang cukup besar dan praktikal dirumah. Sebagai panduan saiz sangkar
sebaiknya 4 kali ganda besarnya daripada size arnab. Contohnya 24 x 36 untuk arnab seberat
kurang dari 8lbs atau 30 x 36 untuk arnab yang lebih besar.
Arnab mudah untuk di "litter trained, jadi lantai solid tidak menjadi masalah dan mudah untuk
dibersihkan. Kebanyakan sangkar dipasaran mengunakan jaring dawai/besi sebagai lantai bagi tujuan
mudah untuk dibersihkan. Bagaimanapun ini amat kurang selesa kepada arnab dan boleh
menyebabkan masalah seperti "sores hocks. Sekiranya anda mengunakan sangkar sebegini, pastikan
anda meletakan sekeping papan atau jubin ceramic atau apa2 saje bahan lain untuk mewujudkan
lantai solid bagi arnab anda berpijak. Bagi memudah kan sisa pembuangan jatuh terus ke bawah ..
dicadangkan agar diletakan jaring plastic bersaiz x" atau plastic anti gelincir yang sering
digunakan di bilik mandi sebagai lantai sangkar.
Pintu sangkar hendaklah cukup luas dan lebar bagi memudahkan anda membersihkan dan juga arnab
keluar masuk sangkar. Sebaiknya elakan membeli sangkar yang mengunakan pintu dari atas sangkar.
Pintu di sisi adalah yang terbaik. Pastikan tidak ada besi, wayar atau dawai tajam didalam, lantai ,
dinding dan pintu sangkar.
Seandainya anda seorang yang kreatif dan pandai bertukang. Anda boleh membina sendiri sangkar
arnab anda. Bukan saya lebih practical tetapi juga menambahkan keseronokan anda memelihara
arnab.

$angkar 2 tingkat dengan ukuran 4 x 2 x 2

$angkar hendahlah selesa, boleh memuatkan 'Toilet tray dan juga bekas makanan dan minuman,
sertakan juga bahan mainan agar arnab tidak bosan.

Kemasan Bulu/ Grooming
Arnab adalah sejenis haiwan yang sangat pembersih, dan menghabiskan masa yang lama untuk
megemas dan merapi diri. Dan ini bermakna mereka tidak perlu dimandikan , bagaimanapun
menyikat atau memberus mereka boleh menghasilkan lapisan bulu yang sihat dan juga mengelakan
HairBalls dari berlaku.
Menyikat atau memberus
Jika arnab anda berbulu pendek, melakukan rutin menyikat dan memberus sekali seminggu adalah
digalakan. Apabila tiba musim pertukaran kepada bulu yang baru (ia berlaku 3 bulan sekali), rutin
yang lebih kerap adalah baik. Pada masa yang lebih teruk , sekiranya anda dihujani dengan bulu
arnab atau bulu arnab berterbangan hampir keseluruhan rumah, rutin ini hendaklah dilakukan setiap
hari. Harus diingat yang kulit arnab amat nipis dan sensitive, jadi berhati hati dan gunakan berus atau
sikat yang dikhaskan atau sesuai untuk arnab. Mengusap bulu arnab dengan tangan yang basah juga
dapat membantu membuang bulu yang gugur dan mati.
$ikat @ $licker dan Berus untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com


untuk mendapatkannyer dan keterangan lanjut Hubungi ChubbyPetGarden
Jika ada memelihara baka Angora, runtin ini adalah lebih kerap. Melainkan jika anda ingin arnab anda
berbulu panjang dan tebal. Kemaskan bulu arnab sehingga 1inci panjang jika tidak bulu akan mudah
bergumpal dan arnab akan mengalami masalah HAIRBALLS ("wool Block). Anda boleh melakukan
sendiri atau menghantar kepada GROOMER. Harus berhati ketika mengemas dan memotong bulu
arnab, kerana kulit arnab tipis dan amat mudah terluka secara tidak sengaja. Bagi tujuan ini adalah
lebih baik melakukannya sejak arnab masih muda, ini membolehkan arnab lebih tenang kerana telah
biasa.
Adalah digalakan melakakukan Grooming sendiri ini adalah kerana ia memberi masa yang berkualiti
diantara anda dan arnab anda. Ini boleh membuatkan arnab anda lebih mesra dengan anda.
Membuang Gumpalan Bulu
Sekiranya arnab anda mempunyai gumpan bulu pada bulunya, jangan mengunakan gunting untuk
membuangnyer , kerana ia amat mudah secara tidak sengaja terpotong kunit arnab tersebut. Dengan
sabar dan secara lembut buang ia sedikit demi sedikit, berhati hati juga agat tidak menarik kulit arnab
terlalu kuat. Ia mungkin mengambil masa yang lama dan berkali kali untuk membuang gumpalan bulu
tersebut. Atau anda boleh memdapatkan FURMINATOR untuk menyelesaikan masalah anda.
Adakah arnab perlu dimandikan?
TIDAK. Arnab tidak perlu dimandikan seperti memandikan kucing atau anjing. Ini kerana merendam
arnab di dalam air boleh mendatangkan stress kepada arnab. Jika arnab anda betul betul kotor hanya
basuh ditempat yang betul betul kotor. Ataupun lap dengan mengunakan tuala yang dibasahkan.
Hanrus diingat juga bulu arnab mengambil masa yang lama untuk kering. Sekirannya arnab anda
tidak stress bolehlah mengunakan pengering rambut (Blow Dryer) pada suhu yang rendah dan tidak
terlalu panas. Bunyi alat pengering rambut ini juga boleh mendatangkan stress. Jadi sebagai
alternatifnyer lapkan arnab dengan mengunakan beberapa helai tuala yang bersih.
Atau anda boleh mengunakan dry shampoo yang memang dikhaskan untuk membersihkan arnab
tanpa perlu membasahkan atau memandikannya dengan air.

Powder Shampoo untuk arnab *photos taken from www.chubbypetsgarden.com
Untuk keterangan lanjut boleh dapatkanyer di ChubbyPetGarden - Online Store


MEMOTONG KUKU
Memotong dan memastikan kuku arnab pendek adalah baik untuk anda dan juga arnab. Baik bagi
anda kerana anda tidak akan mengalami luka tercalar ketika anda megendalikan arnab dan baik untuk
arnab kerana ia dapat mengelakkan Sore Hock dari berlaku.
Periksa kuku arnab seminggu sekali dan potong sekiranya kelihatan panjang. Harus diingat anda
harus lah memotongnya dengan betul, ini adalah kerana kuku arnab mempunyai salur darah.

Anda mungkin juga menyukai