Anda di halaman 1dari 2

Cadangan Penambahbaikan Setelah kem motivasi LINUS ini dilancarkan, kami telah menjalankan satu post-morten dengan Puan

Liew. Melalui post-morten ini, kami telah membuat perbincangan dan mencadangkan beberapa cara penambahbaikan bagi aktiviti keseluruhan kem ini. Semasa ice-breaking, kami telah menjalankan dua aktiviti. Aktiviti tersebut terlibat dengan tema cari kawan baru. Kedua-dua aktiviti tersebut telah melebihi tahap murid-murid bagi Tahun Satu, Dua dan Tiga. Memandangkan tahap aktiviti terlalu tinggi, maka kami mencadangkan supaya membuat perbincangan dengan guru muzik terlebih dahulu. Ini dapat memastikan lagu yang lebih sesuai bagi tahap murid-murid Satu hingga Tiga. Contohnya, kami boleh guna lagu New Friend Found yang berlirik we walk to the left and we walk to the right, and we walk, and we walk, and we walk all night, with the heels and the toes and a half turn around, with the heels and the toes and a new friend found. Lagu yang sesuai dengan tahap mereka sudah tentu dapat lebih menarik perhatian murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang seterusnya. Seterusnya, masalah pengawalan masa harus diketatkan. Satu jadual masa harus dilakarkan bagi setiap aktiviti dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Jadual masa adalah penting kerana ia akan mempengaruhi perjalanan keseluruhan aktiviti yang telah dirancangkan. Selain itu, kami telah menjalankan dua aktiviti dan aspek utama ialah LINUS. LI membawa maksud literasi atau bahasa, manakala NUS bermaksud numerasi atau nombor. Literasi memberi penekanan dalam aspek bahasa yang perlu dikuasai oleh murid Tahun Satu. Keutamaan adalah dalam aspek membaca dan menulis. Numerasi memberi penekanan kepada Matematik yang perlu dikuasai oleh murid Tahun Satu. Keutamaan adalah dalam aspek mengira. Bagi aktiviti literasi, muridmurid hanya menjalankan pengaturan bagi abjad huruf besar. Sebagai

penambahbaikan, kami harus sediakan aktiviti bagi pengaturan abjad huruf kecil. Pengabungan kedua-dua aktiviti ini akan merangsang pemikiran murid-murid yang lemah dalam aspek bahasa dengan sepenuhnya.

Dalam aktiviti numerasi, kami mendapati segelintir murid takut dengan belon. Mereka tidak dapat tiup belon sehingga pecah. Akan tetapi, segelintir murid pula suka dengan aktiviti ini. Murid-murid yang tidak mahir tiup belon telah menangguh masa sehingga menyebabkan ada beberapa orang ahli kumpulan tidak berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti ini. Bagi memastikan setiap murid menceburi dalam setiap aktiviti yang ditetapkan, kami cadang bahawa aktiviti numerasi ini kekal dengan menggunakan belon. Akan tetapi, kami kena membuat sedikit penyesuaian terhadap aktiviti tersebut. Belon harus ditiup oleh pihak pengelora terlebih dahulu dan kemudian murid-murid memilih belon yang disukai. Seterusnya belon tersebut haruslah duduk sehingga pecah. Selepas itu, murid baru boleh mendapatkan soalan matematik yang tersembunyi dalam belon dan terus menyelesaikan soalan tersebut atas kertas yang disediakan. Melalui cara ini, sudah tentu semua murid dapat mengambil bahagian dan masa juga dijimatkan. Sepanjang kem motivasi LINUS ini, kami mendapati penggunaan bahasa kami dalam menjelaskan peraturan atau komunikasi kepada murid-murid adalah terlalu mendalam sedangkan mereka terlibat dengan murid-murid kaum Cina dan Melayu yang lebih lemah. Jadi, bahasa yang digunakan haruslah senang difahami supaya mesej yang disampaikan mudah difahami oleh murid-murid. Di samping itu, murid-murid akan bermain dengan lebih seronok sekiranya aktiviti disertakan dengan muzik. Oleh itu, muzik yang sesuai boleh dimainkan bagi memeriahkan suasana tersebut. Justeru, cadangan-cadangan yang dikemukakan diatas adalah hasil

perbincangan kami dengan Puan Liew. Program kem motivasi LINUS ini telah dirangka dan dijadikan sebagai salah satu program tahunan bagi sekolah ini. Semoga kem ini akan dijalankan dengan lancar pada tahun yang akan datang dan ia dapat membawa kesan besar kepada kesedaran pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu demi masa hadapan mereka.

Anda mungkin juga menyukai