Anda di halaman 1dari 11

PATROL CEMPAKA

SYARAT HORMAT

TANGAN KIRI
HORMAT PANDU PUTERI
• Hormat atau tabik Pandu Puteriadalah perlakuan
menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri
kepada pegawai-pegawai Pandu Puteri seperti
Pemimpin, Ketua, dan juga sesama ahli kumpulan.
• Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri,
pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi.
• Umumnya, Hormat Pandu Puteri hendaklah digunakan
oleh Pandu Puteri sebagai tanda menghormati
seseorang di dalam acara atau hal-hal yang
membabitkan kepanduan.
• Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan
berikut:
1. Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua
dan orang-orang kenamaan di dalam
upacara yang kepanduan.
2. Upacara penerimaan hadiah atau
kurniaan.
3. Upacara mengibarkan bendera.
• Cara memberikan hormat adalah seperti
berikut:
1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan.
2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng
yang dibengkokkan.
3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi
dengan dahi.
4. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan
dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah
bergerak dari situ.
ISYARAT PANDU PUTERI
• Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteri adalah
sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang
berbeza ialah kegunaan dan kedudukan
tangan.
• Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa
seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu
Puteri dan semasa Pandu Puteri membaharui
ikrar.Dalam kedua-dua keadaan ini Isyarat
Pandu Puteri dilakukan.
• Isyarat Pandu Puteri melambangkan
persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang
terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia
amnya.
• Caranya adalah seperti berikut:
1. Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia.
2. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan
tangan kiri dirapatkan terus ke badan.
3. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat
Pandu Puteri.
4. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-
25 cm dari telinga kanan.
BERJABAT TANGAN

TANGAN KIRI
• Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi
Pandu Puteri.
• Ia juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri
Dunia.
• Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua
belah tangan apabila berjabat tangan dengan
orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian
seragam, bersesuaian dengan budaya kita.
• Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan
tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang
lain.
• Semua Pandu Puteri di negara ini yang
berpakaian seragam berjabat tangan
menggunakan tangan kiri
• Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda
hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri
sejak dahulu lagi.
• Ia juga sebagai tanda untuk menegur sapa
antara sesama ahli dan antara ahli dengan
pemimpin.
• Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan
perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak
Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden-
Powell melawat Kenya.
• Kaum ini sering memegang senjata pada
tangan kanan sehingga tidak sanggup
meletaknya walaupun sebentar.
• Hanya tangan kiri sahaja yang boleh
digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk
berjabat tangan.
• Lantas itu Lord Baden-Powell terus mengambil
perlakuan itu sebagai amalan Pengakap dan
kemudiannya Pandu Puteri.

Anda mungkin juga menyukai