Anda di halaman 1dari 5

Tindakan Susulan yang diambil mengikut kategori murid linus tegar,linus dan perdana mengikut kohort.

Program-program intervensi yang terlibat dan sejauh mana impak program tersebut

Beberapa tindakan susulan telah diambil sepanjang tahun 2011 dalam usaha membentuk murid mendapat keputusan yang baik dalam saringan linus.Antaranya ialah melalui bimbingan murid secara individu.Murid murid yang telah diberikan bimbinga secara individu dan ternyata amat berkesan dalam usaha meningkatkan prestasi Linus SK Ulu Ranan. Selain itu, latihan latih tubi soalan-soalan saringan yang lepas juga diperbanyakkan supaya murid-murid dapat menjawab soalan dengan mudah dan betul.Ini juga dapat membiasakan murid-murid Linus dengan soalan-soalan saringan tersebut. Guru pemulihan juga banyak membantu murid-murid Linus dan Linus Tegar dalam usaha memahami kemahiran membaca dan menulis dan mengira dengan baik.Guru pemulihan juga telah menggunakan segala kemahiran yang ada dalam menangani masalah murid-murid yang berkaitan dengan kemahiran membaca,menulis dan mengira. Di samping itu,bacaan di awal pagi juga turut membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca dengan baik.Ini dapat mendidik murid-murid berani membaca di khalayak ramai dan menjadikan mereka lebih yakin membaca.Murid-murid dibekalkan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap mereka. Kem Linus yang telah dianjurkan oleh PPD Kanowit juga telah banyak membantu murid linus tegar menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira dengan baik. Kesimpulannya tindakan-tindakan telah Berjaya membantu mengurangkan kadar murid linus tegar dan linus di SK Ulu Ranan.

Kaedah dan perancangan untuk murid-murid linus dan linus tegar Beberapa tindakan susulan telah diambil sepanjang tahun 2011 dalam usaha membentuk murid mendapat keputusan yang baik dalam saringan linus.Antaranya ialah melalui bimbingan murid secara individu.Murid murid yang telah diberikan bimbinga secara individu dan ternyata amat berkesan dalam usaha meningkatkan prestasi Linus SK Ulu Ranan. Selain itu, latihan latih tubi soalan-soalan saringan yang lepas juga diperbanyakkan supaya murid-murid dapat menjawab soalan dengan mudah dan betul.Ini juga dapat membiasakan murid-murid Linus dengan soalan-soalan saringan tersebut. Guru pemulihan juga banyak membantu murid-murid Linus dan Linus Tegar dalam usaha memahami kemahiran membaca dan menulis dan mengira dengan baik.Guru pemulihan juga telah menggunakan segala kemahiran yang ada dalam menangani masalah murid-murid yang berkaitan dengan kemahiran membaca,menulis dan mengira. Di samping itu,bacaan di awal pagi juga turut membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca dengan baik.Ini dapat mendidik murid-murid berani membaca di khalayak ramai dan menjadikan mereka lebih yakin membaca.Murid-murid dibekalkan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap mereka. Kem Linus yang telah dianjurkan oleh PPD Kanowit juga telah banyak membantu murid linus tegar menguasai kemahiran membaca,menulis dan mengira dengan baik. Kesimpulannya tindakan-tindakan telah Berjaya membantu mengurangkan kadar murid linus tegar dan linus di SK Ulu Ranan.

Penetapan KPI bagi saringan tahun 2012 berdasarkan headcount sekolah Melalui perbincangan bersama semua guru-guru Linus,pihak sekolah telah bersetuju menetapka KPI bagi saringan tahun 2012 seperti di bawah: Literasi Numerasi Literasi Numerasi Literasi Numerasi Kohort 1 Kohort 1 Kohort 2 Kohort 2 Kohort 3 Kohort 3 100% 100% 100% 100% 80% 93%

Diharapkan KPI ini dapat dicapai dengan jayanya.

Isu-isu perlaksanaan dan cadangan penambahbaikan program Linus Pelbagai perlaksanaan yang akan dijalankan pada tahun ini dalam usaha membanteras murid-murid linus dan linus tegar.Antaranya ialah pihak sekolah akan mengadakan bengkel bahan bantu mengajar dalam usaha membantu para guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang menarik minat murid belajar. Selain itu, murid-murid juga akan ditekankan kaedah atau teknik penulisan hurufhuruf dengan kaedah yang betul. Di samping itu juga, pihak sekolah juga akan memastikan murid-murid di pra sekolah dapat mengenal huruf dan membatangkan suku kata KV sebelum mereka naik ke tahun satu pada 2013 nanti. Bacaan awal pagi akan diteruskan pada tahun ini seperti tahun lepas supaya murid dapat membaca cerita-cerita mudah dengan baik.

Rumusan Keseluruhan Secara keseluruhannya, prestasi Linus di SK Ulu Ranan amat memberangsangkan walaupun di awal saringan agak membimbangkan.Ini adalah berkat hasil usaha para guru yang begitu komited tanpa mengenal erti penat dan jemu mendidik murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dan mengira. Pihak sekolah juga akan terus menjalankan program-program untuk Linus seperti tahun-tahun lepas yang ternyata banyak membantu murid=murid tahun satu dan dua.Di samping itu juga pihak sekolah juga akan memperkenalkan program-program baru seperti bengkel menghasilkan bahan bantu mengajar kepada guru-guru Linus yang akan dikendalikan oleh guru pemulihan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Diharapkan pada tahun ini,prestasi Linus di SK Ulu Ranan akan meningkat lebih baik lagi berbanding tahun lepas.Kerjasama semua staf di sekolah ini amat diperlukan untuk melonjakkan SK Ulu Ranan menjadi sekolah terbaik di Kanowit dan juga di Sarawak dan tidak lupa juga di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai