Anda di halaman 1dari 54

BAB 5

TAMADUN
1
CINA
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat:
1. menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai
tamadun Cina;
2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina;

3. Mengenal pasti sumbangan-sumbangan penting


tanadun Cina kepada tamadun dunia

2
5.0 PENGENALAN & SEJARAH

 Negara Cina-Tanah besar China terletak di Asia Timur,


bersebelahan Lautan Pasifik
 Keluasan daratan 9.6 juta km persegi
 Salah sebuah negara yg paling ramai penduduk – 1/5
penduduk dunia ada di sini
 Bahasa rasmi/kebangsaan –Hanyu (B. Han)
 Terdapat 56 etnik besar yang amalkan budaya & adat
masing-masing – 90% berbangsa Han
 Salah satu tamadun tertua (4,000~2,000SM) Dinasti
Hsia/Xia & berkesinambungan hingga kini.

3
TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN CINA
 Zaman Pembinaan
- Dinasti Hsia-Shang-Chou/Zhou-Chin/Qin-Han.

 Zaman Keagungan (Han & Tang)


- Dinasti Han yang agung dlm sejarah TC/Tang.
- Pentadbiran dan sistem yg cekap & berkesan.

 Zaman Peralihan (Sung & Ming)


- Penaklukan Mongol abad ke-13.
- Penguasaan Manchu abad ke-17

 Zaman Moden
- Pengaruh dan ancaman barat abad ke 19

 Zaman Kontemporari
- Komunis dan kejatuhannya - kebangkitan semula. 4
KRONOLOGI SEJARAH TAMADUN CINA

2000 SM - Dinasti Xia/Hsia


(Zaman Dinasti Shang
Pembinaan) Dinasti Chou/Zhou
Dinasti Qin

206 SM-439 M - Dinasti Han


(Zaman Dinasti Wei
Keagungan) Dinasti Shu 3 negara
Dinasti Wu
5
Dinasti Jin/Chin
420~589 M
Dinasti Selatan - Song (420-479 M)
(Zaman Qi/Chi (479-502 M)
Peralihan) Liang (502-557 M)
Chen (557-589 M)

Dinasti Utara - Wei U (386-534 M)


(Zaman Wei T (534-550 M)
Peralihan) Qi/Chi U (550-577)
Wei B (535-557
Zhou/Chou U (557-581 M)
6
581-618 M Dinasti Sui
618-907 M Dinasti Tang
907-979 M Dinasti Liang Akhir
Dinasti Tang Akhir
5 dinasti Dinasti Jin Akhir
Dinasti Han akhir
Dinasti Zhou/Chou Akhir
960-1279 M Dinasti Song (U~S)
1271-1368 M Dinasti Yuan
1368-1644 M Dinasti Ming
1644-1911 M Dinasti Qing/Ching
1912-1928 M Republik China
1949 - KINI Rep. Rakyat China 7
5.2 WILAYAH
 Ada empat batang sungai yang penting:
1. Sungai Kuning [Huang He] (Utara China)
2. Sg. Yangzi (Tengah China)
3. Sg. Xijiang (Selatan China) ke lautan Pasifik
4. Sg. Merah (di Vietnam)
 Lembah Sungai Kuning (Hwang Ho) merupakan pusat
pertumbuhan Tamadun Cina di utara dan Chang Jiang di
selatan.
 Perkembangan Tamadun Cina;
- Kebudayaan Yangshao (kk 4-2 SM) Neolitik
- Kebudayaan Longshan (kk 2 SM) Neolitik
- Peradaban Zaman Gangsa (kk 1~2 SM)
(Besi menggantikan batu) 8
9
Peta China
Kebudayaan Yangshao (6 SM)
 Tamadun Cina dipercayai bermula abad ke
6 SM.
 Yangshao merujuk kepada suatu kawasan
perkampungan tradisi di provinsi Shaanxi.
 Tanah yang subur dan lembab sesuai
untuk pertanian.
 Bertani, memelihara babi dan membuat
tembikar.
 Berkembang di bahagian tengah dan utara
China selama 5,000 tahun.
10
Kebudayaan Longshan (2 SM)
& Zaman Gangsa (1~2 SM)

 Longshan (lebih maju dr Yangshao) merujuk


kepada perkampungan tradisi di provinsi
Shandung.
 Zaman Gangsa di Lembah Sg. Yangtze di Provinsi
Jiangxi dan di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.
 Zaman Gangsa, gangsa dinilaikan sebagai simbol
elit kuasa di raja Dinasti Shang (1600~1066 SM)
 Penggunaan gangsa tersebar meluas dalam
kalangan kaum bangsawan.

11
5.3 KONSEP & TAKRIF
 Lazimnya, setiap tamadun merujuk kepada
bangsa dan tempat.
 Menurut sejarahnya, melalui proses peredaran
zaman dan kerjasama antara semua kaum,
maka terbentuk suatu bangsa Tionghoa dalam
erti kata nation (minzu) yang moden, yang
mengandungi pelbagai kaum di negara China.
 Melalui penemuan arkeologi dan catatan-catatan
sejarah purba,terdapat banyak suku-suku dan
dalam kalangan suku-suku ini mereka tiru-
meniru, berkahwin campur, bersengketa dan
berperang, dan berintegrasi, sehingga menjadi
satu suku bangsa yang kuat. 12
 Menurut sarjana terdapat 3 kumpulan bangsa
yang terbesar pada zaman purba China:
 Kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di
dan Huang Di dikatakan berasal dari kawasan
di provinsi Shaanxi di bahagian barat China;
 Kumpulan Feng-Yang tersebar disekitar di
bahagian timur China; dan
 Kumpulan Miao-Man terdiri suku bangsa di
selatan China.

 Integrasi ketiga-tiga kumpulan ini dan suku


bangsa lain akhirnya terbentuk bangsa
Tionghua (Zhonghua Minzu) pada hari ini.
13
5.4 MASYARAKAT & BUDAYA
BAHASA DAN SISTEM TULISAN CINA
 Bahasa Cina merupakan bahasa yang masih
kekal dan berkembang serta digunakan sehingga
ke hari ini.
 Pada zaman dinasti Han, bahasa pertuturan dan
sistem tulisan diseragamkan dan dikenali Hanyu
(bahasa) dan Hanzi (tulisan).
 Mandarin adalah istilah yang digunakan oleh
kuasa-kuasa asing kepada bahasa Cina (Hanyu).

14
 Tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han)
telah dicipta berdasarkan kaedah:
i. xiang xing (lambang bergambar)
ii. zhishi (lambang petunjuk)
iii. huiyi (lambang petunjuk fikiran)
iv. xing sheng (gabungan bentuk-bunyi)
v. Zhuanzhu (mutual semantic transfer)
vi. jiajie (loan character)
o Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong
sebagai liushu (six principles of writing).
o Oleh itu sistem tulisan Cina dibentuk hasil kombinasi
tiga unsur utama iaitu makna, bunyi dan bentuk.
o Sungguhpun terdapat banyak dialek di China yang
sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu dengan
yang lain, namun mereka perlukan hanya satu sistem
tulisan yang tunggal iaitu bahasa Cina, yang telah
menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi
rakyat Cina dan tamadun Cina.
15
PANDANGAN SEMESTA ALAM DALAM
TAMADUN CINA
 Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping
kepercayaan primitif, iaitu animisme telah
wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman
silam lagi.
 Terdapat beberapa konsep utama dalam
tamadun Cina, iaitu:
a. Konsep Tian
b. Konsep Dao
c. Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
d. Kesepaduan Tian dengan Insan
e. Prinsip Zhongyong 16
 Konsep Tian
 Konsep Tian atau langit sebagai makhluk unggul
(supreme being) yang menguasai nasib seseorang
telah wujud sejak zaman dinasti Zhou (1123 -221SM).
 Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam
alam semesta serta dalam konteks etika
Konfusianisme.
 Empat fahaman utama:
i. Tian merupakan sumber kewujudan kepada semua
makhluk di dunia
ii. Tian adalah yang maha agung mengatasi segala
sesuatu
iii. Tian adalah kuasa penentu nasib sesebuah dinasti
iv. Tian adalah kuasa penentu kebahagiaan dan
kesengsaraan insan
17
 Konsep Dao
 Dalam kitab Daode Jing, Tian disamakan dengan Dao.
 Empat perkara utama Iaitu:
i. Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan (the
way);
ii. Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi
keseluruhannya (all embracing), tempat asal-usul
semua makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang
melahirkan serta memupuk makhluk sejagat
(wanwu);
iii. Dao adalah kosep semula jadi (nature/tabii);
iv. Dao bersifat azali (primordial), dengan semua
makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat
mereka.
18
 Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
 Menurut kitab Yijing (The Books of Changes) konsep
Taiji merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate
reality). Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi
diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua
kuasa dwikutub (bipolar) Yin dan Yang.
 Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula
menghasilkan lima unsur – air, api, tanah, kayu &
logam (wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan
semua benda (material).
 Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur
tersebut disifatkan sebagai proses pusingan atau
putaran yang bersilih ganti tanpa pengakhirannya.
Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai
pergerakan Dao.
19
 Kesepaduan Tian dengan Insan
 terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa
insan merupakan sebahagian daripada Tian.
 hubungan yang rapat antara insan dengan Tian
menyebabkan segala kesalahan yang dilakukan oleh
kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi
fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai
isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran
kepada kerajaan berkenaan.
 Konsep yang menggabungkan aliran pemikiran Yin-
Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme ini
dikemukakan oleh Dong Zhongshu (79 - 104SM),
seorang pujangga Konfusian di zaman dinasti Han.
Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiran
orang Cina sehingga masa kini dalam proses
perkembangan ketamadunannya. 20
 Prinsip Zhongyong
 Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden
Mean) merupakan pemikiran moral asas yang
bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian.
 Dalam kitab The Doctrine of Mean dinyatakan
bahawa pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan
keseimbangan akan mendatangkan keharmonian
alam semesta dan bumi ini, dengan kesempurnaan
hidup semua makhluk terpelihara.
 Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang
paling ideal ialah datong (The Grand Unity).
 Datong merupakan Utopia Konfusian yang
diibaratkan sebagai Jalan Agung.

21
5.5 KEPELBAGAIAN FALSAFAH &
AGAMA TAMADUN CINA

Falsafah & Agama T. Cina


1. Konfusianisme
2. Buddhisme
3. Daoisme
4. Moisme
5. Legalisme (Aliran Fa)
6. Islam

22
 KONFUSIANISME
- merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi
aspek falsafah, keagamaan dan sosio-politik yang
terdapat dalam pengajaran Konfusius (551-479 s.m).
- Dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius
menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang
mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren),
kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibubapa (xiao).
- Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi
untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
i. Perikemanusiaan (ren)
ii. Kewajaran (yi)
iii. Kesusilaan (li)
iv.Kearifan (zhi)
- Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang
bermoral dan bersikap mulia (junzi).
23
Pandangan Konfusius tentang sifat semulajadi
manusia
Mensius - sifat semula jadi manusia baik ketika
dilahirkan
Xunzi - sifat semulajadi manusia adalah jahat

Gaozi - sifat semulajadi manusia tidak baik dan


tidak jahat
Wulun - 5 jenis hubungan tahap sosial dalam
falsafah Konfusius iaitu:
a) raja dengan menteri
b) ayah dengan anak
c) suami dengan isteri
d) abang dengan adik 24
 BUDDHISME
- Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di
India pada kurun ke-6 SM dan disebar ke China pada
kurun masehi yang pertama [dari Dinasti Han
hingga ke Dinasti Tan].
- Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah
berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar
kepada pelbagai masalah manusia (Four Noble
Truth).
- Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti
Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan
(middle way).
- Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:
i. Theravada
ii. Mahayana 25
 DAOISME
- Diasaskan oleh dua orang pemikir Cina:
- Lao Zi (604 s.m), dan
- Zhuang Zi (369-2865 s.m)

- berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi


serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan
perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang
usaha
- Terbahagi kepada dua cabang utama:
- Pemikiran falsafah dao (daojia) dan aliran
keagamaan dao (daojio) yang terkandung dalam
kitab Daode Jing.
26
 MOISME
- Diasaskan oleh Mo Zi (479-381 s.m).
- konsep penting termasuk aspek kasih sayang
sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang
(feigong), menyerah kepada nasib (feiming) dan
mengutamakan golongan cerdik pandai
(shangxian).
- Konsep-konsep dalam Maoisme bertentangan
dengan konsep-konsep dalam Konfusianisme.

27
 LEGALISME
- Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa
China di bawah pemerintahan dinasti Qin.
- Tiga cabang utama dalam sistem pemerintahan
iaitu kuasa (Shi), cara (Shu) & perundangan (Fa) -
oleh Han Fei Zi.
- Aliran ini mengutamakan:
- pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak
pemerintah terhadap rakyatnya , &
- pemerintahan berteraskan undang-undang adalah
lebih baik daripada pemerintahan etika .

28
 ISLAM
- Dibawa masuk ke negara China melalui dua jalan
iaitu jalan darat & jalan laut seawal kurun ke 7M.
- Pedagang Islam Arab & Parsi mendarat di selatan
China dan menidirikan masjid di Guangzhou &
Quangzhou.
- Yang menggunakan Jalan Sutera membentuk
masyarakat Islam Cina di Xian.
- Kemuncak kegemilangan Islam di China – zaman
dinasti Yuan (1271-1368M) (sumbangan besar tokoh2
Islam dalam bidang astronomi, perubatan, sains &
teknologi).
- Zaman dinasti Ming (1368-1644M) – berlaku
peristiwa penting (pelayaran Zhenghe mengelilingi
dunia).
29
5.6 INSTITUSI POLITIK & SISTEM
PEMERINTAHAN
 Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah
terbentuk sebelum dinasi Qin (221-207 SM).
 Banyak dipengaruhi oleh aliran pemikiran politik:
i. Konfusianisme
ii. Daoisme
iii. Legalisme
iv. Moisme
 Selepas Dinasti Qin/Chin (221-206 SM) & Dinasti Han
(206 SM-220 M) keempat-empat aliran telah bersepadu
oleh Shih Huang Ti.
 Membina Tembok Besar China.
 Kemuncak pada zaman Dinasti Ming.
 Aliran-aliran ini masih berpengaruh sehingga kini.
 Pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran 30

Konfusianisme dan Legalisme dalam pemerintahan.


Aliran Penekanan
1. Konfusianisme - Pemerintahan berdasarkan
perikemanusiaan & bermoral
2. Daoisme -Pemerintahan berdasarkan tabii (wuwei)
& harmoni dengan alam
- Tidak memberi impak yang besar dalam
sistem politik.
3. Legalsime - Pemerintahan berdasarkan undang-
undang
- mengubah sistem pemerintahan feudal
yang bercirikan pelbagai negeri kepada
birokratik .
- menyumbang kepada pengekalan
pentadbiran dan kestabilan politik dalam
tamadun Cina.
4. Moisme - Pemerintahan berdasarkan
penyelarasan peraturan dan 31

pembentukkan kekuasaan pusat


(shangtong) – kebajikan.
32
5.7 SISTEM KELUARGA
 Asas sistem kekeluargaan masyarakat Cina masih
memusatkan kuasa bapa (patriachy) dan nasab
kaum lelaki (patrilineal) berlanjutan sehingga ke
hari ini.
 Konsep Xiao (berbakti) dan konsep Zhong (taat)
merupakan asas dalam sistem kekeluargaan dan
sistem kenegaraan dalam aliran Konfusianisme.
 Seperti dalam masyarakat kuno, peranan keluarga
amat penting maka sistem Zong Fa menekankan
susur galur warisan nenek moyang dalam
perhubungan antara manusia dengan manusia.
 Hubungan fahaman Konfusianisme sangat tebal
dan mempengaruhi segala aspek kehidupan, etika,
budaya, politik, masyarakat dan kenegaraan. 33
 Antara ciri-ciri masyarakat yang
memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan
Cina termasuklah:
i. Waris sebelah bapa.
ii. Pemerintah yang memusatkan kuasa
bapa/lelaki.
iii. Kuasa suami yang tertinggi.
iv. Mementingkan anak lelaki berbanding anak
perempuan.
v. Mementingkan pertalian darah dan kaum
kerabat keluarga.

34
5.8 PENCAPAIAN DALAM
PELBAGAI BIDANG
1) Kesusasteraan Cina
- Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-
kurangnya seawal kurun ke-14SM dan
perkembangannya berterusan sepanjang lebih
daripada 3,000 tahun. Perkembangan
kesusasteraan Cina tidak pernah menerima
gangguan atau sekatan.
- Bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari
segi lisan dan tulisan "walaupun negara China
pernah diperintah oleh puak asing seperti orang
Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang
Manchu (dinasti Qing, 1644-1911). 35
a) Puisi
- Antologi puisi Cina terawal bertajuk Shi Jing (Puisi
Klasik).
- mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian
istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada
tempoh antara zaman Zhou Barat hingga zaman
Musim Bunga Musim Luruh dan dikumpul dari
kawasan Lembah Huanghe (Sungai Kuning).
Puisi dalam Shi Jing mempunyai fungsi politik dan
sosial selain daripada fungsi sastera.
- Chu Ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari
muzik dan tarian - mewakili antologi puisi Cina
awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai
Yangzi.
- Dinasti Tang merupakan kemuncak perkembangan
genre ini.

36
- Ciri-ciri puisi Cina klasik iaitu:
i. Puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik.
ii. Bersifat padat dan singkat.
iii. Puisi naratif atau deskriptif yang boleh
dikatakan panjang mengikut standard sastera
lain di dunia ini sangat kurang.
iv. Puisi mempunyai fungsi sosial dan politik
selain fungsi sastera.

b) Prosa
- Bentuk fu, genre bernada yang mewakili dinasti
Han, menunjukkan sifat puisi bercampur prosa.
- Prosa Cina juga mempunyai fungsi sosial dan
politik. 37
c) Drama
- Drama Cina yang paling menarik ialah jenis
Zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi
yang digubah mengikut rentak muzik tertentu
dan popular semasa dinasti Yuan (zaman
keemasan drama).
- Tokoh utama – Guang Hanqing & Wang Shifu

- Drama bentuk lain seperti Chuanqi dan Kun Qu.

- Kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera


Cina.
- Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai
etika berbanding agama.
38
d) Fiksyen
- Istilah Cina merujuk genre ini ialah Xiaoshuo
bermaksud percakapan kecil atau percakapan sia-
sia.
- Dinasti Ming & Qing merupakan zaman keemasan
fikyen,
- Contoh:
• Sanguo Yanyi (Roman Tiga Negara)
• Honglou Meng (Mimpi Loteng Merah)
• Shuihu Zhuan (Kisah Pinggir Air)
• Xiyou Ji (Perjalanan ke Barat)
• Jin Ping Mei (Pasu Plum Emas)
39
2) Kesenian
a. Muzik klasik
- Muzik memainkan peranan penting dalam tamadun
Cina.
- Cara alat muzik dimainkan dapat diklasifikasikan
kepada kategori meniup, genderang, memetik dan
menggesek.
- Perbincangan dan rujukan terhadap muzik terdapat
dalam buku-buku klasik seperti Li Ji (Rekod Ritual)
& Shi Jing.
 Muzik memaparkan enam jenis emosi iaitu:
- Kesedihan.
- Kepuasan.
- Kegembiraan.
- Kemarahan.
- Ketaatan.
- Kecintaan. 40
b. Kaligrafi
- Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam
membayangkan kemurnian dan kualiti
seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan
personaliti.
- Empat stail tulisan yang digunakan hari ini
termasuklah:-
- Kaishu atau stail biasa
- Lishu - sejenis stail yang dikembangkan pada
asalnya untuk kegunaan kerani
- Xingshyu atau stail berlari
- Caoshu atau stail rumput
- Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina ialah alam
semulajadi.
41
c. Seni Lukis
- Lukisan mempunyai hubungan yang rapat
dengan kaligrafi dan juga puisi.
- Lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan
kepada dua kategori iaitu:
- Xieyi (bebas tangan/freehand brushwork).
- Gongbi (menggunakan stroke halus dan teliti
dengan memberi perhatian kepada butir-butir).

42
 Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai
beberapa aspek penting dalam bidang bahasa,
kesusasteraan dan kesenian dalam tamadun
Cina:
i. Pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina
telah memperkayakan tamadun Cina
ii. Penggunaan bahasa Cina menyebabkan
perkem-bangan sastera Cina berterusan tanpa
gangguan.
iii. Kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial
dan politik selain fungsi sastera.
iv. Sifat harmoni diutamakan.
Banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan
Buddhisme. 43
d. Seni Bina
- Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai
segi antaranya yang paling jelas lalah keinginan
membuat binaan yang berharmoni dengan alam
semesta.
- Ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam
kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan
susunan dalam sesebuah rumah atau kubur
selalunya ditetapkan dengan panduan teon
fengshui.
- Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara
binaan yang sangat penting.
- Tembok yang terkenal di negara China dan juga di
dunia ialah Tembok Besar China (The Great Wall
of China). 44
- Ciri-ciri seni bina Cina:
- Harmoni dengan alam semesta
- Mempunyai tembok
- Bumbung binaan Cina adalah
menonjol, bercerun curam dengan cucur
bumbung yang melengkung ke atas di
sudutnya
- Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk
tujuan hiasan, termasuklah pagoda
(pengaruh agama Buddha)
- Bagi orang Cina seni taman berkait
rapat dengan seni bina. 45
3) Sains & Teknologi

a. Matematik
- Orang Cina juga banyak mencapai
kemajuan dalam bidang matematik.
- Kebanyakan matematik Cina
terkandung dalam karya agung
Jiuzhang Suanshu (Matematik Sembilan
Bab) oleh Zhang Cang (kurun kedua
SM).

46
b. Astronomi
- Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun
ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu
menyediakan katalog bintang, mencatat rekod
tepat tentang gerhana dan komet.
- Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah
penghasilan peralatan astronomi dan
penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna,
tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada
2,000 tahun.
- Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu
sistem yang paling awal, maju dan tepat
berbanding sistem lain. 47
c. Perubatan
- Rangka asas teori perubatan Cina tradisional ialah
teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori
lima elemen.
- Keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa
yin dan yang menentukan banyak aspek manusia
seperti sifat, kerjaya dan kesihatan.
- Akupuntur penting dalam perubatan Cina
tradisional.
- Bencao Gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis
oleh Li Shizhen ialah farmakopeia Cina teragung
dan berwibawa hingga kini.
48
e. Teknologi Cina
- Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang
Cina sudah tahu akan teknik pengairan,
pertanian, astronomi, cara membuat kalendar
dan penulisan.
- Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah
menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada
(breast-strap harness). Ciptaan ini membolehkan
kuda membawa muatan yang lebih berat dengan
lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat
antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas
bagi abah kerongkong yang digunakan masa
sekarang.
- Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak
meringankan tenaga manusia pula dicipta pada
kira-kira tahun 200SM.
49
- Empat Ciptaan Agung
 Pencapaian teknologi Cina
purba yang paling berguna dari
segi sumbangan terhadap
tamadun dunia ialah:
Teknik membuat kertas

Pencetakan

Bahan letupan

Kompas

50
5.9 TAMADUN CINA DAN RELEVANSINYA DI
MALAYSIA
 Interaksi antara China dengan Asia Barat dan
Eropah agak lembap, berbanding interaksinya
dengan Asia Timur.
 Jalan yang menghubungkan antara China dengan
kawasan Asia Timur, Asia Barat Tengah dan Barat,
dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera Lama,
manakala jalan laut yang menghubungkan China
dengan kawasan rantau Asia Tenggara, India dan
Afrika dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut).
 Kebudayaan Cina telah meninggalkan banyak kesan
terhadap rantau Asia Tenggara terutamanya
melalui pengiriman utusan atau misi diplomatik,
perniagaan dan perdagangan, peperangan dan51
ketenteraan, dan imigrasi.
 Imigrasi orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara
langsung juga menyumbang kepada interaksi antara
budaya terutamanya pemindahan budaya kebendaan
antaranya melalui proses amalgamasi dan akulturasi.
 Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia
Tenggara mencapai zaman kemuncaknya semasa
dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi
pelayaran Hulubalang Zheng He (1371-1433).
 Melalui kedudukan yang strategik kerana terletak di
pertengahan jalan perdagangan antara dunia timur
dan dunia barat, beberapa tamadun dan agama telah
bertembung dan berinteraksi di rantau Asia Tenggara.
 Malaysia merupakan satu model yang unik hasil
daripada pertembungan dan interaksi antara
tamadun di Asia Tenggara tersebut.
52
 Interaksi tamadun Cina dan realitinya di Malaysia
boleh dilihat di dalam beberapa aspek. Antaranya:
i. Amalan dan budaya masyarakat Cina Malaysia
ii. Aspek Perniagaan
iii. Aspek Budaya
iv. Aspek Ilmu Pengetahuan
v. Jatidiri

53
KESIMPULAN
 Kesusasteraan klasik & kesenian merupakan
hasil budaya Cina yang bernilai.
 Dari segi sains & teknologi, tamadun Cina telah
mempelopori penciptaan kertas, percetakan,
bahan letupan & kompas.
 Tamadun Cina merupakan salah satu
penyumbang ketamadunan manusia.

54

Anda mungkin juga menyukai