Anda di halaman 1dari 4

BENDERA THAILAND

Dalam bahasa Thai:Thong Trairong, yang bermakna, bendera tiga warna. Bendera ini menunjukkan lima jalur
yang mendatar dengan warna merah, putih, biru, putih dan merah, dengan ukuran jalur biru yang ada di tengah
dua kali lebih besar dari jalur-jalur yang lain. Warna merah-putih-biru secara berurutan melambangkan
negara-agama-raja, semboyan tidak rasmi negara Thai. Bendera ini dirasmikan pada 28 September 1917.
Bendera pertama yang digunakan di Siam berwarna merah dan tidak bercorak, digunakan masa pemerintahan
Raja Narai (1656-1688). Kemudiannya berbagai jenis simbol dirancang di latar belakang tersebut
seperti,chakraputih (roda yang berkaitan dengan agama Buddha), seekor gajah putih di dalamchakraatau cakra
putih dengan matahari di dalamnya.

BENDERA BRUNEI
Diperkenalkan pada 29 September 1959 semasa Brunei merupakan protektorat
Britania Raya dan ditetapkan saat Brunei mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984.
Bendera ini terdiri dari lambang negara di bahagian tengah dengan latar belakang
warna kuning dan garis hitam dan putih di bidang bendera.
Lambang negara terdiri dari bulan sabit (lambang Islam), dicantumkan dengan payung
obor-obor (lambang pemerintahan di bawah seorang sultan). Di bawah payung adalah
sayap yang melambangkan keadilan, kedamaian, kemakmuran dan keamanan. Di
sebelah kiri dan kanan terdapat sepasang tangan yang menadah. Di bulan sabit
terdapat motto dalam huruf Jawi, Sentiasa berkhidmat dengan panduan Tuhan dan
di bawah bulan sabit, tertulis Negara Brunei Darussalam juga dalam tulisan Jawi.
Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Ini dapat dilihat

Anda mungkin juga menyukai