Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA

PENAWARAN SUBJEK
KADAZAN DUSUN
Pendahuluan

 Sepertimana yang anda ketahui, penggunaan bahasa Kadazan Dusun di kalangan


muda mudi ketika ini semakin berkurangan. Semenjak penggunaan bahasa Melayu
di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah diperkenalkan,
penggunaan bahasa tempatan ini mula berkurangan. Malahan, ada muda mudi kita
yang langsung tidak mengerti dan tidak tahu menggunakan bahasa tempatan ini.
Jika dibandingkan dengan penggunaan bahasa tempatan di Sarawak, mereka
adalah lebih baik. Bahasa tempatan seperti bahasa Iban dan sebagainya masih
dipraktikan sehingga kini oleh muda mudi mereka.
 Dalam laporan UNESCO pada awal tahun 2005, bahasa KadazanDusun telah
diklasifikasikan sebagai bahasa terancam (endangered language) atau pupus
kerana sehingga kini ianya hanya dituturkan dalam lingkungan 300,000 orang
sahaja. Bahasa ini adalah termasuk dalam kira-kira 7,000 bahasa lain di dunia yang
menghadapi ancaman kepupusan. Sesungguhnya sekiranya tiada intervensi
dilakukan dalam masa 50 tahun bahasa ini Akan menjadi bahasa yang tidak
dikenali dan tidak digunakan atau pupus Sama sekali.
Matlamat

 Penubuhan kelas bahasa Kadazandusun ini adalah sebagai langkah


memperluaskankan lagi pengetahuan berkomunikasi dalam bahasa
Kadazandusun dikalangan murid diWilayah Persekutuan Labuan yang mana
dapat menyediakan mereka dalam melebarkan lagi jaringan komunikas
dikalangan masyarakat majmuk enik Borneo khasnya maysrakat
kadazandusun. Selain dari itu ini juga dapat menghidupkan lagi
kesinambungan bahasa ini yang mana telah diisthharkan oleh UNESCO sebagai
“endangered Language”
JAWATANKUASA TASK FORCE
Penawaran/pembukaan Mata Pelajaran
Kadazandusun Tahun 1 2018
PENGERUSI : En. Raisin Bin Saidin (Pengarah Jabatan Pendidikan W.P.Labuan)

TIMBALAN PENGERUSI : Pn.Maimoon binti Matnoh (Ketua Sektor SPS)

Wakil-wakil Sektor & Unit :


Semua KS
Unit Bahasa (SPA)
Unit Rendah (SPS)
Unit Prasekolah (SPS)
Unit Data ( SPS)
Unit HEM (SPPK)
Unit Buku Teks (SPPK)
Butiran Perlaksanaan kelas Bahasa
Kadazandusun

 Kaedah Kajian penawaran Bahsa Kadazandusun (SPS)


 Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 14 buah sekolah yang menawarkan
kelas prasekolah (sebagai feeder kepada pelajar kelas tahun 1 2018)
 Sebanyak 141 responden yang berminat agar anaknya mengambil kelas
bahasa Kadazandusun pada tahun2018
 Sebanyak 152 responden bersetuju/membenarkan anaknya mereka
mengambil kelas bahasa Kadazndusun pada tahun 2018
Perlaksanaan

 Jangkaan pembukaan kelas Kadazandusun adalah pada bulan Februari 2018


Sekolah berpotensi

 Berdasarkan keputusan analisis dari borang soal selidik, terdapat 2 buah


sekolah yang berpotensi untuk diwujudkan kelas bahasa kadazandusun.
 SK Lubok Temiang –sebanyak 24 permintaan
 SK Bukit Kalam – sebanyak 29 Permintaan
Tenaga pengajar & agihan masa (SPS & SPA)

 Proses pemilihan Tenaga Pengajar akan dijalankan dengan pelbagai kaedah


iaitu :
 Lantikan terus bagi guru berpotensi yang dikenalpasti
 Memohon guru baharu opsyen kadazandusu keluaran IPG dari BPG/BPSH
 Memberi peluang kepada guru yang berminat untuk memohon
 Masa mengajar guru bahasa Kadazandusun adalah tertakluk kepada surat
pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016
(Lihat Lampiran ) iaitu sebanyak 38 masa setahun bagi tahap 1 dan 32 masa
bagi tahap 2.
 Pendedahan & Latihan kepada tenaga pengajaran akan dikelolakan oleh Unit
Bahasa (SPA) bersesama dengan Unit Laithan (SKPP)
Murid (SEKOLAH)

 Murid yang dipilih adalah dikalangan murid yang telah di berdasarkan dari
edaran borang soal selidik berdasarkan dari analisis soal selidik tersebut ,
seramai 152 murid yang ibubapanya setuju untuk anaknya ditawarkan belajar
matapelajaran Kadazandusun tahun 1 pada tahun 2018. Bagi 2 buah sekolah
yang berpotensi tersebut (boleh wujudkan kelas) adalah SK Bukit Kalam
seramai 29 orang dan SK Lubok Temiang seramai 24 orang
Buku Rujukan / teks (SPPK)

 Bekalan buku teks akan disediakan oleh Unit Buku Teks SPPK berdasarkan
bilangan murid yang berdaftar dengan subjek ini.
 Sukatan pelajaran akan dibekalkan oleh Unit Bahasa SPA oleh
 Buku kerja dan Contoh kertas ujian akan dicadang guna oleh unit Bahasa SPA
Penjadualan (SPA)

 Penetapan jadual masa masa subjek dan akan ditentukan oleh Unit Bahasa SPA
selaras dengan ketetapan KPM
Kesinambungan Subjek dimasa hadapan
(SPS & SPPK)
 Bekalan Tenaga pengajar bagi kelas bahasa Kadazandusun tahun 2019 akan
dibuat pada Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) pada tahun ini (2018)
 Bekalan Murid 2019 akan diperolehi dari feeder kelas pra sekolah tahun akhir
 Bekalan Buku teks –SPPK akan membuat anggaran bagi perolehan buku teks
bahasa KadazanDusun tahun 1 & 2 (2019)

Anda mungkin juga menyukai