Anda di halaman 1dari 2

APAKAH PROGRAM COMBI

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengadakan satu


projek khas untuk menaggani masalah denggi dan projek ini
dikenali sebagai “Communication for Behavioral Impact”
( COMBI ) atau Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku. Ia
merupakan projek perintis yang pertama di dunia di dalam
pengawalan dan pencegahan denggi dan daerah Johor Bahru
telah diplih kerana mencatat demam denggi yang tertinggi
dan telah dilancarkan pada bulan Ogos 2001.

KONSEP PROGRAM COMBI


Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku atau COMBI adalah
satu konsep pendekatan melalui komunikasi bagi mengubah
tingkahlaku manusia yang mana sesuatu tingkahlaku yang
baik itu jika dilakukan secara berulang – ulang dan berterusan
ia diharapkan akan menjadi amalan atau kebiasaan.

Tingkahlaku utama yang dikehendaki dalam pengawalan dan


pencegahan demam denggi dikenalpasti dan perubahan
dilakukan dengan secara berkomunikasi dengan anggota
masyarakat. Komunikasi yang dilakukan secara meluas,
berulang – ulang dan berterusan (“massive-repetitive-intense-
persistent MRIP”) dengan menggunakan pelbagai kaedah dan
saluran komunikasi.

OBJEKTIF PROGRAM COMBI


Pencegahan dan pengawalan demam denggi dengan
penglibatan secara aktif anggota masyarakat setempat.

Menjalin hubungan kerjasama yang baik antara masyarakat


setempat dengan agensi – agensi kerajaan dalam pengawalan
wabak demam denggi.

Memandangkan program ini telah berjaya menurukan kes


denggi di daerah Johor Bahru, maka pada tahun 2003
program ini telah diimplementasikan secara berperingkat –
peringkat ke daerah – daerah lain di Negeri Johor. Semua 8
daerah telah melaksanakan program ini, dan menunjukan
kejayaan yang memberangsangkan yang mana kawasan yang
aktif melaksanakanya, kes – kes denggi telah menurun. Buat
masa kini terdapat 113 kawasan yang ada Pasukan
Sukarelawan Pemantau Denggi (Dengue Volunteer Inpection
Team – DeVIT) di Negeri Johor dengan keahlian seramai 1383
orang.
TUGAS SUKARELAWAN PEMANTAU
DENGGI (DeVIT)
Sebagai penghubung antara masyarakat dengan Jabatan
Kesihatan

Menjalankan pemantauan di lokaliti masing – masing serta


mengenalpasti kawasan yang mempunyai masalah
pembiakan nyamuk aedes dan melaporkan kepada pejabat
kesihatan daerah atau pihak berkuasa tempatan

Mengedarkan poster dan risalah denggi di kalangan


masyarakat.

Mengingatkan masyarakat berkaitan perlunya menjalankan


pemeriksaan rumah sendiri dan menghapuskan tempat –
tempat pembiakan jika ada.

Menasihatkan penduduk jika ada ahli keluarga yang demam


agar segera mendapat rawatan,

Mengadakan kempen kesedaran atau gotong royong di lokaliti


tersebut.

DIBAWAH AKTA PEMUSNAH SERANGGA


PEMBAWA PENYAKIT 1975 (PINDAAN
2000)
Kesalahan bagi penghuni yang menyimpan jentik – jentik
didalam atau dikawasan rumahnya boleh dikenakan tindakan
dibawah akta diatas.

Bagi kesalahan Pertama

Didenda tidak melebihi RM 1,000.00 atau dipenjara tidak lebih


dari 3 bulan atau kedua – duanya sekali

Bagi kesalahan kedua atau berikutnya

Didenda tidak melebihi RM 2,000.00 atau dipenjara tidak lebih


dari 1 tahun atau kedua – duanya sekali

Anda boleh kompaun serta merta tidak melebihi RM 100.00


tanpa amaran

Anda mungkin juga menyukai