Anda di halaman 1dari 32

MPU 2213

BAHASA KEBANGSAAN
A
Pelajaran 1 : Pengenalan
Bahasa Melayu

Objektif dan Hasil Pembelajaran


Objektif Pembelajaran
Untuk memberikan asas latarbelakang dan sejarah BM
Untuk mengenalpasti jenis-jenis perkembangan BM
serta ciri-cirinya
Hasil pembelajaran
Di akhir sesi, pelajar akan memahami sejarah awal
serta latarbelakang Bahasa Melayu
Pelajar juga mampu untuk menjelaskan ciri-ciri unik
yang terdapat dalam setiap perkembangan BM

Rumusan Pelajaran 1
Pengenalan Asal Usul Bahasa Melayu
Perkembangan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
Bahasa Melayu dan Perancangannya
Masa Depan Bahasa Melayu
Akta Bahasa Kebangsaan Perkara 152 (Edisi Jun
1970)
Akta Pendidikan 1961

Pengenalan

Penutur

BM dikatakan berasal dari daerah Yunan, Selatan

China.

Teori lain ialah orang Melayu memang sedia ada di kepulauan


Melayu atau orang tempatan.

Datang melalui beberapa gelombang pergerakan manusia


yang menduduki Asia Tenggara sejak 2500 masihi.

Pergerakan manusia yang pertama dikenali sebagai Melayu


Proto (2500 M) dan kemudiannya Melayu Deutro (1500 M)

Sejarah awal kedatangan manusia masih kabur kerana


kurang kajian yang terperinci mengenainya.

Pengenalan Asal Usul Bahasa Melayu


Bahasabahasa
Austris
Austrone
sia

Nusantar
a
Sumate
ra
Melay
u

Acheh

Jawa

Polinesi
a
Kalimant
an

TibetChina

Melanesi
a

Austroa
sia

Mikronesi
a

Penyebaran rumpun Austronesia dan


Austroasia

Perkembangan Bahasa Melayu

Perkembangan BM terbahagi kepada 3, iaitu;


Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Moden

Sejarah awal Kepulauan Melayu kabur terdapat pengaruh


kemunculan beberapa kerajaan penting seperti pengaruh
agama Hindu dan bahasa Sanskrit.

Perkembangan Bahasa Melayu

Bahasa Sanskrit mempengaruhi perbendaharaan kata,


dari sudut kebudayaan India, bidang-bidang, perkataan
keagamaan, tumbuh-tumbuhan, senjata, alat-perkakas,
bahagian tubuh badan dan sebagainya.
Ilmu pengetahuan guru, bahasa, sastera,
bijaksana
Barang perdagangan kedai, neraca, laba
Perkataan agama dosa, syurga, neraka, agama,
puasa
Nama haiwan - gajah, singa, angsa, serigala

BM mudah dibentuk, dilentur - fleksibel

Perkembangan Bahasa Melayu Kuno


BM Kuno merupakan peringkat pertama perkembangan
bahasa.
Bukti awal menunjukkan terdapatnya penggunaan BM Kuno.
Bukti kewujudan BM kuno di Nusantara disahkan melalui
penemuan batu-batu bersurat di Kepulauan Melayu.
1.
2.
3.
4.

Kedukan Bukit, Palembang, (683 M)


Talang Tuwo, dekat Palembang (684 M)
Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M)
Karang Brahi, Meringin, (686 M)

Batu bersurat yang ditemui Kedukan Bukit

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno

BM Kuno memperlihatkan pengaruh bahasa Sanskrit dari


segi kata-kata pinjaman. Ini kerana BM tidak mempunyai
kata-kata yang sesuai untuk memperkatakan tentang
konsep-konsep baharu dari kebudayaan asing.

Tulisan. Tiada penggunaan huruf <B>-. Huruf B pada


zaman tersebut diganti dengan huruf <W>. Contohnya,
bulan wulan.

Tidak penggunaan huruf/bunyi e pepet. Contohnya


dengan - dangan.

Bahasa Melayu Klasik


Merupakan tahap perkembangan bahasa yang kedua.
Zaman penggunaan BM Klasik dikaitkan dengan kerajaankerajaan di bawah selaras dengan penyebaran agama Islam
yang rancak berlaku pada masa dahulu.
1.
2.
3.

Kerajaan Melayu Melaka


Kerajaan Acheh
Kerajaan Johor Riau

Agama Islam mula bertapak.


Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam.
Munculnya tulisan Jawi akibat pengaruh agama Islam

Peta
kedudukan
Negeri Acheh

Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

Zaman BM klasik dibuktikan melalui penemuan batu-batu


bersurat yang menunjukkan penggunaan bahasa ini.
1. Pagar Ruyung (1356 M) ditulis dengan tulisan India
2. 1380 Batu Nisan ditemui di Minye tujuh - Bahasa
India dan mengandungi beberapa perkataan Arab
3. Kuala Berang, Terengganu, (1303-1387)

Ciri-ciri BM Klasik
1. Menggunakan bahasa istana seperti beradu, murka,
santap
2. Menggunakan istilah klasik seperti maka, al kisah,
adapun dan sebagainya
3. Ayat yang panjang dan berulang-ulang.

Batu bersurat yang


ditemui di Kuala
Berang, Terengganu

Bahasa Melayu Moden

Ahli sejarah menggambarkan ciri-ciri perkembangan bahasa


pada zaman ini adalah;
a. Gaya bahasa masih mengikut cara lama dengan
sedikit pengaruh Inggeris
b. Fonem Melayu ditambah dengan fonem bahasa
Arab.
c. Istilah-istilah baharu daripada bahasa Inggeris
diperkenal
d. Buku-buku Melayu mula dicetak
e. Majalah
dan
akhbar
bahasa
Inggeris
mula
dimanfaatkan oleh orang Melayu
f. Orang Melayu mula bersekolah secara formal
g. Buku-buku bacaan sekolah mula ditulis dalam
bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Moden

Pengaruh bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar


selepas Perang Dunia Kedua

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai


kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa
perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa
pengantar di pusat pendidikan Islam.

Pada abad ke 18-19, Munshi Abdullah (1796-1854)


menghasilkan karya. Digelar Bapa Kesusasteraan
Melayu Moden.

Munshi Abdullah dan karya Kisah


Pelayaran Abdullah

Bahasa Melayu Moden

Muncul karya-karya dari tokoh sastera seperti;


Sheikh Nuruddin al-Raniri, Hamzah Fansuri dan
Shamsuddin al Sumatrani.
Muncul karya Hidayat al-Salikin oleh Abdul Samad
al-Falambani.
Di Penyengat Kepulauan Riau. Abad 19-20 Raja Ali Haji
- Bustan al-Katibin, 1857 . Kemuncak perkembangan
Bahasa Melayu.

Kebanyakan karya terhasil dari cerdik pandai sistem


persekolahan Melayu dan Arab dan bukannya lulusan
dari barat.

Bahasa Melayu dan Perancangannya

Pengekodan Bahasa Melayu


Pengekodan Bahasa Melayu
Proses penyeragaman menghasilkan variasi bahasa
standard yang sempurna dan seragam dari aspek
tatabahasa, ejaan, makna dan sebutan.
Pemupukan Bahasa Melayu
Menumpukan perhatian kepada usaha mengembangkan
bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan
beberapa bahasa moden lain.

Masa Depan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Institusi


Pengajian Tinggi (IPT) sejak tahun 1983.

Perlu ada usaha menjaga dan memurnikan BM secara


menyeluruh agar penyampaian BM lebih tepat dan
menarik.

Cabaran yang dihadapi BM


1. Pengaruh penggunaan bahasa Inggeris yang
semakin meluas
2. BM semakin lemah dengan munculnya bahasa pasar
3. Trend masa kini yang mencampuradukkan penggunaan
BM dengan Bahasa Inggeris; bahasa rojak

Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan

Akibat kemerososan BM berterusan, ahli akademik dan


bukan akademik mendesak agar tindakan diambil. Artikel
152 merupakan hasil kerjasama wartawan, sasterawan,
budayawan dan guru serta ahli-ahli politik Melayu, akhbar
dan pertubuhan yang memperjuangan BM.

Artikel 152 kemudiannya dikeluarkan yang menjelaskan;


Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa
Melayu.

Artikel 152 (1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu


dan
hendaklah
ditulis
dalam
apa-apa
tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang
oleh Parlimen.
Dengan syarat bahawa ; (a) tiada sesiapa pun boleh dilarang
atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud,
lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau

Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan

BM sebagai bahasa pentadbiran, bahasa rasmi negara,


perhubungan umum, bahasa pengantar di sekolah dan
institusi pengajian tinggi secara berperingkat sejak 1957.
Di gunakan di sekolah menengah sejak1958
Di universiti tempatan sejak1983

Penyata Razak 1956

Penyata Rahman Talib 1960

Akta Pendidikan
Akta Pendidikan 1961
Menegaskan BM sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah yang dinyatakan dalam perkara
Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan.
Penyata Razak (1956)
Penyata Talib (1960)
Akta Pendidikan 1996 menggantikan Akta
Pendidikan 1961
BI perlu diwajibkan di semua peringkat
persekolahan untuk menjadikan Malaysia sebagai
pusat pendidikan.

Akta Pendidikan
Akta Pendidikan 1996 menggantikan Akta Pendidikan
1961
BI perlu diwajibkan di semua peringkat persekolahan
untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan.
1. Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa
pengantar utama di institusi pendidikan dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan
yang ditubuhkan di bawah Seksyen 28..
2. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi
pendidikan adalah selain daripada Bahasa Kebangsaan,
maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata
pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.

Latihan Pengukuhan
1.

BM Klasik merupakan tahap perkembangan bahasa yang


pertama. Betul/Salah

2.

Bahasa Melayu berasal daripada cabang Nusantara.


Betul/Salah

3.

Bahasa Filipina
Polinesia.
Betul/Salah

4.

Melalui pelaksanaan akta pendidikan, rakyat Malaysia


dilarang menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu.
Betul/Salah

5.

Bahasa Melayu Klasik dan agama Hindu adalah berkaitan.


Betul/Salah

6.

Munshi Abdullah ialah orang yang bertanggungjawab


menukar perkembangan BM Klasik kepada BM Moden.

tidak

termasuk

dalam

cabang

bahasa

Latihan Pengukuhan
1. Senaraikan tahap-tahap perkembangan bahasa
Melayu
di Malaysia.
2. Bincangkan ciri-ciri bagi perkembangan bahasa
Melayu berikut
i. BM Kuno
ii. BM Klasik
3. Nyatakan satu artikel yang mempunyai kaitan
dengan bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai