Anda di halaman 1dari 10

Pedagogi berkesan

dalam
Matematik
Pedagogi

Kajian mengenai pengajaran, khususnya


pengajaran dalam pendidikan formal.
Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni
mengenai cara mengajar di sekolah.
Sebagai satu bidang kajian yang luas,
pedagogi melibatkkan kajian mengenai
proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah
dan juga interaksi antara guru serta pelajar.
Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi
pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang
dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom.
Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh
terbahagi kepada:

Bidang Kognitif
Berkenaan dengan aktiviti mental seperti
kefahaman, pengetahuan dan analisa.
Bidang Afektif
Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.
Bidang Psikomotor
Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti
kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan
1. Penglibatan aktif

Satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif


dalam aktiviti seperti menulis, perbincangan secara lisan serta
pergerakan yang melibatkan anggota badan (D' Augustine,
1973 ). Setiap pelajar terlibat di dalam mengembangkan sesuatu
konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif, penekanan
pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh
semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada
pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik
Azis, 1992). Penglibatan pelajar secara aktif adalah merupakan
asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan
proses asimilasi yang menyeluruh. Pemindahan dan penerimaan
maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara
aktif. Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda
mereka, dan ianya tidak akan berlaku secara pasif (Ibrahim,
1994; Nik Azis, 1992; Aida Suraya, 1997).
Analogi
Satu teknik pengajaran di mana
cerita atau 'perumpamaan' dibuat
untuk mewakili seuatu konsep yang
hendak diajar.
Analisis

Satu teknik pengajaran di mana sesuatu


konsep dipecahkan kepada beberapa
bahagian kecil mengikut langkah-langkah
penerangan.
Kaedah ini menghendaki pelajar perlu
mengetahui 'kenapa' sesuatu langkah atau
algorithma iu dilakukan.
Teknik ini dapat menyediakan proses
kefahaman yang lebih mendalam terhadap
sesuatu konsep.
Berikut adalah satu contoh penggunaan teknik
analisis dalam soalan bentuk mekanis:

24 x 36
= (20 + 4) x 36 cerakinan
= (20 x 36) + (4 x 36) Hukum taburan
= [20 x (30 + 6)] + [4 x (30 + 6)] cerakinan
= [(20 x 30) + (20 x 6)] + [(4 x 30) + (4 x 6)]hukum
taburan
= 600 + 120 + 120 + 24 kemahiran pendaraban
= 600 + 100 + 20 + 100 + 20 + 20 + 4 cerakinan
= 800 + 60 + 4 kemahiran menambah
= 864
Kaedah eksperimen
Kaedah eksperimen boleh ditakrifkan sebagai
suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk
mendapatkan hasil daripada kerjanya.
Dalam pengajaran matematik, kaedah
eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar
dilatih menggunakan alat bantu mengajar
untuk memahami konsep dan menguasai
sesuatu kemahiran.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk
menguasai kemahiran dalam penyelesaian
masalah matematik.
Berikut adalah contoh aktiviti yang menggunakan
kaedah eksperimen:
Menyukat air dengan menggunakan bekas dan
selinder penyukat (measuring cylinder) untuk
mempelajari isipadu cecair
Membimbing murid melipat dan melorek
bahagian kertas untuk mengenali pecahan.
Menyusun jubin dalam bentuk segiempat yang
berbagai saiz untuk menemui luas segiempat
tepat.
Mengagihkan sebilangan biji guli ke dalam
beberapa bekas yang disediakan untuk
memahami konsep bahagi atau purata

Anda mungkin juga menyukai