Anda di halaman 1dari 19

Disediakan oleh,

MOHD FAUZI AHMAD SELO


M20181001426
Tari kreatif adalah satu bentuk seni yang menggambarkan
ekspresi diri yang unik dimana menggabungkan pergerakan
beritma, dan nilai estatik bagi menyampaikan idea ( Martia,
2014 ). . Melalui pemerhatian, tari kreatif di Malaysia dapat
di nyatakan adalah satu bentuk tarian yang mempunyai
naratif, ada tema yang digunakan dalam pembentukan tarian
tersebut dan pergerakan kreatif di cipta berdasarkan tema
yang diberi. Merujuk kepada beberapa karya yang dihasilkan
oleh , koreogafer era kini iaitu Khairul Anuar Zainuddin .
tarian kreatif beliau banyak menggunakan eleman
percampuran budaya (Hibriditi ) dan mempunyai naratif bagi
menjelaskan tarian tersebut. Antara karya yang menjadi
rujukan adalah Tarian Si Kusuma Seroja. Karya ini di lihat
pengkaji dari beberapa aspek bagi menjelaskan wujudnya
penggunaan konsep Hibriditi, antaranya gerak tari, busana,
koreografi dan lagu yang digunakan
1. Kajian ini melihat beberapa karya tari kreatif yang di
hasilkan oleh Khairul Anuar Zainudin yang di pentaskan untuk
tujuan pertandingan

2. Bagaimana koreografer menggunakan konsep Hibriditi


dalam setiap karya yang di hasilkan

3. Melihat fungsi asal penciptaan tarian dan pembinaan


tarian
1. Bacaan Literasi

2. Pemerhatian Secara Pasif

3. Temuramah
Definisi tari secara Antropologi

1. . Dalam buku ”The Anthropology of Dance”oleh


Anya Peterson Royce menyatakan asas kepada
semua konsep definisi tari itu adalah ia satu
pergerakan berirama dan berpola. Pergerakan
berirama disini adalah dapat diertikan sebagai satu
gerakan yang berturut-turut dan teratur manakala
berpola adalah berbentuk bercorak-corak
Definisi tari secara Antropologi

1. . Menurut Mohd Anis Md Nor pula


mendefinisikan tari itu sebagai sebuah pergerakan
yang didalam struktur tari ia dibentuk daripada
kombinasi beberapa unit pergerakan yang bermula
dari unit pergerakan asas yang paling kecil,
mempunyai makna sehingga motif yang pendek
wujud kemudian beberapa kelompok motif kepada
bentuk yang lebih spesfik dari sistem pergerakan
yang berstruktur mengikut budayanya
Konsep

1. . Allen Merriam ( 1977), bahawa “dance is


culture, culture is dance” ( tari adalah budaya,
budaya adalah tari). Keperluan memahami konsep
ini adalah dimana keberadaan tari itu dalam
sesebuah masyarakat adalah berkeperluan dari
budaya dalam masyarakat tersebut. Budaya dan
tari saling memerlukan dan tidak dapat dipisahkan.
Teori

Hibriditi berasal dari perkataan hibrid. Berdasarkan


Kamus Oxford, hybrid bermaksud gabungan dua
elemen atau bahan bagi membentuk satu perkara.
Ia juga bole disebut sebagai kacukan
Teori

Penggunaan hibriditi seterusnya dalam kajian


pasca kolonial dibentuk oleh model linguistik yang
menganalisis budaya sebagai proses dan tapak
pembinaan. Konsep hibriditi merangkumi pelbagai
aspek dalam budaya, hingga ke dalam bidang tari
Hibriditi dalam Tari

Hibriditi dapat dimaksudkan sebagai eksplorasi dan


penggabungan bentuk, pergerakan, teknik, gaya
persembahan dan ciri – ciri sokongan yang lain,
bukan sahaja terdapat dalam bentuk tarian yang
asal juga dalam bentuk hibrid. Eksplorasi yang
dilakukan tidak seharusnya merosakkan bentuk
asal tetapi hanya meminjam ciri – ciri dan elemen
dalam proses penciptaan atau semakan semula (
dipertingkatkan, dipermudahkan, diruntuhkan )
produk yang bersesuaian dengan keperluan
tertentu ( Norliza Rofli, 2011 ).
Kajian Karya Tari Kreatif

Kajian merujuk kepada salah seorang koreografer,


iaitu Khairul Anuar Zainudin atau lebih dikenali
dengan panggilan Kerol beliau berasal dari Mersing
Johor, mula melibatkan diri dalam dunia koreografi
pada tahun 1997 ketika itu beliau bertugas sebagai
artis budaya di Muzium Selangor.Pembabitan awal
dalam bidang koreografi pada tahun 2010 dimana
kebanyakkan karyanya adalah dalam bentuk kreatif
dan kreasi.
Karya Si Kusuma Seroja

Karya yang menjadi rujukan adalah bertajuk Si


Kusuma Seroja, karya ini adalah berlandaskan
bahan tradisi yang terdapat di negeri Terengganu
iaitu Tarian Gamelan Melayu. Pergerakan asas
seperti buka panggung, melemak, kenong dan
campak lenggang di gunakan sebagai inspirasi
gerak dalam mengeksplorasi gerak kreatif baru
Karya Si Kusuma Seroja

. Penari perempuan di lambangkan sebagai bunga


seroja yang menari di atas air dan penari lelaki
sebagai ikan emas yang berada di dalam air
Hibriditi dalam karya Si Kusuma Seroja

Teknik pergerakan dalam tarian cina juga


digunakan seperti, gesture tangan iaitu, nan zhang,
lan hua zhi dan wo quan. Posisi kaki zhang bu wei
dan xiao pa bu wei. Penggunan kipas cina
menjelaskan lagi elemen hibrid dalam
persembahan ini, Kipas yang digunakan
melambangkan pergerakan kelopak bungan seroja
Hibriditi dalam karya Si Kusuma Seroja

Busana yang telah direka khas menggabung


elemen budaya melayu dan cina, penari
perempuan menggunakan kebaya gamelan yang
telah diubah suai serta dilengkapkan dengan kain
kembang yang signifikan dengan tarian cina,
kostum penari lelaki pula, di ilhamkan dari kostum
tarian cina dan pemakaian topi jerami untuk
menggambarkan kepala ikan
Hibriditi dalam karya Si Kusuma Seroja

. Lagu iringan adalah dari album Rythm in Bronze,


elemen lagu yang digunakan juga bercirikan
gamelan melayu dan diselitkan dengan alat muzik
tarian cina dan elemen muzik cina, seperti pukulan
gendang cina
Hibriditi dalam karya Si Kusuma Seroja

Pembinaan koreografi juga tidak lagi bercirikan


koreografi ornamen melayu, pelbagai bentuk dan
pecahan telah dihasilkan sesuai dengan kehendak
penciptaan tarian kreatif.
CONTOH BENTUK POLA YANG DIHASILKAN

X
X
X X X X X
X

X X X
X X
X X X
Dalam penciptaan tarian kreatif Si Kusuma Seroja
ini hasil karya Khairul Anuar Zainudin, pengkaji
cuba mengkaitkan konsep hibriditi dalam
penciptaan tarian tersebut. Walaupun pada
dasarnya koreografer tidak menetapkan konsep
tersebut, akan tetapi secara tidak langsung, apabila
koreogafer dilihat menggabung dua elemen
budaya dalam satu karya yang di hasilkan, maka
terbentuklah karya tarian kreatif berkonsepkan
hibriditi.

Anda mungkin juga menyukai