Anda di halaman 1dari 1

Persepsi Pengguna Terhadap Restoran Makanan Segera : Satu Kajian Kes Di Restoran R & B Fried Chicken Di Kluang

Yazid Bin Abdul Manap

Kajian ini bertujuan melihat persepsi pengguna terhadap restoran makanan segera di Kluang Johor. Kajian soal selidik ini dilakukan ke atas 1500 responden yang pernah mengunjungi restoran makanan segera KFC, McDonalds, A & W, Marrybrown, Chicken Delight dan R& B. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara kekerapan responden mengunjungi KFC mengikut pembolehubah jantina, kekerapan responden mengunjungi restoran Marrybrown dan R & B mengikut pembolehubah pekerjaan dan kekerapan responden mengunjungi restoran Chicken Delight mengikut pembolehubah umur, status perkahwinan dan pekerjaan. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara kekerapan responden mengunjungi KFC, McDonalds dan A & W dengan pengaruh keluarga, kekerapan responden mengunjungi restoran Marrybrown dan Chicken Delight dengan pengaruh kawan dan kekerapan responden mengunjungi restoran Chicken Delight dengan pengaruh anak . Hasil kajian juga mendapati bahawa sifat kebersihan merupakan sifat yang paling penting di antara dua puluh sifat yang disenaraikan dan akhirnya kajian juga mendapati bahawa KFC mendahului restoran-restoran makanan segera yang lain dari segi penempatan sebagaimana yang dipersepsikan oleh pengguna dari segi sifat kebersihan dan layanan.

Yazid Abdul Manap (1997). Persepsi Pengguna Terhadap Restoran Makanan Segera : Satu Kajian Kes di Restoran R & B Fried Chicken Di Kluang. Projek Sarjana UKM.

Anda mungkin juga menyukai