dan
Tatabahasa
1.Ejaan
2.Pengimbuhan
Huruf Vokal
• Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada: a, e, i, o dan u.
Huruf e melambangkan dua bunyi, iaitu e pepet dan e taling.
Huruf vokal Di hadapan Di tengah Di belakang
a api padi bola
e enak petak sate
e emas kena sosialisme
i itu simpan murni
o oleh kota pidato
u ulang bumi ibu
Huruf Konsonan
Huruf konsonan Di hadapan Di tengah Di belakang
b bahasa sebut adab
c cakap kaca Mac
d dua ada abad
f fakir hafal maaf
g guna tiga beg
h hari saham tuah
j jalan manja kolej
k kami akar anak
l lekas alas kesal
m maka kami tanam
Huruf konsonan Di hadapan Di tengah Di belakang
n nama anak taman
p pasang apa siap
q Quran Furqan Tariq
r raih bara putar
s sampai asli lemas
t tali mata rapat
v varia universiti -
w wanita hawa -
x xenon - -
y yang payung -
z zaman lazat lafaz
Gabungan Huruf Konsonan
Gabungan Di hadapan Di tengah Di belakang
huruf
konsonan
gh ghaib maghrib mubaligh
kh khusus akhir tarikh
ng ngilu bangun senang
ny nyata hanyut -
sy syarat asyik arasy
Huruf Diftong
Huruf Di Di Di
diftong hadapan tengah belakang
ai aileron ghairah gulai
au aurat saudara harimau
oi oidium boikot amboi
Pengaruh Bahasa Inggeris
Perkataan Inggeris Perkataan Melayu
institute institut
unit unit
structure struktur
dialogue dialog
function fungsi
communist komunis
focus fokus
carbon karbon
senate senat
Penulisan Huruf
Huruf besar digunakan bagi huruf pertama kata awal ayat.
Misalnya:
Dia mengantuk.
Apa maksudmu?
Kita harus bekerja keras.
Pekerjaan itu belum selesai.
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama petikan langsu
ng.
Misalnya:
Adik bertanya, "Bilakah kita pulang?"
Bapa menasihati, "Berhati-hatilah, nak!"
"Kelmarin engkau terlambat," katanya.
"Esok pagi," kata ibu, "dia akan berangkat."
Huruf besar digunakan bagi huruf pertama kata awal ayat.
Misalnya:
Dia mengantuk.
Apa maksudmu?
Kita harus bekerja keras.
Pekerjaan itu belum selesai.
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
Misalnya:
Adik bertanya, "Bilakah kita pulang?"
Bapa menasihati, "Berhati-hatilah, nak!"
"Kelmarin engkau terlambat," katanya.
"Esok pagi," kata ibu, "dia akan berangkat.”
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan,
keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang.
Misalnya:
Tun Mahathir
Tuan Syed
Sultan Hasanuddin
Huruf besar digunakan juga sebagai huruf pertama nama gelaran kehormatan
yang tidak diikuti nama orang, khusus bagi perkataan Sultan, Raja, Tan sri, Da
tuk,
Misalnya:
Baginda baru saja ditabalkan menjadi Sultan.
Beliau baru saja mendapat gelaran Datuk.
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangk
at yang diikuti nama orang.
Misalnya:
Gabenor Tun Syed Sheikh Barakbah
Leftenan Muda Wan Hassan
Menteri Adam Malik
Perdana Menteri Nehru
Profesor Dr. Ungku Omar
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan
bahasa.
Misalnya:
bangsa Melayu
suku Kadazan
bahasa Indonesia
orang Inggeris
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari ra
ya, dan peristiwa sejarah.
Misalnya:
tahun Hijrah
tarikh Masehi
bulan Ogos
bulan Maulud
hari Jumaat
Perjanjian Pangkur
Hari Kebangsaan
hari Krismas
Perang Candu
Perisytiharan Kuala Lumpur
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama khas dalam bidang geogr
afi.
Misalnya:
Asia Tenggara
Kuala Kangsar
Bukit Mertajam
Gua Musang
Gunung Tahan
Jalan Tun Perak
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama rasmi b
adan, lembaga pemerintah dan ketatanegaraan, serta nama dokume
n rasmi kecuali unsur seperti dan.
Misalnya:
Republik Indonesia
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan
Dewan Rakyat
Majlis Bahasa Indonesia Malaysia
Lembaga Urusan dan Tabung Haji
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama semua perkataan dal
am nama buku, majalah, suratkhabar, dan judul karangan kecuali k
ata partikel, seperti di, ke, dari, untuk dan yang, yang tidak terletak
pada kedudukan awal.
Misalnya:
majalah Bahasa dan Sastera
akhbar Utusan Melayu
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama semua unsur perkataan ulanga
n.
Misalnya:
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu
Pelajaran Ekonomi untuk Sekolah-Sekolah Menengah
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama singkatan unsur nama gelaran,
pangkat, dan sapaan.
Misalnya:
Dr. Doktor
En. Encik
Prof. Profesor
Pn. Puan
Tn. Tuan
Sdr. Saudara
Sdri. Saudari
Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama kata penunjuk hubungan keker
abatan/persaudaraan seperti bapa, emak, ibu, kakak, adik, dan pak cik yang d
igunakan sebagai kata ganti atau sapaan yang diikuti nama orang.
Misalnya:
Bilakah Pak Mat berangkat?
Esok Pak Cik Ali akan datang.
Silakan duduk, Kak Timah!
Penulisan Kata
Kata Dasar
o Kata yang berupa kata dasar masing-masing ditulis secara satu persatu.
o Misalnya:
Ibu percaya bahawa engkau tahu.
Kedai pajak penuh sesak.
Buku itu tebal sekali.
Kata Turunan
Imbuhan (awalan, sisipan, akhiran) ditulis serangkai dengan kata dasarnya.
o Misalnya:
bergeletar
dikelola
penerapan
mempermainkan
menengok
o Kalau bentuk dasar berupa gabungan kata, awalan atau akhiran ditulis serangkai dengan
unsur yang langsung mengikuti atau mendahuluinya.
o Misalnya:
bertepuk tangan
beribu angkat
menganak sungai
sebar luaskan
o Kalau bentuk dasar berupa gabungan kata dan sekaligus mendapat awalan dan akhiran, m
aka unsur gabungan kata itu ditulis serangkai.
o Misalnya:
menyebarluaskan
dilipatgandakan
penghancurleburan
beribuangkatkan
o Kalau salah satu unsur gabungan kata hanya digunakan dalam kombinasi, iaitu bentuk ya
ng tidak dapat berdiri sendiri (terikat), maka gabungan kata itu ditulis serangkai.
o Misalnya:
kolonialisme
mahasiswa
pancaindera
poligami
Prasangka
o Apabila bentuk terikat diikuti oleh kata yang huruf awalnya adalah huruf besar, di antara
kedua-dua unsur itu dituliskan tanda sempang (-).
o Misalnya:
pro-Malaysia
pan-Afrikanisme
anti-Babrak Karmal
o Bentuk gandaan ditulis secara lengkap dengan menggunakan tanda sempang(-).
o Misalnya:
anak-anak lauk-pauk
buku-buku mundar-mandir
kuda-kuda ramah-tamah
mata-mata sayur-mayur
hati-hati porak-peranda
undang-undang tunggang-langgang
biri-biri berjalan-jalan
kupu-kupu dibesar-besarkan
kura-kura menulis-nulis
laba-laba terus-menerus
sia-sia tukar-menukar
gerak-geri huru-hara
o Bagi gabungan kata yang lazim disebut rangkai kata, termasuk istilah khusus, bahagian-b
ahagiannya ditulis terpisah.
o Misalnya:
duta besar
kambing hitam
kertas kerja
mata pelajaran
meja tulis
model linear
orang tua
persegi panjang
kaki lima
simpang empat
o Gabungan kata yang sudah lazim dianggap sebagai satu kata ditulis serangkai.
o Misalnya:
silaturahim kepada
apabila bumiputera
bagaimana hulubalang
manakala matahari
barangkali peribahasa
padahal sekaligus
daripada syahbandar
Kata Ganti ku, kau, mu, d
an nya
Kata ganti ku dan kau ditulis serangkai dengan kata yang men
gikutinya: ku, mu, dan nya ditulis serangkai dengan kata yang
mendahuluinya.
Misalnya:
Apa yang kumiliki boleh kauambil.
Bukuku, bukumu, dan bukunya tersimpan di perpustakaan.
Kau memang indah di mataku.
Kau tidak profesional pada pandangannya.
Cintamu sungguh luar biasa.
Kata Depan, di, ke, dan da
ri
Kata depan di, ke, dan dari ditulis terpisah daripada kata yang mengiku
tinya kecuali dalam gabungan kata yang sudah lazim dianggap sebagai
satu kata seperti kepada dan daripada.
Misalnya:
Adiknya pergi ke luar negeri.
Bermalam sajalah di sini.
Di mana ada Siti, di situ ada Sidin.
Dia datang dari Kuantan kelmarin.
Dia ikut terjun ke tengah kancah perjuangan.
Kain itu terletak di dalam almari.
Ke mana saja ia selama ini?
Kita perlu berfikir sepuluh tahun ke depan.
Mari kita pergi ke pasar.
Mereka ada di rumah
Saya pergi ke sana sini mencarinya.
Kata-kata yang dicetak condong di bawah ini ditulis serangkai.
Kesampingkan saja persoalan yang tidak penting itu.
Kami percaya sepenuhnya kepadanya.
Ia keluar sebentar.
Si Amin lebih tua daripada si Ahmad.
Semua orang yang terkemuka di desa itu hadir dalam kenduri i
tu.
Surat arahan itu dikeluarkan di Kuala Lumpur pada 11 Mac 19
66.
Partikel per yang bererti `demi' dan `tiap' ditulis terpisah daripada bahagian-bahag
ian ayat yang mendahului atau mengikutinya.
Misalnya:
ƛ Harga kain itu $3.50 per helai
ƛ Mereka masuk ke dalam ruangan satu per satu.
Angka dan Lambang Bila
ngan
Angka dipakai untuk menyatakan lambang bilangan atau nombor. Dalam tulisan, angka Ara
b atau angka Romawi lazim digunakan. Penggunaannya diatur lebih lanjut dalam fasal-fasal
yang berikut ini.
Angka Arab : 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9
Angka Romawi : I, II, III, IV, V, VI, VII, VIII, IX, X, L (50), C (100), D (500),
M (1,000) V (5,000), M (1,000,000).
Angka digunakan untuk menyatakan ukuran panjang, berat, luas, dan isi, satuan waktu, nilai
wang, dan kuantiti.
Misalnya:
0.5 sentimeter
5 kilogram
1 jam 20 minit
pukul 3.00 petang
tahun 1928
Angka lazim dipakai untuk melambangkan nombor jalan, rumah, tempat kediaman, atau bil
ik pada alamat.
Misalnya:
No. 15, Jalan Delima 1
Bilik 169, Hotel Merlin
Penulisan lambang bilangan dengan huruf dilakukan sebagai b
erikut:
Bilangan pecahan
Misalnya:
☼ 1/2 setengah
☼ 3/4 tiga perempat
☼ 1/16 satu perenam belas
☼ 3 2/3 tiga dua pertiga
☼ 1/100 satu perseratus
☼ 1% satu peratus
☼ 1%o satu permil
☼ 1.2 satu perpuluhan dua
Penulisan lambang bilangan tingkat dapat dilakukan dengan ca
ra yang berikut.
Misalnya:
☼ Sultan Abdul Jalil IV
☼ Sultan Abdul Jalil Ke-4
☼ Sultan Abdul Jalil keempat
Imbuhan
Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan satu
atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar.
Imbuhan tersebut bolehlah diletakkan di depan bentuk dasar, di belakang bentuk da
sar, di depan dan di belakang bentuk dasar sekali gus atau disisipkan ke dalam bent
uk dasar.
Di dalam bahasa Melayu terdapat beberapa jenis imbuhan, iaitu:
۞ Akhiran pula merupakan morfem yang diimbuhkan pada akhir kata dasar, seperti
{-kan} dalam sapukan, pakukan, lembutkan: {-an} dalam pakaian, mandian, bauan
:{-i } dalam warnai, tandai akhiri.
۞ Sisipan merupakan imbuhan yang dimasukkan atau disisipkan kedalam sesuatu kat
a dasar. Anataranya seperti {-in-} dalam sinambung; {-el-} dalam; dan {-em-} dal
am pemeluk. Imbuhan jenis ini tidak begitu produktif jika dibandingkan dengan i
mbuhan yang lain.
۞ Apitan adalah imbuhan yang mengapit kata dasar, seperti { pe- ...-an} dalam perma
inan, pelepasan, pewajaran; dan {ke-....-an} dalam keadaan , kesetian , kecantikan.
Imbuhan-imbuhan asli ba
hasa Melayu
Imbuhan –imbuhan yang ada di dalam bahasa Melayu dapat dipec
ahkan kepada empat bahagian, iaitu :-
a. Awalan iaitu imbuhan yang diletakkan di awal perkataan di dal
am pemakaiannya, contohnya “me-”, “ter-”
b. Akhiran, iaitu imbuha yang diletakkan di akhir perkataan di da
lam pemakaiannya contohnya “ –i”, “-an”
c. Sisipan , iaitu imbuhan yang disisipkan ditengah-tengah perkat
aan. Ada tiga sisipan di dalam bahasa Melayu iaitu “ –em”, “-el”
dan “ –er”
d. Imbuhan serentak, iaitu imbuhan di awal dan diakhir yang di
pakai secara serentak dalam proses membentuk perkataan. Conto
hnya , “ke-an”, “pe-an” “me – i” dan sebagainya.
Imbuhan – imbuhan yang dipinj
am daripada bahasa asing
a. Imbuhan-imbuhan yang dipinjam dari bahasa
Sanskrit. Contonnya “-wan”, “-wati”, “-eka-” da
n lain-lain lagi
b. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Arab Con
tonya, “–ah”, (contoh perkataan ustazah), “iah”
(contoh perkataan batiniah)
c. Imbuhan yang dipinjam dari bahasa Inggeris.
Contoh perkataan “pro”, “pra”, “is” dan sebagain
ya.
Penggandaan
Penggandaan adalah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengulang
atau menggandakan perkataan itu seluruhnya atau sebahagian daripadanya dan
dengan demikian timbullah satu perkataan baru yang membawa makna atau ko
nsep yang baru.
Contohnya, dalam bahasa Melayu penggandaan dibuat terhadap kata nama unt
uk menjamakkan bilangannya seperti dalam contoh berikut:
Kereta-kereta, pelajar-pelajar, adik – adik, saudara-saudara
Proses ini dipecahkan kepada lima bahagian.
Contoh:
Rumah sakit itu sedang diperbaiki.
Beg tangannya besar.
Air batu ini terlalu manis.
Kata majmuk di dalam ayat di atas ialah “ rumah sakit, “beg tangan” dan “ air b
atu campur”.
Kata majmuk eksosentrik pula ialah kata majmuk yang tida
k ada daripada perkataan-perkataan yang membentuknya yan
g boleh menggantikan fungsi seluruh kata majmuk itu di dala
m ayat.
Contoh:
Tanggungjawab saya berat.
Setiausaha mesyuarat tidak hadir.