Anda di halaman 1dari 13

PENGURUSAN

PEMBELAJARAN
KPS3014
SISTEM PENDIDIKAN BERPUSAT DAN
SISTEM PENDIDIKAN TIDAK BERPUSAT
GROUP 6
NAMA NO MATRIK
NUR NAZIHAH BINTI FAUZI D20181084299
NOOR ANISAH BINTI ABDULLAH D20181083676
PARVINJIAN BARISHMA A/P JEEVA D20181083662
FIONA JANE BUSIN D20181083658
PENGENALAN
• Dalam institusi pendidikan, pentadbiran dan pengurusan merupakan
bahagian yang sangat penting dan tidak boleh dipisahkan.
• Organisasi seperti sekolah memerlukan pengurusan dan pentadbiran
yang sistematik agar dapat mencapai misi,visi dan objektif yang telah
ditetapkan.
Perbezaan Pentadbiran dan Pengurusan
ASPEK PENTADBIRAN PENGURUSAN

DEFINISI • Satu bimbingan, kepimpinan dan o Proses mengarah dan mengawal sesuatu
kawalan daya usaha kumpulan institusi yang melibatkan perancangan
pekerja kearah pencapaian dan arahan terhadap tugas-tugas
matlamat. (Newman-1963) kakitangan. (Denyer-1977)

• Satu proses untuk menyelaraskan o Proses menempatkan input organisasi


aktiviti-aktiviti organisasi melalui melalui perancangan,pengelolahan,
pembentukan matlamat dan pengarahan dan pengawalan bagi
polisi. (Walker-1977) menghasilkan ouput yang baik.
(Thierauf-1977)
• Pentadbiran pendidikan sebagai
pengurusan sesebuah institusi
pendidikan untuk mempertingkat
akan mutu pengajaran dan
pembelajaran. (Campbell-1983)

KONSEP • Pihak atasan merupakan pembuat o Menekankan kepada input organisasi


polisi dan menentukan matlamat manakala bagi konsep sekolah pengurusan
organisasi. adalah untuk bertujuan untuk mencapai
matlamat pendidikan tertentu.
Definisi
Sistem pendidikan berpusat:
Sistem pendidikan berpusat atau 'centralized system of education' ini bermaksud
segala urusan pentadbiran pendidikan adalah di bawah kelolaan sebuah badan.
Malaysia mengamalkan sistem ini maka segala urusan pentadbiran pendidikan
adalah di bawah kelolaan sebuah badan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia,
bagi sekolah rendah dan menengah, dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi
semua institusi pendidikan tinggi.

Sistem pendidikan tidak berpusat;


Tidak berpusat atau desentralisasi adalah perihal memberi kuasa yg lebih kepada
kerajaan negeri (daerah) yang bersekutu oleh kerajaan pusat, pengagihan kuasa
pusat.Bentuk dekonsentrasi yang popular dalam pendidikan adalah untuk memberi
tanggungjawab tambahan kepada sekolah. Ini sering disebut autonomi sekolah
atau pengurusan berasaskan sekolah dan mungkin mengambil bentuk mewujud
-kan majlis sekolah yang dipilih atau dilantik dan memberi mereka belanjawan dan
kuasa untuk membuat keputusan pendidikan yang penting. Dekonsentrasi juga
boleh mengambil bentuk pemberi kuasa pengarah sekolah atau pengarah dan
pengajar fakulti untuk membuat keputusan dalam sekolah. Contoh negara yang
mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat.
OBJEKTIF KAJIAN
01 Ciri-ciri sistem pendidikan berpusat dan tidak
berpusat

02 Perbezaan sistem pendidikan berpusat dan


tidak berpusat

03 Struktur organisasi sistem pendidikan


berpusat dan tidak berpusat
1.0. Ciri-ciri Sistem Pendidikan Berpusat
dan Tidak Berpusat
Sistem pendidikan berpusat:
• Sistem reka bentuk kurikulum terpusat dicatatkan sebagai salah satu yang
mempunyai mod seragam.

• Semua buku teks yang akan digunakan di sekolah diperiksa oleh Kementerian
Pelajaran melalui Bahagian Kurikulum, Penyelidikan dan Pembangunan
(CRDD) jika mereka mematuhi sukatan pelajaran kebangsaan sebelum
mereka diluluskan untuk digunakan

• Secara tradisi mata pelajaran yang ditawarkan di bawah sistem ini


berasaskan pusat di mana sekolah individu mempunyai peluang untuk
memilih dari satu
set mata pelajaran.

• Berkenaan dengan reka bentuk dan pelaksanaan kurikulum berpusat, ia


memerlukan masa yang lebih lama kerana birokrasi dalam sistem pendidikan
tersebut.
Sistem pendidikan tidak berpusat:
• Reka bentuk kurikulum di setiap sekolah adalah berbeza contohnya
subjek yang dipelajari di setiap sekolah adalah sama tapi kandungan
subjek tersebut adalah berbeza dari sekolah lain, mungkin berbeza dengan
daerah lain atau negara lain.

• Sukatan pelajaran dan penilaian berbeza dari satu tempat dengan tempat
yang lain.

• Mempunyai kerjasama yang erat di antara guru, ibu bapa dan kumpulan
minat dalam komuniti dan mereka menentukan apa yang harus membentuk
badan pengetahuan yang termasuk dalam kurikulum berdasarkan keperluan
dan aspirasi mereka.

• Bahan pengajaran dan pembelajaran seperti sukatan pelajaran dan buku


teks dikeluarkan di dalam negara yang mempercepatkan pengeluaran dan
sekolah-sekolah dapat menggunakan bahan-bahan pada masa yang sesuai.

• Pengurusan dan pentadbiran mudah dan cepat kerana hakikat


bahawa birokrasi dikurangkan kepada minimum yang paling
rendah.
2.0 Perbezaan Sistem Pendidikan Berpusat
dan Tidak Berpusat
Aspek Sistem pendidikan Sistem pendidikan
berpusat tidak berpusat

Kelebihan • Satu ketua bermakna hanya akan • Kurikulum boleh dipengaruhi oleh
ada satu pusat penyelarasan untuk tradisi dan falsafah masyarakat.
semua aktiviti pentadbiran yang Sistem ini juga mewujudkan
dijalankan. persekitaran yang membolehkan
• Tugas pengetua sekolah ialah untuk kreativiti dan inovasi di kalangan
menyelia dan memerhati tugas anggota komuniti masyarakat dan
sebilangan guru sahaja. guru.
• Pengetua mempunyai akauntibiliti • Memakan masa yang agak singkat
untuk memberikan tugas kepada dari segi proses reka bentuk dan
tenaga pengajar dan tenaga pengajar pengeluaran muktamadnya.
• Menggunakan lebih banyak
haruslah memberikan laporan penilaian berterusan dalam sistem
mengajar yang telah dilaksanakan. penggredan mereka.
Aspek Sistem pendidikan Sistem pendidikan
berpusat tidak berpusat

Kelemahan • Mengambil masa yang lebih lama • Kesukaran untuk memindahkan


hasil daripada struktur birokrasi pelajar dari satu sekolah ke sekolah
strukturnya. yang lain.
• Guru-guru dan ahli komuniti lain • Berlaku kesukaran dalam
kurang diberikan ruang untuk pengeluaran bahan pengajaran dan
melakukan inovasi dan kreativiti. pembelajaran
• Terikat dalam koordinasi dan • Kekurangan kepakaran yang
perhubungan apabila parastasis mencukupi kerana semuanya
terlibat dalam reka bentuk dilakukan dalam masyarakat
kurikulum. setempat.
• Dari segi penilaian tidak ada ekuiti
kerana semua pelajar mempunyai
pemeriksaan yang sama walaupun
mereka diajar dalam keadaan yang
berbeza.
3.0 Struktur Organisasi Sistem Pendidikan Berpusat dan
Tidak berpusat
Sistem pendidikan berpusat: Sistem pendidikan tidak berpusat:
KESIMPULAN
Di Negara Malaysia, terdapat banyak jenis sekolah termasuklah sekolah
rendah (SRK), Sekolah menengah kebangsaan (SMK), dan sekolah jenis
kebangsaan Cina, India serta sekolah Teknik dan Vokasional. Kepelbagaian
penduduk di Malaysia telah mewujudkan corak pentadbiran dan pengurusan
yang berlainan di setiap jenis sekolah. Sungguhpun corak pentadbiran dan
pengurusan yang berlainan, kerajaan amat bijak menyelesaikan masalah
yang tidak dapat dikawal seperti monopoli kuasa oleh sesetengah pihak.
Dengan adanya Kementerian Pendidikan di Malaysia, sistem pentadbiran dan
pengurusan telah diseragamkan. Justeru, sistem pemusatan pendidikan
amatlah penting, terutamanya di Negara kita yang berbilang kaum. Selain
daripada memudahkan sistem pentadbiran dan pengurusan Negara, ia juga
dapat memulihara hubungan antara kaum dan dapat mengelakkan sebarang
perebutan kuasa di kalangan pendidik.
 
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai