Anda di halaman 1dari 3

Tahap Perkembangan Bahasa Moden

BM Purba BM Kuno BM Praklasik & Klasik

B.M Kini BM Moden

Kenapa dianggap Bahasa Melayu Moden?

Kerana….
- Membina dan membuat kosa kata yang banyak.
- Teknik pertembungan budaya barat dan timur
- Tidak terikat dengan penulisan lama
- Binaan ayat lebih banyak ragam ayat aktif, dan pelbagai jenis
- Kosa kata moden
- Mengalami proses perancangan taraf dan korpus

a) Perkembangan Bahasa Melayu Moden Sebelum Merdeka (Era Pramerdeka)

1) Sumbangan Tokoh-tokoh Asing era pramerdeka seperti;


i. William Marsden (1754-1836); banyak melakukan kajian terhadap bahasa (memberi
sumbangan terhadap proses pembakuan bahasa Melayu), menerbitkan buku ‘A
Grammar of Malayan Language’ dan ‘A Dictionary of The Malayan Language’
(Kamus Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu); membincangkan tulisan jawi
dengan menyatakan 28 huruf Arab yang dipinjam dan enam huruf ciptaan orang
Melayu sendiri.
ii. R.J. Wilkinson (1867-1941); menyusun kamus Malay-English Dictionary (1901);
orang pertama yang memilih huruf Arab ke Rumi; menghasilkan sistem ejaan Rumi
Bahasa Melayu melalui jawatankuasa pada 1904 sehingga terhasil Sistem Ejaan
Wilkinson.
iii. R.O.Winstedt (1878-1966); melakukan penyelidikan tentang bahasa dan
kesusasteraan Melayu; menghasilkan dua buah kamus A practical Modern Malay-
English Dictionary (1952) dan An Unabridged English Dictionary (1958); menyusun
tatabahasa Melayu berdasarkan Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah sehingga
terhasil Malay Grammar (1914).
iv. O.T.Dussek; melalui Pejabat Karang Mengarang, beliau memajukan pendidikan di
sekolah Melayu, banyak menghasilkan karya termasuklah buku Kitab Pelita
Mengarang (1923).

2) Sumbangan Tokoh-tokoh Tempatan era pramerdeka seperti;


i. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796-1854): - karya beliau memperlihatkan
pembaharuan pemikiran dan menandakan zaman bermulanya bahasa Melayu
Moden. Karya terkenal Syair Singapura Terbakar (1830), Hikayat Abdullah (1849),
Kisah Pelayaran Abdullah, Dewa-ul-kulub (1883), menerbitkan Sejarah Melayu.
ii. Raja Ali Haji (1809-1870): - menghasilkan Kitab Pengetahuan Bahasa (kamus dan
tatabahasa) yang merupakan usaha pertama orang Melayu menyusun kamus.
Karya-karya bahasa beliau menjadi asas pembinaan dan pembakuan bahasa
Melayu; ia juga dianggap pencatat sejarah Nusantara yang pertama atas
penghasilan karya-karyanya.
iii. Mohd.Said bin Haji Sulaiman (1876-1955); menghasilkan karya kebahasaan seperti
Buku Katan PBmPB diraja Johor; Jalan Bahasa Melayu; Buku Ketetapan Hejaan
Bahasa Melayu dan sebagainya (16 buah buku).
iv. Zainal Abidin Ahmad – Za’ba (1895-1973); dikenali juga sebagai Za’ba; tokoh
bahasa dan amat menonjol dalam bidang tatabahasa. Menghasilkan buku Pelita
Bahasa Penggal I, II dan III di samping banyak karya lain. Orang yang memainkan
peranan penting penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka; pada tahun 1956 diberi
gelaran Pendeta.

3) Sumbangan Pertubuhan dan Institusi era pramerdeka, seperti;

i. Pejabat Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB atau Pakatan)


 Ditubuhkan pada tahun 1888M. Dihidupkan semula pada tahun 1934 sebagai
Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku diraja Johor (PBmPBD)
 Tujuan:
a. memelihara, memperlengkap dan mempermodenkan BM dan memelihara
tulisan Jawi
b. menstandradkan ejaan dan perkataan
c. mengembang pengetahuan melalui ceramah dan penyelididkan
d. mengeluarkan jurnal 6 bulan sekali dan mengadakan perpustakaan

ii. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)


 Tujuan;
a. sebagai perhubungan perkenalan dan pergaulan serta mengeratkan
hubungan sesama ahli
b. memperluaskan keahlian dan menggalakkan karang-mengarang bahasa dan
buku Melayu; mendirikan satu kutub khanah.
 Hasil: telah menubuhkan Lembaga Bahasa, tujuan;
a. Mengeluarkan buku-buku adat Melayu; membeli hasilan daripada ahli-ahli
PASPAM; mengatur tarikh-tarikh negeri Melayu;
b. Mengeluarkan Kamus Melayu; mengadakan peraduan karang-mengarang
dan, mengeluarkan buku tahunan PASPAM
iii. Pejabat Karang Mengarang
a. Ditubuhkan oleh Za’ba pada 1924 di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI);
dengan tujuan:
 mengeluarkan buku BM untuk sekolah; mengeluarkan bahan bacaan
 menerbitkan jurnal bergambar; mengadakan perpustakaan bergerak ke
kampung-kampung
b. Hasilnya; antara yang penting, menghasilkan; i) ‘Siri Buku Teks Sekolah’, ii)
‘Ilmu mengarang Melayu’, iii) ‘Pelita Bahasa Melayu’, iv) ‘Pelita Mengarang’,
dan v) ‘Daftar Ejaan Melayu’.
iv. MPSI / Maktab Perguruan Sultan Idris / Sultan Idris Training College; ditubuhkan
pada tahun 1922 untuk mengatasi kekurangan guru di sekolah-sekolah Melayu pada
ketika itu. Berkembang menjadi UPSI.

v. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)


 Keahlian Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) terdiri daripada penulis-penulis
generasi muda yang membentuk ASAS 50 pada 6 Ogos 1950.
 Gabungan penulis muda yang berbau politik dalam mengutarakan perancangan
dan perkembangan Bahasa Melayu. Tujuannya adalah untuk;
a. meningkat dan memperluaskan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu
b. menjaga / Melindungi kebajikan dan kepentingan para penulis (ahli)
c. memperkenalkan pembaharuan dalam sastera tanpa mengesampingkan yang
lama.

Mengadakan: a) KBPM 1 – menjdikn BM sebagai Bahasa Kebangsaan.


Kongres Bahasa b) KBPM 2 – menjdikan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi
Dan Persuratan Melayu c) KBPM 3 – penubuhan DBP; penyatuan Bahasa Melayu
(KBPM) dan B.Indonesia; BM sebagai penghantar
sekolah

vi. Jawi Peranakkan (1876-1895); merupakan akhbar pertama dalam sejarah


persuratan Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi untuk BM.

b) Perkembangan Bahasa Melayu Moden Pascamerdeka


i. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan: - menetapkan taraf bahasa Melayu
diangkat sebagai bahasa Kebangsaan (pertimbangan untuk bahasa rasmi)
ii. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Pindan 1995); - menetapkan DBP sebagai
badan berkanun dan diberi kuasa autonomi dalam perancangan, pembinaan dan
pengembangan bahasa Melayu.
iii. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67, kuatkuasa 1 Julai 1971 (Semakan 1971): -
menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan (Perkara 152) hendaklah digunakan bagi
maksud-maksud rasmi (diangkat sebagai Bahasa Rasmi).
iv. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); berperanan penting dalam memajukan dan
memperkayakan bahasa kebangsaan, memajukan bakat kesusasteraan,
menerbitkan buku, kamus dan bahan-bahan persuratan, menyeragamkan ejaan dan
sebutan; menyusun dan menerbitkan kamus dan sebagainya. Perancangan bahasa
DBP melibatkan penyelidikan, peristilahan, perkamusan dan pelaksanaan.
v. Laporan Razak (1956): mengsyorkan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran
mustahak untuk mendapat Sijil Rendah dan Sijil Pelajaran Kebangsaan.
vi. Laporan Rahman Talib (1960); mengsyorkan kelulusan dalam bahasa Melayu
sebagai syarat wajib.
vii. Akta Pendidikan 1996; mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama untuk IPTA.

c) Fungsi Bahasa Melayu Moden


 Bahasa Melayu moden kini berfungsi sebagai bahasa komunikasi
(menyambung fungsi bahasa Melayu Kuno dan Klasik sebagai lingua franca);
sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.

 Cabaran bahasa Melayu: persaingan dengan bahasa Inggeris, keperluan


menguasai pelbagai bahasa; sikap acu tak acu pengguna bahasa;
pencemaran bahasa; pengaruh pahasa ibunda (yang bukan penutur utama
bahasa Melayu).

Anda mungkin juga menyukai