Anda di halaman 1dari 14

Biodata imam malik

Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar


beliau Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith
dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah
bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada
zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul
Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau
berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan
dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya
Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama
Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan
Biodata
Kehidupan keluarganya yang susah tidak memadamkan
cita-citanya untuk menjadi orang yang berilmu. Berkat
usahanya yang gigih dan bersungguh-sungguh,
akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama,
hartawan, dermawan, dan berjaya memegang jawatan
Mufti Besar di Madinah. Beliau pernah menjadi guru
sedari usia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik
walaupun masih muda. Majlis pengajian beliau
dilakukan di Masjid Nabawi.
biodata
Beliau yang juga dikenali sebagai pengasas Mazhab
Maliki telah meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179
Hijrah bersamaan 798 Masihi ketika berusia 86 tahun
dengan meninggalkan tiga orang putera dan seorang
puteri. Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat
di dunia seperti Maghribi, Algeria, Libya, Iraq dan
Palestin.
Sifat
Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan
kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan
mampu menghafal al-Quran dalam usia yang masih
muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia,
bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih,
kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan
tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih.
sifat
merupaka seorang yang pendiam dan hanya berkata-
kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan
diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah
sahaja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek
membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Sebagai
contoh, beliau pernah membantu Imam as-Syafie
sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau
seorang yang sangat menghormati hadis-hadis
Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun
baginda telah wafat.
Sifat
Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang
jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati
jasad baginda yang tertanam di dalam kubur. Beliau
pernah dirotan dengan cemeti sehingga patah tulang
belakang kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai
oleh khalifah iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak
jatuh talaknya. Ini menunjukkan betapa tabahnya
beliau.
sifat
Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula
menunjukkan kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t.
Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang
ingin belajar ilmu hendaklah berusaha mencarinya,
bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak
pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada
anak-anak muridnya. Beliau akan bersusah-payah
memberi kefahaman kepada anak-anak muridnya
tentang sesuatu masalah ilmu.
Pendidikan
Sejak kecil lagi minatnya terhadap ilmu sudah disemai
dalam jiwanya. Beliau telah menghafal ayat-ayat al-
Quran dan hadis semenjak kecil dan mendapat
pendidikan di Kota Madinah daripada beberapa orang
ulama terkenal di sana. Guru pertama beliau adalah
Abdul Rahman bin Hamzah iaitu seorang ulama besar
Madinah yang telah memberi pendidikan kepada beliau
selama lapan tahun.
pendidikan
Akibat dari kecerdasan akalnya yang luar biasa, beliau
pernah menghafal 29 buah hadis daripada 30 buah
hadis yang dibacakan oleh gurunya dalam satu hari
sahaja. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru
dari kalangan tabiin dan tabi tabiin. Imam Malik banyak
menimba ilmu pengetahuan di Kota Madinah yang pada
masa itu menjadi pusat pengajian ilmu, khususnya ilmu
agama.
Kitab karangannya
Al-Muwatta (Bahasa Arab: ) bererti yang
disepakati atau tunjang atau panduan tentang ilmu
dan hukum-hukum agama. Kitab tersebut merupakan
sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum
yang dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para
sahabat dan ulama-ulama tabiin. Kitab ini lengkap
dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi
ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya. Semua hadis di
dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal
dengan sifatnya yang tegas dalam penerimaan hadis
tertentu.
Kitab
Beliau sangat berhati-hati ketika menapis,
mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat
yang meragukan. Daripada 100,000 buah hadis yang
dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan
daripada 10,000 hadis itu, hanya 5,000 sahaja yang
disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan
dipadankan dengan Al-Quran.
kitab
Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40
tahun untuk mengumpul dan menapis hadis-hadis yang
diterima daripada guru-gurunya. Imam Syafie pernah
berkata, "Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang
lebih banyak mengandungi kebenaran selepas Al-Quran
selain daripada kitab al-Muwattak karangan Imam
Malik."
kisah menangis ketika berbuka.

Anda mungkin juga menyukai