Anda di halaman 1dari 13

SINDROM STEVEN

JOHNSON
APAKAH SINDROM STEVEN JOHNSON ?

• Sindrom Steven Johnson (SSJ) satu kesan sampingan kepada beberapa jenis antibiotik
berasaskan sulfa. Ia menyebabkan keadaan kulit seperti terbakar dan juga menyerang
kawasan seperti mulut, mata dan lidah.
• SSJ berpotensi untuk menjadi serius. Ianya melibatkan sistem imun dan kebiasaannya
melibatkan kulit dan mukosa.
• Tahap masalah boleh bermula dengan hanya beberapa tompok merah pada kulit atau
semakin teruk dan menyebabkan kulit tertanggal seperti melecur. Penyakit yang paling
teruk dipanggil Toxic Epidermal Necrolysis (TEN).
SEJARAH STEVEN-JOHNSON
SYNDROME

• Dinamakan sempena dua ahli pediatrik berasal dari


Amerika iaitu Albert Mason Stevens dan Frank
Chambliss Johnson.

Moderate Severe • Pada 1922, mereka pemeriksaan terhadap dua


orang kanak-kanak lelaki berkaitan gejala ini yang
masih tidak diketahui ketika itu dan menerbitkan
laporan mengenai keadaan tersebut.
• Steven & Johnson bersama-sama mengeluarkan
keterangan mengenai gangguan ini dalam American
Journal of Diseases of Children pada tahun yang
sama.
Punca-Punca
Sindrom Steven Johnson ?
1. Ubat-ubatan: Ubat penahan sakit seperti non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs),
ubat sawan (phenytoin, carbamazepine dll.) dan ubat gout seperti allopurinol.
Di kalangan antibiotik, ubat penicillin dan sulfa paling kerap menjadi punca SJS. Ubat retroviral
boleh juga menyebabkan Stevens-Johnson Syndrome seperti nevirapine dan kemungkinan lain-
lain ‘non-nucleoside reverse transcriptase inhibitors’. Ubat biologik juga telah dikenalpasti
seperti infliximab, etanercept & adalimumab.
2. Jangkitan kuman: 
• Jangkitan viral yang pernah dilaporkan seperti Herpes simplex virus, HIV, Coxsackie, Influenza,
Hepatitis, Mumps, Epstein-Barr virus dan enterovirus.
• Jangkitan bakteria seperti Group A beta-hemolytic streptococci, Diphtheria, Mycoplasma
pneumonia, Typhoid dll.

3. Kanser: Kebiasaannya melibatkan orang-orang tua.


4. Punca yang tidak diketahui: Boleh berlaku pada 20-25% kes
TANDA-TANDA STEVEN-JOHNSON SYNDROME
• Tanda-tanda menyerupai demam selsema seperti demam, sakit kepala, sakit otot, rasa penat,
sakit sendi, sakit tekak atau mulut, batuk dan rasa perit dalam mata.

• Tompok-tompok merah (foto1) timbul dan boleh merebak dalam tempuh beberapa jam atau hari
dan menyakitkan. Ianya boleh melibatkan mana-mana bahagian: mata, tapak tangan, tapak kaki,
lengan, kaki dan badan.

• Ianya akan menjadi semakin teruk dimana terbentuk gelembung-gelembung air pada kulit (foto 2)
dan mukosa seperti di bahagian mulut, hidung, mata atau alat kelamin (tidak kesemua mukosa akan
terjejas).

Foto 1: Tompok-tompok merah Foto 2: Gelembung air


• Gelembung-gelembung air boleh pecah dan kulit tertanggal menyebabkan luka dan senang terdedah
kepada jangkitan kuman bakteria. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan kesan parut.

• Gelembung-gelembung air mudah pecah jika melibatkan mukosa (Foto 3) dan meninggalkan kesan merah,
luka, luka yang dalam dan tisu yang mati.

• Bahagian mata (konjuntiva dan kornea) mungkin terlibat menyebabkan mata merah disebabkan oleh
radang yang berlaku. Dalam kes ringan, sindrom ini boleh menyebabkan kegatalan pada mata dan
kering. Manakala, bagi kes teruk, ia boleh menyebabkan kerosakan yang menyebabkan gangguan
penglihatan dan kemungkinan menjadi buta.

Masalah mata Foto 3: Kemerahan, bengkak dan luka


CARA RAWATAN STEVEN JOHNSON SYNDROME

• Menghentikan pengambilan ubat yang menjadi penyebab. Pesakit harus dibawa ke hospital
dengan segera.
• dirawat secara simptomatik. Perhatian yang khas perlu diberikan bagi memastikan saluran
pernafasan tidak tersekat, tekanan darah stabil, badan mempunyai air yang mencukupi, kulit
diberi penjagaan yang optima dan rasa sakit dikurangkan jika perlu.
• ubat penahan sakit boleh disapu bagi membolehkan pesakit minum air yang secukupnya
untuk pesakit mengalami luka dalam mulut
CARA RAWATAN STEVEN JOHNSON SYNDROME

• Menghentikan pengambilan ubat yang menjadi penyebab. Pesakit harus dibawa ke hospital
dengan segera.
• dirawat secara simptomatik. Perhatian yang khas perlu diberikan bagi memastikan saluran
pernafasan tidak tersekat, tekanan darah stabil, badan mempunyai air yang mencukupi, kulit
diberi penjagaan yang optima dan rasa sakit dikurangkan jika perlu.
• ubat penahan sakit boleh disapu bagi membolehkan pesakit minum air yang secukupnya
untuk pesakit mengalami luka dalam mulut
• Rawatan untuk mata bergantung samada teruk atau tidak. Sesetengah pesakit memerlukan
ubat titis mata pelincir, steroid topikal atau antibiotik.
• Jika radang semakin teruk, terdapat prosedur tertentu yang perlu dijalankan untuk
mengelakkan parut atau mata melekat pada bahagian lain mata yang sama.
• Melakukan Amniotic Membrane Transplantation iaitu satu prosedur perubatan yang sering
dilakukan untuk mengatasi gangguan di sekitar mata. Prosedur ini dilakukan dengan melakukan
pembedahan kecil pada permukaan okular.
• Sesetengah pesakit mungkin mengalami komplikasi mata jangka panjang jika tidak
dirawat awal seperti tidak boleh memandang cahaya yang terang, rasa perit pada
mata, air mata berlinangan, mata yang kering dan tisu baru timbul dibahagian kornea
dan konjuntiva.

Anda mungkin juga menyukai