Anda di halaman 1dari 22

PENTAKSIRAN BERASASKAN

SEKOLAH
(PBS)
KESUSASTERAAN MELAYU
KOMUNIKATIF
(KMK)
922/4
PENGGAL 2/2014

PAHLAWAN
IALAH DIA
Nukilan

Abdul Ghafar Ibrahim

Pahlawan ialah dia yang


mengalirkan keringat
demi meyuburkan ladang
negara tersayang

Pahlawan ialah warga yang


menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni
negara berbilang.

Dialah pahlawan yang


mengumpulkan tenaga siap sedia
Atas nama negara yang tidak
dibiarkan leka

Dialah pahlawan yang


menghimpunkan setia
tahan dan uji
atas nama negara yang
dibiarkan mati.

Siang-siang berjaga-jaga kerana


tak rela
masa depan bangsanya lena

Malam-malam waspada kerana


tak sanggup
peluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlangnya
mengapung
pada permukaan bahang puji dan
keji

Semangat wajarnya
kental membara
di udara kaji dan uji.

Mentari waktu
menyambar kasih
sayangnya
pada keluarga semasa
bertugas jauh

Bulan masa
merebut tidurnya
dari sisi dikasihi
oleh jadual cemas.

Dialah askar pelindung


kota penyokong desa
warga yang tekadnya
disimpulmatikan
oleh jawapan sejahtera
aman

Dialah nadi
ketahanan industri
teknologi kembangan
memikul amanah tak
berkesudahan
demi mencari
jawapan makmur
jaya.

Tubuhnya perisai
tembus peluru.
Bom-bom-boom-bamm
dia tak gentar
Tum-tam-tumtammm
dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
dia terus maju.

Baktinya bunga harum


warna-warni
dia tak peduli
dia tak terpegun
dia terus tekun.

Sebagai warga bangga


bermaruah
dia terus gemakan gunung
hasrat.
Selamatkan negara
Besar bangsa
Pelihara agama
Daulat bahasa
Cemerlang budaya

Kerana dialah anak watan


pewaris keselamatan
Kerana dialah kelompok rakyat
penjunjung amanat
yang bersandar pada sinar
takwa
yang penuh mengalami erti
sengsara

Cedera di bukit
tangis di laut
jerit di udara
tumpang di sempadan
buta di ladang
lemas di sungai
lesu di bawah
parah di lembah

Yang menjadikan kematian


bukti hidupnya pahlawan
bukti zaman yang pernah
dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusiaan
yang merah dipertahankan

SEKIAN
TERIMA KASIH

Disediakan oleh:
Norfazila Binti Jam
950905-13-5874
6AD

Anda mungkin juga menyukai