Anda di halaman 1dari 19

KONSEP

KREATIVITI
DISEDIAKAN OLEH :
NUR HAFIZAH BINTI M RAZALI
ANI NABILAH BINTI MD ZAILANI
KAVITHA A/P CHANDRA SEKARAN
Konsep Kreativiti

• Pada umumnya, kreativiti adalah kebolehan dan


kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang
kreatif, baharu, dan asli.
• Ada juga yang berpendapat kreatif dan kreativiti adalah
penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
• Melalui kreativiti, ia dapat membantu pertumbuhan
sahsiah,jasmani dan rohani.
Konsep Kreativiti

Kamus Dewan Edisi keempat (2005)


mendefinisikan kreatif sebagai mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan
asli.
Konsep Kreativiti
Kreativiti bagai intan yang terbenam dalam
lumpur. Ia perlu digilap. Anda memilikinya dan apa
yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti
kelebihan sendiri. Dengannya anda boleh menuju
ke puncak asalkan anda tak jemu berusaha.

(Hizairi Othman)
Konsep Kreativiti
Kreativiti ialah tenaga yang tidak wujud pada
mata kasar tetapi diketahui ada. Ia adalah suatu
“divine gift” yang subjektif sifatnya seperti
mencari tempat di mana roh berada. Ia tidak
boleh diukur secara empiris.

(Hizairi Othman)
Konsep Kreativiti

Kreativiti adalah keupayaan mencipta


perlambangan dan idea baharu, bagi mengemas
kini perlambangan yang sedia ada.
Aktiviti menyusun dan mengolah semula
organisasi yang sedia ada dan mantap kepada
sesuatu organisasi yang baharu.

(June King Mcfee)


Konsep Kreativiti

Manusia yang kreatif dan mempunyai


kreativiti berasaskan kepada beberapa
faktor-faktor asas iaitu keterbukaan kepada
pengalaman, menikmati keindahan,
menghargai diri dan mengamalkan
kebebasan.
(Carl Rogers)
Peribadi Kreatif

Maksud Peribadi
Menurut Kamus Dewan edisi keempat muka surat 1184
Peribadi maksudnya manusia sebagai diri sendiri

Maksud Kreatif
Menurut Kamus Dewan edisi keempat muka surat 828
Kreatif bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baharu
dan asli
Peribadi Kreatif
Menurut A. Samad Said;
• Biasanya insan seni amat berhati-hati, sentiasa
menghalusi, sentiasa menilai, rajin. Berwaras
dan bersabar mengeram sesuatu sebelum
mencernanya menjadi karya seni.
• Seniman adalah petani seni yang berfikir di
samping cepat tersentuh oleh sesuatu angin
peristiwa atau ribut pengalaman.
Peribadi Kreatif

• Peribadi kreatif merujuk kepada sifat kreatif yang


wujud dalam diri seseorang.
• Sifat kreatif ini dapat dipupuk melalui aktiviti-
aktiviti tertentu seperti penghasilan karya.
• Apabila sifat kreatif ini telah sebati dalam diri
individu, mereka akan berfikiran dengan lebih
kreatif dan akhirnya mampu menjadi seorang
individu kreatif.
Individu Kreatif

• Individu kreatif mempunyai corak pemikiran mereka


tersendiri.
• Biasanya idea yang mereka salurkan berbentuk gaya dan
mereka sendiri berdasarkan kepada ideologi mereka.
• Individu kreatif akan mengambil masa yang singkat untuk
menghasilkan sesuatu jika mereka bersedia dan
bersungguh-sungguh.
• Mempunyai pemikiran seimbang iaitu penggunaan otak
kiri dan otak kanan pada masa serentak atau berubah
dari otak kiri ke kanan dan sebaliknya pada sesuatu
masa.
Individu Kreatif
Para penyelidik mendapati individu kreatif memiliki
ciri-ciri berikut:
1. Mereka mempunyai jiwa merdeka, tidak suka
dikongkong, tidak suka terikut-ikut dan tidak
peduli pada kritikan orang.
2. Mereka tidak dahagakan pengiktirafan, puji-
pujian atau ganjaran daripada orang lain.
Mereka mampu memuji dan mengkritik diri
sendiri.
Individu Kreatif
3. Mereka berani membuat keputusan dan sedia
bertanggungjawab atas risiko keputusan
mereka. Meraka tidak suka undian dalam
mesyuarat atau akur pada tekanan luar.
4. Mereka bersikap terbuka dan sedia menerima
kenyataan bahawa ada kalanya mereka tidak
rasional. Oleh itu, mereka toleran terhadap
kritikan orang.
Individu Kreatif
5. Peribadi mereka stabil. Mereka tidak akan
berubah-ubah ikut tekanan-tekanan dan luar.
6. Meminati seni dan berjiwa halus.
7. Berperangai dominan dan asertif, tidak suka
jadi pengikut dan kecewa apabila orang tidak
mengikut pemikirannya.
8. Jiwa lebih kompleks, sukar difahami oleh orang
lain.
Individu Kreatif
9. Mudah menerima hakikat akan kelemahan dan
kekurangan yang ada pada dirinya, oleh itu
mudah mengaku apabila dia membuat
kesilapan.
10.Lebih panjang akal, tidak mahu menerima
jawapan ‘TIDAK’ dan akan terus berusaha.
11. Berani dan suka mencuba perkara baru yang
tinggi risikonya.
Individu Kreatif
12.Berjiwa radikal, berani mencabar perkara-
perkara pokok, tidak takut berenang
menongkah arus.
13.Dapat mengawal diri sendiri.
14.Kemungkinan besar mereka introvert, banyak
bercakap dengan diri sendiri.

(Berfikir Seperti Invertor, Ainon Mohd & Abdullah


Hassan, 2005)
Individu Kreatif
George F. Kneller dalam bukunya The Art and Science of Creativity, 11 sifat dominan individu kreatif adalah :

1. Kecerdikannya
2. Kewaspadaan , kesedaran atau sensitif.
3. Lancar dari segi berfikir dan berkomunikasi
4. Mudah dilentur atau mudah berubah
5. Asli dari segi idea, memancarkan sikap dan kaedah bertindak balas.
6. Mempunyai daya, menambahkan sesuatu supaya menjadi lebih baik dan pelbagai guna.
7. Gemar mempersoalkan sesuatu atau tetap meragui selagi belum pasti kebenarannya.
8. Tabah, tekun, ‘berkeras’, dalam masa yang lama dan berterusan.
9. Mempunyai humor yang tinggi iaitu kebolehan memberi reaksi secafra spontan dan menjadikan kaedah ini
sebagai penyalur perasaan yang berkesan.
10. Tidak mahu sama dengan orang lain , tidak mahu patuh pada kebiasaan, tidak gemar budaya yang mengikat.
11. Mempunyai keyakinan diri.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai