Anda di halaman 1dari 91

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN P.I.

S
GURU CEMERLANG GRED KHAS C

Cara terbaik untuk menjangka masa depan adalah dengan mencipta masa depan sendiri
[Peter Drucker]

Pada akhir sekolah menengah murid dapat: I Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan penulisan; Mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan; Ya/Tidak

ll

Ya/Tidak

III

Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

Ya/Tidak

Pada akhir sekolah menengah murid dapat:


IV Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan; Mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respon kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera; Ya/Tidak

Ya/Tidak

Pada akhir sekolah menengah murid dapat: VI Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan Ya/Tidak

VII Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

Ya/Tidak

Pendekatan Berpusatkan Murid


Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman. Pendekatan berpusatkan murid selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan keperluan memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Melalui pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Dalam hal ini aktiviti penilaian, pemulihan dan pengayaan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Kepelbagaian Teknik
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Kaedah dan teknik perbincangan, simulasi, projek dan inkuri berasaskan pembelajaran kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, konstruktivisme dan kontekstual umpamanya, meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu dan teknologi yang merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi.

Kepelbagaian Sumber Bahan


Penggunaan perpustakaan, pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet, perisian kursus serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan luas.

Penggunaan Tatabahasa yang Tepat


Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Bacaan Luas
Bacaan luas memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara serapan.

Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berlaku antara hasil melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara hasil pembelajaran daripada bidang penggunaan bahasa, serta antara kemahiran berbahasa dengan tatabahasa, kosa kata dan peribahasa.

Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Untuk mencapai matlamat tersebut, perkara-perkara yang berikut haruslah diberi perhatian: 1. Kemahiran Bahasa - mendengar - bertutur - membaca - menulis

2.

Organisasi Kurikulum - interpersonal - maklumat - estetik Sistem Bahasa - tatabahasa - kosa kata - peribahasa - ejaan - sebutan/intonasi

3.

4.

Komponen Kesusasteraan Melayu - cerpen/novel - puisi baharu - puisi tradisional - drama - prosa tradisional

Pengisian Kurikulum ilmu nilai patriotisme kemahiran berfikir kemahiran belajar kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi kajian masa depan kecerdasan pelbagai

pembelajaran konstruktivisme pembelajaran kontekstual pembelajaran masteri akses kendiri

Orang berjaya yang mampu mencipta kejayaan adalah disebabkan mereka mempunyai tabiat melakukan sesuatu yang orang gagal tidak suka melakukannya.
[Albert Gray]

Melakukan sesuatu perkara tanpa matlamat adalah seumpama belayar di lautan yang luas tanpa destinasi
[Hukama]

Apa yang kita lakukan sekarang? Penilaian Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Melalui penilaian yang berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil terhadap seseorang murid, sama ada dalam bentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan.

Apa yang kita lakukan sekarang? Pemulihan Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai . Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.

Apa yang kita lakukan sekarang? Pengayaan Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang ditetapkan diberi aktiviti yang dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi rimba
Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa mampu membuahkan hasil yang luar biasa
[Prof. Izzi]

Mengapa MDK? 1. PEMBUDAYAAN ILMU Majalah berkualiti yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bahan -bahan yang sesuai dengan jiwa remaja Memperluaskan ilmu dalam semua mata pelajaran Kecemerlangan

Mengapa MDK? 2. MENINGKATKAN KECEKAPAN BERBAHASA Bahan dalam pelbagai situasi, sistem bahasa, laras bahasa dan gaya yang indah.

3. MEDIA YANG SESUAI UNTUK MENGASAH BAKAT PELAJAR Sajak Cerpen Rencana dan lain-lain

Mengapa MDK? 4. MEMUPUK MINAT MEMBACA Pelajar Guru Keluarga

5. MELAHIRKAN WARGANEGARA YANG BAIK Nilai murni Nilai kemanusiaan

Mengapa MDK? 6. TATABAHASA

Guru Pelajar

7. KESUNGGUHAN PELAJAR Seronok Meyakinkan

Mengapa MDK? 8. KESESUAIAN BAHAN Strategi pengajaran dan pembelajaran Penggabungjalinan dan penyerapan 9. MENEPATI KEHENDAK PENDIDIKAN BAHASA MELAYU Menghargai dan membanggakan BM Memahami sistem BM makna, bentuk, dan fungsi BM yang berkesan dalam ilmu pengetahuan BM yang berkesan dalam perhubungan harian Membaca pelbagai bahan Menimba ilmu pengetahuan

Mengapa MDK? 10. DEWAN SISWA PEKA TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN Kandungan mata pelajaran tingkatan 1 hingga 6 Sains dan teknologi Bahasa dan sastera Budaya dan warisan Isu negara Isu antarabangsa Aktiviti masa lapang

MASALAH UNTUK MELAKSANAKAN MDK


Masalah yang dihadapi ialah peluang peningkatan diri.
[Hukama]

Kegagalan Pentadbiran Sekolah memahami matlamat pendidikan Bahasa Melayu dan kehendak FPK
Diri manusia itu kecil tetapi dalam diri manusia itu terdapat suatu alam yang besar
[Sayidina Ali]

Kemiskinan!
Kemiskinan ialah punca revolusi dan jenayah
[Aristotle]

Kekayaan bukan banyaknya harta benda yang dimiliki, tetapi kekayaan jiwa
[Sabda Nabi Muhamad SAW]

Janganlah terlalu takut kepada pihak yang berlawanan atau menentang anda.

Ingatlah, layang-layang naik terbang kerana ia melawan pergerakan angin, bukan mengikut angin
[Hamilton Mable]

Guru Kreatif Pelajar Aktif


Berhijrahlah, nescaya anak-anak kamu akan mewarisi kemuliaan
[Sabda Nabi Muhamad SAW]

Kejayaan kita pada hari ini, bergantung pada tindakan kita pada hari ini, bukannya kelemahan kita pada masa lepas

Elak terlalu taksub kepada prestasi akademik


.sistem penilaian dalam pendidikan yang terlalu taksub kepada prestasi pencapaian akademik semata-mata adalah bercanggah dengan hukum alam.
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah

Negara maju tidak sekadar berjaya melahirkan cerdik pandai dan cendekiawan yang agung, malah di negara-negara maju jugalah lahirnya majoriti jaguh-jaguh agung di bidang sukan, seni, sastera, lakonan, teater, pereka fesyen dan bermacammacam bidang lagi

Setiap anak didik perlu diiktiraf kebolehan dan keupayaan mereka kerana setiap mereka ada peranannya dalam masyarakat dan negara
[Utusan Malaysia, 29 Jun 2008]

FOKUS KITA

JUMLAH EDARAN AKHBAR HARIAN DI MALAYSIA


Jenis Akhbar Akhbar Cina Akhbar Inggeris Akhbar Melayu (Harian Metro) Jumlah Naskhah 999 678 679 015 Peratus 9% 4%

249 575

3%

NST, 9 Dis 2006

GOSIP!

PELANGGAN ASTRO 2007


2.02 juta isi rumah (36.5%)

Melayu : 990 000


Yuran dinaikkan antara RM5.00 RM10.00 sebulan
Utusan Malaysia, 5 Mei 2007

PENGGUNA TELEFON BIMBIT DI MALAYSIA (2006)


Melayu Cina India Bumiputera Sabah/Sarawak 53.9 % 32.4 % 6.5 % 6.3 %

PENGGUNA TELEFON BIMBIT DI MALAYSIA (2006)


Negeri Selangor Johor Wilayah Persekutuan Peratus (%) 24.7 13.7 9.7

Ajarlah anak-anak kamu dengan urusan pada zaman mereka, kerana mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan lagi menjadi zaman kamu
[Sayidina Umar]

a. Ayat dan frasa yang indah Murid membaca cerpen, puisi, novel atau rencana yang ditetapkan Murid menggariskan ayat dan frasa yang menarik Murid menjalin ayat dan frasa yang menarik ke dalam buku khas Murid berbincang tentang maksud yang tersurat dan tersirat bagi setiap ayat dan frasa yang disalin oleh mereka

Contoh
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Kebimbangan meraja dalam diri. Menahan sebak di hujung gagang. Mimpi itu mengasaknya hampir setiap malam. Bermain-main dalam retina mata. Lamunan jauhnya mati andar. Jaringan perniagaan. Bergerak atas landasan. Tanpa emosi yang bercelaru. Membijaksanakan khalayak. Kebejatan akidah.

Bunga-bunga Bahasa untuk Penulisan


Contoh: Bait lagu di atas jelas menunjukkan betapa pentingnya budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Walaupun begitu, ramai pihak terutamanya pencinta karya sastera meluahkan kekesalan mereka kerana bahan bacaan terutamanya karya sastera kini semakin dipinggirkan dan diabaikan berbanding bahan bacaan picisan yang melambak di pasaran umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Fenomena ini sangat membimbangkan Iantaran hasil karya sastera yang berkualiti daripada penulis-penulis tersohor seperti A.Samad Said, Usman Awang, Othman Puteh, Keris Mas dan Rahimidin Zahari bagaikan tiada nilainya pada pandangan masyarakat. Walau bagaimanapun, kebangkitan penulis-penulis baru yang menampilkan gaya kontemporari dalam hasil penulisan mereka seperti Nisah Haji Haron, Faisal Tehrani, Ramlee Awang Murshid dan Hashim Latif telah berjaya mencuri hati pembaca terutamanya daIam kalangan remaja. Karya mereka yang menarik menyebabkan bahan sastera kembali menjadi bahan bacaan yang digemari. Apakah keistimewaan dan ciri-ciri hasil karya mereka sehingga berjaya mengubah fenomena tersebut ?

Contoh: Kecanggihan teknologi maklumat sesungguhnya mencirikan kehidupan yang berkualiti menjelang tahun 2020. Persoalannya, apakah impak yang dapat dirasai daripada kemajuan tersebut ? Bidang pendidikan merupakan komponen yang paling diwarnai keupayaan industri ini. Perluasan dan pengukuhan jaringan komunikasi dan penggunaan komputer dengan akses Internet seolah-olah merupakan prasyarat ke arah kecemerlangan pendidikan serantau kini. Dengan adanya industri teknologi maklumat sebagai pemangkin, pengajian jarak jauh dapat diadakan. Pelajar-pelajar sebahagian besarnya tidak perlu lagi menuntut di seberang laut kerana proses pembelajaran dan pengajaran dapat berlangsung secara terus melalui medium komputer. Di samping itu, sejajar dengan hasrat kerajaan menubuhkan sekolah bestari, buku-buku dan kertas mampu diganti dengan buku-buku elektronik, yakni notebook' yang kaya dengan informasi mutakhir melalui teknologi siber.

Contoh:

Dia aku temui di bawah terik rembang mentari Kuala Lumpur. Tersentak dengan tegurannya membuatkan aku terpana. Antara gamam, antara hairan, segesit itu aku cuba menggali ingatan silam. Ali Haidar. Kampung Jalan Sempadan. Itu nama yang sudah sekian lama tenggelam dalam ingatan bawah sedar. Di desa itu terhimpun luka tidak terawat. "Abang selalu perhatikan Siti. Kerap nampak Siti keluar dari kedai cenderamata Mak Long. Rasa kenal tapi keliru. Cuma tahi lalat tu, buat abang sikit yakin," ceria wajah itu bercerita. "Aku tersenyum tawar. Spontan tangan mendarat pada tahi lalat yang bermukim di sisi bibir kanan. Ingatan lalu berpusar-pusar.

Murid membaca petikan cerpen/rencana. Beberapa orang murid menceritakan kembali sinopsis/ringkasan. Di dalam kumpulan, murid akan membina satu soalan bertumpu, satu soalan bercapah dan satu soalan maksud rangkai kata berserta jawapan yang lengkap. Wakil kumpulan menulis soalan yang mereka bina di papan hitam. Murid lain diberi peluang untuk membetulkan kesalahan ayat, ejaan dan tatabahasa untuk soalan-soalan di papan hitam. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan kumpulan lain secara lisan. Murid menjawab semua soalan di papan hitam dan buku latihan.

Murid membaca petikan cerpen. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti watak utama dan watak sampingan. Di dalam kumpulan, murid akan berbincang tentang perwatakan luaran dan dalaman watak utama dan watak sampingan. Berdasarkan perwatakan luaran dan dalaman watakwatak tersebut, murid akan melukis atau menampal wajah watak tersebut.

Murid membaca petikan cerpen. Murid berbincang dalam kumpulan untuk meramal kesudahan cerpen yang dibaca. Murid menyambung cerpen yang dibaca dengan menambah atau menggugurkan watak, mengubahsuai plot, tema dan sebagainya.

Murid membaca petikan cerpen. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenalpasti perkara yang berikut: Tema dan persoalan cerpen Plot cerpen Watak-watak penting Murid menyatakan sinopsis cerpen. Murid melukis komik yang berdialog berdasarkan sinopsis cerpen.

Murid membaca petikan cerpen. Murid menyatakan sinopsis cerpen. Murid berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menulis skrip drama .

Murid mengadaptasikan cerpen kepada skrip drama.

Murid membaca komik. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenalpasti komik tersebut: Watak-watak penting Tema dan persoalan Plot Sinopsis Murid menulis kembali komik tersebut dalam bentuk cerpen.

Murid membaca skrip drama. Murid berbincang dalam kumpulan untuk mengenal pasti skrip drama tersebut. Watak-watak cerpen Tema dan persoalan Plot Sinopsis Murid menulis kembali skrip drama tersebut dalam bentuk cerpen.

Janganlah hanya menanti kesempurnaan untuk mencipta kejayaan


[Prof. Izzi]

Murid membaca petikan cerpen. Murid mengenal pasti cakap ajuk yang terdapat dalam cerpen yang dibaca. Dalam kumpulan, murid memilih beberapa ayat cakap ajuk untuk ditukarkan kepada cakap pindah. Dalam kumpulan, murid menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah. Wakil kumpulan melaporkan hasil perbincangan mereka di dalam kelas. Murid menyalin kembali hasil tugasan mereka dan kumpulan lain dalam buku latihan.

Murid membaca cerpen yang ditetapkan. Beberapa orang murid menceritakan kembali sinopsis cerpen yang dibaca kepada kawan-kawan di dalam kelas. Guru membahagikan kelas kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan akan membincangkan cerpen yang dibaca berpandukan perkara yang berikut: Kumpulan 1: Tema dan persoalan Kumpulan 2: Plot Kumpulan 3: Watak dan perwatakan Kumpulan4: Gaya bahasa Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas. Murid menulis ulasan cerpen yang lengkap berdasarkan hasil perbincangan setiap kumpulan.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diminta memilih sebuah puisi yang diminati dalam majalah Dewan Siswa.

Dalam kumpulan, murid akan mengenal pasti melodi/lagu yang sesuai untuk dinyanyikan.
Murid dibenarkan menambah atau mengurangkan perkataan dalam sajak asal agar sesuai/serasi dengan melodi/lagu yang akan dinyanyikan. Dalam kumpulan, murid berlatih menyanyikan lagu puisi yang telah dipilih.

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diminta memilih sebuah puisi yang diminati daripada majalah Dewan Siswa. Di dalam kumpulan, murid membaca dan menghayati puisi yang dipilih. Murid membincangkan puisi yang dibaca dari segi tema dan persoalan. Murid menterjemahkan tema dan persoalan puisi kepada bentuk grafik/lukisan atau kolaj. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil kerja mereka kepada rakan di dalam kelas.

Kesempurnaan tidak pernah wujud, yang wujud hanyalah penambahbaikan


[Mr. Kaizen]

Guru memilih rencana yang sesuai di dalam majalah Dewan Siswa untuk dijadikan bahan meringkaskan karangan. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru dan murid berbincang tentang kaedah/cara untuk meringkaskan karangan. Dalam kumpulan, murid membaca dan mengesan isi-isi penting dalam petikan. Setiap kumpulan membentangkan isi penting kepada rakan-rakan di dalam kelas.

Murid menulis ringkasan lengkap.

Guru memilih rencana yang sesuai dalam majalah Dewan Siswa untuk dijadikan bahan untuk merumus karangan. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Guru dan murid berbincang tentang kaedah/cara untuk merumuskan karangan. Di dalam kumpulan, murid membaca dan mengesan isi tersurat dalam petikan. Wakil kumpulan membentangkan isi tersurat kepada rakanrakan di dalam kelas. Setiap kumpulan akan membentangkan pula isi tersirat. Wakil kumpulan membentangkan isi tersirat kepada rakanrakan di dalam kelas. Murid menulis pendahuluan dan penutup rumusan. Murid menulis rumusan lengkap.

Murid berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan jawapan teka silang kata berpandukan Kamus Dewan. Ketua Kumpulan melaporkan hasil perbincangan kepada kelas. Guru membuat rumusan. Murid melengkapkan/membetulkan jawapan teka silang kata. Murid melengkapkan borang butiran diri dan menghantarnya kepada guru.

Guru mengeposkan borang jawapan kepada penerbit.

Guru melengkapkan rencana yang perlu dibaca oleh murid. Beberapa orang murid membaca kuat petikan. Murid membaca petikan dengan senyap dan dalam masa yang sama mereka mencatatkan seberapa banyak perkataan atau istilah yang sukar atau yang kurang difahami. Murid mencatatkan semua perkataan/istilah yang digarisi dalam buku catatan. Murid memasukkan seberapa banyak perkataan/istilah yang dicatatnya tadi ke dalam kotak-kotak (buku latihan matematik). Murid menomborkan perkataan/istilah secara melintang dari bawah. Murid membina soalan teka silang kata berpandukan petikan asal dari Kamus Dewan.

Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru. Murid dan guru berbincang tentang isi-isi penting yang terdapat dalam petikan/gambar. Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri pantun yang baik. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar dalam bentuk pantun. Wakil kumpulan membacakan pantun yang mereka cipta kepada kelas.

Murid membaca rencana tahu meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru. Guru dan murid berbincang tentang ciri syair yang baik. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar ke dalam bentuk syair.

Wakil kumpulan membacakan syair yang mereka cipta kepada kelas.

Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru. Murid dan guru berbincang tentang isi penting tang terdapat dalam petikan gambar/sajak. Guru dan murid berbincang tentang ciri sajak yang baik. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar ke dalam bentuk sajak. wakil kumpulan membacakan sajak yang mereka cipta kepada rakan-rakan di dalam kelas.

Murid membaca rencana atau meneliti gambar yang ditetapkan oleh guru. Murid dan guru berbincang tentang isi penting yang terdapat dalam petikan/gambar. Guru dan murid berbincang tentang ciri lirik lagu yang baik. Di dalam kumpulan, murid berbincang untuk meringkaskan petikan atau merumuskan gambar ke dalam bentuk lirik lagu. Di dalam kumpulan, murid akan menyesuaikan lirik lagu dengan melodi lagu yang pernah didengarnya.

Setiap kumpulan akan mempersembahkan nyanyian mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas.

Peliharalah cita-citamu dengan baik kerana kalau cita-cita telah padam, samalah ertinya dengan mati
[Mark Twin]

Guru memilih beberapa petikan daripada majalah. Guru menaip semula petikan tersebut dengan mengosongkan beberapa perkataan yang sesuai untuk menguji perbendaharaan kata murid. Di dalam kelas, guru mengedarkan latihan melengkapkan teks kepada murid.

Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.


Murid menanda jawapan mereka dengan berpandukan petikan asal dalam majalah.
*Aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk permainan bahasa.

Murid membaca berita dalam ruangan Sekitar Siswa dalam majalah Dewan Siswa. Guru dan murid berbincang tentang ciri penulisan berita yang baik iaitu dengan menggunakan pendekatan 5W+1H. Guru mengedarkan borang 5W+1H kepada murid. Dalam Kumpulan, murid melengkapkan borang 5W+1H dengan mengambil isi-isi penting daripada berita yang dibaca. Wakil kumpulan, membentangkan hasil perbincangan mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas. Murid menulis kembali berita lengkap berpandukan isi-isi penting yang terdapat di dalam borang 5W+1H .

Murid membaca dan meneliti komik dalam majalah. Dalam kumpulan, murid berbincang tentang urutan cerita dan nilai murni yang terdapat dalam komik. Dalam kumpulan, murid berbincang untuk meramalkan kesudahan komik tersebut menurut pendapat mereka. Wakil kumpulan, melaporkan hasil perbincangan mereka kepada rakan-rakan di dalam kelas. Secara individu, murid membentangkan kesudahan cerita dalam bentuk komik berdasarkan ramalan mereka sendiri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya
[Surah al-Alaq: 3 - 5]

Guru meminta murid membaca petikan yang ditetapkan. Seterusnya guru mengedarkan borang Merangka Karangan kepada murid.

Guru/AJK Persatuan Bahasa Malaysia membina soalan pengetahuan am daripada majalah Dewan Siswa. Guru/AJK Persatuan Bahasa Malaysia mengedarkan soalan kepada murid-murid untuk dijawab. Guru/AJK Persatuan menyemak jawapan murid.

Guru/AJK Persatuan mengumumkan nama pemenang dan menyampaikan hadiah.

Guru meminta murid membaca Petikan daripada ruangan Cetusan Pendapat atau ruangan lain yang difikirkan sesuai daripada majalah Dewan Siswa Berpandukan petikan yang dibaca, guru meminta murid menjalankan aktiviti seperti yang berikut: Mencari makna perkataan yang sukar Mencari perkataan sama makna Mencari peribahasa Mencari ayat/frasa yang indah Mencari golongan kata dan sebagainya

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Jika hamba-hambaKu bertanya padamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa ketika berdoa padaKu.
[Surah al-Baqarah: 186]

BUAT ANAK-ANAK YANG TERSAYANG

Ya Allah, Ya Tuhanku... jadikan aku seorang guru yang lebih baik, benar-benar boleh memahami anak-anak muridku, jadikan aku seorang yang sentiasa penyayang, bersopan-santun, tenang dan sabar, jadikan aku seorang yang jujur, baik hati, adil dan tegas.

Ya Allah, Ya Tuhanku... jauhkan aku daripada bersifat zalim dan kejam ke atas anak-anak muridku, jauhkan aku daripada memalukan, membodoh-bodohkan dan menghina mereka, jauhkan aku daripada mencemar pertumbuhan mereka yang sihat.

Ya Allah, Ya Tuhanku... berikan aku petunjuk ke arah jalan yang benar dan Kau redha, berikan aku kekuatan rohani dan jasmani supaya dapat aku memberikan kepada anakanak muridku kasih sayang dan kebahagiaan sejati, berikan aku taufik dan hidayah untuk mendidik dan membimbing mereka ke arah keimanan dan Ketuhanan dan disiplin yang tinggi.

Ya Allah, Ya Tuhanku... layakkan aku menjadi seorang guru yang berhemat dan berdisiplin tinggi, layakkanlah aku menjadi guru yang boleh dicontohi dan dihormati, Ya Allah, Ya Tuhanku... perkenankanlah restuku ini.
Amin

Kejayaan merupakan hasil daripada usaha-usaha kecil yang diulang-ulang setiap hari
[Robert Collier]

Tiada rahsia untuk berjaya. Ia adalah hasil daripada persiapan, kerja keras dan belajar daripada kegagalan
[Colin Power]

Japa tumbuh dekat kundur, Orang dapur membasuh kuali; Lupa hanya waktu tidur, Bangun tidur ingat kembali.

AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN P.I.S


GURU CEMERLANG GRED KHAS C

SMK DATO SULAIMAN


BATU PAHAT, JOHOR

Anda mungkin juga menyukai