Anda di halaman 1dari 13

BENDERA NEGERI

KELANTAN
KEISTIMEWAAN
• TEMPAT BELI BELAH
• PASAR SITI KHADIJAH
• .Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu. Nama asal Pasar Besar Siti
Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya
kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Dato' Bentara Setia Tuan Guru
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa,
memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan
yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum
wanita yang terkenal dengan minat berniaga .Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk
segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran,
ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering
seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam
percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan
antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional
Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan
pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan
bukan makanan
• PASAR BESAR SITI KHATIJAH
• PANTAI CAHAYA BULAN
• PANTAI
• Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia
terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi,
suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang
Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah
orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka
merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini
terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan
pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya
Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan,
khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung,
terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas
awam.Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan
Melayu tradisional. Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik,
penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.
• PANTAI CAHAYA BULAN
• BUKIT KEMAHANG
• GUNUNG
• Bukit Kemahang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kelantan, Malaysia.
Tingginya 876 meter.Bukit Kemahang mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan
hutan Dipterokarp Atas.
• satu rancangan pembangunan tanah oleh Felda telah dibangunkan di sini. nama kemahang di
gunakan bagi penempatan ini yang di kenali dengan kemahang 1, kemahang 2 dan
kemahang 3. Peneroka kemahang 1 - 450 keluarga peneroka kemahang 2 - 450 keluarga
peneroka kemahang 3 - 400 keluarga.
• PUSAT KESENIAN

• GELANGGANG SENI
• Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni
warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Seni yang terletak di
Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.Pusat
ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan
yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan
masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir
barat, Rebana Ubi, permainan gasing, dan wau bulan.
KESULTANAN NEGERI

• Sultan Kelantan atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan (nama baginda),
Sultan Kelantan dan Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di
bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan negeri Kelantan meliputi
sempadan Siam di selatan Sungai Golok, timur Banjaran Titiwangsa sehingga ke Besut di
sempadan Kelantan-Terengganu. Beberapa dinasti memerintah Kelantan bermula dari
keturunan Maharaja Sriwijaya yang berundur ke Langkasuka (Pattani sekarang) selepas
Sriwijaya runtuh diserang Kerajaan Chola pada abad ke-10. Perkahwinan diraja juga berlaku
dengan Champa, Pattani dan Terengganu yang menyebabkan pertukaran dinasti apabila
menantu raja menaiki takhta Kelantan.
GAMBAR SULTAN KELANTAN
KEPENTINGAN KERAJAAN MENGADAKAN
HUBUNGAN DENGAN NEGARA LUAR
• Kepentingan dasar luar juga adalah menjamin keselematan rakyat dan Negara,memelihara
kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan Negara,mengalakkan pembangunan dan
kemajuan ekonomi,serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama atarabangsa.
• Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat,rancangan dan tindakan yang dijalankan
oleh sesebuah Negara dalam usaha untuk berhubungan dengan sesebuah Negara yang lain.
• Dasar luar juga mencerminkan sikap memihak kepada Negara atau kuasa besar yang
mempunyai persamaan dengan Negara tersebut
• Dasar luar boleh mengubah mengikut scenario politik antarabangsa.
• Dasar luar Negara juga boleh berbentuk pemencilan atau persaingan.
HUBUNG KAIT PENTADBIRAN DAN
PERUNDUNGAN DALAM SESEBUAH
PEMERINTAHAN
• PENGENALAN SISTEM PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

• Setiap Negara mempunyai corak pentadbiran tersendiri termasuklah sebuah Negara bernama
Malaysia. Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan sistem
DemokrasiBerparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka
BagindaYang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Asas pemerintahan demokrasi
Malaysiaialah mengamalkan Teori Pengasingan Kuasa yang dilaksanakan di Amerika
Syarikat. Olehitu perlembagaan negara telah digubal dengan mengikut konsep tertentu bagi
menjelaskankedudukan sistem demokrasi berparlimen. Demokrasi bermaksud rakyat atau
masyarakatmengikut bahasa Yunani. Secara ringkasnya demokrasi bermaksud penglibatan
rakyatsecara terus dalam pembentukan dasar-dasar negara
HABIS DAH…EHHH JAP!!!TENGOK VIDEO
DLU

sekian
Terima
kasih
VIDEO DI KELANTAN

Anda mungkin juga menyukai