Anda di halaman 1dari 6

Identiti diri Pengenalan 1.

Identiti diri ialah suatu gambaran keseluruhan tentang seseorang serta matlamat hidup yang ingin dicapainya. 2. Identiti diri seseorang adalah berbeza dengan seseorang yang lain. 3. Untuk membentuk identiti diri, seseorang itu perlu mengembangkan potensi diri yang ada dalam dirinya.

Potensi Diri

1. Potensi diri ialah bakat, kebolehan, dan kekuatan yang ada dalam diri. 2. Potensi diri perlu dipupuk dan diasah melalui pendidikan dan latihan secara berterusan. 3. Untuk mengembangkan potensi diri seseorang itu perlu mempunyai keyakinan diri. 4. Tanpa keyakinan diri adalah sukar untuk mengembangkan potensi diri. 5. Bagaimana potensi diri dapat dikembangkan? Lihat rajah yang berikut.. Kita boleh mencontohi kejayaan tokoh-tokoh tertentu untuk mengembangkan potensi diri juga.

Intelek

Intelek ialah daya fikir yang merangkumi empat aspek iaitu:(a) kemahiran asas: i. membaca ii. menulis iii. mengira (b) berfikir secara kreatif dan kritis; (c) meningkatkan ilmu pengetahuan; (d) memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.

Rohani

1. Aspek rohani dalam potensi diri berkaitan dengan sifat menyedari bahawa Tuhan itu wujud. 2. Apabila seseorang itu menyedari akan kewujudan Tuhan, dia akan mensyukuri pemberian Tuhan dan berusaha menjadi manusia yang berakhlak mulia. 3. K u a t b e r s e m b a h y a n g , t a a t k e p a d a a j a r a n a g a m a , d a n b e r b u a t b a i k k e p a d a s e m u a ma k h l u k merupakan satu cara kita mensyukuri pemberian Tuhan.

Emosi

1. Aspek emosi dalam potensi diri berkaitan dengan perasaan cinta dan kasih sayang, pandai mengawal dan mengendalikan emosi, mengamalkan semangat kekitaan dan perpaduan serta bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.

Jasmani

1. Aspek jasmani menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkembangan tubuh badanyang sihat, menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, menggunakan kemahiran dan kecergasanfizikal untuk berdikari, dan sebagainya. 2. Kesimpulannya, kenalilah potensi diri. Apabila kita sudah mengenali potensi diri sendiri, barulah kitaberupaya mengembangkan potensi diri. 3. Orang yang berjaya mengembangkan potensi diri akan memperoleh kejayaan dan kecemerlanganpada masa hadapan. 4. Jadilah murid yang mempunyai identiti diri yang positif kerana murid yang
beridentiti positif mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan senantiasa

mengembangkan potensi diri ke tahap yang cemerlang.

Konflik

1. Konflik ialah perselisihan atau pertentangan yang berlaku antara individu dengan dirinya sendiri atau antara individu dengan individu lain, dan sebagainya. 2. Konflik berlaku disebabkan perbezaan idea, kepentingan, dan prinsip. Namun apa yang penting,konflik memerlukan penyelesaian.

Penyelesaian Konflik

1. Penyelesaian konflik ialah cara atau usaha yang dilakukan untuk menyelesaikan sesuatu konflik atau masalah. 2. Penyelesaian konflik perlu dilakukan dengan pertimbangan yang wajar dan positif supaya konflik dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan membawa kebaikan kepada pihak yang berkonflik. 3. Salah satu teknik penyelesaian konflik ialah teknik awan.Teknik awan ialah teknik berfikir tentangsesuatu situasi yang mempunyai kehendak yang bertentangan dan diselesaikan dengan cara penyelesaian win-win atau menangmenang. 4. Maksud Penyelesaian Win-win ialah satu situasi yang terdapat dua pihak yang menyelesaikansesuatu konflik secara koperatif. 5. Untuk menyelesaikan konflik adalah penting juga kita mengenal pasti punca berlakunya konflik. 6. Apabila punca masalah telah diketahui, maka adalah lebih mudah untuk menyelesaikan konflik tersebut. 7. Andaikan rakan kamu mempunyai konflik, bantulah rakan menyelesaikan konflik tersebut.

Pengaruh Rakan Sebaya

1. Rakan sebaya merupakan antara orang yang paling rapat dengan kita selain ahli keluarga sendiri. 2. Kebiasaannya, mereka menjadi tempat untuk kita berkongsi pengalaman, pandangan, minat,masalah, dan harapan. 3. Namun, kita perlu bijak memilih rakan sebaya kerana mereka dapat mempengaruhi nilai, emosi,dan cara pergaulan kita. 4. Rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat yang positif akan mendorong kita menjadi orang yangbaik, berakhlak mulia, dan berjaya. 5. Manakala rakan sebaya yang mempunyai sifat-sifat negatif mampu mempengaruhi kita melakukanaktiviti negatif. 6 . Contoh sikap yang positif:(a) bersopan santun; (b) menghormati rakan, guru, keluarga, dan masyarakat; (c) tidak melepak; (d) tidak bergaul dengan orang yang tidak bermoral; (e) tidak merokok; (f) rajin; (g) saling menasihati; (h) taat ajaran agama dan sebagainya 7 . Contoh kegiatan negatif remaja (a) melepak; (b) buli; (c) peras ugut;

(d) ponteng; (e) merokok; (f) melakukan vandalisme. 8. Rakan sebaya yang terlibat dengan kegiatan negatif di atas perlulah dijauhi. 9. Kamu perlu bersikap asertif jika kamu mempunyai j rakan-rakan yang cuba mempengaruhi kamumelakukan perkara-perkara negatif. 10. Sikap asertif merupakan perlakuan menolak daripada melakukan sesuatu yang tidak baik ataunegatif dengan tidak menyakiti hati orang. 11. Kesimpulannya, kenalilah diri sebenar rakan-rakan sebaya kamu kerana rakan membawa pengaruhyang besar dalam kehidupan kamu dan kamu tidak rugi sekiranya kamu kehilangan rakan-rakanyang tidak baik.

Anda mungkin juga menyukai